3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 20 Ogos 2009

3+1=1

Bab 1..
“assalamualaikum!!” satu suara kuat kedengaran di luar rumah..naila yang tengah bersiap dengan baju sekolah tu jengulkan kepala ke tingkap..sape pulak la yang datang pagi-pagi buta ni??

“waalaikumussalam!!”naila jawab balik..matanya masih tercari-cari sapa yang ada kat luar rumah tu..

“la..kerek ni rupanya..” naila bersuara perlahan..nabil dongak kepala pandang arah suara tu..

“woi!!cepat la bersiap..karang lambat pulak masuk school!!” suara nabil dah separuh menjerit..kalau boleh macam nk bagi satu taman dengar suara dia..naila pandang kiri kanan..malu dengan jiran-jiran dia..

“wei!kalau nak cakap tu agak-agak la..satu dunia boleh dengar suara kau tahu tak??” naila menjawab..tapi suara dia tak ubah macam cakap dalam kelambu..yang naila ni cakap terlebih slow la pulak..

“what??” nabil melantangkan volume suaranya..actually dia langsung tak dengar apa yang naila cakap tadi..naila tekup muka..pak cik-pak cik yang baru balik dari solat subuh pun dah pandang diaorang..

“huh!!malunya aku..” naila mengeluh..tangannya pantas menutup tingkap biliknya semula..pertanyaan nabil langsung tak dibalas..

Hampir 30 minit berlalu..naila pandang jam di tangan..dah pukul 7.15..beg sekolah hitam berjenama mike digalas..

“rasanya sempat kot sampai sekolah..” naila berbisik sendiri..pintu rumah dibuka kemudian dikunci dari luar..naila kalih belakang..

“haaaa!!” buku di tangan dah berterabur..terkejut tiba-tiba jer nabil dah terpacak depan dia..

“kau ni!!asal tiba-tiba terpacak jer depan aku ni??” naila pandang sekilas wajah nabil dengan pandangan tajam..tangannya pantas mengutip semula buku-bukunya..

“asal kau ni siap lambat sangat hah??!!” nabil bengang..buku yang dah jatuh tu langsung dia tak tolong angkat..

“yang kau tunggu aku tu apasal??aku tak suruh pun kan?” naila balas balik..tapi berlagak cool jer..moodnya kurang baik sikit..malas nak gaduh pagi-pagi buta macam ni..

“kau ingat aku nak ke buat benda bodoh macam nie?kalau bukan ayah kau yang bagi amanah suruh tengok-tengokkan kau,tak de nya aku tercegat kat sini!!” nabil terpecah rahsia..actually ayah naila dah pesan jangan kasi tahu naila fact tu..nabil tutup mulut dia sendiri.. ‘asal boleh terkeluar lak nie’ bisik hati nabil..dia tergaru-garu kepalanya yang langsung tak gatal..naila mengeluh.. ‘dah agak dah..mustahil tiba-tiba jer mamat poyo ni nak ajak aku pegi school sama-sama’ naila bermonolog sendiri..pintu pagar utama dah dikunci rapat..jam di tangan dikerling sekilas..lima minit dah dihabiskan untuk berperang mulut dengan mamat poyo tu..

“pin!!pin!!” bunyi hon kereta menarik perhatian dua orang manusia tu..naila dengan nabil pandang pada arah yang sama..kereta import kepunyaan faruq dah ada depan diaorang berdua..
“yang kau ni pun tak pegi-pegi sekolah lagi ker??” naila pandang faruq yang duduk di sit penumpang..

“bangun lambat lorh..” faruq tersengih..

“orang gaji berpuluh-puluh pun boleh bangun lambat lagi ka??” naila buat muka hairan..sedangkan dia tahu tak ada siapa yang mampu jagakan faruq kalau dia dah tido..
“buat-buat tak faham pulak kau ni..dah la!yang korang terjegat kat situ apa lagi??masuk la lekas!!” faruq kasi arahan..

Dalam perjalanan ke sekolah…

“woiit!!macam mana kau pun boleh datang lambat ni??siap ada depan rumah naila pulak tu..” faruq siku tangan nabil kat sebelah dia..nabil pandang faruq..

“bapak dia punya pasal la ni..aku pulak yang di amanahkan jaga si keras kepala tu..” nabil tarik muka..tak pernahnya dia lewat datang sekolah..tiba-tiba hari ni pecah rekod pulak..dah la first day sekolah..faruq tersenyum..

“tapi kan..asal aku tengok naila lain macam ja ari ni??tak macam selalu..diam jer..” faruq pandang nabil..serius..nabil pandang naila..naila pulak asyik pandang kat luar tingkap kereta..

“kau tanya la dia..aku malas nak masuk campur urusan dia..” nabil kalih arah lain..matanya dilepaskan ke luar cermin kereta..

“naila..” faruq siku tangan naila..naila kalih pandang faruq..

“have a problem??” faruq angkat kening..

“no..thanks” naila tersenyum kelat..mukanya dialih semula ke luar tingkap..faruq cuma terdiam..pelik dengan perangai naila..tak pernah pulak dia bersikap macam tu..

“shah,shaiza dengan faiqa dah sampai sekolah ka??” tiba-tiba je naila bersuara..

“maybe..kenapa?” faruq soal naila balik..nabil cuma pandang naila sekilas..naila mengeleng dua tiga kali..

Tepat pukul 7.40 diaorang bertiga dah terpacak depan sekolah..pintu pagar sekolah dah tertutup rapi..rancangan jahat dah berlegar-legar dalam kepala diaorang bertiga..idea yang sama pulak tu..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
**kalau ada sesiapa yg nk komen,just komen kt sekali ok..!!selamat membaca..nk komen ape pn sya x kisah..jujur yer..**

6 ulasan:

belle.talib berkata...

1st entry story, nampak mcam dah best... ^^

alyaa afifah berkata...

nice story...keep it up

Tanpa Nama berkata...

best!

Unknown berkata...

1st entry mcm best jer

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

myslot berkata...

มาแล้วครับหนังออนไลน์ Dumbo ดัมโบ้ (2019) ดูหนังใหม่ก่อนใคร ดูหนังฟรีแบบ Full HD ต้องที่เว็บดูหนังออนไลน์

https://www.doonung1234.com/