3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Sabtu, 10 April 2010

3+1=46

Petir dan guruh seolah-olah saling bergabung kuasa. Mutiara-mutiara jernih dari langit membasahi bumi dengan lebatnya. Nazim berhenti melangkah. Dirinya dipayungi seseorang. Namun gerangannya masih belum diketahui. Kepalanya diangkat perlahan. Wajah gadis dihadapannya dipandang lemah. Tiada sepatah kata yang lahir dari bibir Nazim. Nazira mengeluh. Dia tahu segala-galanya. Dari mana dia tahu, tidak perlu dipersoalkan. Malah dia juga tahu hati dan perasaan lelaki ini sekarang menjadi milik dan kepunyaan seorang gadis bernama Naila.

Nabil melabuhkan punggung di sisi Naila. Tangan kanan Naila dipegang erat. Wajah gadis itu dipandang lama. Hatinya sakit melihat segala penderitaan yang harus dilalui gadis ini. Dia bukan seorang yang tabah. Selimut yang menutupi tubuh Naila dinaikkan sehingga ke paras bahu. Rambut gadis itu diusap perlahan. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Hatinya turut menimbulkan kerisauan.

“ Maafkan aku, Naila. Aku tak mampu untuk bantu kau.” Nabil bersuara perlahan. Tangan Naila dilepaskan. Dia melangkah bangun dari terus melabuhkan punggung di sisi Naila. Kakinya menapak keluar dari bilik.

Fikirannya menerawang jauh. Hujan yang semakin lebat disertai angin bayu mendinginkan seluruh tubuhnya. Hati dan jiwanya semakin memberat. Masalah cinta yang bersarang di hati semakin membesar. Keluhan berat dilepaskan. Mungkin inilah masanya untuk dia mengambil keputusan. Keputusan untuk melepaskan Naila pergi dari hidupnya. Tidak mungkin dia berpeluang merebut Naila dari seorang lelaki yang sudah lima belas tahun menemani gadis itu. Air mata yang mula bergenang di kelopak mata diseka.

Nazira menapak perlahan menghampiri Nazim. Dia tahu apa yang berada di fikiran lelaki itu pada saat ini. Pastinya Naila. Gadis yang mungkin terlalu istimewa buat Nazim. Bahu lelaki di hadapannya disentuh perlahan. Nazim mengalihkan pandangan. Wajah Nazira dipandang. Senyuman kecil bermain di bibir gadis itu. Dia ikut berdiri di sisi Nazim. Wajah sepupunya itu dipandang tepat. Senyuman kecil dikupas.

“ Luahkanlah pada dia. Biar dia tahu apa yang dalam hati kau sekarang.” Nazira bersuara. Mungkin inilah masanya untuk dia menghulurkan bantuan buat lelaki ini. Nazim hanya tersenyum. Nafasnya ditarik dalam-dalam.

“ Macam mana aku nak luahkan pada dia, Naz? Sedangkan aku sendiri tak tahu apa perasaan dia pada aku.” Nazim membantah. Pandangannya dilontar di luar. Hujan yang semakin lebat hanya dipandang tanpa minat.

“ Zim. Cinta tu penting. Setiap insan yang hidup pasti ada cintanya sendiri. Ini bukan soal dia cinta pada kau atau tak. Ini soal jujur. Kau kena jujur pada diri kau sendiri. Sekurang-kurangnya kau mampu untuk biar dia tahu yang kau cintakan dia.” Kata-kata nasihat mula meniti di bibir Nazira.

“ Aku dah buat keputusan, Naz. Biarlah cinta yang terbina untuk dia terpadam sikit demi sikit. Aku nak lupakan dia, Naz. Aku tak nak dia hadir dalam hidup aku lagi.” Nazim menutur kata. Walaupun hatinya semakin memberat, namun keputusan itu harus dilakukan.

“ Kenapa begitu mudah kau lepaskan dia? Kau sendiri akan menderita dengan pengorbanan yang kau buat, Zim! Kau dah fikir masak-masak dengan keputusan kau? Kau boleh jamin kau takkan menyesal kelak?” Nazira menyoal tegas.

“ Aku tahu aku akan menyesal kelak. Tapi, Naz. Aku tak layak untuk berdiri di samping dia. Aku sendiri tak mampu untuk pertahankan dia dari dirampas orang. Tak mungkin dia pilih aku, Naz.”

“ Bukan kau tak mampu. Tapi kau langsung tak yakin dengan kemampuan diri kau sebenarnya. Kau tahu aku, Zim. Aku hanya mampu menyokong kau kalau itu keputusan yang kau dah tegaskan.” Nazim hanya mampu untuk tersenyum kelat.

So, apa rancangan kau sekarang?” Nazira menyoal.

“ Aku kena buat dia pergi dari hidup aku, Naz. Aku kena abaikan dia.” Tegas Nazim bersuara. Nazira sekadar mengangguk. Dia tidak mampu untuk mengubah setiap keputusan dan pendirian yang telah dibuat. Apatah lagi sepupunya sendiri.

*****

Matanya dibuka perlahan-lahan. Pandangannya berpinar. Kepalanya semakin memberat seolah-olah batu besar menghempap diri. Tubuhnya sedaya-upaya dibangunkan. Kepalanya dipegang. Kesakitan di kepala mula terasa. Naila melangkah bangun dari katil. Kakinya menapak perlahan menghampiri pintu. Tombol pintu dipulas lalu ditolak ke luar. Suasana sunyi seolah-olah hanya dia menghuni rumah itu. Anak-anak tangga dituruni. Seluruh penglihatannya berpinar. Namun hanya satu di fikirannya. Nazim. Kelewatan kepulangannya pasti bakal mendatangkan kerisauan pada lelaki itu. Anak tangga terakhir dipijak. Namun, tubuhnya mula ingin rebah ke lantai. Sekali lagi tuah menyebelahinya. Tubuhnya sempat disambar oleh seseorang.

“ Kau nak pergi mana? Berehat sajalah dalam bilik.” Nabil menegur. Kedua-dua tangan Naila dipegang erat. Kerisauan mula menghiasi hati ditambah pula wajah Naila yang semakin pucat.

“ Nabil. Kau hantar…aku balik.” Nafasnya mula tercungap-cungap.

“ Sekarang? Nai, apa kena dengan kau ni? Kau masih sakit lagi, Nai.” Nabil membantah.

“ Bil. Tolonglah. Aku…tak nak bertengkar…dengan kau. Tolong hantar aku…balik sekarang. Aku tak nak…mama Nazim risaukan aku.” Naila bertutur kata dalam kepayahan.

“ Kau tak nak mama dia yang risau atau dia yang risau?” Nabil menyoal.

“ Kalau kau tak nak hantar aku, tak apa. Aku boleh balik sendiri.” Naila melangkah meninggalkan Nabil.

“ Naila.” Nabil memanggil. Langkahan Naila serta-merta terhenti. Kepalanya ditoleh ke belakang dengan wajah yang masih pucat. Nabil melangkah menghampiri. Wajah Naila dipandang.

“ Biar aku hantar kau.” Nabil bersuara. Naila sekadar mengangguk.

*****

Naila melangkah masuk ke dalam rumah. Hadirnya seorang gadis di hadapannya membuat dia terpana seketika. Inikah Nazira? Gadis yang mampu membuatkan Nazim bergelak ketawa? Wajah gadis itu dipandang. Nazira mengukir senyuman kecil. Senyuman dibalas dengan senyuman pucat. Naila menapak perlahan menghampiri Nazira. Tangannya dihulurkan pada gadis itu.

“ Saya Naila.” Naila memperkenalkan diri. Nazira tersenyum. Huluran tangan Naila disambut.

“ Nazira.” Nazira membalas. Dahinya tiba-tiba sahaja berkerut. Tangan Naila dilepaskan. Panas. Kerisauan mula tumbuh di hati. Dahi gadis itu segera dirasai. Tindakan dari Nazira menimbulkan kejutan pada Naila.

“ Badan awak panas sangat ni. Awak demam ke?” Wajah Naila dipandang tepat. Naila hanya tersenyum lesu. Nazim melangkah menghampiri Nazira. Kewujudan Naila sengaja diabaikan.

“ Zim, lebih baik kau bawa dia pergi jumpa doktor. Badan dia panas sangat tu.” Nazira berbisik. Namun, pandangan Nazim langsung tidak terarah pada Naila. Sebaliknya dia hanya tersenyum.

“ Naz, ikut aku kejap. Aku nak tunjukkan kau sesuatu.” Tangan Nazira ditarik mengikut langkahannya. Naila ditinggalkan keseorangan. Wajah gadis itu serta-merta berubah. Hilang senyuman yang sengaja dibuat-buat. Naila menapak naik ke bilik. Tombol pintu dipulas pantas ditolak ke dalam. Tubuhnya dibaringkan di atas katil. Kedua-dua matanya ditutup rapat.

“ Apa yang kau buat ni, Zim??” Nazim dimarahi. Tangannya pantas ditarik dari pegangan lelaki itu.

“ Kau tahu tak dia demam sekarang? Sampai hati kau tinggalkan dia macam tu!!” Nazira meninggikan suara.

“ Naz. Kau tolong aku.” Nazim bersuara. Wajah Nazira dipandang bersungguh-sungguh.

“ Aku takkan tolong kau, Zim. Perbuatan kau dah melampau.” Nazim dipandang tajam.

“ Naz, kau kena tolong aku. Kau tolong jaga Naila.” Belum sempat Nazira bersuara, Nazim sudah pun berlari laju meninggalkan perkarangan rumah. Hujan yang masih lebat diredah tanpa menghiraukan keselamatannya sendiri.

*****

Nazim berlari masuk ke perkarangan rumah. Seluruh tubuhnya dibasahi mutiara-mutiara dari langit. Baju yang baru saja disalin terpaksa ditukar buat kali kedua. Nazira melangkah ke ruang tamu. Riak wajahnya jelas menunjukkan riak terkejut. Nazim dipandang lama. Bungkusan ubat di tangan lelaki itu ikut dipandang. Kakinya melangkah menghampiri Nazim. Bungkusan ubat di tangan lelaki itu diambil.

“ Sebab ni? Sebab ni kau sanggup abaikan kesihatan kau sendiri?” Nazira menyoal.

“ Tolong pastikan Naila makan ubat tu. Aku boleh minta tolong kau saja, Naz.” Soalan yang keluar dari bibir Nazira tidak dibalas. Nazira mengangguk.

“ Maafkan aku. Aku salah sangka dengan kau.” Bahu Nazim dipegang lembut.

“ Aku tetap sayangkan dia, Naz.” Nazira hanya mampu untuk mengukir senyuman.

“ Pergilah mandi. Nanti kau pula yang demam.” Nazim melangkah meninggalkan Nazira.

Keluhan kecil dilepaskan. Nazira melangkah naik ke bilik Naila. Tombol pintu bilik Naila dipulas pantas ditolak ke dalam. Naila yang sudah pun berbaring dipandang lama. Kakinya menapak masuk ke dalam bilik. Bilik air menjadi tujuan utama. Sapu tangan di tangannya kini dibasahkan. Nazira melangkah keluar dari kamar mandi. Punggungnya dilabuhkan di sisi Naila. Selimut dihujung katil ditarik menutupi tubuh Naila sehingga ke paras bahu. Tuala basah di tangannya diletakkan pada dahi Naila.

Wajah Naila dipandang lama. Hatinya turut merasa berat. Berat untuk melepaskan Naila pergi dari sisi sepupu kesayangannya. Dia yakin, Nazim pasti mampu mencapai kebahagiaan bersama Naila. Walaupun inilah kali pertama dia mengenali siapa itu Naila, tetapi firasat hatinya mengatakan gadis ini mampu untuk memberi kebahagiaan pada Nazim. Namun, jodoh di tangan Tuhan. Dia sebagai hamba Allah, tidak mampu untuk membuat sebarang kesimpulan yang mungkin mendatangkan syirik buatnya. Nazira melangkah bangun. Kakinya menapak keluar dari bilik Naila. Pintu bilik ditutup rapat.

Anak-anak tangga dituruni. Kewujudan Nazim di ruang tamu membuatkan Nazira segera mendapatkannya. Punggungnya dilabuhkan di sisi sepupunya. Wajah Nazim dipandang tepat. Namun pandangannya langsung tidak dibalas. Keluhan berat dilepaskan. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Ketenangan cuba diraih.

“ Kau yakin ke dengan keputusan kau ni, Zim?” Nazira menyoal. Pandangan Nazim serta-merta beralih pada gadis itu. Namun hanya sementara. Kepalanya ditoleh semula ke hadapan.

“ Yakin atau tak bukan titik yang penting. Aku kena lepaskan dia juga, Naz.”

“ Apa sebab kau nak lepaskan dia? Dia cinta pertama kau. Sepatutnya kau pertahankan dia daripada direbut siapa-siapa.” Nazira membantah.

“ Memang dia cinta pertama aku. Tapi cinta pertama tak bererti akan menjadi kenyataan, Naz. Aku takut. Aku takut kalau cinta dan hati dia bukan pada aku.” Air mata yang mula ingin mengalir pantas diseka.

“ Kau betul-betul cintai dia. Ini kali pertama aku lihat kau macam ni, Zim.” Nazim hanya tersenyum kelat.

“ Sebab aku cintai, aku kena lepaskan dia. Aku yang akan makin sengsara kalau aku terus cintai dia. Hati dia mungkin bukan untuk aku, Naz.” Perlahan Nazim bersuara. Suaranya sayu kedengaran.

*****

Matanya dibuka perlahan-lahan. Pandangannya berpinar. Tubuhnya sedaya-upaya dibangunkan sendiri. Nafasnya kedengaran tercungap-cungap. Naila melangkah bangun dari terus berbaring di atas katil. Kakinya menapak masuk ke bilik. Walaupun tubuhnya kini teramat lemah, namun digagahinya juga. Hampir lima belas minit membersihkan diri dari segala kekotoran, Naila melangkah keluar dari bilik air. Jam yang tergantung di dinding dipandang sekilas. Sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi.

Nazim melangkah keluar dari bilik. Pintu bilik Naila dipandang sekilas. Hatinya kian memberat. Berat untuk melepaskan gadis itu pergi dari hidupnya. Malah dia juga terpaksa untuk bertindak kejam terhadap gadis itu. Nazim melangkah menuruni anak-anak tangga. Nazira yang sudah pun berada di ruang tamu dihampiri.

“ Naz. Kau tolong tengok-tengokkan dia. Pastikan dia makan ubat tu.” Lembut Nazim meminta. Wajahnya terpancar kerisauan.

“ Jangan risau. Aku tahu apa yang aku patut buat.” Nazira mengukir senyuman kecil.

“ Aku pergi dulu.” Nazim melangkah.

“ Zim. Asal awal sangat kau pergi sekolah? Pukul tujuh pun belum lagi.” Nazira menegur. Dahinya berkerut dilanda kehairanan.

“ Aku nak mengelak dari dia. Nanti terserempak dengan dia pula kalau aku pergi lewat. Aku pergi dulu.” Nazim melangkah meninggalkan Nazira. Gadis itu hanya menggeleng kepala.

“ Nazim Nazim. Ini bukan cara yang betul untuk kau lepaskan dia, Zim.” Nazira bermonolog sendirian.

Jam sudah menunjukkan 7.10 minit pagi. Naila melangkah keluar dari bilik. Anak-anak tangga dituruni dengan berhati-hati. Seluruh pandangannya berpinar. Nazira yang masih berada di ruang tamu terpana. Mengapa pada saat ini juga gadis ini masih berdegil menghadirkan diri ke sekolah? Naila pantas dihampiri. Kerisauan mula bersarang di hati.

“ Kau nak pergi sekolah?” Nazira menyoal. Naila sekadar mengangguk lemah.

“ Dalam keadaan macam ni kau masih nak pergi sekolah juga?” Naila hanya mampu untuk mengukir senyuman pucat.

“ Naila. Aku rasa lebih baik kau jangan pergi sekolah hari ini. Demam kau kebah pun belum lagi.” Naila tersenyum.

“ Aku okay. Jangan risaukan aku. Nazim mana?” Naila menyoal. Nazira terdiam buat seketika.

“ Dia dah pergi sekolah.” Pendek dia menjawab. Naila melangkah pergi. Namun langkahannya terhenti apabila namanya tiba-tiba saja dipanggil. Kepalanya ditoleh ke belakang.

“ Kau pergi dengan apa?” Nazira menyoal.

“ Jalan kaki.” Langkahan diteruskan. Nazira tercengang. Bantahan cuba dikeluarkan. Namun Naila seolah-olah masih berdegil dengan keputusannya. Keluhan berat dilepaskan. Bagaimana gadis ini mampu untuk berjalan sendiri dalam keadaannya sebegitu. Kerisauan semakin menghempap diri.

7 ulasan:

penulis berkata...

assalamualaikum..
harap2 lagu kat atas tu dpt menyentuh kalbu..kalau nk cdgkn lagu utk dijadikn theme song,just kemukakn..tp lagu ballad lah ye..

Tanpa Nama berkata...

lagu mmg agk sesuai....
tp kn lgu 2 cam sparuh jela...
x de full version kerrr

penulis berkata...

assalamualaikum..sy pn baru tahu je..tp insyaallah sy cuba cari full version..

Tanpa Nama berkata...

ble nk smbung novel ni..

IzzatiNajwa berkata...

nk nabil ngan naila!!
saye cdgkn lagu theme lagu cn blue..love light,,best sgt!!

Tanpa Nama berkata...

i dunno why..
but i really want naila together wit nabil so badly..


.SilentReader.

Tanpa Nama berkata...

me too!!!
nk nabil ngan naila!!!
ta nk nazim!!!