3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Rabu, 7 Oktober 2009

3+1=13

Naila mengepit kedua-dua belah kakinya..baru dia teringat tujuannya keluar dari bilik tadi..Tuan Syazman,Khai dan Nazim memandang Naila dengan pandangan hairan..

“dah tak tahan dah ni!!” dalam sekelip mata saja Naila hilang dari pandangan..Tuan Syazman hanya mengeleng kepala melihat telatah anak tunggalnya..hampir gugur jantungnya apabila dia menyangka penyakit lama anaknya menyerang semula..Khai hanya tersenyum..

“Nazim,pergi sambung tidur balik..” Tuan Syazman bersuara apabila melihat Nazim masih tergamam dengan tingkah laku Naila sebentar tadi..Nazim mengangguk..bibirnya mengukir senyum..namun senyuman yang diberikan bukan senyuman ikhlas tetapi senyuman geli hati pada telatah Naila sebentar tadi..

Nazim menapak ke biliknya..begitu juga Tuan Syazman dan Khai..masing-masing masuk ke bilik mereka untuk menyambung semula mimpi yang hilang akibat salah faham yang berlaku tadi..


************************************************

Naila berdiri di tepi pintu tandas..sekali sekala pintu tandas tersebut dibuka sedikit..Naila mengintai di celah bukaan pintu kalau-kalau Nazim masih berada di dapur..namun jarak antara dapur dengan tempat dia berada sekarang yang agak jauh menyukarkannya mengenal pasti sama ada Nazim masih berada di dapur atau tidak..

Naila menghentak-hentakkan kakinya sambil merengek..Naila mengutuk dirinya sendiri..malu yang mencengkam hati membuatkan dia tidak mahu keluar dari situ..namun dia juga tidak sanggup berkurung di situ semata-mata disebabkan malunya pada Nazim..hampir 5 minit berada dalam tandas,akhirnya Naila membuat keputusan..mahu tidak mahu dia perlu juga membuat selamba di depan Nazim..

Naila membuka pintu tandas seluas mungkin..kakinya melangkah keluar dari tandas perlahan-lahan..sampai saja di dapur,Naila menarik nafas lega apabila melihat Nazim sudah tiada di situ..dengan hati yang tenang,Naila melangkah ke biliknya..namun bilik Nazim yang bersebelahan dengannya membuatkan hatinya agak tidak senang..Naila tercegat di hadapan biliknya..pintu bilik Nazim dipandang agak lama..bukannya Nazim yang difikirkannya..sebaliknya kenangannya bersama arwah ibunya yang membuatkan dia terpana seketika..

Nazim membuka pintu biliknya..disebabkan minum air yang banyak tadi membuatkan dia terasa ingin ke tandas..namun berdirinya Naila di hadapan biliknya membuatkan jantungnya hampir gugur..siapa tidak terkejut,buka saja pintu terus ternampak muka Naila..

“kenapa terjegat kat sini?” Nazim menyoal Naila..

Naila terdiam seketika..kejutan yang diberikan Nazim masih belum hilang..sedang dia mengelamun,tiba-tiba saja pintu bilik Nazim di buka dari dalam..

“pekak ke dia ni?” Nazim berbisik sendiri memandangkan Naila tidak memberi respon terhadap apa yang ditanyanya sebentar tadi..Namun bisikan Nazim cukup jelas kedengaran di telinga Naila..

Naila memandang tajam wajah Nazim..sakit hatinya mendengar Nazim mengutuknya sebentar tadi..Naila mendekatkan bibirnya di telinga Nazim..

Nazim tergamam seketika dengan perlakuan Naila..namun dia hanya menunggu tindakan Naila seterusnya..

“suka hati la!!” Naila menjerit di telinga Nazim..sepantas itu juga Naila melarikan diri masuk ke dalam bilik..tubuhnya disandar di pintu bilik dalam keadaan berdiri..tangannya memegang dada..degupan jantung yang bergerak lebih pantas daripada biasa membuatkan dia agak susah bernafas sedikit..

Nazim terpana seketika..dia turut terkejut dengan jerkahan dari Naila yang secara tiba-tiba..kepalanya di arah pada pintu bilik Naila..jika diikutkan hati mahu saja dia menendang pintu bilik Naila..namun disebabkan dia berada di rumah orang dia terpaksa menjaga kelakuannya..


************************************************

Tuan Syazman memandang jam di tangannya..jam pendek hampir menunjukkan pukul 7 pagi..selalunya pada pukul 8 pagi mereka akan bersarapan..namun bayang-bayang Naila masih jua belum kelihatan..mungkin faktor kepenatan yang menyebabkan Naila masih belum mahu berjaga dari tidurnya..

“bibik!!” Tuan Syazman memanggil bibik dari dapur..volume suaranya terpaksa dikuatkan agar bibik mendengari panggilannya..selang beberapa minit kemudian,terkoncoh-koncoh seorang wanita menghampiri Tuan Syazman..

“bibik tolong panggilkan Naila..agaknya dia masih tidur lagi.” lembut saja Tuan Syazman menutur bicara..

“baik Tuan..” bibik mengangguk..tanpa berlengah bibik melangkah laju ke bilik Naila..

“Cik Naila..” pintu bilik Naila diketuk berulang-ulang kali namun tiada sebarang jawapan..tombol pintu cuba dipulas dan ditolak dari luar..namun semuanya sia-sia kerana pintu telah dikunci dari dalam..

Bibik mengeluarkan kunci pendua dari poket seluarnya..persediaan awal membuatkan dia tidak perlu susah-susah untuk kembali mengambil kunci pendua pula..kunci di tangannya di masukkan ke dalam lubang tombol pintu yang telah tersedia..sejurus itu tombol pintu di pulas lalu dibuka..


Bibik hanya mengelengkan kepala apabila melihat Naila masih terbaring atas katil..selimut yang setiap malam menbaluti tubuh Naila kelihatan bersemadi di bawah katil..kaki kanan Naila pula diangkat ke atas untuk memeluk bantal panjangnya..memang begitu lah keadaan Naila setiap kali bangun dari tidur..walaupun begitu Naila amat senang bangun dari tidur jika dikejutkan..

“Naila..” bibik memanggil lembut nama cik mudanya..tangannya turut makanan peranan menyentuh bahu Naila..

Naila membuka mata..mengantuknya masih belum hilang..

“hmm?” Naila memandang wajah pembantu rumah nya..mamainya juga masih belum hilang..

“dah pukul 7.30 pagi Naila..” bibik membuka mulut..selama ini dia hanya memanggil cik mudanya dengan gelaran Naila..bukannya dia berlaku biadap pada Naila sebaliknya itu adalah permintaan Naila sendiri..bagi Naila,dia tidak mahu perkataan ‘cik muda’ akan membuatkan dirinya angkuh..

Naila bangun dari pembaringannya..dia masih mempunyai lagi 30 minit untuk bersiap..

“bibik turun lah dulu..kejap lagi Naila turun..” Naila bersuara..bibik hanya mengangguk..kakinya menapak menuju ke pintu bilik Naila..

“bibik..” Naila memanggil bibik dengan lembut..bibirnya mengukir senyum..

Bibik mengalihkan kepalanya ke belakang memandang Naila..wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi..

“terima kasih..” Naila bersuara..sekali lagi bibirnya mengukir senyum..bibik turut tersenyum..kebaikan Naila padanya selama ini tidak akan pernah dilupakan..malah Naila tidak pernah menyusahkannya membuat perkara remeh..bibik menapak keluar dari bilik Naila..sejurus itu pintu bilik di tutup perlahan..

Naila menggeliat..dia mula turun dari katil setelah hampir lima minit berehat di atas katil..rambutnya yang mirip seperti pontianak harum sundal malam di biarkan saja tanpa mahu menyikatnya dahulu..mukanya yang masih seperti orang baru bangun tidur itu pun masih tidak dibasuhnya dahulu..

Naila terus saja menapak keluar dari biliknya..arah tujuannya sudah tentu di meja makan..ingatannya bahawa Nazim masih berada di rumahnya masih belum sempat diingati..Naila ke meja makan bukannya untuk menjamu sarapan pagi tetapi hanya ingin memastikan sama ada papanya sudah berada di meja makan atau belum..memang itu lah tabiatnya setiap pagi..

Naila berdiri di hadapan meja makan..mukanya tidak menunjukkan sebarang reaksi..sebaliknya Tuan Syazman mempamerkan wajah terkejut apabila melihat wajah anaknya yang tidak ubah seperti orang gila..Nazim?dia turut mempamerkan muka tiada reaksi..wajah Tuan Syazman merah padam..bukan marah kepada puteri kesayangannya tetapi malu kerana wajah Naila dilihat Nazim dalam keadaan sebegitu..

Naila membelakangkan Nazim dan papanya yang masih duduk di meja makan..lantas kakinya melangkah menuju ke biliknya semula..wajahnya masih seperti tadi..

Khai keluar dari biliknya setelah selesai bersiap..Khai menapak menuju ke meja makan..namun dalam perjalanan ke meja makan,Khai terserempak dengan Naila..

Naila hanya menundukkan kepala sambil berjalan..kewujudan Khai di hadapannya langsung tidak diketahui..

“Naila..” Khai menegur Naila apabila merasakan Naila seperti tidak mengetahui kewujudannya..

Naila berdiri di hadapan Khai..wajahnya yang seperti orang hampir menangis di angkat..

“kenapa?” Khai menyoal Naila..Naila hanya menundukkan wajah..kepalanya di geleng dua tiga kali..Naila melangkah meninggalkan Khai yang masih terpinga-pinga..

Naila melangkah masuk ke biliknya..pintu bilik ditutup perlahan..tubuhnya disandar di pintu..tangannya ditekup ke muka..sekali sekala kedengaran suaranya merengek..bukan menangis tetapi melepaskan malunya pada Nazim sebentar tadi..dia sendiri tidak sanggup melihat dirinya dalam keadaan yang tidak ubah seperti wanita gila apatah lagi orang yang masih belum mengenalinya dengan lebih mendalam..


************************************************

“Nazim,papa kamu tak ada kat rumah petang ni..jadi malam nanti uncle hantarkan kamu balik.” Tuan Syazman bersuara setelah hampir 10 minit berdiam diri..Nazim hanya mengangguk tanda setuju..Naila yang masih menjamu selera mengangkat muka memandang papanya..

“kenapa papa yang nak hantar dia?orang lain kan boleh hantar dia?” Naila kurang berpuas hati dengan niat baik papanya..

“Naila,kamu ni kenapa?salah ka kalau papa nak hantar dia?lagi satu..yang tadi kamu keluar bilik dengan muka macam orang hilang anak tu kenapa?” Tuan Syazman turut tidak puas hati dengan perangai Naila yang suka membantah..

Naila terkejut dengan kata-kata papanya..baru saja dia ingin melupakan kejadian yang memalukan tadi tetapi tiba-tiba saja papanya mengungkit semula..

Nazim tersenyum..matanya memandang tepat pada Naila yang duduk bertentangan dengannya..

“awak kalau nak gelak,gelak saja la!!nak cover-cover apa??” Naila menjerkah Nazim..

Nazim terkejut kerana tiba-tiba saja dijerkah Naila..namun senyumannya masih lagi bermain di bibir..kalau diikutkan hati mahu saja dia menunaikan kata-kata Naila sebentar tadi..

“Naila!!” Tuan Syazman meninggikan suara..Naila memasamkan mukanya..kata-kata papanya tidak akan dilawan..

“Abang Khai..” Naila bersuara..

“hmm?” Khai memandang wajah Naila..kini dia sudah tahu mengapa Naila berkelakuan pelik sebentar tadi..

“shah tak dapat datang join kitorang berlatih hari ni..abang Khai gantikan dia boleh tak?” Naila meminta lembut..minggu hadapan dia perlu membuat persembahan sempena hari sukan yang bakal diadakan..bukan dia sahaja yang terlibat..Shah dan Nabil turut terlibat sama..

“berlatih apa?abang Khai tak tahu pun.”

“la..bukan Naila dah bagi tahu abang Khai ke?” Naila kehairanan..

“bila masa pulak Naila bagi tahu abang Khai?” Khai menyoal Naila kembali..

“instrumental..park hye ri.” Naila memberitahu Khai secara ringkas..

“Abang Khai kamu tak boleh tolong kamu..hari ni Khai kena ikut papa..” Tuan Syazman bersuara..Khai hanya tersenyum memandang Naila..

“la..habis tu sapa yang nak tolong gantikan Shah?” wajah Naila mula berubah..
“kamu tunda saja la hari berlatih..” Tuan Syazman memberi cadangan..

“mana boleh papa..minggu depan dah nak kena buat performance..” Naila membantah..

“habis tu kamu nak papa buat apa?” Tuan Syazman bersuara tegas..wajahnya kelihatan agak tegang..

Naila terdiam..dia tidak berani lagi melawan kata-kata papanya..

“kalau saya tolong?” Nazim mencelah..suasana yang agak tegang cuba dileraikan..

“tak payah nak tunjuk baik!” Naila mencebik..

“kamu ni kan Naila..tadi nak sangat orang tolong kamu!tapi bila dah ada orang nak tolong kamu,kamu tolak pulak..” Tuan Syazman memarahi Naila..

Naila hanya tertunduk..selang 5 minit kemudian Naila mengangkat kepalanya semula..

“park hye ri..tahu ke?” Naila menyoal Nazim..mahu tidak mahu dia terpaksa juga menerima pertolongan Nazim..

Nazim mengangguk..bibirnya mengukir senyum..

--------------------------------------------------------
p/s:assalamualaikum..anda dh bleh post komen kt bwh ni..tp mntk maaf ye sbb aishah msih x dpt bt <1><2> macam tu lg..aishah akn cuba.

2 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

spe hero..?
tanak la nazim..
nk yg lagi sorang tuh..
ape ek nme dye..
lupe da..
uhukk..
nabil kott..
smbung2..

AkMa berkata...

'tangannya turut makanan peranan menyentuh bahu Naila'<<ayat ni ade kesilapan kt ayat 'makanan' sepatutnye 'mainkan' kan?
ke...saya yg salah?
harap maap la ye kolo komen sy ni plak yg slh..hehehe :D