3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Sabtu, 14 November 2009

3+1=24

“ Dasar lelaki tak guna! Dia dah nak pergi dari kau selama-lamanya! Tapi kau langsung tak kisah! Pengecut!!”

Shazia menjerit kuat. Suasana kelas pada mulanya yang agak hingar tiba-tiba bertukar sepi. Pelajar yang hampir mencecah 25 orang masing-masing menumpukan perhatian pada Shazia. Faruq langsung tidak membalas kata-kata Shazia. Kalau diikutkan hati, sudah lama wajah Shazia merah akibat dilempangnya. Namun Shazia juga adalah sahabat baiknya. Mana mungkin dia akan melakukan sedemikian rupa pada sahabatnya sendiri.

Mungkin benar apa yang dikatakan Shazia. Dia seorang lelaki pengecut. Pengecut untuk melafazkan cintanya sendiri. Pengecut untuk mengakui bahawa hatinya kini sudah ditawan Faiqa. Mungkin ego lelakinya lebih mengatasi segala-galanya. Selama ini dia tidak pernah mengucapkan ucapan cinta pada mana-mana gadis terlebih dahulu. Malah dia yang selalu dilamar untuk menjadi teman lelaki mereka. Mungkin disebabkan itu, dia tidak mahu meluahkannya terlebih dahulu.

Naila memegang bahu Shazia. Belakang Shazia diurut-urut supaya dapat menenangkan hati yang masih membara. Wajah Shazia mula berubah. Air matanya mula bertakung. Perasaan emosi yang susah untuk dikawal membuatkan dia mudah menangis. Namun kali ini tidak mungkin untuk dia menitiskan air mata di hadapan lelaki ini.

“ Faiqa cintai kau, Far.” Naila bersuara. Kata-kata Naila membuatkan Faruq mengangkat kepala. Wajahnya benar-benar kelihatan terkejut.

“ Apa kau cakap??” Faruq menyoal. Dia pantas berdiri dari kerusinya. Kepastian cuba dicari. Naila salah cakap ataupun dia yang salah dengar?

“ Faiqa betul-betul cintai kau. Kenapa kau nak dia luahkan dulu Far? Kau tak pernah fikir ke perasaan dia? Kalau dia cuma bertepuk sebelah tangan?”

Faruq terdiam. Benarkah Faiqa turut mencintainya? Jadi selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan? Faruq memandang Naila. Wajahnya kelihatan sedikit cemas.

“ Dia flight pukul berapa?”

“ 9 pagi.”

Sepantas itu, Faruq memandang jam di tangannya. Hanya satu jam saja yang dia ada untuk menghalang Faiqa dari pergi. Namun sempatkah dia untuk menghalang Faiqa? Faruq pantas berlari meninggalkan perkarangan sekolah. Pengawas yang berdiri di hadapan pagar sekolah langsung tidak diendahkan.

Naila dan Shazia masih berdiri di tempat asal. Mereka tahu pasti Faruq menyedari apa yang diucapkan Naila sebentar tadi. Tapi mereka sendiri tidak pasti mampukah Faruq memujuk Faiqa? Faiqa seorang gadis yang keras kepala. Bukan mudah untuk menukar keputusan yang telah pun dibuat.

Faruq berlari selaju mungkin. Kuantiti kenderaan semakin meningkat namun tidak pula terdapat teksi mahupun kereta sewa. Kepenatan dia berlari langsung tidak diendahkan. hanya satu yang berada di fikirannya. Pemergian Faiqa mesti dihalang. Dia tidak sanggup untuk kehilangan Faiqa. Satu-satunya gadis yang berjaya membuatkan dia tahu apa itu erti cinta sebenar.

Wajah Faiqa mula terbayang di anak mata. Gadis periang yang selalu menyakitkan hatinya. Gadis yang lembut tetapi berubah kasar apabila berada dengannya. Gadis yang selalu menjadi sebutan bibirnya. Dan gadis yang sentiasa berada di hatinya.


*****


Faiqa yang kemas berbaju t-shirt hitam berlengan panjang serta berseluar jeans biru menarik begnya. Suasana airport yang dipenuhi dengan manusia membuatkan hatinya bertambah runsing. Rambutnya yang lurus sehingga ke paras pinggang di biarkan saja tanpa diikat. Bibirnya langsung tidak diukir dengan senyuman. Benar. Hatinya sungguh berat untuk meninggalkan tanah airnya sendiri.

Faiqa melabuhkan punggung di kerusi. Papa dan mamanya sudah pun berada di Australia. Disebabkan dia mahu bertolak lebih lewat berbanding papa dan mamanya, dia terpaksa pergi bersendirian. Passport di tangannya dipegang erat. Sesekali passport di tangannya dipandang. Manusia yang berulang-alik di hadapannya hanya dipandang tanpa riak.

Telefon bimbit di dalam poket jeansnya dikeluarkan. Tiada sebarang mesej mahupun panggilan yang di terima. Sepantas itu, telefon bimbitnya dimatikan. Faiqa termenung. Matanya dihala ke lantai airport. Bukan masanya untuk dia menyesali keputusan yang telah dibuat. Walaupun papanya kurang bersetuju dengan keputusannya, namun dia tetap mahu meneruskannya. Mungkin itu yang terbaik buat dirinya.


*****


Faruq berlari masuk ke perkarangan airport dengan nafas yang tercungap-cungap. Namun kepenatannya langsung tidak diendahkan. matanya meliar mencari susuk tubuh Faiqa. Dadanya mula berdegup kencang. Begitu juga pernafasannya. Kepalanya ditoleh berkali-kali mencari kelibat Faiqa. Keluasan airport membuatkan dia sukar untuk mencari gadis itu.
Faruq berlari ke arah lain. Dia benar-benar cemas. Cemas jika dia tidak sempat untuk bertemu Faiqa. Kehilangan gadis itu akan membuatkan hidupnya merana. Pasti rasa bersalah akan menghukum diri seumur hidup. Bersalah kerana melukakan hati gadis itu.

Pengumuman flight ke Australia membuatkan Faruq semakin cemas. Bayang-bayang Faiqa langsung tidak kelihatan. Di mana lagi dia ingin mencari Faiqa?


*****


Faiqa bangun dari kerusi. Pengumuman ke Australia telah pun kedengaran. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke kaunter pelepasan. Hatinya mula berdegup kencang. Beg di tangannya ditarik perlahan. Wajahnya masih lagi kurang bermaya seperti tadi. Nafasnya ditarik perlahan-lahan lalu dihembuskan. Jiwa yang tenang cuba diraih. Kakinya melangkah lebih laju berbanding tadi.

Hatinya seolah-olah mahu luruh apabila tangannya direntap kasar dari belakang. Akibat dari itu, tubuhnya turut terkalih ke belakang. Wajah seorang insan dihadapannya benar-benar membuatkan dia terkejut. Namun tiada sepatah kata yang keluar dari bibirnya. Hanya mata yang mewakili hati.

Faruq memandang tepat wajah Faiqa. Riak serius yang dipamerkan. Kali ini barulah dia berpeluang untuk menatap wajah yang benar-benar dirinduinya. Wajah yang sentiasa di layar matanya. Wajah yang sentiasa muncul di dalam mimpinya. Malah wajah yang sentiasa berada di fikirannya setiap hari.

Tangan Faiqa digenggam erat. Tiada butir-butir kata yang keluar dari bibir gadis itu. Wajahnya ditundukkan. Keberanian cuba dicari untuk berhadapan Faruq.

“ Sebab aku ke?”

Tiba-tiba Faruq bersuara. Faiqa mengangkat wajahnya. Matanya mereka sama-sama berpautan. Faiqa segera melarikan anak matanya. Dia perlu berbohong. Bukan untuk dirinya. Tetapi demi mereka berdua.

“ Tak ada kena-mengena dengan kau.”

“ Sekali lagi kau berbohong dengan aku.”

“ Maksud kau, aku pernah tipu kau sebelum ni??”

Faiqa mula meninggikan suara sedikit. Pandangan tajam di arah ke mata Faruq. Walaupun begitu, pandangan Faiqa tetap dibalas. Seolah-olah panahan petir yang saling berbalas di antara mereka berdua.


*****


“ Semua duduk tempat masing-masing. Saya nak announce result kamu semua. Selagi kamu tak diam, selagi tu saya tak nak bersuara.” Puan Haryati menggugut. Dalam sekelip mata saja, semua berdiam diri. Masing-masing menghala mata ke arah Puan Haryati. Naila mula berdebar. Dia tidak rela menerima kekalahan. Walaupun Nazim turut mempunyai perasaan yang sama, namun lagaknya masih seperti biasa. Tenang dan bersahaja.

“ Gelaran KC kali ni masih sama.” Puan Haryati bersuara. Naila tercengang. Adakah itu bermaksud dia yang pemenangnya?

“ Maksud cikgu?” Naila bersuara. Wajahnya seratus-peratus blur. Puan Haryati mengerutkan dahi.

“ La. Kamu ni. Sama macam sebelum ni la. Maksudnya kamu la Naila.” Naila terkejut. Tidak dapat digambarkan betapa lega hatinya ketika ini. Seolah-olah beban yang berat berjaya dikeluarkan dari hatinya.

“ Saya KC cikgu?”

“ Ye Naila. Kamu KC.” Kata-kata Puan Haryati membuatkan Naila menjerit keseronokan. Secara automatik Naila berdiri dari kerusi. Pada masa yang sama juga, semua mata memandang dirinya termasuk Nazim.

Naila memandang sekeliling. Seperti ada yang tidak kena. Dengan lagak yang seperti tiada apa-apa yang berlaku, Naila kembali duduk di tempatnya. Nazim hanya berdiam diri tanpa memandang Naila.

“ Awak jangan ingkari janji awak.” Naila bersuara secara tiba-tiba tanpa mengalih kepalanya memandang Nazim. Walaupun begitu, Nazim langsung tidak menoleh pada gadis itu. Wajahnya jelas kelihatan tenang.

“ Awak jangan risau. Saya bukan manusia yang jenis tak menepati janji.” Lancar saja Nazim menutur bicara. Komik di bawah mejanya dicapai. Perhatiannya mula diberikan sepenuhnya pada komik kesayangannya. Mana tidaknya, masih baru lagi komik itu menjadi miliknya. Naila memandang Nazim sekilas sebelum matanya diarah semula ke hadapan. Kata-kata Nazim seolah-olah menyindirnya. Namun kata-kata lelaki itu langsung tidak mahu dibalas.
Ingatannya terhadap Faiqa mula kembali. Bagaimana keadaan gadis itu sekarang? Adakah Faruq sempat untuk menghalang Faiqa dari pergi meninggalkan tanah air? Naila mengeluh.


*****


“ Aku tahu kau suka aku. Tapi kenapa kau bohong aku? Kenapa kau nafikan perasaan kau kat aku?” Mata Faiqa ditentang. Faiqa terdiam sebentar. wajahnya kembali tertunduk. Perlukah aku orang pertama yang luahkan perasaan sendiri? Kenapa aku yang perlu bertindak dahulu? Tak. Bukan aku yang patut bertindak. Aku takkan sama sekali mengalah. Inilah masanya untuk dia sedar bahawa perempuan juga mempunyai maruah. Bukan hanya lelaki.

" Aku tak suka kau. Aku langsung tak suka kau!! Berapa kali aku perlu cakap baru kau boleh faham?? Aku…”

“ Kau bohong! Kau bohong aku! Shazia dah beritahu aku segala-galanya! Aku tahu kau suka aku!” Faruq pantas memotong kata-kata Faiqa walaupun belum sempat untuk gadis itu menghabiskan kata-katanya. Faiqa terdiam beberapa saat.

“ Dulu. Itu semua dulu. Aku dah tak ada perasaan pada kau sekarang. Kosong. Hati aku kosong. Kau bukan lagi orang yang aku suka. Aku dah lupakan segala-galanya.” Faiqa bersuara. Wajah Faruq langsung tidak dipandang. Benar. Kerana dia sedang berbohong sekarang. Membohongi perasaannya sendiri.

“ Tak. Kata-kata kau langsung tak munasabah. Kau bohong dengan aku. Kau cuba nak sembunyikan perasaan kau sendiri. Kalau kau cakap benar, pasti kau akan pandang mata aku. Tapi tidak untuk kali ini.” Faruq cuba memprovok. Faiqa mengangkat muka. Kini mata mereka bertentangan. Dia mula berasa letih. Letih untuk meneruskan semua ini. Biarlah ini semua berlalu jauh dari ingatannya.

“ Kau dengar baik-baik apa yang aku nak cakap.” Faiqa masih tetap memandang mata Faruq. Walaupun susah untuk dia berbohong, namun mungkin ini peluang terbaik untuk dia melepaskan diri dari lelaki ini.

“ AKU TAK SUKA KAU. LANGSUNG TAK SUKA KAU. Kau dah puas hati sekarang? Aku takkan pernah suka kau lagi.” Faiqa melangkah meninggalkan Faruq. Faruq terpana. Pemergian Faiqa hanya dipandang dari belakang. Benarkah kata-kata Faiqa? Benarkah Faiqa sudah melupakan perasaan pada dirinya sebelum ini? Adakah dia sudah terlambat? Terlambat untuk memenangi hati Faiqa?

Air mata Faiqa mula bertakung. Maafkan aku Faruq. Kata-kata yang aku keluarkan tadi bukan dari hati aku. Bukan niat aku untuk luahkan kata-kata itu pada kau. Aku tak nak bertepuk sebelah tangan,Faruq. Aku sendiri tidak tahu perasaan kau pada aku? Cinta yang berbalas atau cinta sebelah pihak? Hanya satu yang aku pasti. Aku perlu tinggalkan kau. Jauh dari sisi aku. Jauh dari ingatan aku. Faruq, jangan kau ulangi kesilapan kau.

Faruq masih terpana. Hatinya mula bercambah. Perlukah pemergian Faiqa dihalang? Faruq memandang Faiqa dari belakang. Faruq, ketepikan ego kau. Kau lihatlah. Gadis di hadapan kau sekarang adalah gadis yang kau benar-benar cintai. Gadis yang mungkin membawa kebahagiaan pada kau. Adakah kau hanya mahu membiarkan dia pergi begitu saja? Adakah pemergian dia akan membawa kegembiraan pada kau? Faruq tersedar. Langkah pantas diarah laju mengejar Faiqa. Tubuh Faiqa dipeluk dari belakang. Faiqa tergamam.

“ Kau nyawa aku. Kau udara aku. Aku tak dapat bernafas tanpa kau. Jangan pergi. Jangan pergi dari sisi aku.”

Air mata Faiqa mula mengalir perlahan. Maafkan aku Faruq. Aku tiada pilihan. Faiqa merenggangkan tangan Faruq dari terus melingkari lehernya. Tanpa sepatah kata, dia melangkah menjauhi Faruq.

Faruq terpana. Kenapa kau buat aku macam ni, Faiqa? Jangan pergi dari aku, Fai. Tolong, Fai. Jangan pergi dari sisi aku. Aku benar-benar perlukan kau dalam hidup aku. Jangan buat aku rasa bersalah untuk seumur hidup.

“ Faiqa!!” Faruq menjerit. Langkahan Faiqa terhenti. Tubuhnya membelakangi Faruq.

“ Sepanjang hidup aku, aku hanya akan cintakan kau Faiqa!!” Faruq menjerit. Orang ramai mula menumpukan perhatian pada mereka berdua. Namun pandangan orang ramai langsung tidak penting berbanding pandangan Faiqa terhadapnya.

Faiqa menarik bagasinya perlahan sebelum kakinya turut melangkah perlahan meninggalkan Faruq. Faruq terduduk. Kenapa kau berkeras nak tinggalkan aku Faiqa? Besar sangatkah salah aku pada kau sampai kau tak sanggup untuk maafkan aku?

6 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

whoaaaaaaaa..
biarkan la faiqa pergi..
on fine day,sure dye akan balik..
n that time,rebutla hati dye blk faruq..
ngeeeeee..
smbung2..

epy elina berkata...

hohoho...
dgilnya ati faiqa...
gram jg ngn mrka ni mcm bdk2..
prg loa faiqa klu ko rsa blh idup bhgia tnp faruq..
egoistik hehehhe..
emo skit la...

fzm2 berkata...

waaaaaaaaaa
sdeyh laa plak
haish..faiqa plak
yg eg0 eh???
hurmmm syiaan faruq
tp cm x bsungguh jew
nk halang faiqa..heheh
smb0nk2

TAN-te berkata...

i seh!!! gilela!!! tp rasenye elok gak fai wat cam tu... sbb nye x kan la asik pompuan dulu yg kene provoke dulu. si faruq 2 pon satu la...
tp mmg layan la dgn siap lagu lg membace. best!!! cpt2 sambung.

Unknown berkata...

kesian weh...
kenapa faiqa pergi...
kenapa???
i hope faiqa dengan faruq akan bersatu nnt....
rebutlah hati faiqa nnt ye faruq...
thanx 4 new n3....

Unknown berkata...

kesian weh...
kenapa faiqa pergi...
kenapa???
i hope faiqa dengan faruq akan bersatu nnt....
rebutlah hati faiqa nnt ye faruq...
thanx 4 new n3....