3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 24 Disember 2009

3+1=30

Faiqa melangkah masuk ke bilik. Pintu biliknya dihempas kasar. Dengan hati yang agak membara, tubuhnya dihempas kasar ke katil. Wajahnya serta-merta berubah tegang apabila peristiwa dia dilibatkan dalam permainan yang langsung tidak disangka bermain di layar mata. Bibirnya diketap geram.

“ Apa? Girlfriend dia? Aku girlfriend dia?” Faiqa bercakap sendiri. Sekali-sekala dia tergelak sinis. Marahnya pada lelaki yang bernama Max itu masih belum dapat dipadam. Malah semakin membara.

“ Kenapa boleh ada manusia macam tu kat dunia ni? Dah tu, boleh muncul depan aku pula tu! Aishh!!” Tubuhnya dibaringkan ke katil. Sedikit sebanyak dia berharap marahnya pada lelaki itu dapat diredakan.

Faiqa terpana seketika. Terasa sesuatu yang pelik. Poket seluar belakangnya diseluk. Kosong. Hatinya mula cemas. Sekali lagi ke semua poket yang berada di seluarnya diseluk. Masih juga tiada. Matanya meliar mencari kelibat mahupun bayang-bayang telefon bimbitnya. Perasaan cemas mula menerpa diri. Seluruh biliknya digeledah. Namun seperti tadi bayang-bayang telefon bimbitnya langsung tidak kelihatan apatah lagi kelibat.

“ Mana handphone aku? Kat mana aku letak ni?” Faiqa cuma memerah ingatannya. Tetapi gagal sama sekali. Kedua-dua tangannya digenggam erat. Hatinya benar-benar cemas. Sesuatu yang penting yang masih berada di dalam data telefon bimbitnya tidak boleh hilang sama sekali. Faiqa melabuhkan punggung di kerusi meja tulisnya. Ketenangan cuba diraih namun gagal sama sekali. Dia takut pada kehilangan. Kedua-dua tangannya ditongkat ke atas meja dalam keadaan saling berpegang rapat. Tangannya mula berasa sejuk.

“ Macam mana ni? Kat mana aku letak? Jatuh ke? Tapi jatuh kat mana?” Bertalu-talu soalan yang keluar dari bibirnya. Akibat rasa cemas yang teramat, dia tidak mampu untuk berfikir secara rasional.

Faiqa segera melangkah keluar dari bilik. Tangga marmar ke bawah yang agak licin dituruni dengan laju tanpa sedikit pun menghiraukan keselamatannya sendiri. Disebabkan pergerakan tubuhnya yang tidak dapat dikawal, dalam masa yang singkat Faiqa tersungkur di tangga,. Kaki kanannya yang memainkan peranan untuk mengelakkan daripada berlakunya penyungkuran akhirnya turut tercedera.

“ Ah…” Kaki kanannya dipegang. Dahinya mula berkerut menahan kesakitan. Tetapi kesakitan yang ditanggungnya langsung tidak dihiraukan. Apa yang penting baginya sekarang hanya telefon bimbitnya.

“ Ya Allah! Cik Faiqa! Apa dah jadi ni?” Wajah bibik berubah cemas. Bunyi yang agak kuat kedengaran dari tangga membuatkan dia terkoncoh-koncoh ke arah tersebut. Keadaan Faiqa yang terduduk di atas tangga membuatkan dia semakin terkejut. Bibik pantas melangkah laju menghampiri Faiqa. Namun belum sempat dia menghulurkan tangan untuk membantu Faiqa, gadis itu sudah pun bangun dalam keadaan yang agak sukar.

“ Bibik. Handphone saya hilang, bik. Kalau bibik jumpa, tolong beri pada saya.” Wajah Faiqa jelas kelihatan cemas. Tanpa menunggu butir-butir kata dari Bibik, dia terus melangkah pergi walaupun dalam keadaan terpaksa menggunakan sebelah kaki untuk berjalan.

“ Cik Faiqa! Cik nak pergi mana tu?” Bibik melaung namun hanya bunyi tapak kaki Faiqa yang membalas soalannya.

Faiqa melangkah keluar dari rumah. Walaupun matahari sudah pun terbenam dan hanya menunggu untuk berubah gelap, dia langsung tidak mempedulikan itu semua walaupun dia sendiri tahu amat sukar untuk dia mencari sesuatu pada masa ini. Faiqa membongkokkan tubuhnya. Matanya meliar mencari telefon bimbitnya di perkarangan rumahnya. Pokok-pokok renek sedaya upaya diselaknya. Namun usahanya ternyata hanya sia-sia.

Faiqa terduduk. Kedua-dua tangannya menekup wajah. Sepantas itu juga air matanya laju mengalir. Hatinya benar-benar merasa takut. Takut dia akan menghadapi kehilangan lagi. Segalanya data yang berada di dalam telefon bimbitnya tidak penting. Tetapi hanya satu data yang amat bernilai buatnya. Dia tidak mahu satu-satu data yang dia punya turut lesap dari sisinya.

*****

Dia membuka mata perlahan-lahan. Seluruh objek yang berada di hadapannya kelihatan kabur. Matanya dipejam untuk seketika sebelum matanya dibuka kembali. Kali ini setiap objek di hadapannya kelihatan jelas. Tubuhnya terasa langsung tidak bermaya.

“ Shaz. Kau dah bangun?” Nazim segera bersuara apabila dilihat Shazia seolah-olah sedang memerhatikan keadaan sekelilling. Shazia mengalih perlahan kepalanya ke sebelah kanan.

“ Nazim. Apa aku buat kat sini, Zim?” Shazia bersuara lemah.

“ Demam kau dah panas sangat Shaz. Kau takkan sembuh kalau kau cuma dirawat di rumah saja.”

“ Siapa yang hantar aku kat sini?” Shazia pantas menyoal.

“ Aku. Aku yang minta…”

“ Kenapa kau hantar aku kat sini?? Kau kan tahu aku benci hospital!!” Suara Shazia mula meninggi. Pandangannya serta-merta berubah tajam.

“ Demam kau dah teruk Shaz. Takkan aku nak biarkan keadaan kau macam tu saja?”

“ Aku tak nak! Aku tak nak duduk kat sini!! Aku nak balik!” Selimut yang melingkari tubuhnya ditolak kasar. Dia bingkas bangun dari katil. Lelaki di sebelahnya jelas kelihatan terkejut. Sepantas itu juga Nazim pantas berdiri.

“ Shaz! Kau belum sembuh sepenuhnya. Takkan kau nak balik macam tu saja?” Shazia yang sudah pun ingin melangkah keluar pantas dihalang.

“ Kau tahu aku benci hospital. Tapi kenapa kau tetap nak hantar aku kat sini juga!!” Shazia melangkah melintasi Nazim walaupun belum sempat untuk lelaki itu mengeluarkan sebarang kata-kata.

“ Sebab aku risaukan kau!!” Kata-kata yang keluar dari bibir Nazim membuatkan serta-merta langkahan Shazia terhenti. Namun Nazim hanya membiarkan tubuhnya terus membelakangi Shazia. Begitu juga Shazia. Dia hanya mampu terpaku.

“ Kau ingat hospital ni milik papa kau, kau boleh buat apa saja yang kau suka ke?” Sekali lagi Nazim bersuara dan buat kali kedua juga Shazia membisu. Dia hanya mampu terpana tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata.

“ Kalau kau fikir macam tu, kau salah Shaz. Setiap doktor di sini takkan biarkan pesakit mereka keluar selagi tidak disahkan sembuh sepenuhnya. Dan kau tak terkecuali Shaz walaupun kau anak pengarah hospital. Sebab di mata mereka sekarang kau hanya seorang pesakit. Dan setiap pesakit di mata mereka hanya ada taraf yang sama. Tak lebih dari tu.”

“ Aku tak tahu sama ada kau masih sedar atau tak. Tapi aku nak kau tahu. Apa yang kau buat sekarang dah melampau. Kau cuma pentingkan diri kau sendiri saja Shaz. Kau langsung tak fikirkan orang lain. Sahabat baik kau sendiri.” Kata-kata yang keluar dari bibir Nazim membuatkan hati Shazia mula panas. Tubuhnya dikalih ke belakang menghadap Nazim. Tetapi Nazim masih seperti tadi. Walaupun dia tahu Shazia sedang menghadapnya sekarang, tubuhnya masih lagi tidak digerakkan.

“ Apa kau kata? Aku pentingkan diri?? Kalau aku tak fikirkan sahabat baik aku sendiri, aku takkan jadi macam n!! Sebab aku terlalu sayangkan Faiqa yang membuatkan aku jadi macam ni!!” Shazia mula meninggikan suara. Perasaannya sudah mula tidak dapat dikawal.

“ Kau sedar tak. Kau cuma nak lari dari masalah!! Secara realitinya, kau sedar tak siapa yang terpaksa menanggung tekanan yang besar? Kau sangka kau yang paling menderita. Tapi kau salah Shaz. Ada orang yang lebih menderita dari kau. Ada orang yang terpaksa berpura-pura tabah semata-mata nak kuatkan semangat sahabat baik dia sendiri. Kenapa kau langsung tak fikirkan tu semua?”

Shazia terdiam. Nazim mengalihkan tubuhnya menghadap Shazia. Wajah Shazia dipandang walaupun gadis itu hanya menundukkan wajah. Walaupun dia tahu Shazia masih dalam keadaan yang belum sihat, tetapi mungkin ini saja peluang untuk dia menyedarkan gadis itu.

“ Naila lebih menderita dari kau! Disebabkan kau dan Faruq, dia cuma mampu menangis secara diam-diam. Dia langsung tak mampu nak luahkan perasaan dia sendiri berbanding kau Shaz! Macam ni ke kau kata kau fikirkan sahabat baik kau? Macam ni ke kau kata kau tak pentingkan diri sendiri?"

“ Perlu ke kau abaikan kesihatan kau hanya disebabkan Faiqa? Dia belum mati lagi Shaz. Dia cuma berjauhan dari kita. Tak bermakna yang kita takkan jumpa dia lagi. Kenapa kau berfikir terlalu jauh Shaz? Sedangkan kita boleh ikhtiarkan sama-sama cara untuk pujuk Faiqa balik. Bukannya terus berputus asa macam ni!”

“ Kalau kau tahu macam mana perasaan Naila sekarang, kau takkan macam ni. Kau takkan sampai hati buat Naila macam ni. Kau tahu tak betapa gembiranya dia nak melawat kau hari ni? Tapi tanpa sepatah kata kau hancurkan kegembiraan dia. Sebaliknya sekarang dia cuma bermain dengan air mata. Kau betul-betul pentingkan diri Shaz. Walaupun secara realitinya Naila masih ada kau, tapi sekarang dia tak ubah macam tak wujud!”

“ Kau fikir baik-baik Shaz. Kalau kau nak teruskan juga semangat lemah kau, aku rasa lebih baik kau jangan libatkan orang lain. Jangan seksa Naila lagi. Aku yakin, kau bukan orang macam tu. Dan aku yakin juga, keputusan Naila pilih kau sebagai sahabat baik bukanlah keputusan yang salah.” Nazim mengakhiri kata-katanya. Wajah Shazia yang masih ditunduk dipandang sesaat sebelum dia melangkah keluar dari bilik wad.

Shazia terduduk di birai katil. Kata-kata Nazim berkumandang di telinganya. Wajahnya ditundukkan memandang lantai. Air matanya mula mengalir laju. Kata-kata yang diucapkan Nazim benar-benar membuatkan dia menyedari kesilapannya mengabaikan Naila. Benar. Dia seorang yang mudah berputus asa. Malah dia langsung tidak mempedulikan perasaan sahabat baiknya sendiri. Benar kata Nazim. Dia seorang yang mementingkan diri.

Nazim berpatah balik. Kakinya kembali dilangkah ke bilik Shazia. Namun tangisan Shazia membuatkan dia terpaku di hadapan pintu. Wajah Shazia dipandang dari jauh sebelum dia melangkah masuk ke bilik wad. Shazia mendongak kepala apabila berasa dirinya seakan-akan diperhatikan seseorang.

“ Kenapa kau patah balik?” Wajah Nazim dipandang sekilas sebelum kepalanya kembali ditundukkan. Air matanya cuba disapu namun semakin cuba disembunyikan semakin laju air mata mengalir.

“ Sebab aku kena jaga kau hari ni.” Nazim membalas. Punggungnya dilabuhkan di sisi Shazia.

“ Maafkan aku, Benar kata kau. Aku memang pentingkan diri. Aku abaikan sahabat baik aku sendiri. Maafkan aku.” Semakin laju air mata yang mengalir menuruni pipi Shazia. Nazim tersenyum.

“ Bukan aku yang kau patut minta maaf Shaz. Ada orang yang lebih layak terima kata maaf dari kau.” Nazim masih terdiam. Dengan air mata yang masih mengalir kepalanya diangkat memandang Nazim. Nazim tersenyum. Kepala Shazia digosok perlahan seraya tubuh Shazia ditarik perlahan ke dalam pelukannya.

“ Kami semua sayangkan kau Shaz. Tak ada siapa yang nak tengok kau macam ni. Kami semua nak kau kembali macam dulu. Jangan mudah putus asa, Shaz. Kita sama-sama fikir cara untuk pujuk Faiqa balik sini semula. Hmm?” Shazia mengangguk perlahan.

“ Dan tolong kembalikan semangat pada Naila. Dia dah hampir tewas dalam emosi dia sendiri.”

*****

Max membaringkan tubuhnya di kerusi rehat. Telefon bimbit milik Faiqa dibeleknya. Disebabkan telefon bimbit yang dipegangnya kini sudah pun tersedia ditutup, tangannya segera menghidupkan semula telefon bimbit Faiqa. Tidak sampai satu minit dia menunggu, kedengaran satu bunyi mesej. Tanpa mendapat keizinan dari pemilik telefon bimbit tesebut, mesej yang diterima segera dibuka.

‘ Shazia sakit. Kau pasti ke dengan apa yang kau dah putuskan, Fai? Sampai bila kau nak larikan perasaan kau dari dia? Aku tak mampu nak ubah keputusan kau. Terpulang pada kau. [ Nabil ] ‘

“ Nabil? Tak sangka ada juga lelaki yang sanggup berkawan dengan perempuan garang tu.” Max bercakap seorang diri. Telefon bimbit milik Faiqa dibelek buat kali kedua. Semua folder yang terdapat pada data telefon bimbit di tangannya itu dibuka. Semuanya tidak menarik minatnya. Tetapi gambar yang sedang ditatapnya kini membuatkan dia terpana seketika.

“ Boyfriend dia ke ni? Oh, patut la dia marah sangat bila aku nobatkan dia sebagai girlfriend aku. Rupanya dah ada someone else.” Telefon bimbit Faiqa diletakkan ke atas meja tanpa mematikannya terlebih dahulu. Tubuhnya disandarkan kembali.

“ Larikan perasaan kau dari dia? Apa maksud mesej tu? Ah, entah-entah perempuan garang tu…permainkan perasaan orang lain? Iya ke? Tapi dia tak nampak macam orang jenis tu.” Fikirannya mula bermain teka-teki.

“ Tak. Mungkin betul. Semua perempuan cuma pandai berpura-pura. Cuma zahir saja yang nampak suci. Tapi sifat sebenar lebih busuk dari bangkai.”

*****

“ Faiqa! Apa yang kamu buat kat luar dalam keadaan gelap macam ni?” Puan Marlia kelihatan terkejut. Faiqa segera bangun dan pada masa yang sama air matanya disapu. Faiqa melangkah perlahan menghampiri mamanya.

“ Faiqa! Kenapa dengan kaki kamu? Ya Allah, apa dah jadi ni?” Puan Marlia kelihatan cemas. Beg tangannya dipegang erat. Wajah Faiqa diperhati dengan riak yang agak keliru.

“ Ma. Handphone Faiqa hilang ma.” Suara Faiqa kedengaran mula cemas.

“ Hilang? Sebab tu saja yang buat kamu jadi macam ni?” Puan Marlia menyoal. Namun soalannya langsung tidak dijawab. Sebaliknya Faiqa hanya menundukkan wajah. Puan Marlia tersenyum. Rambut Faiqa dibelai lembut.

“ Kalau setakat handphone yang hilang, mama boleh belikan yang baru. Tak usahlah sedih macam ni. Hmm?” Puan Marlia memujuk. Faiqa mengangkat wajah memandang mamanya.

“ Tak ma. Faiqa tak nak handphone baru. Telefon tu penting bagi Faiqa, ma.” Faiqa pantas menolak cadangan mamanya. ‘ Di mana aku nak cari ni? Kalau aku telefon handphone aku sendiri, boleh ke? Tapi aku sentiasa off telefon aku tu.”

“ Ma. Pinjamkan handphone mama.”

“ Kamu nak buat apa?”

“ Fai nak call telefon Fai, ma. Harap-harap ada orang yang terjumpa telefon Fai.” Puan Marlia menghulurkan telefon bimbitnya.

“ Ni. Lepas kamu call, kamu masuk dalam. Dah malam ni. Mama masuk dulu. Badan mama pun dah letih dah ni.” Faiqa sekadar mengangguk sementara Puan Marlia melangkah masuk ke rumah dan meninggalkan Faiqa keseorangan. Faiqa segera mendail nombor telefonnya sendiri. Hampir 10 saat dia menunggu, barulah kedengaran telefonnya diangkat seseorang. Wajah Faiqa mula berubah menunjukkan sinar-sinar harapan.

“ Hello.” Faiqa bersuara.

“ Hello.” Kedengaran suara seorang lelaki menyahut. Faiqa terdiam seketika. Suara yang berada di talian telefon seperti pernah didengarinya. Tetapi bila dan dimana dia langsung tidak mengingati semua itu.

“ Can I know who is this?”

“ You think?” Max cuba mempermainkan Faiqa. Bibirnya mengukir senyuman jahat. Sekali lagi Faiqa terdiam. Kenapa dia merasakan suara itu seperti pernah didengarinya? Tapi siapa?

“ I’m sorry. But don’t know who are you. I’m lost my handphone and I really need it.” Serius Faiqa bersuara.

“ Oh ya? You have something important inside this handphone right?” Max masih tersenyum. Kini timbul satu perkara yang perlu ditebus.

“ Ya. That’s really important. Can you return that to me? I really need it.” Faiqa separuh merayu. Max tersenyum lebar.

“ Something important? Let I guess. Guy picture right? Uh, that’s really important to you.” Max cuba menguji.

“ What? You check my handphone? You jerk!” Max ketawa kecil setelah kata-kata Faiqa bergema di corong telefon.

“ You still can’t recognize me right? Hah, tak sangka muda-muda pun dah jadi nyanyuk kan? Saya ingatkan awak ni kuat ingatan. Tapi tak sangka pula jangkaan saya meleset sama sekali.” Faiqa terkejut. Kini baru dia tahu siapa yang berada di corong telefon sekarang.

“ Patut la saya rasa orang tu kurang ajar sangat. Rupanya awak. Tak sangka. Ada juga manusia macam awak ni kan? Awak tak pernah rasa ke yang awak ni langsung tak ada ilmu kesopanan?” Max tergelak kecil. Kata-kata Faiqa langsung tidak diambil peduli.

“ Cakap saja la apa yang awak suka. Awak dah lupa ke? Telefon awak sekarang ada di tangan saya. Bila-bila masa saja saya boleh lempar telefon awak tu dalam laut. Dan pada masa tu awak jangan nak menangis teresak-esak pula.”

“ Berani awak! Telefon tu milik saya! Awak siapa suka-suka hati je nak buang telefon saya macam tu? Lagipun awak dah tahu yang telefon tu penting bagi saya!”

“ Disebabkan penting lah yang membuatkan saya semakin suka. Biar saya tanya awak. Ada ke dalam undang-undang yang mengatakan kita tak boleh buang telefon milik orang lain? Lagipun tak ada bukti untuk awak tuduh saya.” Faiqa tergelak sinis. Semakin lama hatinya semakin membara. Malah semakin lama juga hatinya semakin cemas.

“ Yaa!! Pulangkan telefon saya!!”

“ Awak yang hilangkan. Jadi sepatutnya awak yang datang ambil sendiri. Saya boleh pulangkan. Tapi dengan satu syarat.”

“ Syarat? Apa dia?”

“ Awak datang rumah saya dulu. Dan lepas tu baru saya bagi tahu.” Faiqa terdiam. Nafasnya ditarik lalu dihembuskan perlahan-lahan.

“ Baik. Saya datang rumah awak sekarang.” Faiqa mematikan panggilan. Dalam keadaan kaki yang masih terseliuh, dia melangkah perlahan keluar dari perkarangan rumah. Otaknya mula memainkan peranan memikirkan apakah syarat yang bakal diberitahu lelaki itu. Harapnya syarat yang bakal dikemukan adalah sesuatu yang tidak menyusahkan dirinya sendiri.



1 ulasan:

anis96 berkata...

best..cpt sambung:D