3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Sabtu, 2 Januari 2010

3+1=32

“ Hello.” Naila bersuara. Suaranya yang kedengaran agak lain daripada biasa membuatkan Nabil semakin percaya bahawa Naila benar-benar tidak sihat sekarang ini.

“ Aku dah sampai.” Sejurus Nabil bersuara, talian segera dimatikan. Naila melangkah perlahan menuju ke pintu utama. Rambutnya hanya dibiarkan tanpa diikat. Cara pakaiannya juga hanya kelihatan ringkas. Berseluar jeans biru dan t-shirt hitam bertangan panjang dan kelabuhannya hingga ke paras lutut. Wajahnya yang langsung tidak dicalitkan sebarang mekap membuatkan wajahnya jelas kelihatan pucat. Sebuah kereta limo berwarna hitam yang sudah pun berada di hadapan pintu rumahnya hanya dipandang tanpa sebarang riak.

Cermin kereta diturunkan. Pandangannya dialih ke sebelah kanan. Wajah Naila jelas terpampang. Dengan penampilan Naila yang serba ringkas pada masa ini membuatkan dia mengingati kata-kata Khai. ‘Benar apa yang Abang Khai beritahu. Dia benar-benar tidak bermaya.’ Nafasnya dihembus perlahan.

“ Masuklah.” Nabil menyuruh. Cermin kereta yang berada di pihaknya dinaikkan semula. Dengan langkah yang langsung tidak bermaya, Naila menghampiri kereta limo milik keluarga Nabil. Pintu kereta sebelah kiri dibuka seraya diboloskan dirinya di sebelah Nabil. Tanpa menunggu lebih lama, kereta milik keluarga Nabil meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Naila.

“ Kenapa kau tetap berkeras nak melawat Shaz? Kau sendiri tahu diri kau tak sihat kan.” Setelah hampir 5 minit masing-masing membisu, kini barulah Nabil bersuara. Kepalanya ditoleh ke sebelah kiri seketika.

“ Kenapa kau dengan Abang Khai asyik cakap perkara yang sama? Boleh tak tunggu aku rasa baik sikit baru kau soal aku?” Nada suara Naila kedengaran mendatar. Wajah Nabil hanya dipandang sekilas.

“ Dah seminggu Faiqa pergi Australia, Nai. Dalam masa seminggu ni juga, macam-macam yang dah jadi. Aku tak nak kau jadi macam Shaz.” Kepalanya langsung tidak ditoleh ke arah Naila. Sebaliknya dia membawa matanya ke luar tingkap.

Naila hanya berdiam diri. Dia turut membawa matanya memerhati pemandangan di luar walaupun semua itu langsung tidak menarik minatnya. Dia hanya mampu melayani perasaannya tanpa seorang pun yang menyedari. ‘ Aku tahu, Bil. Kau risaukan aku. Tapi aku janji. Aku akan kuat. Aku takkan tumbang lagi.’

“ Bil.” Tiba-tiba Naila bersuara. Nabil menoleh kepalanya ke arah Naila.

“ Lepas ni kita pergi melawat Faruq. Aku langsung tak dengar berita dia sejak Fai pergi.” Nabil terdiam seketika. Terpanculnya nama Faruq dari bibir Naila membuatkan dia teringat sesuatu.

“ Aku dah pernah pergi rumah dia.” Kata-kata Nabil terhenti di situ dahulu. Nafasnya dihela sebelum ingin menyambung semula percakapannya. Naila menoleh kepalanya memandang Nabil. Namun tidak pula pada Nabil. Matanya hanya diarah memandang kasutnya. Seolah-olah dia sedang memikirkan sesuatu.

“ Tapi…. aku tak dapat jumpa dia. Dia tak nak jumpa sesiapa pun. Walaupun kita.” Dia mengeluh. Sebaliknya Naila hanya berdiam diri. Sekali lagi masalah menimpanya. Kenapa Faruq pula? Bukankah pemergian Faiqa ke luar negara adalah salah lelaki itu sendiri? Tapi kenapa dia sendiri tidak dapat menerima pemergian Faiqa? Faruq, kenapa kau lepaskan Faiqa macam itu saja? Kenapa?

*****

Pintu bilik kedengaran diketuk dari luar berulang-ulang kali. Faiqa segera bangun dari meja tulisnya. Tombol pintu dipulas lalu ditariknya pintu ke dalam. Wajah Bibik terpancul di muka pintu.

“ Cik Faiqa. Puan Marlia dan Dato’ minta Cik turun ke ruang tamu sekarang.” Bibik menyampaikan arahan yang diamanahkan oleh majikannya sendiri.

“ Ruang tamu? Ada apa sebenarnya Bik?” Tanda tanya mula muncul di fikiran Faiqa.

“ Entahlah. Bibik tak tanya pula.” Faiqa mengangguk berulang-ulang kali.

“ Baiklah. Kejap lagi saya turun.” Bibirnya diukir senyuman kecil. Tanpa banyak bicara, Bibik melangkah turun ke dapur. Faiqa melangkah semula ke meja tulisnya. Laptop hitam berjenama Dell ditutup sebelum dia melangkah keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.

Faiqa melabuhkan punggung di sebelah mamanya. Dato’ Yahya dan Puan Marlia masing-masing memandang ke arah Faiqa. Dengan wajah yang menunjukkan riak tanda tanya, wajah Dato’ Yahya dan Puan Marlia dipandang silih berganti.

“ Mama dengan papa ada apa-apa nak cakap dengan Faiqa ke?” Faiqa menyoal. Wajah papa dan mamanya masih lagi dipandang.

“ Papa dah daftarkan nama kamu di Jerssy High School. Jadi dua hari lagi kamu dah boleh laporkan diri di sekolah tu.” Dato’ Yahya bersuara. Puan Marlia mengangguk kepalanya berulang-ulang kali sebagai tanda mengiakan kata-kata suaminya.

“ Jerssy High School? 2 hari lagi maksudnya hari Rabu?” Faiqa menyoal. Wajahnya jelas kelihatan terkejut. Dato’ Yahya mengangguk.

“ Ya. Hari Rabu kamu kena laporkan diri.” Faiqa mengeluh perlahan. Inilah kali pertama dia belajar di luar negara. Malah dia masih belum bersedia untuk melanjutkan pelajaran di sini.

“ Kalau papa betul-betul nak Faiqa belajar di situ, papa kena jelasnya latar belakang sekolah tu. Lagipun papa pun tahu kan, first time Faiqa belajar kat sini. Dan first time juga Faiqa kena bergaul dengan orang sini.” Dato’ Yahya hanya tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari bibir anak tunggalnya.

“ Ni. Ni semua information pasal sekolah tu. Kamu boleh baca sendiri nanti.” Puan Marlia menghulurkan beberapa keping kertas yang sudah pun disatukan bersama. Tanpa riak, Faiqa menyambut huluran kertas tersebut dari mamanya. Kertas yang berada ditangannya hanya dibelek-belek buat seketika.

“ Papa cuma akan bagi tahu macam mana kamu nak prepare untuk masuk ke sekolah tu nanti.” Wajah anak perempuannya dipandang. Faiqa hanya berdiam diri dan menunggu butir-butir kata yang bakal keluar dari bibir papanya.

“ Kamu akan start masuk sekolah tu pada pukul 9 pagi. Jadi pukul 7 pagi pastikan kamu dah bangun.” Dato’ Yahya menyambung kembali kata-katanya.

“ Kalau kat Malaysia, kamu perlu pakai seragam sekolah. Tapi kat sini lain. .Kamu hanya perku berpakaian biasa. Sama ada jeans, skirt atau t-shirt.” Kini Puan Marlia pula bersuara. Pandangan Faiqa beralih pada mamanya. Tapi tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibir Faiqa.

“ Jadi, setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad, Anthony akan hantar kamu ke sekolah tu.” Sekali lagi Faiqa mengeluh kecil. Namun keluhannya langsung tidak didengari papa dan mamanya.

So, that’s all?” Kali ini barulah Faiqa mampu untuk bersuara apabila papa dan mamanya sudah pun mendiamkan diri.

“ Ya. Itu je. Kalau kamu nak tahu lebih lanjut, kamu boleh baca apa yang dah tertulis di situ.” Dato’ Yahya memuncungkan bibir ke arah kertas yang dipegang Faiqa.

It’s ok. Faiqa boleh baca dalam bilik nanti. Kalau papa dan mama tak ada apa-apa yang nak cakap lagi, Faiqa nak masuk bilik dulu.” Wajah papa dan mamanya dipandang. Dato’ Yahya mengangguk. Tanpa sepatah kata, Faiqa melangkah naik ke bilik dengan perasaan yang kirang selesa.

*****

“ Nazim.” Shazia memanggil. Nazim yang khusyuk mengupas buah pear terpaksa mengangkat kepala.

“ Hmm?”

“ Terima kasih sebab sedarkan aku. Dan juga, terima kasih sebab tenangkan hati aku.” Nazim hanya tersenyum. Tumpuannya kembali diberi pada buah pear di tangannya.

“ Buat apa terima kasih kat aku Shaz. Aku tak bantu apa-apa pun. Semua tu atas kehendak diri kau sendiri.” Shaz tersenyum.

“ Tapi. Boleh aku…..tanya kau something?” Teragak-agak Shazia mengeluarkan kata-kata. Nazim segera mengangkat kepalanya.

“ Nampaknya, Shaz kita ni dah berubah. Sejak bila kau minta izin bila nak tanya soalan ni? Selalunya kau main terjah je.” Shazia tergelak kecil.

“ Mungkin sejak kau bagi ceramah kat aku kot.”

“ Apa yang kau nak tanya tadi?” Nazim menumpukan semula perhatian pada buah yang masih belum selesai dikupas.

“ Kau…..kenapa kau macam ambil berat sangat pasal Naila?” Serta-merta Nazim tersentak dengan soalan Shazia. Wajah Shazia dipandang sekilas sebelum tumpuannya bertukar kembali.

“ Sebab dia kawan aku. Kejap. Bukannya dia saja yang aku ambil berat. Kau pun.” Wajah Shazia dipandang kembali.

“ Tapi bila aku fikir-fikir balik, kau macam memahami perassaan dia. Perasaan dia yang aku sendiri tak tahu. Sedangkan dah lama aku berkawan dengan dia berbanding kau. Dan lagi satu, aku rasa cara kau ambil berat tentang dia berlainan dari aku dan Faiqa.” Shazia cuba untuk mendapatkan kepastian. Hanya satu saja tekaan di fikirannya sekarang. Tapi dia sendiri tidak pasti benarkah tanggapannya?

“ Shaz. Sebenarnya apa yang kau nak tahu? Lain macam saja soalan yang kau tanya ni.” Shazia tersenyum. Lelaki di sebelahnya kini seperti mengetahui teka teki yang berada di fikirannya sekarang.

“ Ok. Aku rasa kau macam dah……”

“ Stop it! Kau nak kata aku macam dah jatuh cinta dengan dia kan?” Nazim pantas memotong.

“ Jadi betullah? Kau dah jatuh cinta dengan dia?” Beriya-iya Shazia menyoal. Malah senyumannya sentiasa mekar di bibir.

“ Shaz. Kau jangan nak merepek ok! Mustahil aku jatuh cinta dengan perempuan yang……menakutkan macam dia tu.” Riak cuak mula ditunjuk. Tapi apa yang keluar dari bibirnya sekarang seolah-olah tidak menepati kehendak hatinya. Malangnya dia sendiri tidak tahu apa yang sedang bermian di fikiran dan hatinya sekarang. Adakah benar apa yang dikatakan Shazia? Ah! Tak mungkin.

“ Betul ke? Takkan sikit pun kau tak ada perasaan dekat dia? Sikit pun tak ada ke?” Shazia masih tidak berputus asa. Buah pear yang berada di tangan Nazim diletakkan semula ke dalam mangkuk. Dia melangkah beberapa tapak dan melabuhkan punggung di birai katil dan juga di sisi Shazia.

“ Kau tengok mata aku. Dan kau dengar. AKU LANGSUNG TAK JATUH CINTA DENGAN DIA! Ok? Puas hati?” Shazia mengeluh.

“ Puas hati kau kata? Aku langsung tak puas hati. Kenapa kau tak ada sikit pun perasaan pada Nai?” Dahinya dikerutkan. Wajah Nazim dipandang. Nazim kembali melabuhkan punggung di tempat asal.

“ Aku pun tak faham Shaz. Kenapa kau nak sangat aku jatuh cinta dengan dia?” Serius Nazim bertanya. Shazia mengeluh. Nafasnya dihela perlahan.

“ Sebab aku teringin nak dia tahu bagaimana perasaan mencintai seseorang. Dan bagaimana perasaan bila dicintai seseorang.”

“ Kenapa? Dia tak pernah jatuh cinta dengan mana-mana lelaki ke?” Dengan penuh minat Nazim menyoal.

“ Dia tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki. Apatah lagi jatuh cinta. Huh! Entah bilalah dia akan jatuh cinta.” Sekali lagi Shazia mengeluh.

“ Nabil?”

“ Nabil? Maksud kau, jatuh cinta dengan Nabil?” Nazim mengangguk. Sepantas itu juga Shazia tergelak. Dengan wajah kehairanan, Shazia dipandang.

“ Of course la tak. Nabil tu cuma sahabat yang paling baik saja bagi Naila. Walaupun mereka berdua tu dah lama berkawan, Naila masih tak ada perasaan dengan Nabil. Mungkin sebab dia takut pada kehilangan. Huh! Tapi aku harap dia akan jatuh cinta juga satu hari nanti. Mungkin dengan Nabil. Dan mungkin juga dengan kau.” Nazim tersentak.

“ Kenapa aku pula ni? Setakat naik nama Nabil sudah la.” Anak matanya dilarikan dari terus memandang Shazia. Tetapi sebaik saja matanya diarah ke hadapan pintu, dia tiba-tiba terpana.

“ Eh, Nai. Nabil pun ada juga.” Ceria wajah Shazia menyambut kedatangan Naila dan Nabil. Namun sebaliknya pada Naila. Wajahnya jelas kelihatan pucat.

“ Cara kau cakap tu macam tak alu-alukan aku saja.” Nabil bersuara. Langkahan kakinya diarah mendekati Shazia. Wajah Nazim hanya dipandang sekilas. Naila turut mendekati Shazia.

“ Mana ada. Aku suka sangat kau datang.” Wajah Naila dipandang. Namun wajah Naila yang kelihatan pucat membuatkan dia sedikit terkejut.

“ Nai. Kenapa muka kau pucat sangat ni?” Suara Shazia jelas kedengaran agak cemas. Disebabkan Shazia, Nazim turut memandang Naila. Benar apa yang dikatakan Shazia. Wajah Naila benar-benar pucat lesi. Naila hanya tersenyum.

“ Aku ok la. Kau macam mana Shaz? Aku tengok kau dah semakin pulih.” Dengan suara yang benar-benar lemah, naila menutur kata-kata. Shazia tersenyum. Tangan kanan Naila ditarik mendekati dirinya. Naila melabuhkan punggung di birai katil dan juga di sisi Shazia. Kedua-dua tangan Naila digenggam erat.

“ Nai. Aku nak minta maaf dengan apa yang aku dah buat selama ni. Aku tahu, tindakan aku dah melampau. Aku sama sekali tak pedulikan perasaan kau. Tak pedulikan tekanan yang kau alami. Aku memang sahabat yang tak berguna kan? Aku pentingkan diri sendiri.” Air mata Shazia mula bertakung. Dan begitu juga Naila. Wajah Shazia dipandang tepat.

“ Aku langsung tak dapat terima hakikat. Awal-awal lagi aku dah mengalah. Aku sangka aku dah hilang segala-galanya bila Faiqa pergi jauh dari aku. Tapi sekarang tak lagi. Sebab kau sentiasa berada di sisi aku. Minta maaf sebab aku lebih pentingkan Faiqa dari kau. Aku abaikan kau. Aku tak memahami perasaan kau. Dan yang paling penting sekali sebab aku dah susahkan kau.”

“ Jadi, Nai. Jangan tumbang disebabkan aku. Kalau kau tumbang sekali pun, kau kena ingat yang sekarang ni kau dah ada aku. Aku takkan lupakan kau lagi. Aku takkan abaikan kau dan aku takkan susahkan kau lagi, Nai.” Setitik demi setitik air mata Shazia mengalir. Naila hanya mampu tersenyum. Tubuh Shazia ditarik perlahan ke dalam dakapannya.

“ Bodoh. Bila masa pula kau susahkan aku? Terima kasih sebab dah kembali Shaz.” Terasa satu beban melangkah keluar dari dalam hati dan tubuhnya. Akhirnya, Shazia kembali. Tapi timbul satu persoalan di hatinya. Bagaimana Shazia boleh berubah secara tiba-tiba. Pasti ada sesuatu yang membuatkan Shazia kembali. Mungkinkah…..

Pelukan Naila ditolak perlahan. Wajah Naila diperhati lama. Kenapa tubuh badan Naila terasa begitu panas? Tangannya diletakkan di dahi Naila. Dengan kepanasan tubuh Naila yang mungkin menjangkau 40 darjah celcius membuatkan Shazia benar-benar kelihatan terkejut.

“ Nai! Badan kau panas sangat ni Nai! Kenapa kau tak duduk rumah dan berehat saja?” Shazia semakin cemas. Tetapi Naila hanya tersenyum walaupun pandangannya semakin kabur, Malah, wajah Shazia juga tidak dapat dilihat dengan jelas.

“ Shaz. Aku nak pergi beli air kejap.” Soalan Shazia langsung tidak dijawab. Sebaliknya dia melangkah bangun dari kail Shazia. Namun baru saja satu tapak dia melangkah turun, tubuhnya hampir. Sepantas mungkin tangannya dicapai Nabil.

“ Kau betul-betul ok ke ni Nai?” Nabil semakin risau. Seperti biasa, Naila hanya tersenyum. Kepalanya diangguk-anggukkan berkali-kali. Nabil melepaskan pegangannya dari tangan Naila. Walaupun begitu, pandangannya masih tetap pada Naila.

Beberapa tapak dilangkah ke hadapan. Tetapi segala tenaganya sudah pun habis digunakan. Kepalanya semakin memberat. Semakin lama, keadaan di sekelilingnya berpusing bertambah laju. Pandangan matanya semakin lama semakin kabur. Dalam masa beberapa saat saja, tubuh ringan Naila rebah dilantai.

“ Naila!!!!!!!!!!!!!!!” Tiga suara bersatu.

0 ulasan: