3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 16 Oktober 2009

cinta sunbae



PROLOG

Rumah teres dua tingkat yang menapak di kawasan Taman Kenari itu kelihatan agak samar-samar memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Suasana dalam rumah yang menampung seramai lima orang agak lengang memandangkan masing-masing membuat persiapan untuk tahun baru yang bakal menjelang lebih kurang 3 jam lagi.

Televisyen yang menjadi tontonan lima pasang mata di ruang tamu hanya menjalankan tugasnya. Sofa panjang berwarna coklat telah dimuatkan dengan lima manusia. Siaran televisyen yang agak membosankan membuatkan Isya mengeliat. Abangnya yang ketiga,Muhammad Aiman mengelakkan wajahnya dari dilibas Isya yang duduk di sebelahnya.

Isya membaringkan tubuhnya di sofa. Kepalanya diletakkan di atas paha Aiman. Sejak abangnya yang kedua meninggalkan dunia disebabkan kemalangan jalan raya,Isya lebih senang bermanja dengan Aiman. Aiman yang baru berusia 19 tahun lebih rapat dengan Isya berbanding abangnya yang sulung,Muhammad Akram.

"Adik.." Aiman bersuara. Rambut Isya dibelai lembut. Matanya memandang wajah Isya. Kasih sayangnya pada Isya tidak akan hilang buat selama-lamanya. Isya lah satu-satunya adik yang dia ada.

"Hmm?" Isya mendongak kepala memandang abang kesayangannya. Seketika kemudian Isya menundukkan semula kepalanya. Bukan Aiman saja yang menyayanginya tetapi adik-beradiknya yang lain juga turut menyayanginya. Abang sulungnya kini berumur 25 tahun dan bekerja di syarikat Potro Holdings selaku pengurus reka bentuk kereta buatan syarikat mereka. Ketegasan Akram membuatkan Isya sukar untuk memahaminya. Berbeza pula dengan Aiman yang amat memahami Isya serta kelembutan hati Aiman membuatkan Isya lebih rapat dengan lelaki itu.

"Adik dah ready nak sekolah?" Aiman bertanya. Suaranya lembut menyoal Isya. Tangan kirinya masih tidak berganjak dari mengusap rambut Isya. Manakala tangan kanannya pula bermain-main dengan tangan Isya.

"Hmm.." Isya mengangguk.

"Abang tak dapat surat dari U lagi ke?" Isya bersuara namun kali ini kepalanya tidak di dongakkan pada Aiman.

"Adik ni la. Abang kan baru je habis belajar kat Matrik." Aiman membalas pertanyaan adik perempuannya.

"Betul tu. Aiman kan baru je keluar dari Matrik. Takkan dah dapat surat dari U kot." Akram menyampuk. Nadanya seperti menyalahkan Isya kerana menanyakan soalan bodoh. Tetapi dia tidak berniat pun untuk menyalahkan Isya.

"Ala..Adik tanya je. Mana la nak tahu." Wajah Isya mula berubah. Kelihatan seperti tengah merajuk.

"Along ni..Tengok tu. Adik dah merajuk pun." Iman selaku kakak Isya menegur. Bibirnya di muncungkan pada Isya. Nurul Iman juga merupakan anak yang kedua setelah mamanya melahirkan Akram.

"La.. Merajuk pulak." Aiman sengaja ingin menyakat adiknya walaupun dia tahu adiknya bukan lah seorang yang suka merajuk. Hidung Isya ditarik lembut. Adiknya seorang yang tabah dan tidak mudah mengeluarkan air mata. Hatinya sentiasa mengagumi Isya walaupun kadang-kadang dia juga risau melihat adiknya yang terlalu tabah.
"Bila masa pulak Adik merajuk?" Isya menyangkal kata-kata Iman. Tangan abangnya di tarik dari hidungnya. Isya bangun dari ribaan Aiman. Kepalanya dikalih pada Iman yang tengah khusyuk menonton televisyen.

"Kak Ngah ni kan. Suka sangat reka cerita." Isya merungut.

"La.. Adik tak merajuk ke?" Iman masih tetap mahu menyakat Isya. Televisyen di hadapannya sudah tidak menjadi tumpuan. Aiman dan Akram dah tersenyum melihat wajah masam adik bongsu mereka.

"Sudah sudah. Angah ni kan. Suka sangat mengusik Adik. Kalau Adik merajuk betul-betul macam mana? Sapa yang nak pujuk?" Puan Samia cuba meleraikan pengusikan Iman ke atas Isya. Sejak suaminya meninggal dunia 8 tahun yang lalu,dia lah seorang diri menyara kelima-lima anaknya. Restoran yang dimilikinya memudahkannya untuk menyara ke semua anaknya. Namun kehilangan anaknya yang ketiga benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam dalam hatinya.

"Abang la yang pujuk. Betul tak Adik?" Aiman ikut sama join Iman dan Akram mengusik Isya. Isya memandang tajam wajah Aiman.

"Dah dah. Adik,pegi tidur. Dah pukul 10 lebih dah ni. Nanti esok bangun lambat pulak. Sapa yang nak tolong mama basuh baju? Dah la Angah selalu bangun lambat." Puan Samia membebel. Iman hanya tersengih mendengar bebelan dari mamanya.

Isya bangun dari sofa. Dia tidak mahu mamanya meneruskan bebelan. Tangan mamanya dicium. Isya menyalami tangan Aiman. Seraya dengan itu,Aiman mencium dahi Isya. Iman dan Akram sudah mengalih pandangan mereka ke arah televisyen. Isya yang melihat Angah dan Along sedang khusyuk menonton televisyen menerpa ke arah mereka berdua. Pipi Along dan Angah nya dicium. Sepantas yang boleh Isya berlari menaiki tangga menuju ke biliknya. Iman dan Akram terkejut.

"Adik!!" suara Iman bergema memenuhi ruang. Geram benar dengan adiknya yang suka mencium pipinya secara tiba-tiba. Aiman dan Akram ketawa kecil. Puan Samia pula hanya mengeleng kepala melihat telatah mereka. Bibirnya mengukir senyum bahagia.


**********

Isya melangkah masuk ke biliknya. Lantai marmar yang agak sejuk membuatkan kakinya turut sejuk. Bilik yang mempunyai dua katil itu di pandangnya. Katil miliknya dan katil kakaknya dipisahkan dengan dua buah meja kecil milik masing-masing. Manakala disebelah katilnya dimuatkan sebuah almari pakaian yang dikongsi mereka berdua. Di sudut tepi kelihatan sebuah meja kecil bercermin yang dikhaskan untuk mereka berdua berhias diri. Segala alat kecantikan milik mereka berdua semuanya diletak di situ.

Isya melabuhkan punggungnya di tepi katil. Laci meja kecil di hujung katilnya di buka. Sebuah buku diari kecil berwarna putih dikeluarkan dari laci meja. Helaian demi helaian diselak. Buku inilah yang menjadi tempat luahan Isya sejak dia mula jatuh cinta pada seorang lelaki. Malah buku ini juga lah yang menjadi tempat luahannya apabila dia dilukai lelaki itu.

Isya mengambil tin kosong dari bawah katilnya. Buku diari kesayangannya dimasukkan ke dalam tin kosong. Mancis yang diletakkan atas meja kecil di capai. Seraya dengan itu mancis dinyalakan lalu di buang ke dalam tin yang berisi diarinya. Dalam masa beberapa saat saja,diari kesayangan Isya terbakar.

Iman melangkah masuk ke dalam bilik. Nyalaan api dalam tin membuatkan Iman agak terkejut.

"Adik!!Apa yang adik buat ni?!" Iman memarahi Isya. Langkahan kakinya bergegas ke arah Isya yang masih tenang duduk di tepi katil.

"Semuanya dah berakhir Kak Ngah. Kenangan Adik dengan Fitri selama ni. Kelukaan hati Adik disebabkan Fitri." Isya bersuara. Namun suaranya kedengaran agak sayu.

Iman terdiam. Dia tahu penderitaan yang dialami Isya sejak Isya memutuskan hubungannya dengan Fitri. Isya memandang Iman. Bibirnya sengaja dipaksa penguin senyuman.

"Sepatutnya daripada dulu Adik buat semua ni kan Kak Ngah. Patut lupakan dia dari awal. Patut benci dengan dia." Isya tundukkan kepalanya. Dia dah tak berdaya bartending mata dengan Iman.

Iman duduk di sisi Isya. Tubuh Isya perlahan di tarik ke pelukannya. Iman mengeluh. Derita yang dialami Isya turut membuatkan hatinya sakit. Isya hanya embarking tubuhnya dipeluk tanpa berniat mahu membalas pelukan Iman.

"Lupakan dia. Lupakan semua kenangan Adik dengan dia. Lupakan kata-kata manis dia. Lupakan semua tentang dia." Iman menutur kata-kata. Pujukannya lembut kedengaran.

Isya hanya berdiam. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Emosinya lebih meninggi dalam diri. Pipinya mula terasa panas apabila butir-butir jernih dari mata merembes keluar. Kini Isya dah menangis teresak-esak. Perasaannya pada Fitri memang sukar untuk dibuang. Iman mengelus lembut rambut adiknya. Dia tahu sekarang ini Isya memerlukan seseorang untuk dia meluahkan segala yang dipendam.

Iman hanya membiarkan Isya menangis sepuas-puasnya. Tanpa disangka butir-butir jernih turut jatuh dari mata Iman. Hatinya benar-benar sakit melihat perasaan adiknya yang didera.

"Jadikan esok sebagai hari permulaan. Jangan pedulikan dia selagi Adik masih tak dapat lupakan dia. Masih ramai lelaki kat dunia ni. Dia bukan yang terbaik untuk Adik dan Kak Ngah yakin Adik akan jumpa lelaki yang lebih baik dari dia." Iman bersuara. Dia sedaya upaya ingin memulihkan penderitaan Isya. Namun apakan daya,luka dalam hati hanya dapat dipulihkan oleh diri sendiri.

**********

Isya sudah terbaring atas katil. Rumah teres dua tingkat tu sunyi sepi memandangkan dah pukul 1 pagi. Tapi Isya masih tak dapat melelapkan mata. Fikirannya bercelaru. Hatinya seperti sedang menanggung beban yang besar. Isya mengalihkan kepalanya ke sebelah kanan. Iman dah pun tidur nyenyak.

Isya mengiringkan tubuhnya di sebelah kiri. Air matanya menitis lagi. Namun kali ni tiada suara yang kedengaran. Bukan dia tidak mahu melupakan Fitri tapi hatinya masih tetap mencintai lelaki itu. Walaupun dia cuba membenci Fitri,namun semua itu tidak berhasil. Dia seolah-olah membohongi diri sendiri.

Fikiran Isya mula menerawang kepada kenangannya bersama Fitri. Walaupun tidak semanis mana,dia masih tetap menghargai. Kenangan yang membuatkan dia tersenyum dan kenangan yang membuatkan dia menangis.

-----------------------------------------

p/s : cinta sunbae actually novel isya vs hakim. Tapi sedang dibuat pembaharuan.