3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 14 Januari 2010

cinta sunbae 6

2009-[ Kini ]

Matanya dibuka perlahan-lahan. Hampir seminit matanya dibiarkan terbuka, barulah kedua-dua matanya digosok. Isya melangkah bangun dari kamar beradunya. Punggungnya masih lagi dilabuhkan di birai katil. Entah mengapa mimpi itu seolah-olah menghantuinya. Bayangan pertama kali dia mengenali Fitri tiba-tiba saja muncul dari dalam mimpinya. Walaupun mungkin bibirnya boleh berbohong, tapi hatinya tiada kekuatan untuk menipu. Biarpun sudah 2 tahun berlalu, bayangan Fitri masih lagi di ingatannya. Hatinya masih lagi pada lelaki itu.

Cincin di jarinya dipandang. Dia mengeluh. Apakan daya. Walaupun cincin itu menghiasi jarinya, hatinya cuma ada pada seorang lelaki. Mungkin secara jujurnya, rasa cintanya pada lelaki itu telah berkurang. Dia cuba untuk menyukai sesiapa saja. Namun semuanya tidak bermakna. Malah, hampir lima orang lelaki ditipunya. Kononnya dia sudah bertunang. Helah yang pernah dicadangkan abangnya sendiri. Apabila diminta menunjukkan bukti, Aiman terpaksa tampil ke depan untuk mengaku sebagai tunangnya.

Disebabkan tiada sesiapa yang mengenali Aiman, itu memudahkan Isya untuk terus mengelak dari dipaksa menerima mana-mana lelaki sebagai teman lelakinya. Sejak itu, dia tidak lagi berbual rapat dengan mana-mana lelaki. Dan sejak itu juga kesetiaan dan kejujuran lelaki pada seorang perempuan diragui. Mulai saat itu, tiada lelaki yang berjaya menambat hatinya melainkan cinta pertamanya.

Hidupnya kini hanya diisi dengan kegembiraan bersama ahli keluarganya. Jika diingat semula, sudah 16 tahun dia tidak pernah berpisah jauh dari Aiman. Tapi apabila pada 12 Mei 2008, Aiman terpaksa ke Kolej Matrikulasi, tidak dapat dibayangkan betapa dia mengalami kesunyian. Walaupun mungkin secara pandangan kasar, dia masih mempunyai seorang abang tetapi disebabkan kesibukan Akram dia seperti keseorangan.

Hampir tiga hari tiga malam dia mengalirkan air mata di atas pemergian Aiman. Walaupun secara realitinya, Aiman hanya melanjutkan pelajaran dan bukan pergi untuk selama-lamanya, Inilah akibatnya apabila hubungan mereka seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Mungkin apabila umurnya mencecah 17 tahun, dia sudah mula belajar berdikari. Belajar berjauhan dari orang yang paling dicintai.

“ Adik! Dah bangun belum ni?” Pintu biliknya diketuk berulang-ulang kali dari luar. Suara lembut dari luar bilik membuatkan dia melangkah ke pintu dengan keadaannya yang masih belum terurus. Pintu biliknya dibuka. Terpancul wajah abang kesayangannya.

“ Ya Allah. Muka macam orang dah bangun. Tapi asal tak mandi lagi ni?”

“ Abang nak tahu tak?”

“ Apa?”

“ Makin lama kan. Abang kuat abang berleter. Kalahkan mama.”

“ Mulalah nak melawan tu. Adik abang ni kan. Suka sangat bangun lambat.” Rambut Isya diserabutkan lagi.

“ Abang nak pergi mana sebenarnya ni? Nak ajak keluar?”

“ Pergi mandi dulu. Baru abang bagi tahu.”

“ Ala. Abang cakap la.” Suara Isya bertukar manja. Tangan kanan Aiman ditarik-tarik perlahan.

“ Pergi la mandi dulu. Haishh!! Dah la busuk!” Serta-merta wajah Isya berubah.

“ Apa abang kata? Busuk?” Aiman tersengih. Tubuhnya pantas membelakangi Isya. Namun belum sempat dia melangkah, gadis itu sudah pun menerkam belakangnya. Kepala Aiman dipeluk dengan kedua-dua tangannya. Aiman meronta.

“ Abang kata adik busuk kan? Gendong adik dulu baru adik mandi.” Aiman cuba dipaksa untuk mengendongnya.

“ Ah!! Tak nak! Busuk! Tak sanggup!” Pegangan kuat tangan Isya cuba dileraikan.

“ Ya Allah! Apa lagi yang dah jadi ni!” Sergahan lembut dari Puan Samia mengejutkan mereka berdua. Gurauan mereka serta-merta terhenti.

“ Mama.” Serentak mereka berdua bersuara. Masing-masing memandang tepat wajah Puan Samia.

“ Yang kamu ni pun, Am. Kata nak bawa adik kamu ni tengok wayang. Ni adik mandi pun belum lagi.”

“ Ma!” Pantas Aiman menyekat. Isya tersenyum. Akhirnya rahsia yang disembunyikan terbongkar.

“ Apa?”

“ Kenapa mama bagi tahu? Susah payah Am rahsiakan. Mama pula yang bongkarkan.”

“ Rahsiakan apa pula ni? Last-last adik kamu tahu jugak. Pelik-pelik la kamu ni.”

“ Tapi sekurang-kurangnya boleh surprise kan dia.” Mukanya mula ditarik masam.

“ Sudah sudah. Adik! Pergi mandi lekas! Yang terjegat lagi kat depan tu buat apa?” Isya tersengih. Tanpa banyak kata, dia segera melangkah masuk semula ke kamar beradunya.

“ Am, mama ada perkara yang nak dibincangkan dengan kamu. Lepas kamu balik dari Mall, terus kamu datang restaurant mama.”

“ Kenapa ni ma? Kenapa tak boleh bincang dalam rumah je?”

“ Kamu akan tahu juga nanti. Jadi dengar sajalah cakap mama.” Aiman mengangguk. Wajahnya mula berubah serius. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan mamanya. Tapi apa?

*****

“ Nak tengok movie apa ni?”

Aiman menyoal. Skrin tayangan yang digantung agak tinggi membuatkan dia terpaksa mendongak tinggi kepalanya. Barisan pelanggan yang beratur panjang hanya dipandang. Memang beginilah keadaannya jika datang pada hari minggu. Apatah lagi apabila keesokkan harinya merupakan hari pertama persekolahan pada tahun 2009.

“ La. Kenapa pulak abang tanya adik? Abang yang ajak. Abang yang tentukan la.”

Isya bersuara. Kedua-dua tangannya saling berkait. Penampilannya pada hari ini ringkas bersahaja. Hanya berseluar jeans, bert-shirtkan baju lengan panjang berwarna hitam dan juga bertudung hitam. T-shirt yang dipakainya pasti melebihi paha. Seperti penampilan Isya, begitu jugalah dengan penampilan Aiman. Berseluar jeans dan bert-shirt hitam. Hanya tudung saja yang tidak dipakai. Sudah tentu. Aiman kan seorang lelaki.

“ Orang bagi peluang, tak nak pilih.” Walaupun bibirnya bersuara, tetapi kepalanya masih tetap mendongak pada skrin.

“ Orang yang bagi peluang. Bukan abang.” Pantas wajah Isya dipandang.

“ Buat layar buruk pulak ye! Jom!”

“ Pergi mana pulak ni? Tak jadi tengok wayang ke?”

“ Mesti la jadi. Kita pergi makan dulu.”

“ Makan? Tiket pun tak beli lagi, dah nak pergi makan.” Isya merungut. Aiman hanya tersenyum. Kocek seluarnya diseluk.

“ Nah.” Dua keping tiket dihulurkan pada Isya. Dengan wajah yang agak terkejut, huluran abangnya disambut. Tiket di tangannya diperhati.

“ La. Bila masa pulak abang beli. Ingatkan….”

“ Itu la. Lain kali buat tahi mata masa matahari tengah atas kepala lagi! Jom!” Tangan kanan Isya dipegang seraya ditarik mengekori langkahnya.

“ Adik bukannya dah ada peluang nak tidur lama-lama. Start esok, dah kena bangun awal pagi.”

“ Sebab tu la kena biasakan diri bangun awal pagi. Tiba-tiba saja esok adik kena bangun awal. Mesti akan rasa mengantuk!”

“ Ah! Whatever la Prof. Aiman.”

Isya mengeluh. Sebaliknya Aiman ketawa kecil. Sekali lagi Isya mengalah dengannya. Apatah lagi apabila isu bangun lambat dipersoalkan. Mana taknya. Umur sudah pun mencecah 17 tahun. Tapi satu kerja pun tidak mampu dibuat dengan baik. Kecuali membasuh pinggan, melipat baju dan membasuh baju mungkin dapat dilaksanakan dengan baik. Jika selain dari itu, peratus yang boleh diharap hanya 0.01%.

Dalam masa satu tahun saja, sudah hampir lima biji pinggan dipecahkan Isya. Bukan pada saat membasuh pinggan. Tapi pada saat dia ingin menyedok nasi. Dalam masa satu tahun juga, sudah berkali-kali kakinya lebam akibat jatuh dari tangga. Entah apa yang ditangkapnya pun tak tahulah. Dari segi sifat pula, boleh bergema satu rumah setiap pagi dibuatnya. Apa tidaknya. Setiap kali waktu mandi, pasti suara Isya mendendangkan beberapa buah lagu bergema di bilik mandi.

Ini yang merisaukannya. Sudah berumur 17 tahun. Tapi nasi goreng pun langsung tidak tahu dimasak. Kek yang dibakar pasti ada saja kecacatannya. Hangus di atas, Terlalu lembut. Terlalu keras. Yang tidak masak pun ada. Entah apa akan jadi pada masa depannya. Bolehkah dia berubah? Adiknya punya banyak kelemahan.

Tapi yang paling jelas, dia tahu. Isya masih tidak dapat melupakan lelaki itu. Kenapa? Susah sangatkah? Betapa dalam cinta Isya pada lelaki itu? Sungguh. Dia benar-benar ingin tahu. Keluhan berat dilepaskan.

“ Muda-muda lagi pun dah mengeluh berat ke?” Suara Isya mengejutkan lamunan Aiman. Wajah Isya pantas dipandang. Tetapi Isya hanya tersenyum. Pandangan matanya hanya diarah ke hadapan. Tiba-tiba saja kakinya terhenti. Aiman ikut terhenti.

“ Kenapa?”

Soalan Aiman tidak dijawab. Pasangan yang sedang melangkah bertentangan dengan mereka dipandang lama. Reaksi wajahnya jelas kelihatan terpana. Keakraban dan kemesraan pasangan pada pandangannya benar-benar membuatkan hatinya semakin berdarah. Aiman ikut sama mengalihkan pandangan pada arah mata Isya. Tiada sepatah kata dari bibir mereka berdua.

Fitri ketawa. Matanya diarah ke hadapan. Serta-merta wajahnya berubah. Malah langkahan kakinya turut terhenti. Pegangan tangan perempuan di sisinya turut dilepaskan. Tepat pandangannya diarah pada Isya. Belum sampai lima saat, matanya jatuh pada pegangan erat antara tangan Aiman dan Isya. Timbul satu salah faham yang lahir terhadap Isya.

Aiman meneruskan langkahannya. Tangan Isya turut ditarik bersama. Isya hanya menundukkan wajah. Sebaliknya Aiman menatap tepat wajah Fitri. Fitri ikut meneruskan langkahan. Kini mereka berselisih. Fitri dan Aiman saling bertentang mata. Kini masa seolah-olah lambat berlalu. Keadaan situasi diantara mereka seperti di slow motion kan.

“ Kalau tak ok, kita balik.”

“ Tak apa. Adik ok. Tak baik membazir.” Perlahan Isya bersuara. Hatinya mula terasa pedih. Wajah lelaki itu bersama seorang perempuan mula bermain dilayar mata. Jadi benarlah khabar angin yang didengarinya selama ini. Fitri seorang playboy? Benarlah semua itu. Tapi kenapa? Kenapa dia masih mencintai lelaki yang suka bermain kayu tiga itu? Kenapa Fitri kelihatan gelabah di hadapannya? Sedangkan dia langsung tidak punya hubungan sama sekali dia lelaki itu.

*****

“ Tempat duduk nombor berapa?”

“ B 07 dengan 08” Tangan Isya masih lagi kuat dalam pegangannya. Isya ditarik mengikuti langkahnya. Tempat duduk bernombor 07 didudukinya manakala 08 pula diambil Isya. Sekali lagi dia terpana. Kenapa harus bertemu dia lagi? Ya Allah, inikah ujian kau?

Aiman turut terdiam. Lelaki yang sedang bertentangan mata dengan Isya dipandang. Secara kebetulan, tempat duduk mereka hanya ditempatkan bersebelahan. Isya melarikan pandangan matanya. Punggungnya dilabuhkan. Begitu juga Aiman. Tangan kiri Isya dicapai seraya digenggam erat. Seolah-olah kekuatan untuk adik bongsunya cuba disalurkan.

“ Ok? Nak tukar tempat?” Aiman berbisik di telinga. Isya hanya menggeleng sebelum pandangannya dialih pada skrin di hadapan.

Di sebalik itu, masih ada seorang lelaki yang sentiasa memerhati setiap tingkah laku mereka berdua. Wajah Isya sentiasa diperhati. Keakraban dan kemesraan mereka berdua mula menimbulkan perasaan cemburu di hati. Seperti mana perasaan Isya, begitulah perasaan yang sedang berada di hatinya. Dia sendiri tidak mengetahui lelaki di sebelah Isya adalah abang kandung Isya sendiri.

Perasaan kecewa di hati cuba disembunyikan sebaik mungkin. Dia tidak mahu perasaannya kini diketahui Fitri. Hanya seorang saja yang dapat membaca fikirannya. Aiman. Tiada benda yang dapat disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. Aiman bangun dari tempat duduknya. Isya turut ditarik bersama. Dengan reaksi yang agak terkejut. Isya terpaksa mengikut langkah Aiman.

Pada masa yang sama juga, Fitri ikut terperangkap dalam perasaan yang sama. Mengapa tiba-tiba saja mereka meninggalkan sini begitu saja? Sedang masih punya 1 jam lagi untuk tayangan tamat.

“ Kenapa ni abang?” Pegangan tangan Isya dilepaskan.

“ Jangan berpura-pura tabah lagi. Jangan tambahkan luka di hati.” Wajah Aiman dipandang. Tapi bibirnya hanya membisu. Hanya untuk seketika. Kini wajahnya kembali ditundukkan.

“ Kita balik sajalah.” Tangan Isya sekali lagi ditarik lembut mengikut langkahnya.

“ Tunggu!” Serta-merta langkahan mereka terhenti. Kepala mereka ditoleh ke belakang. Buat kali ketiga Isya terpana. Mengapa? Mengapa tiba-tiba dia muncul lagi? Fitri berjalan menghampiri.

“ Aku Fitri. Kawan sekelas Isya.” Tangannya dihulurkan pada Aiman. Dengan senyuman yang sengaja dibuat-buat, huluran Fitri disambut.

“ Aku Aiman. Tunang Isya.” Buat kali keenam, Aiman berbohong. Isya pantas mengarahkan anak matanya memandang Aiman. Serta-merta Fitri terpana. Isya dipandang sekilas sebelum pandangannya beralih pada Aiman.

“ Tunang?”

“ Ya. Aku tunang dia.” Aiman tersenyum. Fitri terdiam sebelum. Secara tidak sengaja matanya terpandang sepasang cincin yang sama di tangan mereka berdua. Malah mereka masih berpegangan tangan sekarang.

“ Kau kawan sekelas Isya? Tapi aku tak pernah dengar pun pasal kau.” Fitri terdiam seketika.

“ Aku bukannya kawan yang dia paling rapat dalam kelas.”

“ Fit!” Tiga pasang mata sekali gus memandang ke arah seorang perempuan yang hampir sebaya Isya.

“ Kenapa awak tinggal saya!” Fitri tidak bersuara.

“ Siapa diorang ni, Fit?”

“ Kenalkan. Ni Aiman. Aiman, ni Nadia.” Perempuan yang mungkin merupakan teman wanita Fitri cuba menghulurkan tangan pada Aiman. Namun Aiman hanya tersenyum.

“ Maaf. Haram.” Tersentak. Perasaan malu mula menyelubungi diri.

“ Ni. Isya. Rakan sekelas saya.” Isya hanya tersenyum.

“ Korang couple?” Nadia menyoal. Wajah Aiman yang benar-benar tampan mula memikat hati. Hatinya sentiasa berharap agar jawapan yang diterimanya nanti hanyalah kawan biasa;

“ Saya tunang dia.” Aiman menjawab. Terbeliak mata Nadia memandang Isya. Seperti tadi Isya masih tersenyum. Pada masa yang sama juga, Isya turut diperhatikan Fitri.

“ Tunang??”

Aiman menunjukkan cincin ditangannya. Hancur musnah harapan Nadia. Dia langsung tidak berpeluang untuk memikat lelaki kacak di hadapannya walaupun dia tahu kekasih sebenarnya sedang berdiri di sisinya.

“ Kitorang balik dulu. Ada hal sikit. Insyaallah kalau ada kesempatan, kita jumpa lagi. Assalamualaikum.” Aiman cuba untuk menamatkan topik perbualan mereka.

“ Waalaikumussalam.” Hanya Fitri saja yang menjawab. Pemergian Isya dipandang dengan penuh kesal? Mengapa dahulu dia biarkan gadis ini tanpa jawapan? Mengapa dulu dia biarkan gadis ini menderita? Mengapa?

0 ulasan: