3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Selasa, 17 November 2009

3+1=25

Faruq melabuhkan punggungnya di kerusi. Orang ramai yang lalu-lalang di hadapannya langsung tidak diendahkan. Wajahnya ditundukkan menghadap lantai. Faiqa sudah pergi. Sudah pergi dari sisinya. Tak mungkin untuk Faiqa kembali lagi ke sisinya. Tak mungkin Faiqa akan kembali ke negara ini lagi setelah apa yang telah dilalui gadis itu. Kenangannya bersama Faiqa mula muncul di fikiran. Mengapa dia mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati Faiqa? Mengapa Faiqa menghalang Farisa? Akibat daripada itu dia yang ditampar. Faiqa, benar. Aku benar-benar cintai kau. Salah aku. Salah aku kerana aku hanya menipu perasaan aku sebelum ini. Aku sendiri tidak sedar sejak bila aku mula mencintai kau Faiqa. Mungkin sejak kau muncul di hadapan aku buat pertama kali. Kau orang pertama yang suka menyakitkan hati aku. Kau orang pertama yang berani melawan kata-kata aku. Dan orang pertama yang benar-benar membuatkan keegoan aku hilang begitu saja.

Faruq melangkah masuk ke kelas. Dengan wajah yang jelas kelihatan kecewa, dia melabuhkan punggung di kerusi. Naila dan Shazia pantas mendapatkan Faruq.

“ Mana Faiqa?” Itu lah soalan pertama yang keluar dari bibir Naila. Kepalanya dijengukkan ke luar jika Faiqa berada di luar. Namun bayang-bayang Faiqa langsung tidak kelihatan.

“ Dia dah pergi.” Faruq bersuara. Suara yang langsung tidak bermaya. Kehilangan Faiqa membuatkan semangatnya hilang serta-merta. Naila terkejut. Wajah Faruq dipandang tepat.

“ Apa maksud kau Far? Kau jangan la main-main.”

“ Dia dah tinggalkan aku Nai. Dia dah pergi dari aku.” Naila dan Shazia terkejut. Harapan yang diletakkan pada Faruq benar-benar tinggi supaya Faruq dapat membatalkan niat Faiqa. Namun ternyata harapan mereka hancur. Hancur berkecai.

“ Kenapa kau tak halang dia? Kenapa kau biarkan dia pergi Faruq?” Shazia bersuara. Dia sudah pun melangkah berdiri di hadapan Faruq.

Faruq hanya berdiam diri. Kata-kata Shazia langsung tidak dibalas. Wajahnya hanya ditundukkan memandang lantai. Nazim, Nabil dan Shah hanya berdiam diri walaupun mereka turut ingin mengetahui perkara sebenar. Wajah Shazia mula berubah. Air matanya mula bertakung. Benarkah apa yang dikatakan Faruq? Adakah Faiqa benar-benar telah meninggalkan mereka sekarang?

“ Faruq! Kenapa kau biarkan dia pergi macam tu saja? Kenapa Faruq?” Shazia mengenggam kolar baju Faruq. Tubuh Faruq digoncang. Air matanya sudah pun mengalir. Menangis teresak-esak. Shazia melutut di hadapan Faruq dalam keadaan yang masih menangis. Namun Faruq hanya membiarkan saja dia diperlakukan sebegitu. Hatinya turut terluka. Kenapa Faiqa begitu kejam?

Naila terduduk. Air matanya turut mengalir. Suasana kelas mula sunyi sepi. Masing-masing ikut bersimpati. Shah bangun dari kerusinya. Langkahnya diarah mendekati Shazia. Shazia masih menangis teresak-esak. Kolar baju Faruq masih kuat digenggamannya.

“ Kenapa kau buat dia macam tu?” Tubuh Faruq digoncang lagi.

“ Shaz. Sudah la.” Shah merenggangkan tangan Shazia dari terus mengenggam kolar baju Faruq. Shazia dipapah bangun dari terus melutut di hadapan Faruq.

“ Shah, Faiqa.. Dia dah tinggalkan kita. Dia dah jauh dengan kita, Shah.” Shazia bersuara dalam tangisan yang teresak-esak. Tangan Shah digenggam erat.

“ Aku tahu. Aku faham perasaan kau, Shaz. Sabar lah.” Shah cuba memujuk walaupun dia tahu dia bukan lah seorang lelaki yang pandai memujuk.

“ Tak. Kau langsung tak faham! Kau langsung tak peduli semua tu!” Shazia meninggikan suara. Emosinya mula tidak terkawal. Tangan Shah di tepis kasar dari tangannya. Wajah Shah dipandang tajam.

“ Shaz! Bawa bersabar lah. Faiqa cuma berjauhan dengan kita. Bukannya tinggalkan kita selama-lamanya.” Tangan Shazia digenggam erat. Shazia mula meronta. Sikapnya seakan-akan seperti sudah tidak siuman.

“ Tak! Fai akan tinggalkan kita selama-lamanya! Kau takkan faham Shah!” Shazia menjerit. Rontaannya semakin kuat. Shah menarik laju tubuh Shazia ke dalam pelukannya. Hanya itu saja yang boleh dilakukan untuk menenangkan Shazia. Walaupun begitu, Shazia masih juga meronta walaupun air matanya masih mengalir laju. Tubuh Shazia dipeluk semakin kuat.

“ Shaz. Bersabarlah. Percayalah kata-kata aku. Faiqa takkan tinggalkan kita.” Suara Shah jelas kedengaran di telinga Shazia. Rontaan Shazia semakin lama semakin lemah. Akhirnya Shazia terkulai layu. Tangisannya juga turut terhenti. Shah terkejut. Tubuh Shazia semakin lemah.

“ Shaz. Shaz!” Tubuh Shazia digoncang. Namun tiada tindak balas yang diterima. Mata Shazia tertutup rapat. Naila yang ikut sama hairan mendekati Shah. Dahi Shazia dipegang.

“ Panas Nai. Aku rasa dia demam ni.” Shah mula cemas.

“ Bawa dia pergi bilik klinik Shah.” Naila bersuara. Dia lebih memilih untuk bersikap tenang. Shah mendukung tubuh Shazia. Faruq hanya berdiam diri sejak tadi. Kepalanya langsung tidak diangkat. Fikirannya hanya memikirkan Faiqa. Situasi sekarang langsung tidak diambil tahu. Nabil bangun menghampiri Naila.

“ Bilik klinik buka?” Nabil menyoal. Naila hanya mengangguk. Wajahnya jelas kelihatan muram. Shah berlari anak ke bilik klinik. Nasib baiklah bilik klinik satu aras dengan kelasnya. Naila hanya terpaku tanpa bergerak.

“ Naila.” Nabil menegur. Naila mengangkat kepala memandang Nabil.

“ Jom kita pergi bilik klinik sekali.” Naila hanya mengangguk. Namun dia langsung tidak melangkah. Nabil terpaksa menarik tangan Naila untuk mengikut langkahnya, Dia tahu Naila juga ikut bersedih dengan apa yang telah terjadi. Mungkin Naila lah orang yang paling tertekan sekarang ini. Kawan baiknya Faruq hanya berdiam diri tanpa sepatah kata. Faiqa telah pun meninggalkannya, Manakala Shazia pula tidak dapat menerima pemergian Faiqa ke luar negara. Pasti Faiqa tidak akan kembali ke sini lagi. Entah apa lagi yang harus dilakukannya untuk memujuk Faiqa kembali.

*****

Naila, Shah dan Nabil duduk di sebelah katil Shazia. Naila mula keletihan. Jam sudah pun menunjukkan pukul 3 petang. Hanya tinggal mereka berempat saja di sekolah. Kebanyakan guru sudah pun pulang ke rumah masing-masing. Namun Puan Azatul yang bertugas di bilik klinik terpaksa menunggu Shazia sedarkan diri. Tambahan pula mereka tidak dapat membawa Shazia ke hospital memandangkan Shazia fobia dengan bau hospital. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa menunggu sehingga Shazia sedar dari pengsan. Suhu kepanasannya tidak juga menurun.

“ Nai. Kau balik la dulu. Dah letih sangat aku tengok kau ni.” Nabil bersuara. Wajah Naila yang berada di sebelahnya dipandang. Naila hanya berdiam diri,

“ Nai. Kau balik la dulu. Aku boleh jaga Shaz.” Shah ikut menyokong kata-kata Nabil.

“ Tapi Shah. Klinik pun dah nak tutup. Cikgu Azatul pun nak balik rumah jugak.” Kali ini barulah Naila bersuara. Matanya diarah ke wajah Shazia. Pucat. Langsung tidak bermaya. Malah terdapat kesan-kesan air mata yang sudah kering di pipi Shazia.

“ Aku akan hantar dia balik kejap lagi. Kau jangan risau Nai. Aku akan jaga Shaz.” Naila mengangguk setelah Shah selesai berbicara. Apakan daya, papa dan mama Shazia masih tidak berada di Malaysia. Hanya beberapa orang gaji Shazia saja yang berada di rumah.

“ Mari la Nai. Kita balik,” Nabil bangun dari kerusi. Tangan Naila dipapah untuk bangun dari kerusi. Dirinya benar-benar tidak bermaya sekarang. Ditambah pula hati yang semakin kecewa dan sedih dengan apa yang sudah berlaku. Naila dan Nabil melangkah keluar dari bilik klinik.

“ Kau ok ke Nai? Kau nak aku tolong hantar kau balik?” Nabil bersuara. Wajahnya jelas kelihatan tenang. Sememangnya itulah sifat semula jadinya sejak kecil lagi, Dari awal lagi dia dilatih bersikap tenang daripada menggelabah apabila menghadapi situasi sebegini.

“ Aku ok. Kau tak perlu risaukan aku. Sepatutnya kau kena lebih risaukan Shazia. Dia dah berkawan dengan Fai lebih lama dari aku. Dia lebih sayangkan Fai dari aku.”

“ Aku hantar kau balik,”

“ Tak payah la. Aku boleh balik sendiri.” Naila tetap berkeras.

“ Nai. Kau tak boleh balik sendiri, Aku hantar kau balik.” Tangan Naila ditarik perlahan. Namun langkah Naila diberhentikan.

“ Tak…”

“ Jangan melawan cakap aku boleh tak?” Kata-kata Naila dipotong. Suaranya tegas kedengaran. Naila terdiam. Kakinya hanya diarah mengikuti langkah Nabil.

Ketibaan pemandu Shazia ditunggu. Hampir 10 minit berlalu, bayang-bayang pemandu Shazia masih tidak kelihatan. Mungkin disebabkan kesesakan lalu lintas. Shah memandang wajah Shazia. Dia memahami perasaan yang dialami Shazia sekarang. Namun apakan daya, apa yang mampu dibuat? Penerbangan Faiqa memang sudah tidak dapat dihalang. Tangan Shazia dipegang erat. Wajah Shazia langsung tidak lepas dari pandangannya.

“ Shah.” Kemunculan Haji Mustafa di hadapan pintu mengejutkan Shah. Serta-merta pandangannya dikalih ke arah Haji Mustafa.

“ Pak cik.”

“ Kenapa dengan Cik Shazia?” Wajah Haji Mustafa mula kelihatan cemas.

“ Kita bawa Shazia balik dulu pak cik.” Haji Mustafa mengangguk. Shah mendukung tubuh Shazia. Kakinya segera melangkah keluar dari bilik klinik.

Tubuh Shazia diletakkan di sebelahnya. Kenderaan yang dipandu Haji Mustafa mula bergerak laju. Tubuh Shazia yang masih tidak sedarkan diri mula bergerak mengikut gerakan kenderaan. Sesekali kepala Shazia terhantuk di cermin kereta. Wajah Shazia dipandang. Pada masa yang sama, kepala Shazia ditarik lalu dilentokkan ke bahunya. Tangan Shazia digenggam erat. Rambut Shazia yang mula menutupi wajah turut dibetulkan.

“ Pak cik.”

“ Hmm?”

“ Saya rasa…” Kata-kata Shah terhenti sebentar. Dia masih berfikir. Haji Mustafa hanya menunggu butir-butir kata yang bakal keluar dari bibir anak muda itu.

“ Saya rasa kita hantar saja lah Shazia ke hospital.” Dari reaksi yang ditunjukkan, jelas kelihatan wajahnya yang agak terkejut.

“ Tapi.. Cik Shazia kan..”

“ Saya tahu pak cik. Tapi Shazia demam panas sekarang. Takkan nak biarkan saja Shazia dirawat di rumah?” Kata-kata Haji Mustafa dipotong walaupun kata-katanya masih belum sempat dihabiskan.

“ Macam ni lah. Biar pak cik telefon doktor keluarga Shazia. Shazia boleh dirawat di rumah.” Haji Mustafa mengemukakan cadangan. Shah terdiam seketika. Kata-kata Haji Mustafa mula difikir. Mungkin cadangan Haji Mustafa boleh diterima.

“ Baik lah kalau macam tu.” Shah mengangguk sendiri. Wajah Shazia dipandang sekilas. Tangan Shazia digenggam semakin erat.

*****

Rumah banglo dua tingkat tersergam indah. Namun hanya sepi yang bertandang. Ibu bapa Faruq langsung tidak kelihatan. Sememangnya ketiadaan ibu bapanya langsung tidak diambil peduli. Memang dia sudah biasa hidup tanpa kehadiran ibu bapanya walaupun sesekali kesunyian akan menerpa diri. Faruq menaiki tangga tanpa sepatah bicara. Tubuhnya sudah mula tidak terurus. Baju seragam sekolah yang berwarna putih dibiarkan lepas keluar. Tie dilehernya dilonggarkan. Dua butang baju dari atas dibuka.

Faruq melangkah masuk ke bilik. Pintu bilik ditutup rapat. Beg sekolahnya dilempar ke tepi. Tie di lehernya ditarik kasar dari lehernya juga turut dibaling ke tepi. Faruq berdiri di pintu seraya tubuhnya di sandar di belakang pintu. Nafasnya kedengaran dihembus kasar. Kakinya mula berasa lemah. Dalam sekelip mata saja, Faruq terduduk di hadapan pintu. Kedua-dua belah tangannya dlletakkan di atas lutut. Wajahnya ditundukkan. Fikirannya berserabut. Tidak dapat dijangka, dia kehilangan Faiqa. Menyesal. Dia benar-benar menyesal sekarang. Mengapa keegoan yang dipilih? Mengapa dia tidak bertindak lebih awal?

Rambutnya dilurutkan kasar ke belakang. Wajahnya turut diraup. Dengan sekuat hati, dia menjerit. Tekanan cuba dilepaskan. Namun air mata yang mengalir.

“ Kenapa kau pergi jugak? Kenapa kau buat aku macam ni?” Faruq merintih.

*****

Faiqa mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Perjalanannya masih memerlukan beberapa jam untuk sampai ke destinasi. Perjalanan yang dirasakan benar-benar memeritkan jiwa. Faiqa mengesat air mata. Penumpang disebelahnya langsung tidak dipedulikan. Air matanya tidak pernah mahu untuk berhenti walaupun hanya mengalir perlahan.

Perhatian Faiqa dicuri apabila berasa tangannya dicuit seseorang. Faiqa mengalih kepalanya ke sebelah kiri. Perhatiannya teralih pula pada sehelai tisu yang sedang dihulurkan padanya. Namun tisu tersebut langsung tidak disambut. Matanya memandang seorang lelaki yang agak sebaya dengannya. Namun pandangan lelaki tersebut tidak pula padanya. Hanya ditumpukan pada sehelai surat khabar yang berada dipegangannya.

“ Saya tak suka tengok perempuan menangis. Awak menangis kuat sangat sampai dah nak pekak telinga saya.” Tiba-tiba lelaki tersebut bersuara. Sehelai tisu masih lagi dihulurkan pada Faiqa. Faiqa hanya berdiam diri. Kata-kata Max langsung tidak diendahkan. Pandangannya dialih semula ke luar tingkap.

“ Awak nak ke tak nak ni?” Max masih lagi menghulurkan tisu pada Faiqa. Namun Faiqa langsung tidak mengalihkan pandangan ke sebelah.

“ Saya tak nak tisu awak. Awak jangan cakap dengan saya dan just buat je kerja awak.” Faiqa bersuara tegas tanpa memandang lelaki di sebelahnya.

“ Tak sangka ada jugak perempuan bodoh macam ni.” Sekali lagi Max bersuara. Kata-kata yang agak menyakitkan hati singgah di pendengaran Faiqa. Sekelip mata saja Faiqa mengalih pandangan pada lelaki disebelahnya. Hatinya mula membara apatah lagi pada keadaan sebegini. Wajah lelaki di sebelahnya direnung tajam.

“ Apa awak cakap?” Wajah Max masih direnung walaupun lelaki itu langsung tidak menyedari pandangan tajam dari Faiqa. Max mengangkat pandangan pada wajah Faiqa.

“ Tak sangka..” Max cuba ingin mengulangi ayatnya sebentar tadi. Namun kata-katanya terhenti apabila mata merah Faiqa bertentang dengan matanya. Mungkin disebabkan dia menangis sebentar tadi. Wajah Faiqa direnung. Wajah yang sembap disebabkan air mata yang sentiasa mengalir. Wajah yang langsung tidak diletakkan sebarang mekap. Wajah yang semula jadi.

Max melarikan anak matanya dari terus memandang Faiqa. Sengaja dia berdehem dua tiga kali untuk mengelakkan Faiqa dari mengetahui perubahan wajahnya ketika ini. Faiqa kembali mengalihkan pandangannya ke luar tingkap apabila tiada sepatah kata lagi yang keluar dari bibir Max.

-----------------------------

Assalamualaikum.. Annyeong hasaeyo..nk bg tahu, bt smntra ni sya nk tumpukn utk novel ni dulu, lps tamat novel ni baru sya upload novel cinta sunbae ye. kamsahamnida.

4 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

huhh..
jgn ckp nnty si max nieh gnti tmpt faruq dlm hati faiqa..
huhu..smbung2..

fzm2 berkata...

alaaaa..
nak faiqa ngn faruq
jgak..tam0w dye
ngn max..huhu

epy elina berkata...

btul2..
nak faiqa ngn faruq..
sbung2x...

TAN-te berkata...

i seh serabut ooo!!!!! ngan faruq cam best, ngan max tu pulak cam best jugak...