3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 29 Oktober 2009

cinta sunbae 3

“ Tadi Fitri tanya Nazatul. Isya dah ada boyfriend ke belum.” kata-kata Nazatul terhenti di situ.

“ Lepas tu Nazatul kata Isya belum ada. Isya belum ada kan?” Nazatul menyambung kembali kata-katanya.

“ Belum. Oh, itu je la?” Isya memandang Nazatul. Nazatul sekadar mengangguk. Isya mengorak langkah ke tempatnya semula. Fikirannya hanya dipenuhi satu tanda tanya. Kenapa Fitri bertanya sebegitu. Walaupun mungkin dia tahu jawapan itu, namun dia tidak mahu terus mempercayai jawapan di mindanya sekarang.

“ Kenapa Nazatul panggil kau tadi?” soalan Syakirah mematikan lamunan Isya. Isya mengalih pandangan ke arah Syakirah.

“ Tak ada apa pun.” Isya cuba tidak mahu membangkitkan persoalan yang dibinanya sebentar tadi.

“ Kau ni. Nak berahsia dengan aku pulak. Bagi tahu la.” Syakirah menggoncang tangan Isya dengan suara memujuknya.

“ Betul. Tak ada apa yang penting pun.” Isya masih lagi tidak mahu membongkar perkara yang di dengarinya tadi walaupun dia tahu pujukan Syakirah pasti tidak mahu dihakis.

“ Ye la. Sapa la aku ni kan.” Syakirah berpura-pura merajuk. Isya tersenyum paksa. Dia mengeluh.

“ Sungguh nak tahu?” Isya bersuara. Syakirah mengangguk laju. Wajahnya kembali ceria.

“ Nazatul bagi tahu yang Fitri tanya dia, aku dah ada boyfriend atau belum. Itu je.”

“ Kan aku dah kata. Fitri suka kat kau la. Tapi kau tak nak percaya.”

“ Kirah, stop it ok. Aku tak nak la ambik tahu pasal tu.” Isya bersuara lembut. Syakirah sekadar tersenyum. Kali ini dia mengalah. Namun malam nanti pasti dia tidak akan mengalah.


********


Isya membaringkan diri di atas katil. Homework telah disiapkan. Baju sekolahnya telah di seterika. Jadual waktu untuk esok juga telah dilihatnya. Kini fikirannya mula mengingati butir-butir kata yang keluar dari bibir Nazatul petang tadi. Perasaannya sekarang ini tidak dapat ditafsirkan. Sama ada suka atau keliru.

Isya melepaskan rambut yang separas bahu itu di atas bantal. Matanya memandang siling. Manakala kedua-dua belah tangannya diletakkan di atas perut dalam keadaan saling bertindih.

“ Sebab apa dia tanya ha? Takkan dia suka kat aku?” Isya menyoal dirinya sendiri walaupun dia tahu dia sendiri tidak dapat menjawab persoalan itu.

“ Aishh! Ni yang buat otak aku berserabut ni! Tak payah fikir la.” Isya mengalih tubuhnya ke sebelah kiri. Matanya dipejamkan walaupun dia masih belum mengantuk. Malahan waktu juga masih awal untuk dia melelapkan mata.

“ Adik!” Aiman melaung dari bawah. Isya segera bangun dari katilnya. Tangga dituruni dengan tergesa-gesa. Kakinya terhenti di tangga bawah.

“ Ya?” Isya memandang Aiman dari atas.

“ Kawan adik call.” Aiman bersuara. Tangannya masih lagi memegang gagang telefon.
Isya melangkah laju ke arah abangnya. Gagang telefon diambil dari tangan abangnya.

“ Kawan adik la. Syakirah kot.” Aiman meneka.

“ Takkan suara buah hati sendiri pun tak kenal?” Aiman sedikit terperanjat dengan kata-kata Isya. Pipi Isya dicubit kasar. Isya merungut kesakitan.

“ Pandai-pandai je la dia ni.” Aiman terus melangkah meninggalkan Isya. Hanya tinggal dia dan Isya saja dalam rumah. Mama dan Akram masih belum pulang dari kerja. Iman pula masih ada di universiti.

“ Hello. Assalamualaikum.” Isya bersuara.

“ Waalaikumussalam. Kau tengah buat apa tadi?” Kedengaran suara Syakirah di talian.

“ Aku? Aku baru je ingat nak tidur tadi. Tiba-tiba kau pulak call.”

“ So, aku kacau la ni? Tak pe la. Aku letak la.” Syakirah berpura-pura merajuk. Memang ini la perbualan pertama mereka apabila bercakap di telefon.

“ Ok. Bye.” Isya mengikut rentak Syakirah. Dia tahu, pasti Syakirah yang akan mengalah.

“ Jangan la. Aku gurau je.” Syakirah mula gelabah. Takut kalau-kalau Isya meletakkan telefon terlebih dahulu.

“ Ha. Tahu pun rindu kat aku.” Isya ketawa kecil. Suka benar mengusik Syakirah.

“ Bila masa pulak aku rindu kat kau. Tiap-tiap hari aku tengok kau. Sampai jemu.”

“ Waa. Sedapnya ayat.” Isya menyindir.

“ Isya.”

“ Hmm?”

“ Mesti kau fikir pasal Fitri kan?” Syakirah mengemukakan tujuan sebenar dia menelefon Isya.

Isya terdiam sebentar. Dia akui, memang dia tidak dapat menyembunyikan sebarang rahsia dari Syakirah. Pasti Syakirah dapat membaca fikirannya sekarang.

“ Betul la apa yang aku teka kan?” Teguran Syakirah mengejutkan Isya.

“ Kau ni pandai baca fikiran aku kan? Kau jampi apa kat aku?” Isya berseloroh. Dia juga tidak mahu menyembunyikan apa-apa dari Syakirah kerana Syakirah merupakan sahabat yang terbaik buatnya.

“ Aku tahu apa yang kau tengah fikir. Kau tak boleh rahsia apa-apa dari aku.”

“ Tapi Kirah. Aku tak nak fikirkan sangat benda ni. Kau pun tahu. Susah kita nak ramal perasaan lelaki.” Isya kembali serius.

“ Aku tahu. Lagipun aku pun tak nak kau jatuh cinta dengan dia.”

“ Sebab?’

“ Kau ni kan Isya. Buat-buat tak tahu pulak. Perangai dia tu kan panas baran. Lagipun kau pun belum kenal dia betul-betul lagi.” Syakirah bersuara lagi. Isya mengangguk. Mengiayakan setiap kata-kata Syakirah walaupun dia tahu Syakirah tidak tahu dia sedang mengangguk sekarang.

“ Kirah, kau tunggu kejap ye.” Isya tersenyum. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Yang pasti dia ingin mengenakan Syakirah untuk melarikan diri dari terus mengungkit topik berkenaan Fitri.

“ Ok.” Isya terus meletakkan gagang tersebut sebelum bergegas mendapatkan Aiman. Disebabkan Aiman berada di biliknya, Isya terpaksa bergegas naik ke bilik.

Pintu bilik diketuk berulang kali diselangi dengan nama abangnya. Seketika kemudian barulah pintu bilik di buka.

“ Kawan abang call.” Isya berbohong. Senyumannya cuba ditahan sedaya mungkin.

“ Kawan abang call? Kenapa dia call rumah pulak?” Aiman sedikit kehairanan. Selalunya kawannya pasti menghubunginya menggunakan telefon bimbit. Jarang dia berhubung melalui telefon rumah.

“ Tak tahu. Abang tanya la dia sendiri.” Isya membalas. Apabila Aiman melangkah menuruni anak tangga, Isya segera melangkah masuk ke biliknya.

Aiman mengangkat gagang telefon. Suaranya cuba dibetulkan.

“ Kau buat apa yang lambat sangat ni?” Syakirah bersuara. Dia langsung tidak mengetahui bahawa bukan Isya yang berada di talian sekarang. Aiman sedikit terperanjat. Bukan suara lelaki yang kedengaran. Namun suara lembut seorang perempuan yang di dengarinya.

“ Hello.” Aiman bersuara. Cuba mendapatkan kepastian siapa di talian sekarang.

Syakirah terpana. Bukan suara Isya. Seperti suara lelaki. Dia tahu siapa di talian sekarang dan pasti Isya sedang mengenakannya.

“ Assalamualaikum.” Syakirah bersuara. Malunya tidak terkata. Entah apa yang mahu dibualkan dengan Aiman sekarang.

“ Waalaikumussalam. Ni siapa?” Aiman menyoal.

“ Syakirah.. Kawan Isya.”

“ Oh. Isya nak kenakan kita la ni.” Aiman bersuara. Hatinya geram benar dengan Isya sekarang ini. Sungguh dia tidak menyangka Isya sedang mengenakannya sekarang.

“ Rasanya la.” Syakirah menarik nafas dalam-dalam. Entah apa yang perlu dibualkan dengan Aiman sekarang ini.

“ Macam mana Isya kat sekolah? Abang tak sama sekolah dengan dia. Tak boleh nak tengok-tengokkan dia.” Aiman mula membuka bicara walaupun dia sendiri tiada topik untuk dibicarakan.

“ Dia macam sekarang. Akademik dia pun ok. Abang nak tahu something? Pasal Isya.” Kali ini Syakirah pula ingin mengenakan Isya. Bibirnya mengukir senyuman yang penuh makna.

“ Apa?”

“ Abang tahu. Isya ada suka kat seseorang.”

“ Sapa?”

“ Kawan sekelas.” Aiman terdiam sebentar apabila mendengar kata-kata Isya. Perasaan bimbang mula bercambah di hati. Dia risau jika akademik Isya merosot di sebabkan itu.

“ Tolong tengok-tengokkan dia. Tak salah nak bercinta. Tapi abang risau.”

“ Kirah faham. Jangan risau. Insya-Allah Kirah akan jaga dia.” Syakirah mula diselubungi rasa bersalah kerana membohongi Aiman.

“ Abang.”

“ Hmm?”

“ Kirah letak dulu la ye. Dah mengantuk ni.” Kali ini Syakirah tidak berbohong. Matanya mula berat untuk diangkat.

“ Ok. Selamat malam.” Aiman bersuara.

“ Selamat malam. Assalamualaikum.” Syakirah bersuara lembut.

“ Waalaikumussalam.” Aiman meletakkan gagang sebaik saja talian di sebelah sana diputuskan. Aiman melangkah menaiki tangga lalu menuju ke bilik Isya. Pintu bilik Isya di buka.

“ Adik!” Aiman melaung. Namun suaranya terhenti apabila Isya sudah terlelap tidur di katilnya. Aiman menapak mendekati Isya. Selimut yang berada di hujung katil di capai. Aiman melabuhkan punggung di tepi katil. Selimut di tangannya digunakan untuk menutup tubuh Isya. Wajah Isya diperhati. Tangan kanannya membelai lembut rambut Isya.

Aiman tersenyum. Wajah Isya masih diperhati. Hatinya terasa damai. Perasaan damai melihat wajah adik kesayangannya. Jika dia perlu membuat pilihan antara teman wanitanya dan Isya, dia lebih memilih Isya kerana Isya lah segala-galanya baginya. Dia tidak mampu untuk kehilangan Isya. Dahulu Isya lebih rapat bersama arwah abangnya. Selepas kematian arwah abangnya, Isya seolah-olah hilang arah tujuan. Masanya hanya dihabiskan dengan air mata dan lamunan. Tiada buitr kata yang keluar, tiada ketawa yang kedengaran. Hanya air mata yang memainkan peranan.

Aiman mendekatkan wajahnya ke wajah Isya. Dahi Isya dikucup lembut seraya tangannya membelai lembut rambut Isya. Aiman menapak keluar dari bilik. Suis lampu di tutup seraya pintu bilik juga di tutup.

Isya membuka mata. Memang dia sudah tertidur. Tetapi suara Aiman sebentar tadi mengejutkan dia kembali. Isya mengiringkan tubuhnya ke sebelah kiri. Bibirnya mengukir senyum seraya matanya dipejamkan semula.


*****


Isya berdiri di hadapan kelas. Pintu kelas yang masih belum dibuka menyebabkan dia terpaksa berdiri di situ. Isya menyanyi kecil untuk menghilangkan bosan yang menyerbu hati. Hampir 10 minit Isya berseorang di situ. Belum ramai lagi pelajar yang hadir ke sekolah pada waktu sebegini. Mungkin masih awal bagi mereka. Kedatangan Syakirah membuatkan Isya mengalih pandangannya ke sebelah kiri. Peristiwa semalam menyerbu kembali fikirannya. Senyumannya cuba disembunyikan seraya mengalih kembali pandangannya ke hadapan.

Syakirah berdiri di sebelah Isya. Nafasnya dihembus kasar. Pandangannya dikalih ke arah Isya walaupun Isya masih tidak melihatnya. Syakirah langsung tidak bersuara. Hanya pandangan tajamnya sahaja yang menggambarkan perasaannya sekarang.

Isya masih tidak memandang Syakirah walaupun dia tahu Syakirah sedang memandang tajam ke arahnya. Senyumannya sedaya upaya disembunyikan. Riak wajahnya dipaksa seperti tiada apa yang berlaku malam semalam.

“ Kalau kau nak gelak, kau gelak saja la. Cover-cover pulak!” Syakirah meninggikan suaranya sedikit. Tetapi tidak bermaksud dia benar-benar memarahi Isya.

Isya tergelak kecil. Kali ini dia sudah tidak mampu bertahan. Wajah Syakirah yang langsung tidak diukir senyuman dipandangnya. Isya mencucuk pinggang Syakirah sehingga menyebabkan Syakirah kembali tersenyum.

“ Sampai hati kau kenakan aku dengan Abang Am.” Syakirah memonyokkan wajahnya.

“ Ala. Kirah..” Isya menggoncang tangan Syakirah perlahan. Aksi manja cuba dipamerkan.

“ Aku memang nak kau dengan Abang Am. Tapi korang dua ni masing-masing jual mahal. Meluat aku.” Isya mengerutkan dahinya. Senyumannya mati dari bibir.

“ Asal aku pulak yang kau nak jodohkan?” Syakirah kehairanan. Tubuhnya dikalih menghadap ke hadapan. Isya meletakkan dua buah buku teksnya ke atas koridor kelas. Tubuh Syakirah dipeluk dari belakang. Syakirah langsung tidak terperanjat dengan tindakan Isya.

“ Sebab aku nak kau jadi kakak ipar aku. Sebab aku kenal hati budi kau.” Isya bersuara. Pelukannya dilepaskan. Syakirah mengalih tubuhnya ke belakang. Wajah Isya dipandang.

“ Dah la. Jangan main-main pulak.” Syakirah bersuara serius. Dia tidak mahu dijodohkan dengan sesiapa walaupun dia tahu Abang Am seorang yang baik. Tetapi sekarang bukan masanya. Syakirah melangkah masuk ke kelas memandangkan pintu pun sudah dibuka.

“ Kau tercegat apa lagi kat situ? Nak belajar kat luar ke?” Syakirah melaung dari dalam keluar. Mendengar saja laungan Syakirah, Isya terus melangkah masuk ke dalam kelas.

Kata-kata Isya bukan sekadar mainan. Tetapi kata-kata yang lahir dari sanubarinya. Dia tahu Abang Am sudah mempunyai teman wanita. Tetapi dia langsung tidak menyukai teman wanita abangnya itu. Dia benar-benar mahu abangnya dijodohkan dengan teman baiknya sendiri.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x de sambungan dye kwer???actually...it's vey interesting...G00d LucK!!!!!!1