3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Ahad, 18 Oktober 2009

cinta sunbae 1

3 tahun yang lalu-2006

“Mana satu kelas kita ni Kirah?” Isya bersuara. Kepalanya masih didongak untuk melihat papan nama yang digantung di atas setiap pintu kelas. Hari ini merupakan hari pertama mereka digelar pelajar tingkatan dua.

“Kejap. Aku tengah nak cari la ni. Jom ikut aku.” Syakirah bersuara. Pandangannya langsung tidak dikalih pada Isya. Isya hanya mengikut langkah Syakirah. Mereka berdua mula mengenali antara satu sama lain sejak mereka ditempatkan di kelas yang sama ketika mereka di tingkatan satu. Persamaan sikap mereka membuatkan mereka sangat akrab malah mereka sentiasa berdua jika ingin ke mana-mana.

“Haa! Ni la kelas kita.” Syakirah melihat papan nama di atas pintu kelas. Tertera tulisan 2 Siddiq di situ.

Mereka melangkah masuk ke kelas. Tiada sesiapa pun di situ. Yang ada hanya la kerusi dan meja yang telah diatur dengan kemas.

“Kirah, macam kita je yang orang pertama masuk sini. Langsung tak ada orang.” Isya bersuara. Kali ini dia juga tidak memandang wajah Syakirah. Dia lebih tertarik memerhati suasana kelas.

“Jom la cari tempat duduk. Kau nak duduk mana Isya? Kau jangan pilih meja yang depan sekali sudah la.” Syakirah pandang wajah Isya. Isya melihat susunan meja yang mungkin dapat menarik minatnya.

“Kita duduk sini Kirah. Ok?” Isya berdiri di hadapan Syakirah. Jawapan dari bibir Syakirah masih di tunggu.

“Ok. Tapi aku tempah duduk tengah ye.” Syakirah terus meletakkan begnya di kerusi tengah tanpa menunggu persetujuan dari Isya.

“Ikut suka hati kau la Kirah.” Isya berjalan ke tempat duduk di sebelah kiri Syakirah. Siapa yang bakal duduk di sebelah kanan Syakirah masih belum diketahui.


**********

“Assalamualaikum semua. Hari ni kamu buat kerja masing-masing. Siapa yang nak bayar duit yuran boleh datang ke depan.” Puan Jamaliah selaku guru tingkatan 2 Siddiq bersuara. Suasana yang agak riuh-rendah kembali sunyi apabila Puan Jamaliah masuk ke kelas.

Puan Jamaliah melangkah semula ke tempat duduk yang dikhaskan untuk guru yang masuk ke kelas tersebut.

“ Kirah.” Isya menyiku tangan Syakirah. Syakirah yang khusyuk bersembang dengan seorang perempuan di sebelahnya, mengalih pandang pada Isya.

“Yup?”

“Budak lelaki yang duduk kat depan tu…” kata-kata Isya terhenti seketika. Matanya memandang Fitri walaupun Fitri langsung tidak mengetahui dirinya sedang dipandang seseorang.

“What?” Syakirah angkat kening tanda tidak faham apa yang mahu dikatakan Isya.

“Dia bukan Form 4 ke? Kenapa dia masuk kelas ni?” Isya memandang wajah Syakirah. Fikirannya penuh dengan tanda tanya.

Syakirah turut memandang lelaki yang dimaksudkan Isya. Kemudian matanya mengalih pandangan pada Isya semula. Dahi Isya ditolak.

“Aishh!” Isya memandang tajam pada Syakirah. Dahinya diurut-urut.

“Kau ni kan Isya. Kalau dia Form 4, buat apa dia masuk kelas ni? Dah terpampang kat depan pintu tulis 2 Siddiq.” Isya tersengih apabila mendengar kata-kata Syakirah. Ada betulnya apa yang dikatakan Syakirah sebentar tadi.

“Sebelah kau tu siapa? Kawan baru nampak.” Isya angkat kening pada Syakirah.

“Aku pun tak kenal dia. Tiba-tiba je tegur aku. Cakap punya la slow. Sampai aku sendiri tak dengar apa yang dia cakap.” Syakirah mengadu sekali gus mengutuk.

“Aishh! Kau ni pagi-pagi pun dah nak mengutuk orang ye. Bila nak insaf ni?” Isya menolak bahu Syakirah. Syakirah hanya tergelak kecil. Memang begitu lah sikapnya sejak dari dulu lagi. Walaupun begitu hatinya yang lembut membuatkan Syakirah langsung tidak dibenci orang. Begitu juga lah dengan Isya. Sikap mereka berdua yang ramah membuatkan ramai pelajar yang suka mendekati mereka.


*****

“Bye Kirah. Aku balik dulu.” Isya melambaikan tangan pada Syakirah. Kini mereka sudah berada di luar kawasan sekolah. Isya berdiri di sebelah kereta Myvi berwarna hijau muda milik abangnya yang pertama.

“Kirah!!” Isya melantangkan suaranya apabila jarak antara dirinya dengan Syakirah agak jauh. Syakirah mengalih tubuhnya ke belakang. Wajah Isya dipandang dengan tanda tanya.

“Kau tak nak kirim salam kat abang aku ke??” Isya tersenyum. Sengaja dia mahu mengusik Syakirah. Suaranya yang sedikit kuat membuatkan beberapa pasang mata memandang ke arah mereka berdua.

“Kau jangan nak mengada-ngada! Tak ada maknanya aku nak kirim salam kat abang kau!” Syakirah turut melantangkan suaranya. Tubuhnya dipaling semula. Kakinya melangkah meninggalkan Isya. Isya tersengih. Isya masuk ke dalam kereta. Beg sekolahnya di letak di kerusi belakang.

“Kawan Adik suka kat Aiman ke?” Akram menyoal apabila melihat Isya sudah memakai tali pinggang keselamatan. Kereta miliknya meluncur laju meninggalkan sekolah.

“Tak de lah. Saja je Adik suka mengusik dia.” Isya ketawa. Akram sekadar menggelengkan kepala. Ketawa Isya yang membuatkannya bahagia. Sejak kematian abang Isya yang kedua, susah benar untuk melihat Isya ketawa semula. Hampir 2 bulan Isya menyendiri di dalam bilik. Namun mungkin disebabkan kekuatan semangat yang dia ada, Isya bangkit semula walaupun dia tahu luka di hati Isya masih belum sembuh sepenuhnya.

“Along.” Isya bersuara. Matanya memandang Akram yang masih memandu.
“Hmm?” Sepenuh perhatian diberikan pada pemanduannya. Wajah Isya langsung tidak dipandangnya.

“Singgah makan jom?”

“Tak makan kat sekolah ke tadi?”

“Tak. Kat kantin ramai sangat orang. Nak beli makanan pun susah.” Isya merungut. Akram memandang Isya sekilas.

“Adik nak makan kat mana?” Isya tersengih apabila mendapat lampu hijau dari Along nya.

“Kat mana-mana pun tak apa.” Akram tidak membalas kata-kata Isya. Keretanya dipandu dengan berhati-hati.


*****

2 bulan berlalu-2006

“Kirah.” Isya mencucuk pinggang Syakirah. Sepantas itu juga tangan Isya ditepis Syakirah.

“Apa lagi kau ni?” syakirah sedikit bengang walaupun suaranya masih lembut menutur. Wajah Isya langsung tidak dipandang. Dia lebih berminat menyelesai soalan Matematik yang memang menguji otak.

“Kau nampak tak apa yang aku nampak?” Isya menyoal. Matanya masih tepat memandang dua rakan kelasnya yang hebat berdating di depannya.

“Apa yang kau nampak? Aku tak nampak apa yang kau nampak.” Syakirah masih lagi tidak memandang Isya. Matanya hanya setia dengan buku math kesayangannya. Kesayangan ke?

“Macam mana kau nak nampak apa yang aku nampak kalau kau tak tengok apa yang aku nampak!” Isya mula bengang dengan sikap endah tidak endah yang ditunjukkan Syakirah.

“Ok fine. Apa yang kau nampak?” Syakirah memandang wajah Isya. Isya memuncungkan mulut pada dua orang rakan kelasnya di hadapan.

“Wah. Maksiat ni.” Syakirah bersuara. Matanya tidak lepas dari memandang pasangan di hadapan mereka.

“Itu la pasal.” Isya menyampuk. Reaksi wajahnya sama seperti Syakirah. Syakirah mencapai kotak pensilnya. Sepantas kilat kepala Isya diketuk.

“Aishh! What?” Isya menggosok kepalanya. Matanya tajam memandang Syakirah.

“Dah kau tahu Fitri dengan Amira tu buat maksiat, yang kau ajak aku tengok sekali tu kenapa?”

“Aku nak suruh kau tengok je. Nanti bila kau terlepas berita terkini, kau salahkan aku pulak. Kata aku tak bagi tahu kau la kononnya.” Isya membalas kata-kata Syakirah. Matanya masih setia memandang tajam wajah Syakirah.

“Kalau setakat berita macam tu, aku tak ingin la.” Syakirah mencebik. Buku-buku yang berselerak atas meja dikemaskan.

Isya masih setia menjadi pemerhati antara mereka berdua. Sekali sekala kepalanya digeleng dua tiga tanda tidak tahan dengan sikap mereka berdua. Tetapi disebalik itu juga perderitaan yang bakal menanti.

Syakirah memandang Isya disebelahnya. Isya yang sedang khusyuk memandang pasangan di hadapannya langsung tidak perasan dirinya dipandang orang. Syakirah menghalakan tangannya kirinya ke mata Isya seraya menutup mata Isya. Isya terkejut. Tangan Syakirah pantas dialih dari matanya.

“Kau ni kan. Dari tadi asyik pandang diorang je. Buat la homework math kau tu.”

“Aku dah siap lagi awal dari kau. Kau tu yang terhegeh-hegeh baru nak buat.”

“Iya ke? Asal kau tak bagi tahu aku awal-awal? Kalau aku tahu, tak yah la aku nak perah otak.” Syakirah tersengih. Tangan Isya disikunya.

Isya menggelengkan kepala sambil memandang Syakirah. Dia tahu, Syakirah memang seorang yang malas berfikir. Tetapi yang menghairankan, keputusan peperiksaan Syakirah amat memuaskan.


*****

Puan Jamaliah melangkah masuk ke kelas. Semua pelajar lantas mengambil tempat masing-masing. Suasana yang riuh-rendah kembali menjadi agak lengang.

“Kamu semua dah ambil exam awal bulan. Semua kertas exam pun dah dapat. Jadi, cikgu nak umumkan tempat per tama sampai ketiga saja. Yang lain kamu boleh tengok sendiri kejap lagi.” Puan Jamaliah berhenti bercakap seketika. Kertas F4 atas meja di sebelahnya dicapai.

Isya menggengam kedua-dua belah tangannya. Dia cemas jika keputusan yang bakal diberitahu akan mengecewakannya. Segala usahanya telah dicurahkan pada exam kali ini. Walaupun dia tahu peperiksaan kali ini tidak penting, tetapi dia tetap akan berusaha bersungguh-sungguh.

“Asal tangan kau sejuk ni?” Syakirah memandang wajah Isya. Tangan Isya digenggam erat.

“Aku nervous.” Isya bersuara. Syakirah tergelak kecil. Sejak dulu lagi memang begini lah reaksi Isya apabila tibanya saat keputusan peperiksaan diumumkan.

“Asal kau gelak? Aku tengah nervous ni.” Isya memandang Syakirah. Wajahnya jelas kelihatan agak pucat. Sungguh dia takut jika keputusannya kurang memuaskan.

“Kau tak yah la nervous. Aku tahu kau dapat result ok punya!” Syakirah cuba menyakinkan Isya. Sewaktu peperiksaan berlangsung, dia dapat melihat kesungguhan Isya menjawab soalan yang dikemukakan. Malah dia juga tidak pernah pula melihat Isya berhenti menulis. Sehingga lah tamat saja peperiksaan, Isya mengadu kerana jari-jemarinya mula sakit akibat tulis tidak berhenti.

“Ok. Tempat yang ketiga dalam kelas 2 Siddiq disandang Mohd Fitri.” Puan Jamaliah berhenti seketika apabila kedengaran tepukan gerumah pelajar 2 Siddiq. Kecuali Isya. Jelas Kelihatan riak wajahnya yang terperanjat.

“Dia dapat number tiga? Biar betul.” Isya bersuara seakan berbisik.

“Apa yang mustahilnya Isya. Dia actually budak pandai.” Syakirah menyelit. Isya memandang sekilas wajah Syakirah.

“number dua dalam kelas diberikan kepada pelajar perempuan. Nor Syakirah!” Puan Jamaliah mengumumkan tempat kedua pula. Kedengaran lagi tepukan gemuruh. Semua mata memandang ke arah Syakirah.

“Syakirah! Congratulation!” Isya teruja. Tangan Syakirah disalaminya. Isya dan Syakirah turut tersenyum gembira. Walaupun Isya masih tidak tahu bagaimana keputusannya nanti, berita baik yang di terima Syakirah turut membuatkan hatinya benar-benar gembira.

“And the last one. First number in this class give to….Nurul Isya!” Isya terpana? Kali ini tepukan lebih gemuruh dari sebelumnya. Semua mata yang memandang Isya membuatkan wajahnya mula merah.

“Isya!” Syakirah menyiku tangan Isya. Isya tersentak.

“What?”

“Kau.. Number satu wey!” Syakirah tersenyum. Memang tidak dapat digambarkan betapa gembiranya mereka.

“Isya. Please come here. Beri sepatah dua kata untuk dorong sahabat-sahabat kamu yang lain.” Puan Jamaliah bersuara.

“Pergi la lekas. Fighting!” Syakirah memberi semangat pada Isya. Isya tersenyum. Kakinya melangkah ke hadapan kelas. Semua mata memandang ke arahnya. Hati Isya mula berdebar. Entah apa yang yang perlu dikatakan pada sahabat-sahabatnya nanti? Inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi seperti ini. Tambahan pula pandangan seorang lelaki ke arahnya membuatkan dia semakin tidak tentu arah.

1 ulasan:

oren+oreo :) ! berkata...

terBAEK !
like ur novel .
:DD !