3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 15 Oktober 2010

cinta sunbae 16

Hakimi mengerutkan dahinya. Hatinya dapat merasai sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Kepalanya dipalingkan ke belakang. Isya tiada di situ. Peminat-peminatnya yang masih lagi menantinya diabaikan buat sementara waktu. Matanya meliar mencari kelibat gadis itu, namun sepanjang pencarian melalui mata jejak Isya gagal ditemui. Dia melepaskan keluhan berat.

“ Minta maaf. Minta maaf.” Tanpa menunggu tindakan yang bakal diambil oleh para peminat, Hakimi berlari-lari anak menjauhi dari peminat-peninatnya. Pada masa ini, mencari ‘teman wanitanya’ lebih penting. Andai gadis itu hilang semasa bersamanya, sudah pasti itu akan menjadi isu yang besar. Kakinya terus melangkah. Telefon bimbit couple dikeluarkan dari kocek seluarnya. Isya dihubungi.

“ Yaaa!!!! Kau pergi mana??” Hakimi menempik. Isya menjauhkan sedikit telefon bimbit tersebut dari telinganya. Dia mencebik.

“ Aku? Aku ada…” Belum sempat ISya menyambung kata-katanya, telefon dalam pegangannya tiba-tiba sahaja dirampas Khairul. Isya terkejut. Wajah lelaki itu dipandang tepat, sebaliknya Khairul hanya tersenyum. Talian dimatikan.

Cancel program hari ni.”

“ Ha??” Isya hairan ditambah pula rasa terkejut yang masih terasa di hati.

“ Program antara awak dengan Hakimi dah tamat.”

“ Saya tak faham.” Berkerut dahi gadis itu. Khairul tersenyum.

“ Awak takkan jumpa Hakimi lagi. Macam yang awak mahukan. Program ni akan dipendekkan dan dimuatkan supaya jadi 7 hari.” Khairul menjelaskan. Walaupun Isya memahami apa yang dikatakan Khairul, tetapi dia tidak memahami mengapa lelaki di sisinya kini bertindak begitu. Telefon di tangan Khairul berdering. Khairul menjawab.

“ Isya ada dengan aku. Kau balik office dulu. Nanti aku jelaskan kat kau.” Khairul mematikan talian. Dia bangun dari kerusi.

“ Mari. Saya hantar awak balik.” Isya bangun dari kerusi. Khairul dipandang tepat.

“ Awak sedang tolong saya ke?” Isya bertanya. Wajahnya kelihatan agak serius.

“ Mungkin boleh dikatakan macam tu.” Khairul mengangkat kening. Dia tersenyum. Kakinya melangkah setapak dua.

“ Tapi kenapa?” Soalan Isya membuatkan langkahan Khairul terhenti. Kepalanya dipaling ke belakang. Isya dipandang.

“ Awak suka ke kalau awak terpaksa buat sesuatu yang awak tak suka?” Isya terdiam. Khairul tersenyum.

“ Saya pun tak suka.” Dia melangkah bersama senyuman yang masih bermain di bibirnya.

*****

Jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Isya melabuhkan punggungnya di sofa. Di situ dia termenung. Melayan perasaannya sendiri. Entah mengapa sejak kemunculan Hakimi, hidupnya semakin berserabut. Sejak kemunculan lelaki itu juga, fikirannya kini sentiasa membayangkan Fitri. Lelaki yang pernah membuatkan dia menderita. Memang benar dia masih mencintai lelaki itu. Tapi apa gunanya cinta tanpa sekelumit kepercayaan? Keluhan berat dilepaskan.

Dia bangun dari terus melabuhkan punggung di sofa. Dia melangkah naik ke bilik Aiman. Berkali-kali pintu bilik lelaki itu diketuk, namun tiada sebarang jawapan diterima. Tombol pintu dipulas seraya itu pintu bilik dibuka. Isya melangkah masuk. Aiman yang sudah pun tertidur bersama buku-bukunya di atas meja tulis membuatkan Isya tersenyum kecil. Tubuh lelaki itu diselimuti. Wajah abangnya dipandang.

“ Terima kasih. Abang Am dah banyak bantu.” Isya menutur kata. Bibirnya mengukir senyuman kecil. Bunyi bunga api yang kuat kedengaran mengejutkan gadis itu. Dia melangkah keluar dari bilik Aiman. Anak-anak tangga dituruni. Pintu rumah dibuka sejurus dia melangkah keluar dari rumah. Pandangannya dihala ke atas. Melihat keindahan bunga api yang sedang disiarkan. Langkah demi langkah diatur ke arah tempat utama bunga api dibakar. Dia hairan. Tiada seorang pun disitu. Malah, keadaan gelap gelita yang hanya disinari cahaya bulan. Isya mengundur langkah ke belakang untuk berpatah balik.

Pada masa yang sama, tempat dimana dia berdiri bercahaya terang malah berbentuk hati. Sekelilingnya menjadi berwarna-warni. Satu demi satu lampu-lampu di sebelah kiri dan kanannya bercahaya. Isya terpana. Dia benar-benar terkejut dengan apa yang berlaku secara tiba-tiba. Seorang lelaki melangkah setapak demi setapak. Langkahannya terhenti di hadapan Isya. Mereka saling berpandangan. Dalam keadaan yang masih terkejut, Isya hanya mampu untuk membisu. Fitri mengukir senyuman.

“ Minta maaf. Buat Isya terkejut.” Isya membisu.

“ Boleh.. Fitri langkah setapak ke depan?”

“ Tak. Kenapa? Kenapa Fitri buat macam ni?”

“ Isya sendiri dah tahu sebab Fitri buat macam ni kan?” Perlahan lelaki itu menutur kata.

“ Fitri.. Fitri bodoh ke??” Isya meninggikan suaranya sedikit. Air matanya mengalir perlahan. Isya dipandang lama.

“ Mungkin.. Mungkin Fitri dah jadi bodoh sekarang. Tapi.. Apa yang boleh Fitri buat lagi selain berusaha untuk dapatkan Isya balik?”

“ Fitri.. Tolong jangan buat apa-apa. Jangan usaha dapatkan Isya balik. Isya.. Tak mungkin akan kembali pada Fitri balik. Pergilah.” Sekali lagi, hatinya kini terasa seperti disiat-siat.

“ Tak. Fitri tahu yang Isya masih sukakan Fitri. Isya tak boleh nafikan tu!” Isya menarik nafas dalam-dalam.

“ Kadang-kadang Isya rasa tak boleh bencikan Fitri tiap-tiap hari. Kadang-kadang Isya rasa Fitri boleh jatuh hati pada sesiapa saja yang Fitri tengok. Biar Isya hidup sendiri tanpa Fitri. Sekarang.. Isya dah tak perlukan Fitri lagi. Pergilah..” Kata-kata yang selama ini cuba untuk tidak diungkapkan, akhirnya dikeluarkan juga oleh gadis itu. Namun, secara ikhlasnya, dia tidak mengucapkan kata-kata itu dengan ikhlas.

“ Isya betul-betul nak Fitri hilang dari pandangan Isya?” Wajah lelaki itu tidak dipandang.

“ Ya. Mulai sekarang, jangan muncul lagi depan Isya. Sikap Fitri tak akan pernah berubah. Walaupun sedalam mana Isya berharap untuk dicintai Fitri lagi, itu semua seolah-olah mimpi yang tak akan pernah jadi kenyataan. Fitri tetap nak menguasai dua orang perempuan dalam hidup Fitri. Tolonglah. Jangan buat Isya merana lagi. Isya lebih rela tak kenal Fitri! Fitri tahu tak, kenal dengan Fitri, jatuh cinta dengan Fitri merupakan satu kesalahan terbesar dalam hidup Isya. Pergilah. Isya tak perlukan lelaki macam ni dalam hidup Isya.”

“ Nampaknya, penyesalan Fitri dah terlambat. Fitri dah tak boleh patah balik. Fitri betul-betul dah buat salah yang besar. Maafkan Fitri. Seperti yang Isya nak, Fitri.. akan pergi dari hidup Isya. Selamat tinggal.” Air mata lelaki itu mengalir. Dia melangkah pergi dalam kekecewaan. Isya hanya memandang pemergian lelaki itu dari belakang. Setitik demi setitik air matanya menitik ke bumi.

Aiman melangkah perlahan ke arah Isya. Dia tahu apa yang sudah terjadi. Isya dipandang tepat. Pandangan yang penuh rasa simpati dan hatinya turut sakit melihat air mata yang mengalir. Isya mengangkat wajahnya.

“ Abang Am.” Lelaki itu dipeluk. Air matanya mengalir semakin laju. Aiman hanya berdiam diri. Tubuh Isya dipeluk erat. Sakit hati Isya kini seolah-olah meresap dalam hatinya. Dia turut merasai kepedihan itu. Dia kesal dengan apa yang sudah berlaku. Andai masa dapat diputar kembali, pasti dia akan memilih saat dimana Isya dan Fitri bertemu. Andai itu berlaku, pasti dia akan menghalang segalanya dari berlaku. Namun, mustahil segala apa yang difikirkannya menjadi kenyataan.

*****
2 Hari Kemudian..

“ Isya.” Syakirah menegur.

“ Apa?” Mereka melangkah bersama-sama. Angin lembut yang membuai benar-benar mendinginkan seluruh tubuh mereka.

“ Cuti 2 minggu ni kau nak buat apa, ha?” Syakirah menyoal. Wajah gadis itu dipandang sekilas.

“ Aku duduk rumah sajalah. Nak buat apa lagi.” Syakirah memuncungkan bibirnya.

“ Boringlah kau ni. Apa kata kau jadi peneman aku yang setia? Tak delah kau jadi burung hantu je kan kat rumah tu.” Syakirah mengangkat kening.

“ Peneman kau yang setia? Tengok la dulu. Itu pun kalau along aku bagi aku keluar dengan kau.”

“ Isya.” Sekali lagi gadis di sebelahnya memanggil.

“ Hmm?” Giliran Isya mengangkat kening.

“ Kau aku tanya, agak-agak kau marah tak?” Syakirah kelihatan serba-salah.

“ Menyampah betul la aku. Kau ni kenapa? Cakap sajalah. Main agak-agak pulak.” Syakirah menarik nafasnya dalam-dalam.

“ Kau.. kau tahu tak yang Fitri.. pindah sekolah?” Serta-merta wajah Isya berubah. Syakirah tidak dipandang. Fikirannya tiba-tiba sahaja kembali kepada peristiwa dua hari yang lepas.

Nampaknya, penyesalan Fitri dah terlambat. Fitri dah tak boleh patah balik. Fitri betul-betul dah buat salah yang besar. Maafkan Fitri. Seperti yang Isya nak, Fitri.. akan pergi dari hidup Isya. Selamat tinggal.’

“ Isya!” Bahu gadis itu ditepuk agak kuat. Serentak itu, Isya terkejut.

“ Kau kenapa? Aku tanya kau, kau boleh buat bodoh pulak!” Syakirah mencebik. Isya tersenyum paksa.

“ Aku tak pernah ambil tahu pasal dia. So, macam mana aku nak tahu?” Soalan dibalas soalan. Syakirah mengeluh.

“ Aku tahu ada sesuatu yang dah jadi antara kau dengan dia. Tapi.. aku tak nak tanya apa-apa pasal tu. Itu urusan kau. Kau tahu apa yang terbaik untuk diri kau.”

*****

“ Maaf menganggu.” Suara teguran seseorang membuatkan Puan Samia menghentikan tangannya dari terus mengelap meja. Seorang lelaki yang kemas berpakaian kot dipandang lama.

“ Puan Samia?” Puan Samia sekadar mengangguk.

“ Saya Nazrul.” Sejurus perkataan Nazrul itu disebut, serta-merta ingatannya kembali kepada wasiat yang ditinggalkan oleh suaminya. Lelaki dihadapannya dipandang.

“ Kawan Abang Anwar?” Puan Samia bertanya. Encik Nazrul mengangguk bersama senyuman ikhlas.

“ Silakan duduk.” Puan Samia melabuhkan punggung pada kerusi. Seketika kemudian barulah Encik Nazrul melabuhkan punggung di hadapan Puan Samia.

“ Mungkin Puan dah dapat agak hajat kedatangan saya ke mari. Ini berkaitan wasiat arwah.” Terang Encik Nazrul. Puan Samia menarik nafas dalam-dalam.

“ Sebenarnya saya baru tahu pasal wasiat tu. Bukannya saya nak bantah dengan perjanjian Abang Anwar dengan Encik Nazrul. Tapi Encik Nazrul sendiri tahu, anak saya masih belajar.” Puan Samia cuba untuk berbincang.

“ Saya faham. Itu salah satu sebab saya datang berjumpa dengan Puan. Terus-terang, saya harap Puan bersetuju dengan perkahwinan antara anak Puan dengan anak saya. Lagipun saya yakin, Puan takkan mampu untuk bayar jumlah sebesar tu.” Puan Samia mengeluh. Dia terdiam sebentar.

“ Berat hati saya untuk lepaskan dia.” Jujur Puan Samia berbicara. Wajahnya berubah sayu.

“ Puan, niat saya untuk kahwinkan anak saya dengan anak puan adalah niat yang baik. Saya yakin, cuma anak puan saja yang boleh buatkan anak saya berubah sikap.” Bersungguh-sungguh Encik Nazrul memujuk.

“ Encik, macam nilah. Keputusan bukan di tangan saya. Saya akan bincang dengan anak saya dulu.” Encik Nazrul mengangguk. Sekeping kad dikeluarkan dari poketnya kemudian dihulurkan pada Puan Samia.

“ Ini kad saya. Kalau semuanya dah selesai, Puan boleh hubungi saya. Saya minta diri dulu.” Encik Nazrul bangun. Serentak itu, Puan Samia ikut bangun. Wajahnya mempamerkan kebimbangan.

*****

Seluruh ahli keluarga berkumpul di ruang utama. Semuanya tertanya-tanya apa yang bakal diumumkan oleh ibu mereka sebentar nanti. Perkara yang bakal diumumkan seolah-olah satu pengumuman yang besar. Iman yang masih berada di universiti terpaksa mengambil cuti di atas permintaan ibunya.

“ Ada apa ni, ma?” Akram menjadi orang pertama yang bersabar. Masing-masing tidak sabar untuk mengetahui perkara yang bakal keluar dari bibir Puan Samia.

“ Uncle Nazrul datang jumpa mama tadi.” Sejurus kata-kata itu keluar, semuanya terdiam. Hanya Isya yang tidak mengetahui maksud kata-kata mamanya. Wajah Aiman berubah. Dia sudah dapat menyangka maksud kedatangan Uncle Nazrul menemui ibunya.

0 ulasan: