3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 10 Disember 2009

3+1=28

Langkahnya diberhentikan. Dalam pada masa yang sama juga, bunyi tapak kaki dari belakangnya ikut terhenti. Beg galasnya semakin dipegang erat. Dadanya semakin kencang bergolak. Diikuti dengan nafas yang turun naik dalam keadaan yang kurang stabil. Tubuh badannya dipusing 360 darjah ke belakang seraya…

“ Yahhh!!!” Dengan tindakan tangan yang cepat, beg galasnya dihayun laju ke kepala seseorang yang disyaki mempunyai niat jahat mengekori langkahnya.

Tangan Naila pantas dihalang dari melekat di kepalanya. Dengan riak yang serius, wajah Naila dipandang. Manakala Naila hanya terpana walaupun mata mereka saling bertentangan.

“ Awak nak buat apa ni?? Dah buang tabiat ke??” Nazim meninggikan suara sekali gus wajah Naila dipandang tajam. Namun Naila terdiam seketika sebelum tangannya pantas ditarik keluar dari genggaman erat Nazim.

“ Yang awak ekori saya dari belakang ni kenapa? Saya ingatkan…”

“ Kenapa? Awak ingat ada orang nak apa-apakan awak?” Kata-kata Naila pantas dipotong. Nazim tergelak kecil walaupun wajah Naila langsung tidak menunjukkan sebarang riak.

“ Shazia pun kawan saya. Jadi tak salah kan kalau saya nak melawat dia?” Kata-katanya disambung.

“ Lagi satu..” Nazim melangkah dua tiga tapak di hadapan Naila. Akibatnya, Naila terpaksa mengundur dua langkah ke belakang disebabkan jarak antara mereka yang terlalu rapat.

“ Tak ada orang yang berani apa-apakan awak. Sebab awak ni lebih menakutkan.” Mata Naila dipandang tepat. Sekali lagi Naila terpana. Walaupun begitu, tidak sampai 10 saat, Naila tergelak sinis disertai jelingan tajam yang jatuh pada wajah Nazim.

“ Apa awak cakap? Saya menakutkan?” Naila mengetap bibir. Wajah Nazim masih dipandang tajam. Walaupun ketenangan cuba diraih namun masih ada sekelumit kemarahan di hati. Naila melangkah dua tapak ke hadapan. Disebabkan tubuh Nazim yang lebih tinggi 20 cm darinya, dia terpaksa menaikkan kakinya supaya ketinggiannya sama taraf dengan ketinggian yang dimiliki Nazim.

“ Awak nak tahu. Orang yang penakut dan lembik saja yang takut dengan saya.” Naila bersuara penuh keyakinan. Kakinya yang semakin lenguh akibat cuba untuk menyamakan ketinggian antara mereka terpaksa diturunkan semula. Namun baru beberapa saat kakinya diturunkan, Naila menaikkan kakinya semula. Sekali lagi ketinggian mereka kelihatan hampir sama walaupun secara terangnya, Nazim mempunyai ketinggian yang lebih dari Naila.

“ Dan lagi satu… Awak orang yang sesuai untuk dikategorikan orang yang penakut dan lembik macam tu!” Pantas Naila menghabiskan kata-kata. Sepantas itu juga Naila melangkah laju meninggalkan Nazim yang masih tercengang akibat dari kata-kata Naila.

“ Berani betul perempuan ni.” Nazim sempat mengeluarkan kata-kata sebelum dia ikut melangkah laju mengekori langkah Naila.

*****

“ Faiqa.” Puan Marlia memanggil diikuti ketukan berulang-ulang kali pada pintu bilik Faiqa.

“ Kejap mama!” Faiqa melaung dari dalam bilik. Kedua-dua matanya digosok perlahan. Walaupun dia sudah sedar sepenuhnya, namun rasa mengantuknya masih tetap ada. Faiqa melangkah turun dari kamar beradunya. Tombol pintu dipulas seraya itu juga pintu bilik yang dikunci terbuka.

“ La. Anak mama ni tengah tidur rupanya.” Rambut Faiqa diusap lembut disertai senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir. Faiqa hanya tersenyum hambar.

“ Mama nak keluar kejap. Mungkin malam nanti baru mama balik. Kalau kamu nak apa-apa, kamu bagi tahu saja bibik.” Faiqa pantas memandang wajah mamanya dengan riak wajah yang seperti mempunyai tanda tanya.

“ Mama nak pergi mana?”

“ Mama nak pergi beli barang-barang untuk kamu. Mama ingat nak singgah rumah kawan mama sekali. Kamu nak pesan apa-apa ke ni?”

“ Tak.”

“ Kalau macam tu, mama pergi dulu. Kamu pergi mandi. Jangan nak sambung tidur pula.” Puan Marlia masih tersenyum. Faiqa sekadar mengangguk. Tanpa melengahkan masa, Puan Marlia melangkah turun dari terus berada di hadapan bilik Faiqa. Namun langkahannya terhenti apabila tiba-tiba dia dipanggil anak kesayangannya. Kepalanya ditoleh semula ke arah Faiqa.

“ Faiqa nak keluar kejap lagi boleh tak mama?”

“ Kamu nak keluar pergi mana pula? Baru je kamu sampai sini kan.”

“ Faiqa nak pulangkan dompet seseorang, ma. Dia tercicir masa kat airport tadi. Boleh kan, ma?” Puan Marlia terdiam seketika.

“ Kalau macam tu, kamu minta Anthony hantarkan. Tapi ingat, jangan balik sampai lewat malam.”

“ Faiqa cuma nak pulangkan dompet tu je, ma. Tak makan masa yang lama.”

“ Bagus la kalau macam tu. Mama pergi dulu. Pastikan kamu sampai rumah terlebih dahulu sebelum papa kamu balik. Kamu bukannya tak tahu perangai papa kamu tu.”

“ Baik ma.” Faiqa tersenyum. Pada masa yang sama juga, Puan Marlia melangkah turun dari tingkat dua.

*****

“ Assalamualaikum.” Naila menghampiri muka pintu. Dalam beberapa saat saja, bibik terpancul di muka pintu.

“ Waalaikumussalam. Oh, Cik Naila.” Bibik terseyum. Melihat senyuman yang terukir di bibir wanita separuh usia itu membuatkan Naila turut tersenyum.

“ Shazia ada, Bik?” Naila pantas bertanya. Hanya itu tujuan kedatangannya ke rumah Shazia.

“ Ada, Cik Naila. Tapi…” Bibik berhenti berkata-kata. Wajahnya ditundukkan. Jelas kebimbangan yang bermain di riak wajahnya. Naila kehairanan. Sebaliknya Nazim hanya menunggu butir-butir kata yang bakal keluar dari bibir wanita itu.

“ Tapi apa Bik?” Naila pantas menyoal.

“ Dari tadi, Cik Shazia berkurung dalam bilik. Pintu bilik pula berkunci dari dalam.”

“ Kenapa bibik tak guna kunci pendua saja?” Nazim mencelah. Pandangan Bibik beralih pula pada Nazim.

“ Sebab sebelum ni, Cik Shazia dah pesan yang dia nak berehat. Bibik tak berani melanggar arahan Cik Shazia.” Bibik bersuara perlahan. Naila hanya mengangguk. Senyuman diukir untuk menenangkan kerisauan yang bersarang di hati Bibik.

“ Boleh berikan kunci pendua pada saya?” Permintaan Naila membuatkan timbul pula perasaan berbelah bagi di hati Bibik.

“ Tapi Cik Naila…”

“ Bibik jangan risau. Arahan tu cuma diberikan pada Bibik. Bukan pada saya kan? Lagipun Shazia takkan marahkan Bibik.” Naila tersenyum sekali lagi. Walaupun perasaan berbelah bagi masih ada, namun akhirnya Bibik mengangguk tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan Naila.

*****

Faiqa melangkah keluar dari kereta milik papanya. Sehelai kertas kecil berwarna kuning dipandang sekali lagi untuk dipastikan alamat yang tertera di kertas tersebut adalah alamat yang benar. Pandangannya beralih pula pada sebuah rumah yang agak kecil berbanding di rumah yang dimiliki keluarganya. Faiqa melangkah masuk ke perkarangan rumah tersebut setelah dipastikan alamat yang tertulis di kertas tersebut adalah benar.

Max membaringkan tubuhnya di kerusi rehat. Seluruh tubuhnya yang sudah keletihan mula terasa lega apabila tenaga yang digunakan akhirnya dapat direhatkan semula. Kedua-dua matanya dipejam dengan harapan dia dapat melelapkan mata setelah hampir seharian dia tidak tidur.

“ Hai baby!” Suara lunak seorang perempuan membuatkan Max tersentak. Dia sangat mengenali pemilik suara tersebut. Matanya pantas diarah ke susuk tubuh seorang perempuan yang sudah pun tercegat di hadapan pintu. Havin menarik keluar cermin mata hitam yang dipakainya. Bibirnya mengukir senyum manja. Kakinya pantas di arah menapak menghampiri Max lalu dilabuhkan punggung di sisi Max,

“ U langsung tak bagi tahu I yang U balik hari ni. Sampai hati U!” Havin memukul manja bahu Max dengan wajahnya yang berpura-pura merajuk.

“ Macam mana U tahu yang I balik hari ni?” Wajah Max kelihatan serius walaupun perempuan yang dihadapannya kini adalah kekasihnya sendiri. Walaupun sudah hampir 2 tahun mereka bergelar kekasih, namun hatinya tidak sedikit pun berada pada Havin. Malah tiada seorang perempuan pun yang berjaya memiliki sepenuh hatinya.

“ Ala. U ni kan. Pura-pura tak tahu pula. Of course la Mickey yang bagi tahu. Cuma dia saja yang tahu bila U balik.” Havin menjawab sambil bermain dengan jari-jemari Max. Namun tangan Havin pantas ditolak kasar dari jari-jemarinya.

“ U balik la. I letih ni.” Kedua-dua matanya dipejamkan semula tanpa menghiraukan kehadiran Havin di sisinya. Mungkin dahulu dia benar-benar menyukai Havin tetapi bukan lagi sejak sikap Havin mula berubah menjadi perempuan liar.

“ U jangan la tidur. Temankan I pergi shopping ye baby.” Tubuh Max digoncang perlahan dengan suara yang penuh menggoda. Walaupun demikian, mata Max langsung tidak dibuka.

“ Baby! Jom la!” Tubuh Max masih lagi digoncang manja. Max membuka matanya perlahan-lahan. Pada masa yang sama juga, Max melangkah bangun dari pembaringannya. Wajah Havin dipandang tajam.

“ U keluar sekarang! I dah bagi tahu yang I letih. Kenapa U tak faham bahasa sangat ni??” Max menengking. wajah Havin mula berubah akibat perasaan terkejut yang langsung tidak diduga.

“ Habis tu kenapa dengan U pula? Sejak akhir-akhir ni, U layan I teruk sangat. Dah tak macam dulu. U dah berubah Max! I benci U!!”

“ I yang dah berubah atau U yang dah berubah? Tak guna cakap banyak dengan orang macam U ni. U keluar sekarang.” Sepantas itu juga, tangan Havin ditarik untuk keluar dari rumah Max.

“ Tak nak! I tak nak keluar! Mesti U dah ada perempuan lain kan!! Kalau tidak, U takkan layan I macam ni!” Max segera melepaskan tangan Havin dari terus mengheret gadis itu keluar.

“ U ingat I tak tahu yang U keluar dengan lelaki lain!! U ingat I tak tahu yang U selalu tukar-tukar pasangan!! Dengar sini Havin. U tu bukan warga Australia. U bukan beragama Kristian. U tu beragama Islam!! U tak sedar diri ke?” Sekali lagi Max menjerkah. Namun jerkahan dan kata-kata Max hanya dibalas dengan tawa.

“ Siapa peduli dengan semua tu? Semua tu tak penting!! Itu semua alasan!! I tahu U dah ada perempuan lain!!”

“ Nampak macam U suka sangat I ada perempuan lain. Ok, fine! U angggap saja I dah ada perempuan lain. Puas hati U??”

“ Jadi betul la U dah ada perempuan lain? Sampai hati U buat I macam ni!” Air mata Havin mula mengalir.

“ Mulai hari ni, I lepaskan U. Ikut suka hati U la lelaki mana yang U nak pilih. I dah tak peduli semua tu lagi.” Suara Max mula mengendur dan tidak lagi seperti tadi.

“ Apa? U lepaskan I? U lepaskan I macam tu saja? Mudah betul U lepaskan I.” Sekali lagi Havin menunjukkan riak wajah yang benar-benar terkejut.

“ Hello!” Faiqa mencelah walaupun tubuhnya kini sudah pun terpacak di hadapan pintu. Wajah Max yang terlindung di belakang Havin menyukarkan Faqa untuk mengenali lelaki itu. Pandangan Havin dan Max pantas beralih pada tuan empunya suara.

“ U ni siapa?” Havin menyoal kasar diikuti dengan jelingan anak mata pada wajah Faiqa.

“ Boleh saya berjumpa Max?”

“ Siapa U nak jumpa dia?” Sekali lagi Havin menyoal kasar.

“ Saya….”

“ Dia girlfriend I.” Max yang tiba-tiba memotong butir-butir kata yang bakal keluar dari bibir Faiqa membuatkan dua gadis di hadapannya terkejut besar. Faiqa pantas memandang tepat wajah Max. Max melangkah menghampiri Faiqa. Bahu Faiqa dipeluk.

“ Jadi, disebabkan perempuan ni la U nak break dengan I?” Havin masih menyoal walaupun air matanya masih laju mengalir.

“ Eh, saya bu….”

“ Ya. Sebab dia. Dia girlfriend I sekarang.” Max pantas memotong kata-kata Faiqa sebelum Faiqa membocorkan pembohongannya. Faiqa lantas memandang wajah Max dengan jelingan tajam. Namun jelingan Faiqa langsung tidak dipedulikan sebaliknya pandangan Max lebih tertumpu pada reaksi Havin.

“ Dasar perempuan tak guna!! Kenapa Max juga yang U nak rampas dari I??” Havin menjerkah ke arah Faiqa. Faiqa tersentak. Kenapa tiba-tiba pula dia dibawa masuk dalam permainan ini?

“ U dengar sini Max. I takkan biarkan U hidup bahagia dengan perempuan tak guna ni!! I akan pastikan U merasai kehilangan orang yang U sayang. Pada masa tu baru U tahu bagaimana perasaan I sekarang!”

“ Go ahead.” Tenang Max bersuara. Disebabkan perasaan marah yang melampau, Havin melangkah laju meninggalkan mereka berdua walaupun dia sempat menghadiahkan jelingan yang amat bermakna pada Faiqa.

“ Seronok sangat ke awak permainkan perasaan orang? Awak rasa itu akan buat awak bahagia ke?” Tiba-tiba Faiqa bersuara. Namun kepalanya langsung tidak diangkat menatap wajah Max. Max terkesima mendengar butir-butir kata yang lahir dari bibir Faiqa. Wajah Faiqa dipandang. Seraya itu juga Faiqa mengangkat kepala memandang wajah Max.

“ Kalau ya pun awak rasa seronok permainkan hati orang, awak tak patut libatkan saya dalam permainan awak ni. Dan pertama kali saya rasa menyesal tolong manusia yang tak berperikemanusiaan macam awak ni.”

“ Wait! Apa awak kata? Tak berperikemanusiaan? Awak tak layak nak adili diri saya.” Wajah Max kembali serius.

“ Awak pun tak layak nak libatkan saya dalam permainan kotor awak ni! Awak tahu. Ini kali pertama saya jumpa orang yang berhati busuk macam awak ni. Penuh tipu helah!”

“ Awak…”

“ Ambil balik dompet awak!” Dompet milik Max dilempar kasar pada tubuh Max walaupun dia masih belum sempat untuk bersuara lanjut. Tanpa menunggu kata-kata seterusnya dari Max, Faiqa lantas melangkah laju meninggalkan Max yang masih terpinga-pinga akibat tindakan Faiqa.

“ Tunggu!” Langkahan Faiqa pantas dihalang. Wajah Max dipandang tajam.

“ Yang awak marah saya sangat ni kenapa? Lagi satu, macam mana dompet saya boleh ada pada awak?”

“ Awak nak tahu?” Faiqa menyoal. Tetapi Max langsung tidak mengangguk mahupun menggeleng.

“ Pertama, awak libatkan saya dalam hal awak. Dan kedua, saya benci orang macam awak! Awak tanya saya macam mana dompet tu boleh ada pada saya? Awak rasa macam mana? Ah, orang macam awak ni mesti akan ingat saya curi dompet tu kan? So, ikut suka awak la awak nak fikir macam mana pun.” Seraya itu, Faiqa melangkah laju meninggalkan perkarangan rumah Max. Max tergelak sinis walaupun hatinya masih meninggalkan kesan disebabkan kata-kata Faiqa sebentar tadi. Dompet miliknya dipandang sekilas sebelum pandangan beralih pada pintu utama halaman rumahnya.

2 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

alaahaaii..
nk faiqa ngn faruq..

Tanpa Nama berkata...

cpat smbung..best la cte nie..tak sbar2 nk tggu..