3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Ahad, 25 Oktober 2009

3+1=18

“ I tell u what. Next week kamu akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Jadi saya harap kamu semua dah get ready.” Cikgu Hamidah bersuara. Satu demi satu pelajarnya dipandang. Masing-masing mendiamkan diri.

“ Naila. Saya harap kamu dapat kekalkan result kamu seperti sebelum ni.” Cikgu Hamidah memandang Naila. Naila hanya mengangguk sambil tersenyum. Peperiksaan kali ini tidak membuatkan dia tertekan kerana sejak dari awal lagi Naila sudah mengkhatam setiap subjek yang dipelajarinya.

“ Ok. Saya cuma mahu sampaikan itu saja pada kamu. So, try yang terbaik.” Selesai saja Cikgu Hamidah berkata-kata, dia terus melangkah keluar dari kelas.

“ Naila, masa exam nanti kau tak nak change idea dengan aku ke?” Faiqa memandang Naila. Dia tahu Naila merupakan pelajar terbaik dalam kelas. Malah Naila dan Nabil acap kali bersaing untuk merebut gelaran “King of the class(KC)”.

“ Sendiri buat ok. Mana main tukar-tukar idea. Tak pasal-pasal kau bagi kat aku idea yang tak boleh dipakai.” Naila membangkang saranan yang dikeluarkan Faiqa.

“ Apa kata kau bagi KC kat Nabil kali ni? Baru sekali je dia dapat KC.” Faiqa bersuara lagi.

“ Tengok la. Kalau dia dapat buat lebih baik dari aku. Secara sukarela aku bagi KC kat dia.” Naila membalas. Wajah Faiqa dipandang. Shazia sudah membuka buku Sejarah untuk membuat persediaan exam akan datang. Nabil di belakang masih seperti tadi. Kedua-dua tangannya disilang ke dada dan masih memerhatikan Naila dari belakang. Geramnya pada Naila masih belum hilang. Disebabkan Naila, kini timbul bekas lebam di dahinya.

“ Asal Nabil husya pelik kau dari tadi?” Faiqa memandang Nabil. Namun pandangan Nabil hanya tertumpu ke arah Naila.

“ Dia baru perasan yang aku lawa kot selama ni.” Naila ketawa dengan kata-katanya sendiri.

“Ceh! Perasan la kau!” Faiqa terus saja mengalih tubuhnya menghadap ke hadapan semula. Naila semakin galak ketawa apabila melihat reaksi Faiqa.

“ Jadi awak la pelajar terbaik kat kelas ni?” ketawa Naila terhenti apabila tiba-tiba Nazim bersuara.

“ No komen. Semua orang pelajar terbaik kat kelas ni.” Naila kurang bersetuju dengan pujian Nazim. Wajah Naila kembali serius.

“ Awak nak betting dengan saya?” Nazim membuka cadangan. Matanya memandang Naila. Saling bertentang mata.

“ Perlu ke saya setuju dengan cadangan awak? Dan satu lagi. Awak tak tahu ke betting tu haram dalam Islam?” Naila membantah bulat-bulat tanpa mendengar penjelasan Nazim terlebih dahulu.

“ Saya betting tu haram dalam Islam.” Nazim menjawab. Kata-katanya sengaja diberhentikan untuk melihat reaksi Naila.

“ Dah tu? Awak tetap nak betting juga?”

“ Dah tentu.”

“ Awak suka sangat ke tempah neraka?” Naila mula bengang dengan sikap degil Nazim.

“ Betting tu haram kalau bertaruh gunakan duit kan?” Nazim menyoal Naila. Naila mengangguk.

“ Ada saya kata saya nak gunakan duit ke?” Nazim menguji Naila lagi. Kali ini Naila terdiam. Nafasnya di tarik lalu dihembus perlahan-lahan.

“Ok. Kenapa saya perlu setuju dengan cadangan awak?”

“ Sebab awak ni mungkin pelajar terbaik. Jadi takkan awak takut nak betting dengan saya? Ataupun awak meniru?” Nazim membalas. Bukan alasan kukuh yang diberikan sebaliknya lebih menjurus untuk membuatkan Naila berasa tercabar.
“ What?” Naila meninggikan suara.

“ Awak kata saya takut dengan awak? Ok! Saya terima cabaran awak. So, kemukakan syarat betting tu sekarang!” Kata-kata Nazim membuatkan Naila berasa tercabar. Bukan kerana dia bangga digelar KC tetapi disebabkan tuduhan Nazim yang mengatakannya meniru.

“ Rebut gelaran KC.” Nazim bersuara pendek.

“ Awak tahu ke KC tu apa? Atau awak tahu sebut je.” Naila cuba untuk mengenakan Nazim.

“ King of the class.” Nazim menjawab. Sudah tentu dia tahu kerana sekolah lamanya juga mempunyai gelaran itu.

Naila terdiam. Hatinya benar-benar membara ketika ini. Walaupun pelbagai soalan dimindanya sekarang, dia masih tidak mahu bertanya lelaki di sebelahnya.
“ Hukuman?” Naila tidak memandang Nazim.

“ Kalau saya menang, awak kena ikut apa saja yang saya cakap. Dan begitu juga sebaliknya.” Nazim menjawab tenang.

“ Awak cakap sekarang hukumannya. Saya tak nak awak guna tipu helah.” Naila bertegas.

“ Kalau awak kalah, awak beritahu semua pelajar kelas ni yang saya lebih hebat dari awak.” Naila ketawa sinis mendengar kata-kata Nazim.

“ Ok. Just a small matter.” Naila bersetuju.

“ Awak bagi saya 5 minit untuk saya fikir hukuman awak.” Naila memandang ke arah lain. Dia mahu memikirkan hukuman yang lebih kejam dari itu. Nazim mencapai sebuah komik di bawah mejanya lalu dibaca.

3 minit berlalu. Namun masih belum ada sebarang idea di kepala Naila.

“ 2 minutes more.” Nazim melihat jam di tangannya.

“ Awak diam boleh tak! Saya tahu la.” Naila merengus. Naila masih lagi memikirkan hukuman yang harus diberikan pada Nazim.

“ Got it!” Naila memetik jari kanannya. Bibirnya mengukir senyum. Senyuman yang penuh dengan kekejaman.

“ Go ahead.” Nazim menutup komiknya. Matanya beralih pada Naila.

“ Kalau saya menang, awak jadi pengawal peribadi saya for 1 week and 24 hours. Deal?” Naila tersenyum sinis. Nazim terdiam sebentar. Seketika kemudian dia mengangguk.

“ Sediakan surat perjanjian masing-masing.” Naila mengingatkan. Nazim tidak menunjukkan sebarang reaksi. Komiknya yang ditutup sebentar tadi dibuka semula. Senyuman di bibir Naila masih tidak lekang. Manakala Nabil pula masih memandang Naila dari belakang walaupun dia tidak tahu apa yang dibincangkan Naila dan Nazim.


********

Semua pelajar berpusu-pusu melangkah keluar dari perkarangan sekolah apabila loceng untuk pulang ke rumah berbunyi. Naila mengalas begnya di bahu kanan.

“ Faiqa. Kau nak join ke tak nak?” Naila menyoal Faiqa. Kini hanya tinggal mereka berenam di dalam kelas. Masing-masing sudah membawa diri pulang ke rumah.

“ Aku join sekali.” Faiqa menjawab.

“ Kau Shaz?” Naila menyoal Shazia pula.

“ Aku pun sama.”

“ Kalau macam tu, korang pegi dewan muzik dulu.” Faruq mencelah…

“ Korang nak pegi mana?” Shazia memandang mereka bertiga seorang demi seorang.

“ Pegi beli something.” Faruq menjawab. Mereka bertiga seraya melangkah keluar dari kelas sebelum Naila sempat berkata apa-apa.

“ Jom la kita pegi dulu.” Naila melangkah keluar dari kelas sementara Faiqa dan Shazia mengikut dari belakang. Sampai di pertengahan jalan, langkahan Naila terhenti.
“ Alamak.” Naila mengeluh.

“ Kenapa?” Faiqa dan Shazia menyoal serentak.

“ Pensil box aku tertinggal dalam kelas pulak.” kedengaran Naila mengeluh sekali lagi.

“ Korang pegi la dulu. Kejap lagi aku sampai.” Naila berpatah balik ke kelas. Pintu kelas dibuka. Naila melangkah menuju ke mejanya. Pensil box miliknya dicapai.

Naila melangkah keluar dari kelas. Belum sempat Naila mahu menutup pintu, dua orang pelajar perempuan junior menghampirinya.

“ Kak Naila.” Salah seorang pelajar junior tersebut bersuara lembut. Naila tahu tujuan kedatangan mereka berjumpa dengannya.

“ Ya. Nak Kak Naila sampaikan surat kat Abang Nabil ke?” Naila meneka apabila melihat sepucuk surat di tangan pelajar tersebut.

Pelajar tersebut tersenyum. Kepalanya dianggukkan dua tiga kali.

“ Bak sini. Akak tolong kirimkan.” Naila meminta surat dari pegangan junior. Kini surat tersebut bertukar tangan.

“ Kak Naila. Minta Abang Nabil balas ye surat ni. Tolong ye Kak Naila.”

“ Akak tak jamin la ye. Adik pun tau perangai Abang Nabil tu kan?” Naila separuh memujuk. Dia tidak mahu peminat Nabil kali ini menaruh harapan yang tinggi.

Pelajar junior tersebut hanya mengangguk. Mereka berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih pada Naila.


********

Naila melangkah masuk ke Dewan Muzik. Dewan Muzik ini dikhaskan untuk mereka berenam. Luas dewan ini hampir sama dengan keluasan Dewan Mellinium. Dewan ini diisi dengan sebuah piano di sudut sebelah tepi. Setiap peralatan muzik juga boleh didapati di Dewan Muzik ini. Di bahagian belakang terdapat satu ruang yang disediakan untuk latihan menari.

Faiqa dan Shazia duduk di satu sudut yang dilengkapi satu set sofa. Naila tidak segera menuju ke arah mereka sebaliknya melabuhkan punggung di hadapan piano. Sepucuk surat yang di terimanya tadi diletakkan di sebelah.

Jejari piano dipetik. Sejak akhir-akhir ini, Naila lebih kerap berlatih piano berbanding violin kerana minatnya lebih cenderung ke arah piano. Muzik Flower Letter cuba dimainkan walaupun dia masih tidak begitu mahir.

Faiqa dan Shazia menghampiri Naila. Faiqa menyentuh bahu Naila.

“ Bila kau belajar main piano?” Faiqa melabuhkan punggung di sisi Naila.

“ Baru je. Kau tengok la. Muzik pun lari.” Naila menjawab. Jari-jemarinya masih lagi memetik piano.

“ Aku tak rasa macam tu pun. Merdu je aku dengar.” Shazia membantah dengan sikap rendah diri Naila. Naila memang mudah mempelajari sesuatu yang baru.

“ Aku pernah dengar muzik ni Nai. Tone yang kau mainkan sama dengan tone yang aku dengar.” Faiqa meluahkan pandangannya. Naila berhenti bermain. Dia tidak mahu dirinya terus dipuji sebegitu.

“ Diorang bertiga ni pegi mana sebenarnya?” Naila mengubah topik.

“ Actually diorang pergi makan dulu.” Faiqa menjawab.

“ Kau tak buka loker kau lagi ke Nai?” Shazia pula menyoal. Naila memandang Shazia disebelah kirinya.

“ Tak pun. Kenapa? Korang dah buka loker korang?” Naila menyoal Shazia kembali. Shazia sekadar mengangguk.

“ Dan lepas tu?”

“ Tak ada surat pun hari ni.” Faiqa mencelah. Wajahnya kelihatan seperti kecewa.

“ Bagus la kalau macam tu. Tak payah la baca surat hari ni.” Naila tersenyum. Jari-jemarinya kembali memetik piano.

“ Tapi untuk kau ada. Aku dah tengok dalam loker kau.” Faiqa bersuara. Serta merta petikan piano terhenti. Naila memandang Faiqa.

“ La. Kenapa diorang bagi kat aku!” Naila mengeluh.

“ Ni yang aku malas nak baca ni.” Naila berusara lagi.

“ Nai.” Shazia memanggil. Naila mengalih pandangannya ke sebelah kirinya.

“ Surat sapa ni?” Shazia membelek-belek surat yang baru di terima Naila sebentar tadi.

“ Surat untuk Nabil. Ada budak junior yang minta aku tolong kirimkan.” Naila memberi penerangan. Shazia sekadar mengangguk.

“ Asal kau terima surat tu Nai? Kau pun tahu kan yang Nabil tak suka kau jadi perantaraan.” Faiqa mencelah. Tindakan Naila memang tidak disetujuinya.

“ Aku tahu. Tapi aku tak sanggup tengok budak junior tu frust. Kesian la kat diorang.”

“ Kau kesian kat diorang Nai. Tapi diorang langsung tak kesian kat kau.” Shazia pula mencelah.

“ Kau pun tahu kan Nai. Setiap kali kau jadi pengirim surat diorang, setiap kali tu la kau dengan Nabil bertengkar. Kau nak jadi macam tu lagi ke?” Faiqa bersuara tegas.

“ Aku tak kisah semua tu. Asalkan budak junior kita tak kecewa dengan Nabil.” Faiqa dan Shazia terdiam. Mereka tahu mereka tidak mampu untuk memujuk Naila apatah lagi menasihati. Sekarang ini semuanya terpulang pada Naila.

1 ulasan:

Cinta muka buku berkata...

salam..mintak maaf ats ap y akn sy perkatakan...sy suka cter awk..sy da bc dr awal ...tp ble smpai tajuk ke 18,sy ad terbaca,y naila ckp "betting tu haram'..ye,btol..skurang2nye,writer da amalkan konsep seorg muslim..tp npe x amalkan utk kesuluruhan citer..mksud sy,dlm cter ni..npe naila da dipeluk dgn nabil,far,khai??..sedangkan,diorg bkn mahram pn...cik kne tahu,stiap pembaca akan ada imaginasi msg2...dan cik sbgai penulis,harus wt citer y ad isi tersurat ,tersirat,pengajaran,pedoman..wlpn kawan lama,tp x semestinya bleh pgg2..matlamat x menghalalkan cara..pd mulanya sy anggap.awk cter sal org korea.just nama je ditukar..tp ble smpai part 18,ad perkataan "haram"mknanya,watak melayu lah kan,just gmbar je tuh..sy hanya lontarkan pendapat..harap maaf..tp citer awak "berseni"..thumbs up utk citer,bkn utk hukum...pk2 kan dn selamat beramal..