3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 3 September 2010

3+1=51

Naila melangkah masuk ke bilik. Tubuhnya disandarkan di pintu bilik. Perlahan-lahan dia terduduk di situ. Di situ juga dia menghamburkan tangisan. Dalam keadaan air mata yang masih belum kering, dia bangun. Bagasinya yang diletakkan di atas almari dicapai. Segala barang-barangnya dimasukkan ke dalam beg tersebut. Tangannya terhenti. Air mata mengalir lagi. Kali ini semakin lebat.

“ Kenapa?” Dalam tangisan dia merintih.

Nabil menahan marah. Punggungnya dilabuhkan di birai katil. Belum sempat dia merebahkan tubuhnya di situ. pintu bilik dibuka oleh seseorang dari luar. Nabil mengalihkan pandangan ke arah pintu. Pada saat pintu bilik tersebut ditutup, Nabil melangkah laju menghampiri Nazim. Satu tumbukan melayang di wajah lelaki itu. Dalam sekelip mata sahaja, Nazim tersungkur di lantai. Tumbukan dari Nabil langsung tidak dibalas. Darah yang mengalir di hujung bibir dikesat menggunakan belakang tangannya.

Kolar baju Nazim ditarik naik. Tubuh lelaki itu ditolak kasar ke dinding. Wajah lelaki itu dipandang tepat bersama panahan mata. Nafasnya kedengaran berombak menahan marah. Nazim tidak bersuara, Tindakan Nabil pada dirinya hanya dibiarkan.

“ Kenapa kau buat Naila macam tu?!!” Nabil menengking. Nazim tersengih. Tetapi bukan sengihan yang ikhlas dari hati. Melainkan sengihan yang sengaja untuk membuatkan kemarahan lelaki di hadapannya semakin melonjak naik.

“ Kau peduli apa? Tak ada kena mengena dengan kau!!” Tengkingan dibalas dengan tengkingan. Dalam masa yang singkat sahaja, satu lagi tumbukan hinggap di muka Nazim. Lelaki itu tersungkur buat kali kedua.

“ Aku sangka, bila aku serahkan Naila pada kau, kau mampu bahagiakan dia. Tapi, apa yang kau buat sekarang!!! Mana janji yang kau ungkapkan pada dia dulu!!” Nabil membentak.

“ Aku tak pernah janjikan apa-apa pada dia! Dan kalau kau nak dia sangat, kau ambillah!!!” Nabil semakin berang. Nazim yang masih terbaring di lantai diterkamnya. Satu demi satu tumbukan dilepaskan pada wajah lelaki itu. Hatinya semakin membara. Tetapi, tumbukan yang hinggap di wajah tidak pernah dibalas kembali. Nabil berhenti. Nafasnya kedengaran tercungap-cungap. Mata Nazim dipandang tajam.

“ Kau dengar sini baik-baik!! Kalau kau berani jumpa Naila lagi, jangan harap aku akan biarkan kau hidup!!!!” Suaranya berbaur amaran. Nabil bangun. Kakinya melangkah keluar dari bilik. Tujuannya hanya satu. Bilik Naila. Naila harus dihantarnya pulang pada hari ini juga. Jika keadaan ini berterusan, semakin parah luka di hati gadis itu.

Nazim ketawa. Ketawa dan ketawa. Namun, akhirnya tawa yang dibuat-buat bertukar menjadi tangisan. Dia meraung sekuat hati. Tubuhnya disandarkan pada pintu bilik. Kepalanya dipegang. Sekali lagi dia menjerit. Pada kali ini, tangisannya semakin menjadi-jadi. Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya.

“ Maafkan aku, Naila.” Dalam tangisan. dia bersuara.

*****

Naila melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Suasana malam yang mengindahkan sedikit pun tidak menarik minatnya. Jiwa dan fikirannya berkecamuk. Kepalanya yang ditoleh ke arah kanan menyukarkan Nabil untuk melihat air mata yang mengalir di pipinya kini. Masing-masing hanya berdiam diri. Nabil menoleh ke arah Naila. Nafasnya dihela bersama perasaan yang semakin memberat. Dia tahu, pada masa ini, berdiam diri adalah penyelesaian yang terbaik.

“ Naila.” Nabil menegur. Kereta yang dinaiki mereka sudah pun berhenti di hadapan rumahnya.

“ Kita dah sampai, Nai.” Nabil bersuara lagi apabila teguran pertamanya tidak berbalas. Naila tidak menjawab. Pintu kereta dibuka. Dia melangkah keluar dari kereta. Nabil turut mengatur langkah di sisi gadis itu. Bagasi di tangan gadis itu diambil.

Nazim mengatur langkah. Nazira yang mengikuti tadi diminta pulang terlebih dahulu. Atas desakannya, gadis itu terpaksa beralah. Petir dan guruh yang saling sabung-menyabung langsung tidak dipedulikan. Hujan yang sudah mula turun renyai-renyai seolah-olah menemaninya menghadapi kekecewaan. Dia berjalan dan terus berjalan tanpa arah tujuan. Langkahnya tiba-tiba sahaja berhenti. Matanya hanya terarah pada satu arah. Di hadapannya terbentang pantai yang luas. Pantai yang pernah memberi kenangan pada dirinya dan Naila.

Sekali lagi air matanya mengalir. Pada masa yang sama, hujan yang menuruni bertambah lebat. Seolah-olah turut menangisinya. Kenangan antara dirinya dan Naila muncul di ruangan mata. Menayangkan skrin kenangan di hadapannya. Pada saat dia mula mengenali gadis itu. Di hospital menjadi tempat pertengkaran antara mereka. Kerana sebuah gelas yang pecah, mereka saling mengenali. Disebabkan pertaruhan yang dibuat antara mereka, dia mula mengenal lebih dalam hati budi gadis itu.

Seorang yang tidak tahu berpura-pura. Panas baran terutama apabila berhadapan dengan dirinya. Berkali-kali kakinya menjadi tempat melepaskan geram gadis itu. Nazim tersenyum. Kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakannya. Dia beredar dari situ. Meneruskan langkahnya tanpa arah tujuan. Tubuhnya yang basah sepenuhnya langsung tidak dipedulikan. Pandangannya mula berpinar. Walaupun begitu, langkahnya tetap diteruskan. Pandangannya serta merta bertukar gelap. Akhirnya dia rebah bersama hujan yang menemani.

*****

Seminggu berlalu…

Nazira mengalirkan air mata. Keadaan Nazim pada saat ini benar-benar membuatkan hatinya terluka. Hatinya pedih menahan kesakitan yang semakin menjalar di sudut hati. Wajah sepupunya yang semakin pucat ditatap lama. Kenyataan yang diberitahu oleh abang Nazim sendiri semakin menusuk hati. Pembedahan yang pernah dijalankan oleh sepupunya itu tidak mampu memberi sebarang harapan untuk meneruskan hidup.

“ Zim.” Nazira menegur. Perlahan-lahan Nazim mengalihkan pandangannya pada Nazira. Wajah gadis itu ditatapnya.

“ Kau nak aku panggilkan Naila ke sini?” Soalan dari Nazira dibalas dengan gelengan.

“ Jangan biar Naila tahu keadaan aku macam ni, Naz. Biarpun sampai aku mati. Jangan biar dia tahu.” Lemah lelaki itu bersuara. Nazira mengalirkan air mata lagi.

“ Aku balik dulu, Zim.” Nazira bangun dari kerusi di tepi katil. Tubuhnya membelakangi Nazim.

“ Ingat Naz.” Langkah Nazira terhenti. Tetapi tubuhnya tidak dipaling ke arah Nazim.

“ Jangan biar Naila tahu.” Nazim menyambung kata-katanya.

Nazira melangkah pergi. Air matanya semakin deras mengalir. Dadanya terasa sesak. Jiwanya seakan-akan meronta-ronta. Dia tahu. Walau apapun yang terjadi, dia harus menepati janji yang telah dia buat. Kakinya terus melangkah pergi. Baru saja beberapa meter dari wad yang diduduki Nazim. langkahnya tiba-tiba sahaja kaku. Beberapa orang doktor dan jururawat bergegas ke arah yang sama laluan dengan wad yang diduduki Nazim. Nazira terpana. Jantungnya berdegup kencang. Dia menoleh. Setapak demi setapak dia melangkah semula ke wad Nazim. Matanya membesar. Jantungnya seolah-olah diragut pada masa ini.

Nazim dikelilingi beberapa orang doktor dan jururawat. Alat pernafasan yang membantu lelaki itu untuk bernafas ditanggalkan. Satu alat yang berbentuk seperti seterika ditekapkan pada dada Nazim. Dalam masa beberapa saat saja, tubuh lelaki itu seperti dalam renjatan elektrik. Mesin hayat yang berada di sisi katil Nazim dipandang. Nazira hanya melihat. Lututnya semakin lemah. Proses menyelamatkan Nazim dilakukan berkali-kali. Keadaan Nazim tidak menunjukkan sebarang perubahan. Gelengan dari beberapa orang doktor dan tubuh Nazim yang ditutupi kain putih membuatkan Nazira terduduk. Air matanya mengalir deras.

*****

Gelas di tangannya terlepas. Kaca-kaca bertaburan di merata-rata tempat. Naila terpaku. Hatinya sakit secara tiba-tiba. Sesuatu yang kurang menyenangkan muncul di sudut hatinya. Namun dia tidak mampu mentafsirkan apa yang berlaku pada saat ini. Naila terduduk di lantai. Angin dingin yang memasuki dari ruang tingkap menyejukkan seluruh tubuhnya. Nazim berdiri di belakang Naila. Namun, kemuculannya di situ tidak mungkin dapat dilihat oleh pandangan kasar. Malah, peralatan moden juga tidak mampu menembusi alamnya, Naila menundukkan wajahnya. Setitik demi setitik air matanya jatuh ke lantai. Nazim melangkah setapak dua ke hadapan. Dia berlutut di belakang Naila. Naila dipeluk perlahan dari belakang.

“ Jangan menangis, Naila.” Nazim bersuara. Namun, apa yang dikatakannya hanya seperti bermonolog sendiri. Naila mengalihkan kepalanya ke belakang. Nazim hilang. Lenyap begitu saja.

*****

Seminggu berlalu…

Nazira menyandarkan tubuhnya di katil. Telefon bimbit di tangannya dipegang erat. Setelah keputusan yang diambilnya difikir masak-masak. akhirnya punat telefon dail ditekan. Panggilannya bersahut. Nazira bercakap sesuatu. Sesuatu yang benar-benar penting buatnya.

Naila melangkah perlahan menghampiri kafe yang diberitahu Nazira sebentar tadi. Kelibat gadis itu sudah pun dilihatnya. Dia berjalan menghampiri Nazira. Punggungnya dilabuhkan di hadapan gadis itu.

“ Apa hal kau nak jumpa aku?” Dari nada suara Naila jelas kedengaran gadis itu kurang menyenangi pertemuan yang diadakan pada hari ini.

“ Kau masih marahkan Nazim?” Nazira menyoal. Naila merengus.

“ Kau jangan sebut nama dia depan aku. Aku benci dengar nama dia.” Tegas Naila bersuara. Nazira mengeluh. Air matanya mula bertakung.

“ Apa yang kau sangka pasal dia, semuanya salah faham, Nai.”

“ Aku tak nak dengar apa-apa pasal dia. Kalau kau minta aku datang disebabkan dia, aku minta diri dulu.” Naila bangun.

“ Nazim dah tak ada, Nai!!” Langkah Naila serta merta terhenti. Pandangannya beralih tepat pada wajah Nazira. Gadis itu menundukkan wajah. Air matanya mengalir.

“ Kanser otak.” Dua patah yang keluar dari bibir Nazira mampu untuk membuatkan Naila terduduk.

“ Kau jangan main-main dengan aku, Naz!” Nazira terdiam buat seketika.

“ Kau cuma salah faham dengan dia, Nai. Apa yang dia buat, semuanya untuk kebaikan kau.” Nazira berterus terang.

“ Apa maksud kau?” Naila semakin keliru. Air matanya mula bertakung. Dia benar-benar mengharap ketiadaan Nazim hanya satu gurauan.

“ Hubungan aku dengan dia tak lebih dari sepupu, Nai. Apa yang kau tengok tempoh hari, cuma lakonan. Lakonan yang dia buat supaya kau bencikan dia.” Naila terdiam seketika.

“ Kenapa? Kenapa dia buat macam tu, Naz?” Naila seakan-akan tidak mampu mengawal emosi.

“ Dia tak mahu susahkan kau. Dia tahu hidup dia tak lama. Sebab tu, dia minta aku tolong dia buat semua tu.” Kata-kata yang diakhiri Nazira membuatkan air mata Naila deras mengalir. Tubuhnya serta-merta lemah.

“ Kenapa kau tak bagi tahu aku, Naz?!!”

“ Aku minta maaf, Nai. Aku terikat dengan janji.” Naila menekupkan wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya. Air mata yang laju mengalir bertambah laju membasahi pipinya.

*****

Batu nisan Nazim dipandang lama. Di situ dia menghamburkan segala tangisannya. Air mata yang selama ini ditahan mencurah-curah. Kepalanya dipangku di tanah yang masih merah. Penyesalan memenuhi ruang hati. Dia tidak pernah menyangka apa yang dilakukan Nazim hanya demi kebaikannya semata-mata. Tanah yang masih merah itu diramas-ramas. Matanya tepat memandang batu nisan yang terpahat rapi.

“ Bodoh. Kenapa awak buat macam tu? Bukan itu yang saya mahukan, Zim. Kenapa awak tak biarkan saya berada di sisi awak, waktu awak perlukan saya?” Naila merintih.

“ Apa yang yang awak buat ni, lebih menyakitkan hati saya. Saya rindukan awak, Zim. Awak baliklah.” Suaranya kedengaran separuh merayu. Dia tahu. Nazim tidak mungkin kembali. Sehingga kini, dia mampu berharap, segalanya hanya mimpi.

“ Kenapa awak tinggalkan saya dulu? Kenapa, Zim? Awak pernah kata yang awak takkan tinggalkan saya. Tapi kenapa awak mungkiri janji awak? Awak tipu saya. Awak tipu saya, Zim!”

1 ulasan:

IzzatiNajwa berkata...

sedeyhnye..
nanges aku..huhuhuu...