3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 15 Oktober 2010

cinta sunbae 18

Isya kelihatan keletihan. Begitu juga Hakimi. Mereka terpaksa melayan karenah keluarga masing-masing. Disebabkan ahli keluarga Isya masih berada di rumah milik Hakimi. mereka terpaksa bermalam dalam satu bilik yang sama supaya tidak timbul syak wasangka dalam hati ahli keluarga Isya. Akram, Aiman, Iman dan Puan Samia masih berada di situ. Hanya Iman dan Puan Samia sahaja yang akan menumpang tidur selama semalam sebelum mereka berangkat pulang ke rumah.

Isya melangkah keluar dari rumah. Buaian yang terhias indah di hadapan rumah didekati. Aiman sedang melabuhkan punggung di situ. Isya ikut melabuhkan punggung di sisi Aiman. Sejurus itu, Aiman mengalihkan pandangan pada adik kesayangannya. Isya hanya tersenyum.

“ Adik okay ke?” Aiman kelihatan bimbang.

“ Kalau tak okay, apa yang boleh kita buat, Abang Am?” Soalan dibalas soalan. Aiman terdiam. Isya mengukir senyuman lagi. Aiman dipandang sekilas.

“ Tak apa. Adik bukannya kecil lagi. Adik tahu apa yang patut adik buat.” Isya cuba untuk menyakinkan Aiman walaupun dia sendiri tahu rumahtangganya tidak akan berkekalan lama.

“ Adik kena ingat. Adik dah jadi isteri orang sekarang. Perasaan cinta tu hanya untuk suami. Jadi, lupakan dia.” Kata-kata Aiman membuatkan Isya tersenyum kelat. Sukar untuk dia melupakan seorang lelaki yang menjadi cinta pertama seumur hidupnya.

“ Jangan risau pasal tu, Abang Am. Suatu hari adik akan lupakan dia juga. Cuma adik sendiri tak dapat pastikan bila masa tu akan tiba.” Aiman melepaskan keluhan. Dia amat mengenali Isya. Dia tahu bukan mudah untuk Isya melupakan kekasih pertamanya.

*****

Aiman dan Akram sudah pun pulang ke rumah. Kini hanya tinggal Iman dan Puan Samia. Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.23 minit pagi. Puan Samia dan Iman sudah pun terlelap di bilik tetamu. Hanya Isya dan Hakimi yang masih belum dapat melelapkan mata.

“ Kau tidur bawah.” Arahan Hakimi pada Isya benar-benar membuatkan gadis itu bengang. Inilah lelaki pertama yang benar-benar tidak bertimbang rasa terhadap perempuan.

“ Apa? Aku tidur atas lantai? Kau lelaki. Kau lebih layak tidur bawah.” Isya membantah keras. Hakimi tersenyum sinis. Dia sudah pun berbaring dengan selesa di atas katil. Sebaliknya, Isya masih berdiri tegak di tepi katil.

“ Aku lebih layak? Yaa.. Ini rumah aku. So, suka hati akulah aku nak tidur atas lantai ke, atas katil ke. Sekarang aku nak tidur atas katil. Jadi, kau faham-faham sajalah. Takkan kau nak tidur sekatil dengan aku? Nak ke?” Hakimi mengangkat kening. Cuba untuk mempermainkan gadis itu. Isya memejamkan matanya sekejap. Bibirnya diketap penuh geram. Tanpa membalas kata-kata Hakimi, dia menghamparkan satu tilam di atas lantai. Di situ, dia merebahkan diri.

Hakimi sedikit hairan. Biasanya gadis itu sentiasa membangkang dan melawan setiap kata-katanya. Tetapi pada saat itu, sebaliknya yang terjadi. Isya hanya membisu. Hakimi memandang syiling. Isya pula sudah berbaring di atas lantai dengan matanya yang tertutup. Dia cuba untuk tidur, namun matanya masih belum menunjukkan tanda-tanda bahawa dia akan terlelap.

“ Dah tidur ke?” Hakimi bersuara.

“ Belum. Kenapa?” Isya membalas.

“ Kau ada masalah ke?” Hakimi meluahkan kehairanannya. Isya hanya membisu. Soalan Hakimi tidak dijawab.

“ Nak share dengan aku?” Hakimi membuat tawaran.

“ Aku tahu. Kau pun ada masalah jugak kan?” Giliran Isya bertanyakan soalan yang sama.

“ Masalah? Problem apa?” Hakimi mengerutkan dahi. Isya yang berbaring di bawah dipandang sekilas.

“ Masalah mental.” Selamba Isya mengungkapkan kata-kata itu. Wajah Hakimi mula berubah.

“ Apa kau cakap? Masalah mental? Kau jangan melampau!” Hakimi terpaksa menahan suaranya daripada didengari ibu mertua dan kakak iparnya.

“ Asal kau tiba-tiba baik dengan aku? Aku tak biasa.” Kemarahan Hakimi semakin mereda.

“ Aku tak rasa kita patut terus bermusuh. Mungkin ini masanya untuk kita berbaik?” Hakimi memberi cadangan.

“ Aku tak rasa aku boleh berbaik dengan kau. Jangan mimpilah.” Hakimi mencebik dengan kata-kata Isya.

Okay, fine. Kau teruskanlah dengan sikap buruk kau tu.” Hakimi mengalihkan tubuhnya ke arah kanan. Dia kini sedang menghadap almari pakaian. Masing-masing membisu buat seketika.

“ Kau nak tahu tak? Aku.. tak pernah terfikir akan kahwin dengan usia semuda macam ni. Aku.. tak pernah jangka lelaki yang bakal jadi suami aku nanti seorang artis. Bukan hidup macam ni yang aku idamkan.” Isya menyuarakan apa yang dirasanya kini. Hakimi terdiam. Seperti yang dikatakan Isya, dia turut merasai perasaan yang sama.

“ Kau menyesal?” Hakimi bertanya. Namun, soalannya tidak berbalas. Hakimi bangun dari katil.

“ Kenapa kau..” Dia terdiam. Isya sudah pun terlena. Dia melangkah menghampiri Isya. Wajah Isya yang sedang tidur dipandang sekejap.

“ Aku pun tak nak perkahwinan macam ni.” Sejurus dia menghabiskan kata-katanya, tubuh Isya didukungnya. Isya diletakkan di atas katil. Tubuh ‘isterinya’ diselimuti. Hakimi berbaring di atas tilam yang dihamparkan oleh Isya. Keluhan berat dilepaskan.

*****

Isya menarik bagasi miliknya dengan rasa malas. Dia benar-benar tidak mahu menjejakkan kaki ke Singapura hanya semata-mata untuk berbulan madu dengan musuhnya sendiri. Hakimi kelihatan resah. Penutup muka yang dipakainya ditarik sehingga ke atas hidung. Dia melangkah dengan perlahan. Perasaan khuatir semakin membuatkan dirinya cemas. Dia khuatir sekiranya pemergiannya ke Singapura dengan Isya akan diketahui oleh pihak media. Andai itu berlaku, sudah pasti kerjayanya hancur. Pasti anggapan yang tidak baik akan dilabelkan pada dirinya.

“ Kau ni kenapa? Dengan muka tutup macam tu, takkan ada orang yang cam kaulah.” Isya menegur. Gelagat Hakimi hanya dipandang.

“ Kau diamlah. Kau bukannya tahu apa-apa.” Hakimi menempelak. Isya mencebik. Menyampah benar dia dengan sikap lelaki itu. Berlagak pandai tidak bertempat.

“ Jalan laju sikit boleh tak?” Isya mula berang.

“ Aku jalan lajulah ni. Kau tak nampak ke?” Hakimi melawan.

“ Jalan laju apanya macam tu? Terkedek-kedek. Macam penyangak pun ada.” Petah Isya menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

“ Haishh!! Kau ni bising, tahu tak!” Hakimi mula bengang. Dia mengatur langkah dengan laju. Meninggalkan Isya di belakang. Terkoncoh-koncoh Isya mengejar Hakimi dari belakang. Tiba-tiba langkah Hakimi terhenti. Isya yang melangkah laju dari belakang, tidak mampu untuk berhenti secara tiba-tiba. Akibatnya dia terlanggar Hakimi dari belakang. Isya merungut. Dahinya diurut-urut.

“ Apa masalah kau ni?” Isya geram. Tetapi, Hakimi langsung tidak melawan kata-kata gadis itu. Dia terpana. Terpana melihat seorang perempuan. Seorang perempuan yang sangat dia kenali. Cinta pertama sebelum dia bergelar sebagai artis. Namun, disebabkan dia masih belum cukup popular pada masa tersebut, dia ditinggalkan tanpa alasan yang cukup kukuh. Tetapi, hatinya masih belum mampu untuk melupai Putri Nur Hana, cinta pertamanya. Fikirannya masih belum kuat untuk melontar segala kenangan mereka jauh-jauh.

Isya hairan. Perempuan yang dipandang Hakimi turut dipandangnya. Cukup menawan di mata lelaki. Apa yang dia boleh anggarkan, ketinggian gadis itu lebih kurang 169cm. Beratnya mungkin tidak lebih daripada 48 kg. Rambutnya yang panjang mengurai pasti akan membuatkan semua lelaki terpegun memandangnya. Lenggok jalannya tidak ubah seperti seorang model.

“ Kita cancel pergi Singapura. Kau balik rumah dulu. Aku ada hal nak buat.” Tanpa menunggu persetujuan dari ‘isterinya’, dia melangkah pergi. Ada sesuatu yang perlu dilakukannya. Isya terkejut.

“ Yaa! Yaaa!!” Isya menjerit. Geram benar dia dengan sikap biadab lelaki itu. Dengan perasaan marah, dia melangkah keluar dari lapangan terbang. Poket seluarnya diseluk. Kosong. Tiada satu sen pun wang di dalam poketnya. Isya mengetap bibir geram. Kaki kanannya dihentak kuat.

“ Takkan aku kena jalan kaki?” Di mata Isya sudah terbayang berapa jauh jarak antara rumah Hakimi dari lapangan terbang. Dia mengeluh berat.

*****

“ Hana.” Hakimi menegur dari belakang. Serta-merta langkahan Putri Nur Hana terhenti. Tubuhnya dikalih ke belakang. Dia benar-benar terkejut.

“ Kim.” Terpantul nama lelaki itu dari bibirnya. Lelaki yang pernah dia tinggalkan hanya disebabkan pada masa itu Hakimi masih tidak popular di kalangan artis yang lain. Bukan itu sahaja penyebab dia meninggalkan lelaki itu. Salah satunya, dia sendiri bermain kayu tiga. Bukan Hakimi sahaja yang menjadi teman lelakinya, sebaliknya masih ada dua orang lelaki yang turut bergelar sebagai teman lelakinya. Sebelum apa yang dia telah lakukan diketahui oleh lelaki itu, jadi dia mengambil keputusan untuk melepaskan Hakimi dari hidupnya.

“ Boleh kita borak kejap?” Hakimi bersuara. Hana sekadar mengangguk. Setahunya, kini Hakimi sudah bergelar sebagai artis popular di seluruh Asia. Sekiranya Hakimi masih mencintainya, peluang untuk mendapatkan Hakimi semula tidak patut dilepaskan. Itu yang bermain di fikiran Hana kini.

*****

Khairul memperlahankan keretanya. Gadis yang sedang berjalan diperhati dari belakang. Gadis itu seperti dikenalinya. Khairul tersenyum. Hon kereta dibunyikan dua kali. Isya mengalih kepalanya ke sebelah kiri. Kereta yang mengikutinya dari sebelah tepi dipandang. Beberapa saat kemudian, dia tersenyum. Tingkap kereta dibuka.

“ Masuklah.” Khairul mempelawa.

“ Tak. Tak apalah.” Isya cuba menolak. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu.

“ Awak tak risau saya terasa hati ke dengan tolakan awak?” Isya terpaksa akur. Dia melangkah masuk ke dalam kereta. Khairul tersenyum senang.

“ Awak sibuk ke?” Isya memandang Khairul. Khairul menumpukan perhatian pada pemanduannya. Tetapi sesekali, Isya dipandang.

“ Tak. Saya baru saja selesaikan semua kerja saya. Kenapa?” Soalan dibalas soalan.

“ Boleh awak temankan saya sepanjang hari ni?” Permintaan Isya mendatangkan kehairanan buat Khairul. Isya dipandang sekilas.

“ Bukan awak nak balik rumah ke?”

“ Tak. Awak jangan hantar saya balik rumah. Hari ni saya tak nak balik rumah.” Isya memprotes. Geram benar dia dengan kelakuan Hakimi sebentar tadi.

“ Apa dah jadi? Sepatutnya awak dengan Kim pergi Singapura hari ni.” Khairul ingin tahu. Tetapi, pertanyaan lelaki itu langsung tidak dibalas Isya. Kereta milik Khairul meluncur laju di lebuh raya.

*****

“ Bila awak balik sini?” Hana bertanya. Bibirnya tidak pernah lekang dengan senyuman. Niatnya hanya satu. Ingin memikat Hakimi semula.

“ Baru saja. Lebih kurang sebulan macam tu. Awak.. macam mana sekarang?” Hana dipandang tepat. Masih ada perasaan cinta buat gadis itu.

“ Saya? Hmm.. bagus. Macam mana yang awak tengok saya sekarang, macam nilah.” Hana terus tersenyum. Hakimi hanya mengangguk. Dia hilang kata-kata ketika bersama gadis di hadapannya. Hana terpandang akan sesuatu. Riak wajahnya berubah.

“ Cincin tu…” Hakimi memandang cincin pada tangannya.

“ Aaa.. Cincin ni. Peminat saya yang bagi.” Hakimi berbohong. Dia benar-benar tidak mahu perkahwinannya dikeahui oleh sesiapa apatah lagi perempuan yang dia masih sayang.

0 ulasan: