3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 15 Oktober 2010

cinta sunbae 20

Isya memandang Hakimi. Pandangan yang mempunyai maksud tersirat. Makanan di hadapannya tidak disentuh. Hakimi yang duduk di hadapan Isya sedang leka dengan makanan di hadapannya. Dia berasa selesa mengisi perut di situ kerana restoran yang dipilihnya bukan sebarang restoran. Restoran yang hanya dikhaskan untuk melayan pelanggan khas. Hakimi mengangkat wajahnya. Matanya dan mata Isya bertaut.

“ Kenapa asyik tengok aku? Dah jatuh hati dengan aku?” Hakimi meneruskan jamahannya. Sesekali dia memandang pada Isya.

“ Kau ingat lagi pasal hal yang aku tersilap masuk…”

“ Aa.. Yang kau masuk tandas lelaki tu?” Sejurus Hakimi memotong kata-kata Isya, semua mata memandang ke arah mereka.

“ Haisshh!! Perlahan sikit suara kau tu, tak boleh ke?” Isya mengetap bibir. Wajahnya berubah merah disebabkan malu dengan pandangan orang ramai. Hakimi tersenyum. Dia gembira kerana dapat memalukan gadis di hadapannya.

“ Aku nak minta maaf pasal hal tu.” Lambat-lambat Isya bersuara. Walaupun dia kurang menyukai sikap Hakimi, tetapi kejadian yang telah berlaku adalah kesalahannya sendiri.

“ Semuanya sebab kau. Kalau bukan kes kau masuk tandas lelaki tu, semua ni takkan jadi. Aku takkan kena tangkap dengan ayah aku, takkan dapat tahu pasal perjanjian diorang. Sebab kaulah ni.” Hakimi berterus-terang. Isya mengetap bibir. Kemarahan yang mula lahir dari dalam hatinya sedaya upaya dikawal.

“ Pernah ada orang bagi tahu kau yang kau ni menyampah?” Soalan yang keluar dari bibir Isya membuatkan jamahan Hakimi serta-merta mati.

“ Apa?” Wajah Hakimi berubah.

“ Kalau tak pernah, aku nak bagi tahu. Kau ni memang menyampah. Orang paling menyampah dalam hidup aku, kaulah.” Isya melepaskan perasaan geram bersama suara yang diperlahankan.

“ Yaa!! Kau nak cari gaduh dengan aku ke? Tak boleh ke cari waktu lain? Waktu makan juga yang kau pilih.” Hakimi mula geram.

“ Tak. Aku tak nak cari gaduh dengan kau. Macam yang kau buat, aku cuma berterus-terang. Salah?” Isya mengangkat kening. Hakimi memaksa bibirnya mengukir senyuman.

“ Lebih baik kau makan dan tutup mulut kau.” Hakimi membalas. Isya menarik nafas dalam-dalam. Dia bangun dari tempat duduknya. Hakimi kelihatan agak terkejut.

“ Kau makanlah. Aku tak ada selera makan dengan kau.” Belum sempat Hakimi menjawab, Isya terlebih dahulu melangkah meninggalkannya yang masih terpegun. Hakimi bangun. Dia melangkah mengekori Isya dari belakang. Gadis itu sudah pun keluar dari restoran yang menjadi pilihan Hakimi untuk menjamu selera. Hakimi menarik kasar tangan kanan Isya. Akibat dari tarikan itu, tubuh Isya terdorong ke belakang.

“ Kau ni kenapa, ha?? Apa yang tak kena dengan kau?? Semua yang aku cakap, semuanya kau bantah. Ada saja yang kau tak puas hati dengan aku. Kenapa?!” Hakimi menjerkah. Isya menarik kasar tangannya dari genggaman Hakimi. Wajah lelaki itu dipandang tepat dan penuh ketajaman.

“ Kenapa, kau tanya?? Betul. Memang aku tak puas hati dengan kau. Sejak kita jumpa sampailah sekarang, tak ada benda yang buat aku puas hati dengan kau. Berlagak, over tentu pasal, suka kritik orang, suka tengok kelemahan orang. Ada ke orang yang suka dengan perangai kau yang macam tu?? Kalau aku tahu perangai kau yang sebenar, aku lebih sanggup hidup dalam penjara daripada hidup dengan kau!” Isya melepaskan segala-gala yang terpendam di dalam hatinya.

“ Kau ni kan memang….” Kata-kata Hakimi terhenti apabila telefon bimbitnya berdering. Kocek seluarnya diseluk seraya sebuah telefon bimbit dikeluarkan. Tertera nama Hana di skrin telefon.

“ Hello.” Lembut Hakimi bersuara.

“ Taklah, kenapa?” Hakimi bersuara lagi.

“ Dah tentu boleh.” Selesai berbicara, Hakimi mematikan talian. Dia tersenyum. Apabila terpandang Isya, senyumannya serta-merta mati.

“ Kau balik sendiri.” Hakimi melangkah meninggalkan Isya yang sedang tersenyum sinis.

“ Kau tak ada pun aku boleh balik sendirilah!!!!!!” Isya melaung dengan penuh geram. Dia mengatur langkah meninggalkan tempat tersebut.

*****

Hakimi memandang sekelilingnya. Sebuah butik yang menghasilkan jenama sendiri menimbulkan perasaan kagum di dalam hatinya. Hakimi bangun dari tempat duduknya. Beberapa helai kot dibelek-belek. Seketika kemudian, Hana melangkah ke sebuah meja kecil bersama dua gelas minuman di tangannya. Hakimi mengatur langkah semula ke kerusi yang didudukinya sebentar tadi. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi. Dia memandang Hana bersama senyuman manis yang mekar di bibir.

“ Butik awak ke ni?” Hakimi menyoal. Hana mengangguk.

“ Tahun lepas baru saya rancang butik ni dibuka. Tapi sebab baru tahun ni saya balik, so pekerja saya yang uruskan semuanya.” Hana menjawab. Hakimi mengangguk-angguk.

“ Macam mana hidup awak sekarang? Saya dengar awak dah jadi artis pujaan seluruh Asia. Semuanya kenal awak.” Hakimi tersenyum mendengar pujian dari Hana.

“ Saya macam yang awak tengok sekarang. Cuma mungkin saya dah berubah sikit. Kematangan dan keyakinan dah bertambah.” Hakimi mengangkat kening. Bibirnya tidak lekang dari mengukir senyuman.

“ Kim.”

“ Hmm?” Hakimi memandang tepat pada wajah Hana.

“ Saya minta maaf sebab saya tinggalkan awak dulu. Awak… masih marahkan saya?” Lembut Hana menutur kata. Dia cuba menggunakan kecantikkannya untuk memenangi hati Hakimi semula.

“ Saya tak boleh nak salahkan awak. Mungkin kalau awak tak tinggalkan saya dulu, saya takkan dapat capai kejayaan yang saya ada sekarang. Mungkin saya patut berterima kasih pada awak?”

“ Kalau dulu saya tak tinggalkan awak, agaknya apa yang dah jadi antara kita?” Hana memulakan muslihatnya. Hakimi hanya mampu untuk mengukir senyuman. Andai Hana tidak pernah meninggalkannya, mungkin sekarang mereka sudah menjadi pasangan kekasih yang sepadan.

*****

Isya menutup pintu biliknya dengan kuat. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Bantal yang sentiasa menjadi pelukannya diletak di atas paha. Dia menumbuk-numbuk beberapa kali pada bantal tersebut dengan tujuan untuk melepaskan geram. Nafasnya turun naik menahan marah dan kepenatan diri. Isya menjerit sekuat hati. Dia benar-benar geram.

“ Sabar Isya. Sabar.” Isya bercakap sendiri. Dia cuba untuk menenangkan dirinya sendiri. Tubuhnya dibaringkan di atas katil. Pandangannya dihala ke atas. Nafasnya kembali stabil. Dia mampu untuk mengawal kemarahannya. Isya mengalihkan kepalanya ke sebelah kanan. Lama-kelamaan, dia terlelap.

Isya tersedar. Kedua-dua matanya digosok perlahan. Telefon bimbitnya dicapai. Sudah menunjukkan jam enam petang. Itu bermakna hampir dua jam dia terlelap. Isya bangun dari katil. Dia menggeliat. Baju dan seluar yang dikhaskan untuk aktiviti senaman dicapai seraya disalinnya di situ. Dia melangkah keluar dari bilik. Tiada kelibat seorang pun di ruang tamu. Isya tersenyum sinis.

“ Tak balik langsung lagi bagus.” Isya mengatur langkah keluar dari rumah. Dia berjalan menuju ke taman rekreasi yang berdekatan dengan rumah milik Hakimi.

Dia bersenam di situ. Di situ juga tempat yang dipilih Hakimi untuk mengeluarkan peluh. Tempat yang tidak dipenuhi dengan orang ramai. Oleh yang demikian, Hakimi yang bekerjaya sebagai artis tidak perlu berasa kurang selesa dengan persekitaran tempat tinggalnya sekarang. Isya menghentikan lariannya buat seketika. Earphone yang bersambung dengan sebuah MP3 player disumbatkan ke dalam telinganya. Lariannya diteruskan bersama iringan muzik pada pendengarannya. Rambutnya yang lurus sehingga mencecah melebihi bahu bergerak-gerak mengikut tiupan angin lembut. Sweater yang berwarna merah jambu yang menyarungi tubuh Isya membuatkan dia kelihatan lebih menarik.

Hampir empat puluh lima minit Isya berlari tanpa henti. Disebabkan kepenatan yang teramat, akhirnya dia terpaksa menghentikan lariannya. Nafasnya turun naik. Tercungap-cungap dia menahan kepenatan. Dia melangkah beberapa tapak dari situ. Pada satu kerusi, dia melabuhkan punggung. Kepenatannya masih belum hilang. Wajah dan tubuhnya berpeluh. Tiba-tiba satu tangan menghulurkan sehelai tuala putih padanya. Isya sedikit tersentak. Dia mengangkat wajah memandang seseorang yang sedang berdiri di sebelah kirinya.

“ Khairul.” Isya agak terkejut dengan kemunculan lelaki itu secara tiba-tiba. Huluran dari Khairul disambut.

“ Terima kasih.” Ucap Isya. Khairul sekadar tersenyum. Punggungnya dilabuhkan di sebelah ‘isteri’ Hakimi. Isya mengelap peluh pada wajahnya. Khairul memandang Isya. Sebotol air mineral dihulurkan.

“ Terima kasih.” Huluran dari lelaki itu disambut bersama senyuman yang mekar di bibir. Air mineral pada tangannya diteguk sehingga menjadi separuh. Sedikit demi sedikit kepenatannya terasa berkurangan.

“ Macam mana awak boleh ada kat sini?” Isya menyoal. Wajah Khairul dipandang tepat.

“ Saya datang cari Kim tapi dia tak ada pun kat rumah. Kebetulan saya lalu sini, saya ternampak awak.” Khairul menjawab. Terangguk-angguk Isya mendengar kata-kata lelaki itu.

“ Kim pergi mana?” Khairul bertanya. Isya mengangkat bahu.

“ Tak tahu. Ada orang call dia and then dia terus pergi.” Isya menjawab. Peristiwa Hakimi meninggalkan dirinya di hadapan restoran keseorangan kembali semula dalam ingatannya.

Show tu dah upload ke seluruh Asia. Kalau awak nak tengok, bolehlah.”

Show tu?” Isya mengangkat kening. Dia kurang mengerti dengan apa yang dikatakan oleh Khairul.

DATING 7 DAYS. Tak ingat?”

“ Aaa.. Show tu.” Isya tersengih panjang.

“ Cepat betul awak lupa. Macam tak suka je.” Khairul cuba menguji. Isya tersenyum.

“ Memang saya tak suka. Haissh! Siapa yang planned rancangan tu? Langsung tak bagi manfaat. Seorang penduduk biasa kena bercinta dengan seorang artis. Kalau orang tu suka dengan artis tu, boleh dimaafkan lagi. Tapi, kalau orang tu benci betul dengan seorang artis, macam mana? Tak kesian ke kat orang tu?” Isya mula mengeluarkan segala pendapatnya. Khairul tidak henti daripada mengukir senyuman.

“ Orang yang macam awak?” Khairul bersuara.

“ Betul! Awak bayangkan betapa susahnya saya nak berpura-pura mesra dengan lelaki macam tu. Lagi satu, kalaulah penduduk biasa ni betul-betul dah jatuh cinta dengan artis tu, tapi last-last artis tu tak terima pun orang tu. Awak tak rasa kesian ke? Perasaan orang akan terluka. Bukan mudah nak sembuhkan luka tu.” Isya berhenti berkata-kata. Sejurus itu, Khairul ketawa kecil. Dia seolah-olah dikritik secara tidak sengaja.

“ Kenapa awak ketawa?” Isya memandang pelik. Serta-merta ketawa Khairul terhenti. Dia berdehem sekali.

“ Tak ada apa. Cuma saya rasa kata-kata awak tu kelakar.” Wajah Isya berubah.

“ Apa ni.” Isya memandang serius pada wajah Khairul.

“ Nak saya belanja aiskrim?” Khairul mengangkat kening. Wajah Isya yang serius dengan masa yang singkat saja dihiasi senyuman manis. Isya ketawa kecil.

Disebalik keriangan mereka, ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka. Hakimi. Dalam perjalanannya pulang ke rumah, matanya tertacap pada seorang perempuan yang dikenalinya, Isya. Pada pandangan kedua, dia terlihat seorang lelaki yang turut dikenalinya bersama dengan Isya. Hakimi tersenyum sinis.

“ Boleh pula dia senyum dengan orang lain. Asal dengan aku, susah sangat nak senyum?” Hakimi menyoal dirinya sendiri. Walaupun perasaan cemburu mula terbit di dalam hatinya, namun dia masih belum menyedari hakikat itu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x nak isya ngan khairul......

penulis berkata...

Assalamualaikum.. hek3