3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 14 Januari 2010

cinta sunbae 5

Penghujung Tahun 2006[ Bulan November]

Suasana kelas riuh-rendah. Inilah hari terakhir untuk mereka bergelas pelajar tingkatan dua. Dua minggu sebelum berakhir sekolah, tiga buah kelas yang terawal terpaksa digabungkan menjadi satu buah kelas. Namun pelajar lelaki dan pelajar perempuan tidak pula ditempatkan bersama sebaliknya diasingkan. Jumlah pelajar perempuan yang terpaksa ditempatkan dalam satu kelas yang sama hampir mencecah bilangan 45 orang. Walaupun begitu hanya sebilangan pelajar saja yang hadir ke sekolah memandangkan sepanjang 2 minggu ini, tiada sebarang aktiviti yang dijalankan.

Isya hanya termenung. Adakah keputusan yang bakal diterimanya nanti akan membuatkan dia merana? Ataupun tiada sebarang keputusan yang bakal diterima? Minggu lepas, isi hatinya pada seorang lelaki akhirnya terbongkar. Inilah keputusan yang paling berat yang pernah dibuat dalam seumur hidupnya. Tapi bukan dia yang berdepan dengan lelaki itu. Sebaliknya Syakirah yang menjadi orang tengah untuk menyampaikan rahsia yang terpendam di hatinya selama ini.

Adakah Fitri akan menerimanya setelah isi hatinya terhadap lelaki itu telah diketahui? Jam di tangannya dipandang sekilas. Hanya tinggal 30 minit sahaja lagi untuk mereka berangkat pulang ke rumah. Yang lebih menyedihkan, inilah hari terakhir untuk mereka bertemu sebelum mereka akan berpisah selama sebulan. Dan pada masa itu, pasti semuanya akan berubah. Isya hanya berdiam diri. Tiada sepatah kata yang lahir dari bibirnya.

“ Sya, jangan lah macam ni. Aku tahu kau risau. Tapi……”

“ Dia tak terima aku. Aku dah buat keputusan yang salah, Kirah.” Kata-kata Syakirah segera dipotong. Wajah gadis itu langsung tidak dipandang. Hatinya pedih. Keputusan yang dibuatnya seminggu yang lalu mendatangkan kesalan baginya.

Bahu Isya disentuh. Dia tahu, gadis di sisinya kini memerlukan kekuatan hati. Apatah lagi inilah kali pertama dia melihat Isya benar-benar mencintai seseorang. Inilah kali pertama gadis naif itu merasa bagaimana perasaan mencintai seseorang, perasaan merindukan seorang, perasaan ditinggalkan seseorang dan perasaan dikecewakan orang yang paling disayangi. Apa yang boleh dikatakan, itu bukanlah perasaan yang enak. Perasaan yang pasti sedaya-upaya ingin dielakkan.

“ Isya, dia pasti akan terima kau. Kau kena yakin dengan diri kau!”

“ Macam mana aku nak yakin? Kalau aku tahu betapa deritanya mencintai dia, aku akan sedaya upaya elakkan semua ni dari berlaku. Tapi kenapa dia juga yang aku suka? Kenapa dia juga yang aku cinta?”

Tangan Isya digenggam erat. Dia tidak mahu gadis itu mengalirkan air mata. Entah apa yang patut dikatakannya untuk menaikkan kembali semangat Isya. Tapu walaupun apa pun yang bakal dituturnya nanti, pasti tidak akan dapat membantu.

“ Biar aku tanya dia.” Syakirah mengangkat punggung dari terus berada di sisi Isya. Namun belum sempat dia melangkah, tangannya pantas ditarik Isya.

“ Jangan Kirah. Aku dah pertaruhkan maruah aku bila aku suruh kau beritahu dia isi hati aku. Cukuplah dengan apa yang dah terjadi. Aku tak nak maruah aku tercalar lagi.”

Syakirah melabuhkan punggungnya kembali di sisi Isya. Wajahnya dipandang dengan penuh simpati. Tapi, gadis di sisinya kini hanya menundukkan wajah. Wajahnya jelas kelihatan muram. ‘ Isya, kalaulah aku boleh gantikan tempat kau. Aku pasti takkan akan biarkan kau menderita sebegini. Kalaulah masa dahulu boleh diganjak, aku takkan biarkan kau bertemu dia.’

“ Maruah? Tak ada kena mengena dengan maruah kau, Sya. Itu perkara biasa bila kau jatuh cinta dengan seseorang. Lagipun sekurang-kurangnya kau dah luahkan perasaan kau pada dia. Itu lebih baik daripada kau diamkan diri dan mengaku kalah macam tu saja!”

“ Aku malu Kirah. Macam mana aku nak berhadapan dengan dia kelak? Dia dah tahu perasaan aku pada dia. Dia dah tahu aku suka dia.”

“ Kau tak perlu malu, Sya. Kenapa kau nak rasa malu? Itu semua perkara biasa.”

“ Kau tak faham, Kirah. Kau tak pernah luahkan cinta kau pada sesiapa. Kau tak tahu betapa seksanya perasaan bertepuk sebelah tangan.”

“ Siapa kata kau bertepuk sebelah tangan? Aku yakin, dia pasti sukakan kau juga, Sya. Melalui cara dia layan kau, cara dia pandang kau, aku yakin dia pun ada perasaan yang sama dengan kau!”

Isya terdiam. Apa yang harus dikatakannya? Yang dia pasti, perasaannya terasa kurang menyenangkan. Dia mengharapkan lelaki itu sentiasa berada di sampingnya. Sentiasa bersamanya tak kira dalam keadaan susah mahupun senang. Adakah permintaannya melampau? Wajahnya ditundukkan. Kedua-dua tangannya digenggam erat. Air mata cuba ditahan dari mengalir. Dia tidak mahu lagi mengalirkan air mata buat kali ketiga dihadapan Syakirah.

*****

Kring!!!! Dalam masa beberapa saat saja, hampir kesemua pelajar melangkah keluar meninggalkan kelas. Masing-masing sudah pun menuruni anak-anak tangga untuk melangkah keluar dari perkarangan sekolah. Isya menyandang begnya hanya menggunakan bahu kanan. syakirah ikut bertindak demikian. Wajah Isya dipandang. Jelas terpancar kekecewaan di wajah.

Wajah Syakirah dipandang. Kini mata mereka bertentang. Dengan penuh kepura-puraan, Isya mengukir senyuman paksa. Jika dia terus memandang Syakirah, pasti air matanya akan mengalir. Matanya dilarikan ke arah lain.

“ Dia dah tolak aku, Kirah. Ah! Mungkin ini sebagai pengajaran untuk aku. Supaya aku tak taruh perasaan lagi pada dia.”

Senyuman kecil masih lagi terukir di bibir Isya. Senyuman yang penuh dengan kekecewaan dan penderitaan memendam cinta. Syakirah membisu buat seketika. Wajah Isya dipandang walaupun pandangan mata gadis di sisinya kini sudah pun beralih ke arah lain. Syakirah ikut tersenyum. Hanya senyuman paksa kerna dia tahu senyuman yang bermain di bibir sahabatnya kini hanya senyuman palsu. Palsu semata-mata. Tangan kanan Isya ditarik lembut.

“ Jom balik. Lupakan dia. Jangan sebut lagi pasal dia. Jangan ingat lagi segala-galanya tentang dia.”

Isya hanya tersenyum. Tarikan lembut tangan Syakirah membuatkan dia terpaksa melangkah pergi walaupun hatinya benar-benar berat untuk meninggalkan setiap kenangan yang bermain di fikirannya kini. Satu sahaja langkahannya akan merubah segala-galanya. Cintanya pada Fitri, kenangannya bersama lelaki itu dan seterusnya apa yang akan terjadi di antara mereka berdua?

Kenderaan Myvi berwarna hijau muda hanya dipandang seketika sebelum pandangannya beralih pada sahabat baik di sebelahnya. Langkahan Syakirah diberhentikan dengan menarik lembut tangan kanan gadis itu.

“ Abang aku dah sampai tu. Aku balik dulu. Jalan baik-baik.”

“ Kau pun. Jaga diri baik-baik. Tenangkan fikiran kau. Walaupun kau tak percaya, tapi aku tahu apa perasaan kau. Percayakan aku. Kau pasti dapat lupakan dia.”

Isya tersenyum. Keluhan kecil dilepaskan. Tubuh Syakirah ditarik lembut ke dalam pelukannya. Hanya gadis itu yang menjadi tempat luahannya selama ini. Sedangkan abangnya sendiri pun tidak tahu bahawa dia sedang mencintai seseorang.

“ Thanks, Kirah. Kau dah banyak bagi kekuatan dan sokongan pada aku. Kau yang sentiasa ada di sisi aku setiap kali aku dalam kesusahan.” Pelukan mereka dileraikan. Tangan kanan Isya segera dicapai.

“ Kawan perlu mainkan peranan yang penting, Sya. Kau pun banyak bantu aku. Kau sentiasa jaga aku. Kau sentiasa bagi keriangan pada aku.”

Isya tersenyum. Wajah gadis dihadapannya kini dipandang dengan penuh mesra. Memang benar gadis ini banyak mendengar keluhan dan rasa hatinya. Malah gadis ini jugalah yang sentiasa bersabar untuk menenangkan hati dan fikirannya.

“ Kirah, aku terpaksa minta diri dulu. Jalani sepanjang cuti ni dengan baik ok?” Soalan Isya dibalas dengan angukkan dan senyuman.

Isya melangkah perlahan meninggalkan Syakirah. Pintu kereta milik abangnya dibuka. Tubuhnya diboloskan di sisi abangnya. Tiada sepatah kata yang lahir dari bibirnya. Hanya pandangannya saja yang dihala ke depan.

“ Lain macam saja Along tengok. Ada apa-apa yang dah jadi ke?” Akram menyoal. Wajah adik bongsunya dipandang sekilas sebelum tangannya memainkan peranan untuk mengerakkan kenderaan yang dipandunya sekarang.

“ Tak ada lah. Along, singgah restaurant dulu.”

“ Nak makan ke nak jumpa mama?”

“ Makan. Dah lapar sangat ni.”

“ Kenapa tak makan kat kantin tadi? Along tengok, sejak akhir-akhir ni adik jarang sarapan pagi. Ada masalah ke ni?” Wajah Isya dipandang sekilas.

“ Along ni bila tengah memandu, cuba la fokus sikit. Ni tak. Asyik nak bercakap saja.” Soalan yang dikemukakan Akram cuba dielak.

“ Along memang macam ni pun.”

“ Macam mana kerja Along sekarang ni? Maklumlah, dah jadi pengurus syarikat. Sibuk memanjang.”

“ Sesibuk Along pun, Along datang ambil adik juga.”

“ Soalan adik Along belum jawab lagi.”

“ Huh! Macam tu la.”

“ Bunyi macam pelik je? Macam tak suka je.” Wajah Akram dipandang.

“ Ingat kerja seronok ke? Letih tahu tak?”

“ Tak tahu.”

Akram hanya mengeluh. Memang boleh lelah dibuatnya jika melawan kata-kata adik bongsunya. Isya hanya tersenyum. Bukan sengaja dia ingin mematikan perbualan mereka berdua, tetapi keadaannya sekarang ini belum mengizinkan dia untuk terus berbual panjang.

*****

Isya melangkah keluar dari rumah walaupun penampilannya hanya berseluar track dan bert-shirt hitam berlengan panjang. Rambut panjang hanya dibiarkan terurai. Punggungnya dilabuhkan di atas buaian yang terletak di sudut tepi rumah. Memandangkan rumahnya agak jauh dari jalan raya yang agak sibuk, jadi persekitaran rumahnya sunyi. Hanya lampu jalan saja yang menghiasi setiap kediaman yang berada di situ.

Kepalanya didongak ke atas. Langit yang langsung tidak dihiasi bintang dipandang lama. Wajahnya jelas kelihatan muram. Timbul satu beban yang jelas sekali sukar untuk dielakkan bersarang di hati. Sungguh. Dia benar-benar tidak dapat melupakan lelaki itu. Malah hampir seluruh kasih dan sayangnya dicurahkan pada lelaki itu. Walaupun dia tahu itu satu perkara yang bidih, tapi apakan daya. Cinta tak mungkin dapat dielak.

Satu demi satu kenangan bersama lelaki itu bermain di layar mata. Walaupun tidak seindah mana, namun semua itu amat mengembirakannya. Cara lelaki itu memerhatikannya, cara lelaki itu melayannya, cara lelaki itu menyimpul senyuman padanya membuatkan dia yakin lelaki itu turut menyukainya. Tetapi mengapa ini yang terjadi akhirnya?

Kedatangan Fitri mengembirakannya. Pemergian lelaki itu merunsingkannya. Adakah ini cinta? Tapi kenapa cinta pertama yang dilaluinya harus begini. Walaupun berbagai-bagai upatan buruk yang menyinggah di telinganya mengenai lelaki itu, dia langsung tidak mengendahkan. Mungkin benar dan mungkin tidak. Tapi meski pun semua yang didengarnya adalah benar, dia tetap akan berpura-pura tidak mengetahui semua itu.

Kerana apa? Kerana cintanya pada lelaki itu bukan hanya sekadar cinta monyet tetapi cinta yang berdasarkan dari hati yang benar-benar ikhlas. Tanda tanya yang tiada jawapan benar-benar membuatkan dia kecewa. Bukan saja kecewa. Sedih, rindu, malu semuanya bersarang di hati. Jika dia tahu ini yang bakal terjadi, sama sekali rasa hatinya akan dipendam buat selama-lamanya. Pasti!

Wajahnya ditundukkan. Jiwanya yang semakin terseksa sudah tidak mampu ditanggung. Sungguh. Dia tidak pernah menyangka yang dia akan mencintai seorang lelaki dalam usia semuda begini. Tubuhnya disandar di buaian. Kedua-dua tangannya digenggam erat. Hanya dalam masa beberapa saat saja, air mata mula menitik. Tiada sesiapa yang akan memahami perasaannya. Hanya dia.

Aiman melangkah perlahan. Tempat duduk di sisi Isya diambil. Wajah Isya dipandang. Tiba-tiba saja wajah berubah pelik. Apa yang telah terjadi? Seperti ada sesuatu yang tak kena.

“ Kenapa ni?”

“ Ha? Tak. Silau je. Pedih mata.”

Isya cuba mengelak. Air matanya pantas dikesat. Ketawanya juga cuba dibuat-buat namun jelas sekali dia gagal untuk berlakon dengan baik. Wajah Isya dipandang lama. Isya memang suka berbohong jika perkara yang dirahsiakan dia akan merisaukan seseorang di sisinya. Tabiat adik bongsunya itu yang membuatkan dia semakin matang. Semakin mengetahui bahawa adiknya sekarang memerlukan seseorang di sisi.

“ Ingat senang ke nak bohong abang? Adik takkan duduk sini malam-malam buta kalau tak ada sesuatu yang merunsingkan fikiran.”

Wajah Isya tidak dipandang. Sebaliknya pandangan matanya hanya diarahkan sehala ke depan. Isya tidak bersuara. Dia tahu. Walaupun sedaya upaya mana dia berbohong pada abangnya, pasti perasaan di hatinya akan diketahui.

“ Ada apa sebenarnya? Selama ni adik tak pernah pun rahsiakan apa-apa dari abang.”

Isya masih lagi berdiam diri. Air matanya dikesat. Namun dia juga tidak mampu untuk menahan air mata yang seperti masih mahu mengalir. Wajah Isya dipandang. Tangan kanan adiknya dipegang erat.

“ Walau apa pun, kuatkan semangat. Abang masih ada di sisi.”

“ Mi…minta maaf, abang. Adik rahsiakan dari abang. Adik sukakan seseorang. Tapi……” Perlahan air matanya mengalir.

“ Adik sendiri tak tahu apa perasaan dia.”

“ Dia tahu adik suka dia?” Isya mengangguk.

“ Dia tolak?”

“ Tak tahu. Dia langsung tak bagi jawapan. Rasa beban. Betul-betul rasa beban.”

Air mata Isya dikesat. Seraya itu, tubuh Isya ditarik dalam dakapan. Rambut adik bongsunya dibelai lembut. Ini kali pertama. Kali pertama melihat adiknya menangis kerana seorang lelaki. Mungkin dilukai. Walaupun dia sendiri tidak tahu berapa dalamnya cinta Isya pada lelaki tu.

“ Lupakan dia. Mungkin dia tak layak untuk adik. Walaupun kaum lelaki akan pupus sama sekali, aadik ada seorang pelindung yang sentiasa di sisi adik. Abang akan pastikan tak ada sesiapa yang akan melukai adik lagi. Mulai hari ini. Itu janji abang.”

“ Abang Am. Macam ni ke rasa peritnya bila mencintai seseorang? Inikah risiko yang bakal diterima? Adi takut. Adik malu. Adik tak nak berhadapan dengan dia. Kenapa?” Tubuh Isya ditolak lembut dari dakapannya. Tangan kanannya diseluk ke dalam poket. Pada masa itu juga, satu cincin dikeluarkan.

Tangan kanan Isya dicapai. Cincin yang berada di tangannya kini disarungkan di jari adik bongsunya. Cuma ini saja yang boleh diberikan. Hanya satu cincin yang berharga lima ringgit.

“ Mulai hari ni, adik dah jadi milik abang.”

Wajah Aiman dipandang dengan penuh kehairanan. Butir-butir kata yang bakal lahir dari bibir abangnya dinanti. Tindakan abangnya benar-benar membuatkan dia terpana.

“ Dan mulai hari ni juga, adik tak boleh jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Ingat orang tu pun tak boleh. Sebab adik sekarang dah jadi milik abang.”

Satu-satunya cara untuk menghalang perempuan kesayangannya dari terus disakiti dan dilukai. Satu-satunya cara untuk menghalang perempuan kesayangannya mencintai lelaki lain. Biarlah ini merupakan kali pertama dan juga terakhir.

“ Kalau ada mana-mana lelaki yang minta couple, katakan pada dia yang adik dah bertunang. Tu. Cincin tu jadi bukti.”

Isya tergelak. Aiman hanya tersenyum. Memang. Sejak abangnya meninggal setahun yang lepas, Aiman yang memainkan peranan menggembirakannya. Malah setiap masa dirumah hanya diluangkan bersama Isya. Sehinggakan teman wanitanya sendiri diabaikan.

Tubuh Isya ditarik sekali lagi dalam dakapan. ‘ Pakaikan cincin tu buat selama-lamanya. Kerna itu lambang kita. Kasih sayang kita. Persaudaraan kita. Bukti kekukuhan hubungan kita berdua. Selama-lamanya.’

0 ulasan: