3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Isnin, 14 September 2009

3+1=11

Akhirnya mereka sampai juga ke destinasi yang dituju..sepanjang mereka berjalan,Naila cuma asyik merungut je..mahu tak nya,hampir 10 minit berjalan baru mereka sampai..kaki pun dah macam nak patah je..tapi kaki Naila je la..Nazim ok je..

Sepasang mata dah terpegun tengok pesta yang bergemerlapan depannya..maklum la tak pernahnya nak jejak kaki kat sini walaupun rumah dekat..Nazim yang tengah berdiri depan Naila cuma pandang gelagat Naila..macam alien la pulak minah ni..punya la teruja..

Naila yang benar-benar teruja sedaya upaya tahan diri dia dari tersenyum lebar..kang tak pasal-pasal kena perli free pulak dengan mamat sebelah aku ni..

Nazim melangkah sambil matanya meliar melihat gerai-gerai di sebelah kanan dan kirinya..macam-macam yang dijual..memang semua benda ada kat situ..Naila pulak cuma ikut tarikan tangan Nazim..dia dah tak berani nak tarik tangan dia dari pegangan Nazim bila free je dia kena marah dengan mamat tu tadi..

Mata Naila terhenti pada seseorang..Naila dah gembira sangat..ini kali pertama dia tengok badut..selama ni dia cuma tengok kat tv je..memang teruja habis si Naila tu..

“badut..” Naila bersuara sendiri..matanya masih setia pada badut yang tengah ketawa gembira melayan pengunjung-pengunjung..

“awak..badut..” Naila goncang tangan Nazim..tapi matanya langsung tak kalih pandang muka Nazim..dia lebih berminat tengok badut di depannya..

Nazim yang khusyuk pandang gerai-gerai terus tersetap..Matanya pandang Naila..kemudian beralih pulak pada badut yang dapat buat Naila teruja tu..

“dengan badut pun awak boleh teruja ke?” Nazim perli Naila..heran betul la aku dengan perempuan ni..first time aku tengok perempuan yang cemperak gila macam ni..

Naila yang langsung tak ambik tahu apa yang Nazim perkatakan terus je tarik tangan Nazim menuju ke arah badut tu..badut tu pulak cuma tersenyum..dah nama pun badut so memang tak bercakap..macam-macam yang badut tu buat lawak sampai Naila ikut sama ketawa..entah apa yang badut tu buat lawak aku pun tak tahu..

Nazim cuma pandang wajah Naila yang tengah ketawa girang..entah kenapa hati dia rasa lain macam..sesuatu yang baru hadir dalam hatinya..pantas kepala Nazim ditoleh ke arah lain..tapi dia langsung tak tahu perasaan apa yang tengah berkocak dalam dirinya..

“jom pegi sana..” Naila tarik tangan Nazim..Nazim yang tengah berkhayal tu terkejut..hampir-hampir je dia nak tersungkur bila ditarik secara mendadak..lebih kurang 10 tapak mereka melangkah,tiba-tiba Nazim berhenti..Naila yang tengah seronok tu pun ikut terhenti sama..dia pandang muka Nazim dengan penuh heran..Nazim pulak pandang Naila macam nak telan orang..

“sepatutnya saya yang nak kena ikut awak atau awak yang kena ikut saya??” Nazim cuba nak ingatkan Naila balik situasi yang sebenarnya..

“err…” Naila gugup sikit..macam nak je dia lawan cakap Nazim tu..tapi sebab dia still berhutang dengan Nazim so dia terpaksa sabarkan diri dia sendiri..Nazim melangkah ke depan..Naila dah lepaskan tangan Nazim awal-awal lagi..nak tak nak dia kena juga ikut langkah Nazim..

Hampir 10 minit juga mereka berjalan tapi satu barang pun tak dibeli..Naila cuma merungut dalam hati..kaki dia dah tak larat nak berjalan..mata Nazim dah tertacap pada roller-coaster yang tinggi melangit tu..kemudian matanya kalih pandang pada Naila..

Naila macam tahu-tahu je maksud pandangan Nazim..cuma dia harap-harap tekaan dia tu salah..

“awak jangan nak kata yang awak nak naik binatang tu?” Naila pandang Nazim serius..mintak-mintak la jangan..aku dah la anti benda alah tu..

“memang saya nak cakap saya nak naik benda tu..” Nazim dah dapat tangkap perasaan Naila sekarang..sahih perempuan ni tengah gabra gila..

“kalau awak nak naik,pegi la..saya tak halang pun..” Naila silang tangan kat dada..mukanya dikalih arah lain..

“awak tak nak ikut?” Nazim soal Naila..

“tak nak la..saya tak layan ar main benda alah tu..” Naila cuba nak sembunyikan perasaan gabra dia tu..

“awak tak layan atau awak takut??” Nazim cuba nak pancing Naila..Naila terus terdiam..matanya tajam pandang Nazim tapi mulutnya langsung tak bersuara..

“tak sangka ye..rupanya saya ajak orang yang penakut datang teman saya..saya……..”

“what??awak ingat saya takut ke??ala,setakat benda macam tu langsung saya tak takut..” belum sempat Nazim nak bersuara habis Naila dah potong cakap dia..sakit hati nak dengar Nazim cakap lebih lanjut..

“so,apa lagi??jom la..” Nazim dengan bangganya tarik tangan Naila ke arah roller-coaster tu..habis la kau kali ni Naila..

************************************************

Naila keluar dari perkarangan roller-coaster tersebut..tubuhnya dah terhuyung-hayang..nak tak nak Nazim terpaksa papah Naila..memang menyusahkan orang betul la perempuan ni..gaya dah macam orang mabuk pun ada..

“awak ni berdiri elok-elok boleh tak??” Nazim dah mula geram bila tubuh Naila asyik nak tersungkur ke tepi..Naila cuma diam..tangannya tak lepas dari pegang kepala..ini la sebabnya dia tak nak main benda tu..

Nazim yang dah penat tarik Naila supaya jalan ke tepi akhirnya terpaksa gendong Naila..Naila pulak terkejut dengan tindakan Nazim..gila ke laki ni?

“awak turunkan saya la..” Naila meronta..Nazim dah bara gila..pompuan ni memang nak mati dengan aku betul la..tak pasal-pasal aku nak kena buat keja amal pulak..

“awak jangan bergerak boleh tak!!awak ingat saya nak ke gendong mak gajah??” muka Nazim dah tegang habis..geram betul..

“ha??mak..gajah??awak kata saya mak gajah??” Naila turut kuatkan suara..Nazim terpaksa la tahan telinga dia yang macam nak pecah gendang telinga..

“awak lepaskan saya!!lepaskan saya!!” Naila meronta lebih kuat kali ni walaupun kepala dia masih lagi pening..Nazim terus je lepaskan kaki Naila..dalam masa 2 saat……PUK!!

“auw!!” Naila pegang punggung dia..dah la jatuh atas tar..itu tak pe lagi..sekarang ni semua mata dah pandang arah dia..Naila tekup muka..ya allah,betapa malunya aku..punca si mamat less ajar tu la..

Nazim dah melangkah ke depan..Naila cuba bangun dengan kudrat yang ada..kepala yang masih pening di tahan..kakinya melangkah ikut belakang Nazim..tapi rasa macam ada something yang pelik pulak..Naila pandang kaki dia..ya allah!!kasut aku!!

Tumit kasut yang dah patah dibelek..sekarang ni tinggal sebelah kasut je..macam mana aku nak jalan ni??nak tak nak Naila terpaksa sarungkan balik kasut tu kat kaki dia..macam ular kena palu je dia jalan..sebelah kasut ada tumit tapi sebelah lagi tak de tumit pulak..tak kan nak buka kasut kot..

Hampir 7 minit Naila berjalan dalam keadaan macam tu..kakinya dah mula bengkak..muka Naila pun dah macam orang nak menangis pun ada..Nazim yang dah tahu sejak awal-awal lagi baru kalih belakang pandang Naila..langkahannya terhenti..Naila yang tak tengok depan tu apa lagi..PAP!! Berlaga dengan Nazim la..Nazim cuma pandang Naila tanpa riak..Naila pulak buat muka simpati kat Nazim..

Nazim pandang Naila sekejap kemudian melangkah balik..Naila dah buat muka cemberut..

“kurang ajar punya laki..sampai hati dia buat aku macam ni..” Naila pandang belakang Nazim yang dah berjalan depan dia..Naila buat muka blur bila dia tengok Nazim dah patah balik ke arah dia..Nazim duduk bertinggung depan Naila..kasut Naila di buka..Naila pulak memang dah habis blur..apa lagi yang mamat ni nak buat??

Kasut Naila dipegang..kemudian Nazim membelakangi Naila dalam keadaan yang sama..

“naik cepat..” Nazim bersuara..Naila still berdiri..blur masih tak hilang..apa kena dengan mamat ni?

“awak nak naik ke tak nak ni??” Nazim dah kuatkan suara..nak tak nak Naila naik juga atas belakang Nazim..langsung tak keluar sepatah kata dari mereka berdua..

“awak pelik..” Naila bersuara perlahan..terus terang dia berkata..Nazim cuma diam..berani betul pompuan ni kata aku pelik..

“mesti tabiat awak suka melambat-lambatkan cakap kan??I mean suka berahsia,malas nak cakap banyak” Nazim still diam..mana pulak pompuan ni tau??macam la dia kenal aku dah lama..

“sebab saya pandai agak personaliti orang..” Naila jawab persoalan yang ada dalam kepala Nazim sekarang..dia tahu Nazim mesti tertanya-tanya macam mana dia boleh tahu..itu la kelebihan dia..

“kenapa….”

“awak diam boleh tak??bising la..” Nazim baru bersuara..Naila terus terdiam..tak sempat nak sambung kata-kata dia..kang tak pasal-pasal dia terduduk atas tar lagi pulak..

Hampir 10 minit Naila tak bersuara..Nazim pun dah agak pelik..Nazim pandang wajah Naila yang ditongkatkan atas bahunya..patut la diam semacam je..tidur rupanya..

-----------------------------------------------


0 ulasan: