3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 16 Oktober 2009

3+1=15

Naila membaringkan tubuhnya di atas katil. Sesekali rambutnya yang panjang sehingga mencecah pinggang digulung-gulung dengan hujung jarinya. Nazim sudah pun balik ke rumahnya sendiri memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Kini Naila tidak tahu apa yang harus di buat. Kerja sekolahnya sudah lama di siapkan. Baju sekolah sudah di seterika. Buku-bukunya juga sudah dimasukkan ke dalam beg sebagai persediaan untuk ke sekolah esok.

Lagu Lies nyanyian daripada Big Bang membuatkan Naila sedikit tersentak. Naila pantas bangun dari pembaringan. Lagu Lies yang datang dari telefon bimbitnya cuba di dengar dengan teliti. Naila cuba mendekati ke arah bunyi yang di dengarnya. Di mana dia letakkan telefon bimbitnya juga dia sudah lupa.

“Aishh!! Mana pulak handset aku ni?? Aku letak kat mana tadi?” Naila mula bengang. Kepalanya digaru walaupun langsung tak rasa gatal. Buku-buku atas meja sudah pun bersepah. Kini lagu Lies dari telefon bimbitnya sudah tidak kedengaran.

Naila duduk semula di tepi katil. Dahinya sudah mula berpeluh disebabkan melakukan exercise ringan sebentar tadi. Selang beberapa saat, lagu Lies kembali berkumandang. Bunyi dari telefon bimbitnya terasa seperti dekat saja dengannya. Naila mengangkat bantalnya.

“laa..aku letak kat sini ke? Bila masa pulak aku letak bawah bantal?” Naila tertanya-tanya sendiri. Panggilan dari Nabil segera diangkat.

“Hello..” Naila bersuara malas. Tubuhnya dibaringkan atas katil kembali.

“Weii!! Asal lambat sangat kau jawab fon??” Suara Nabil kuat kedengaran. Naila menjauhkan sedikit telefon bimbit dari telinganya. Kalau macam ni tak payah pasang speaker pun tak pe.

“Ikut suka hati aku la! Yang kau tiba-tiba marah aku ni apasal pulak?? Hanset aku, aku punya suka la!” Naila meninggikan suaranya. Matanya yang sudah mula mengantuk menjadikan dia lebih berang dengan sikap Nabil.

“Kau macam mana?” Kali ini suara Nabil kembali biasa. Tiada tanda-tanda yang dia mahu berperang mulut dengan Naila.

“macam mana apa?” Naila menyoal tanda tidak faham apa yang dimaksudkan Nazim.

“pagi tadi.” Naila berfikir sebentar. Pagi tadi?

“ohh, pasal tu. Aku okey je. Kau call aku semata-mata nak tanya benda ni saja ke? And one more. Tiba-tiba caring fasal aku apa kes?” Mata Naila yang hampir tertutup cuba dibuka kembali.

“Esok practice lepas sekolah.”

“Ok.” Mata Naila ditutup kembali. Sebenarnya dia mahu bertanya banyak mengenai latihan tersebut tetapi mood nya dihalang dengan mata semakin berat diangkat.

“Lagi satu. Bila masa pulak aku caring pasal kau? Aku langsung tak ingin la. Lagipun aku ni kan pelajar cemerlang. So aku takkan buat perkara yang membazirkan masa aku.” Nabil yang masih belum menyedari keadaan Naila sekarang masih bersemangat berbual.

Jawapan dari Naila langsung tidak kedengaran. Yang kedengaran hanya lah bunyi desus nafas Naila. Telefon bimbitnya sudah pun tidur sekali bersama di atas bantal.

“Wei! Kau tengah buat apa tu? Semacam je aku dengar. Macam orang….” Kata-kata Nabil terhenti seketika. Jam di dinding biliknya lantas dipandang. Sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Sangkaannya yang Naila marahkan dirinya lantas hilang.

“Pergh!! Tidur rupanya minah ni. Weii!! Bangun la wei!! Aku belum habis cakap lagi ni!! Naila!!!” Nabil menjerit sekuat hati. Nasib baik lah biliknya telah direka kalis bunyi. Kalau tidak sudah tentu berjela-jela dimarahi ibunya.

Naila terbangun dengan sendirinya. Jeritan Nabil membuatkan dia benar-benar terkejut. Dadanya diurut dua tiga kali sementara matanya dialih pada telefon bimbitnya yang masuk berada atas bantal. Telefon bimbitnya diambil dengan kasar. Mukanya mula merah menahan marah.

“Woii!! Kau asal ha?? Aku nak tidur la mangkuk!!” Giliran Naila pula untuk menjerit di corong telefon. Tanpa menunggu sepatah kata pun dari Nabil, Naila mematikan panggilan sekali gus off kan handphone nya.

***

Naila bangun dari tidur. Naila mengambil masa selama 3 minit untuk merehatkan kepalanya dari pening apabila dia bangun dari katil sebentar nanti. Rambutnya yang panjang mencecah bahu pinggang diikat sanggul. Jam berbentuk bulat yang tersemat di dinding dipandangnya sekilas sebelum mengalihkan pandangannya semula. Terasa seperti ada yang tidak kena, Naila melihat jam di dinding semula. Jarum pendek sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Ternganga mulut Naila melihat waktu di hadapannya. Sungguh dia menyangka sekarang ini masih awal seperti waktu yang selalu dia bangun untuk ke sekolah.

“pukul 7 dah?? Kenapa handset aku tak bunyi?” Naila mencari-cari hanset di atas katilnya. Terjumpa saja handset miliknya itu terus dicapai. Skrin yang terpadam mengingatkan dia pada Nabil.

“aishh! Ni semua mangkuk tu punya pasal. Tak payah pergi sekolah la.” Naila membuat keputusan sendiri. Tubuhnya dibaringkan semula ke katil. Selang seminit kemudian, Naila bangun semula dari pembaringannya.

“aishh!!” Naila mengusutkan rambutnya sendiri. Satu perkara yang membuatkan dia terpaksa membatalkan rancangannya.

“asal pulak hari ni juga nak buat practice!! Aishh!! Boleh gila aku macam ni!!” Naila mengetap bibir. Geramnya pada Nabil mula memuncak. Disebabkan Nabil lah dia pasti akan dikenakan hukuman nanti.

Naila bangun dari katil. Mahu tidak mahu dia terpaksa hadir ke sekolah juga. Dia tidak mahu memungkiri janji yang telah dibuat. Siap lah kau Nabil!

***

Kini jam sudah mencecah 8 pagi. Naila berdiri di hadapan padang sekolah. Cuma beberapa orang saja yang lewat hadir ke sekolah pada hari ini. Maklum lah hari ini adalah hari Isnin. Jadi tiada siapa yang berani hadir lewat ke sekolah kerana hukuman yang diberi pasti memalukan diri sendiri.

“kamu datang lambat lagi Naila? Apa pulak alasan kamu hari ni? Bangun lambat,driver tak ada atau ada sakit kat mana-mana?” Cikgu Yahya bersuara nada menyindir. Cikgu Yahya memang antara cikgu yang bermulut laser. Bukan pelajar saja yang tidak menyukai Cikgu Yahya malah para guru juga kurang menyenanginya.

“saya bangun lambat dan juga saya sakit.” Naila cuba memprovok Cikgu Yahya. Tetapi apa yang dicakapnya benar dan bukannya pembohongan.

“sakit? Sakit apa? Kamu memang tiap-tiap hari sakit. Kali ni sakit apa pulak? Senggugut?” Mata Cikgu Yahya tajam memandang Naila. Naila tidak mengalah. Walaupun mungkin semua pelajar tidak berani menentang Cikgu Yahya, tetapi dia mempunyai keberanian itu.

“sakit hati.” Naila membalas. Dia memang sakit hati. Sakit hati dengan Nabil.

“oh, sakit hati? Sakit hati kenapa? Biasa la tu. Orang yang banyak buat dosa memang hidup tak tenang. Kamu jangan ingat ayah kamu ketua PIBG kat sini, kamu boleh buat apa yang kamu suka!” Cikgu Yahya menyindir Naila sekaligus menengking.

“cikgu, saya tak pernah buat salah pun dengan cikgu. Apatah lagi dengan sekolah. Kenapa cikgu anti sangat dengan saya? Apa salah saya?” Naila cuba berlembut. Walaupun tidak dapat dinafikan hatinya tengah membara sekarang tetapi dia cuba untuk tidak biadap.

“kamu semua boleh balik kelas. Kecuali kamu Naila.” Cikgu Yahya memandang pelajar lain yang turut datang lewat. Kemudian pandangannya beralih pula pada Naila. Naila hanya melihat pemergian pelajar lain ke kelas mereka sendiri.

“patut la mak kamu meninggal awal. Mesti sebab dia dah tak tahan dengan sikap kamu.” Cikgu Yahya masih terus menyakitkan hati Naila walaupun dia tahu kata-kata dia agak melampau.

Naila terdiam. Wajah ibunya tiba-tiba terbayang di mata. Kemarahannya semakin meledak. Namun Naila masih cuba menahan amarahnya. Dia tahu jika dia bersikap biadap pasti namanya dimasukkan ke dalam black list. malah pasti ayahnya akan memarahinya.

“kamu tak layak belajar kat sekolah ni. Sekolah ni langsung tak perlukan orang macam kamu. Sampah masyarakat!” Cikgu Yahya mencaci Naila. Naila menentang pandangan Cikgu Yahya.

“kenapa? Kamu tak puas hati?? Kamu nak marah cikgu ha!!” Dahi Naila ditolak. Naila menepis kasar tangan Cikgu Yahya dan membuatkan Cikgu Yahya sedikit terperanjat.

“cikgu dah melampau. Apa salah saya dengan cikgu?? Kenapa saya yang selalu cikgu jadikan mangsa?? Cikgu ingat cikgu berkuasa ke kat sini?? Cikgu tak ada hak nak hina saya macam tu!! Tak ada seorang pun yang berani hina saya macam tu!” Naila meninggikan suara. Kesabarannya memang sudah terhad. Dia tidak sanggup lagi bersabar. Sebelum ini pun dia pernah dihina sebegitu. Tetapi dia masih boleh bersama kerna dia perlu menjaga maruah keluarga. Tapi kali ini tiada lagi kesabaran dalam hatinya.

“saya tak tahu apa masalah cikgu dengan saya. Tapi cikgu kena ingat. Saya ada maruah. Cikgu ingat bila cikgu ada mak ayah, cikgu boleh hina saya macam ni?” kata-kata terhenti di situ. Air matanya mula bertakung. Cuma yang pasti dia tidak akan sekali-kali menangis di hadapan Cikgu Yahya.

“saya yakin pasti mak ayah cikgu malu dengan cikgu. Cikgu tak layak mengajar kat sini!!” Naila merenung tajam wajah Cikgu Yahya. Wajah Cikgu Yahya mula merah padam.

“kurang ajar!” tangan kanan Cikgu Yahya mula mahu melibas wajah Naila. Naila memejamkan mata. Namun semuanya terhenti seketika apabila tangan Cikgu Yahya disambar seseorang dari menampar wajah Naila.

Naila membuka mata. Seorang lelaki yang menghalang Cikgu Yahya membuatkan dia sedikit terperanjat. Malah Cikgu Yahya turut terperanjat dengan tindakan pelajar lelaki itu.

2 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

spe yg tahan tgn cikgu yg kureng ajar tuh??
nabil??
nk la nabil hero cite nieh..
sweet je..
ckgu nieh gle sengal..
kurang ajar..nk ajar murid plak..
blah la..

fzm2 berkata...

pe ke jenis cg
cm nih??huhu
cam plik jew cg ni
ngn naila..huhu