3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 9 April 2010

3+1=45

“ Ada apa?” Naila menyoal. Wajah Nazim dipandang tepat.

“ Nak makan angin kat luar?” Soalan dibalas soalan. Naila membisu buat seketika. Akhirnya dia mengangguk. Nazim tersenyum. Kakinya melangkah menuruni anak-anak tangga. Naila hanya mengekori dari belakang.

Angin malam yang bertiup lembut mendinginkan seluruh tubuhnya. Naila melangkah menghampiri buaian di halaman rumah. Punggungnya dilabuhkan di situ. Nazim turut melabuhkan punggungnya di sisi Naila. Masing-masing membisu buat sementara waktu. Melayani perasaan yang diri sendiri tidak pasti. Pandangan mereka dialihkan pada awan-awan hitam beserta bintang yang menghiasi langit. Bulan begitu terang memancarkan cahaya demi menerangi bumi ciptaan Allah.

“ Apa yang Nabil bincang dengan awak tadi?” Nazim bersuara. Wajah gadis di sisinya dipandang sekilas sebelum pandangannya dialihkan semula pada sang rembulan.

Nothing. Just something personal matter.” Nazim hanya mengangguk perlahan. Nafasnya ikut ditarik mengikut kemampuan. Hatinya sakit. Perasaan cemburu semakin kuat memburu hati. Namun apakan daya. Dia tidak mampu untuk bertindak menenangkan hatinya sendiri. Naila mengalihkan pandangannya ke arah Nazim. Wajah lelaki itu dipandang lama. Benar. Kini dia mengakui. Dia benar-benar sudah mula menyayangi lelaki ini. Bukan sebagai seorang sahabat. Lebih dari itu.

“ Asal pandang saya macam tu? Saya tahu saya handsome.” Teguran Nazim mengejutkan Naila. Pantas Naila mengalihkan pandangannya ke arah berlainan. Nafasnya ditarik dalam-dalam.

“ Ada sesuatu yang saya nakkan kepastian dari awak.” Naila bersuara.

“ Apa? Just go ahead.” Wajah Nazim dipandang tepat.

“ Kenapa awak layan saya dengan baik? Sedangkan kita bukan saling kenal dalam tempoh masa yang lama. Sepanjang perkenalan kita pun, kita cuma asyik bergaduh je. Apa yang buat awak berniat nak bantu saya?” Naila menyoal.

“ Memang sepanjang perkenalan kita, tak ada langsung sebab untuk saya layan awak dengan baik. Pertama, awak kawan saya. Kedua, setiap kebaikan yang dilakukan pasti Allah akan beri ganjaran. Itu sebabnya.” Nazim bertutur bicara walaupun dia sendiri mengetahui bukan itu sahaja alasan yang berada di fikirannya kini.

Naila terdiam. Pandangannya hanya diarah pada sang rembulan yang menyinari bumi fana. Walaupun alasan yang diberikan Nazim adalah yang sepatutnya, namun kekecewaan bersandang di jiwa. Secara terangnya, bukan itu yang mahu didengari. Nada deringan dari telefon bimbit Nazim memecah kesunyian. Nazim menyeluk poket seluarnya. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Skrin telefon dipandang sekilas. Panggilan dijawab.

“ Hello.” Nazim bersuara. Dia melangkah bangun dari terus melabuhkan punggung di sisi Naila. Kakinya menapak dua tiga langkah dari kedekatannya dengan Naila. Naila hanya membisu. Perbualan Nazim cuba dicuri dengar.

“ Siapa ni?” Nazim menyoal. Dahinya dikerutkan. Suara perempuan dipanggilan seperti pernah didengarinya. Namun dia masih belum dapat meneka siapa dipanggilan pada ketika ini.

“ Oh, Nazira. Kau tukar nombor telefon lagi ke?” Nazim menyoal lagi. Bibirnya mengukir senyum. Naila hanya memasang telinga. Hatinya mula menimbulkan persoalan.

“ Hidup kau macam mana? Dah lama aku tak dengar berita pasal kau.” Nazim terdiam buat seketika. Beberapa saat berlalu, kedengaran gelak tawa lelaki itu.

“ Nak datang sini? Bila?” Nazim menyoal lagi. Hati Naila mula membara. Cemburu di hati semakin membesar.

“ Baguslah kalau macam tu. Kedatangan kau disambut dengan penuh keikhlasan. Kau nak menginap kat sini berapa lama?” Kedengaran lagi Nazim menyoal. Nazim melangkah memasuki rumah. Naila mengetap bibir tanda geram. Kewujudannya seolah-olah tidak pernah diketahui. Entah siapa perempuan yang berjaya membuatkan lelaki itu bergelak ketawa dia sendiri tidak tahu.

*****

Matanya dibuka perlahan-lahan. Siling bilik dipandang tanpa minat. Jam loceng di sisinya dipandang sekilas. Sudah menunjukkan jam 6.30 pagi. Inilah hari pertama persekolahan berlangsung seperti biasa. Dan inilah hari pertama dia perlu melalui hidup sebagai pelajar sekolah biasa. Tidak lagi dengan perasaan penuh kemewahan seperti dahulu. Naila melangkah bangun. Kedua-dua matanya digosok perlahan. Kakinya melangkah perlahan memasuki bilik air. Segala kelengkapan persekolahan sudah pun disedia malam semalam.

Nazim membuka mata. Tubuhnya disandar di dinding bilik. Kelopak mata seolah-olah berat untuk membuka. Kedua-dua matanya digosok perlahan. Kakinya melangkah perlahan memasuki bilik. Dia mula mengingati butir-butir perbualan bersama Nazira malam semalam. Nazira, sepupu kesayangannya. Hubungan antara mereka boleh diibaratkan seperti isi dengan kuku. Apatah lagi, umur mereka sebaya malah mereka juga mempunyai minat yang sama. Seolah-olah tiada rahsia yang mampu disembunyikan antara mereka.

Hampir empat puluh minit berlalu. Naila melangkah keluar dari bilik. Kakinya menapak perlahan menuruni anak-anak tangga. Beg galas hitam miliknya hanya disandang menggunakan bahu kanan. Kasut sekolahnya disarung di hadapan pintu. Naila melangkah perlahan menuju ke pagar utama. Namun belum sempat untuk dia meneruskan langkahan, dia sudah pun dikejutkan dengan bunyi loceng dari sebuah basikal. Kepalanya ditoleh ke belakang.

“ Awak pergi ambil basikal kat belakang tu. Mama beli khas untuk awak.” Nazim bersuara. Kakinya mula melakukan kayuhan. Naila tercengang. Nama lelaki itu dipanggil dengan lantang. Kayuhan Nazim serta-merta terhenti. Kepalanya ditoleh ke belakang. Wajah Naila dipandang tepat.

“ Kenapa Mama awak tak bagi tahu saya dulu?” Naila menyoal. Nazim mengundurkan basikalnya menghampiri Naila,

“ Perlu ke Mama saya bagi tahu awak dulu? Mungkin Mama nak buat kejutan.” Nazim membalas. Naila terdiam buat seketika. Rasa bersalah mula menyelubungi hati.

“ Awak ada nak cakap apa-apa lagi ke? Saya dah nak pergi ni.” Nazim menyoal. Naila menggeleng. Wajahnya ditundukkan. Nazim sudah memulakan kayuhan. Namun sekali lagi kayuhannya terhenti apabila namanya dipanggil buat kali kedua.

“ Awak nak apa lagi?” Kepalanya ditoleh sekali lagi memandang Naila. Keluhan dilepaskan.

Actually saya tak tahu bawa bicycle.” Naila bersuara. Nazim menunjukkan riak terkejut. Keluhan sekali lagi dilepaskan.

“ Kalau awak tak tahu bawa, awak jalan kaki sajalah.” Nazim meneruskan kayuhan. Naila yang masih berdiri tegak di hadapan rumah ditinggalkan begitu sahaja. Naila mengorak langkah. Bibirnya hanya membisu. Keluhan mahupun leteran tidak lagi bermain di bibir. Fikirannya menerawang jauh ke seluruh pelosok dunia. Pelbagai hal yang harus difikirkannya. Bagaimana caranya untuk dia menghadapi Cikgu Yahya sebentar lagi? Dan sampai dia harus menyembunyikan perasaan yang semakin menumbuh di hati?

Kayuhannya terhenti. Kepalanya ditoleh ke belakang. Namun tiada lagi kelihatan kelibat seseorang yang dinanti. Nazim mengalihkan semula basikalnya ke arah bertentang. Kayuhannya diteruskan. Dia sedar. Dia tidak mampu untuk memadamkan memori gadis itu dari fikirannya. Memori itu akan terus menjadi data yang abadi selama-lamanya. kayuhannya semakin lama semakin dipercepatkan. Bayangan Naila mula kelihatan. Kayuhannya sengaja diperlahankan. Basikalnya diberhentikan di hadapan Naila.

Naila tercengang. Wajah Nazim dipandang tepat. Sebaliknya Nazim hanya berdehem kecil. Basikalnya diperbetulkan supaya beriringan dengan arah laluan Naila. Naila masih tercengang. Segala tindak tanduk lelaki itu langsung tidak difahaminya. Malah dia sendiri tidak pernah menyangka bahawa lelaki itu akan berpatah semula.

“ Disebabkan awak tak tahu bawa basikal, awak naik sajalah kat belakang.” Nazim memberi tawaran. Wajah Naila langsung tidak dipandang. Naila masih dalam keadaan tercengang.

“ Awak tunggu apa lagi?” Nazim menegur. Naila melangkah ke hadapan. Punggungnya dilabuhkan di belakang Nazim. Namun kedua-dua tangannya langsung tidak dipaut pada pinggang lelaki itu. Nazim meneruskan kayuhan. Secara automatik tubuh Naila terdorong ke belakang. Pada masa yang sama, kedua-dua tangannya terpaksa dipautkan pada pinggang lelaki itu. Nazim tersenyum kecil. Kayuhannya semakin lama semakin dipercepatkan.

Nabil melontar pandangan ke luar tingkap. Hari masih muda. Jam sudah pun menunjukkan 7.10 pagi. Para pelajar yang lain sudah ramai yang menghiasi kaki lima sekolah. Kenderaan yang dinaikinya hanya bergerak mengikut arah tujuan. Nabil tersentap. Pandangannya cuba dijelaskan. Benar. Benar apa yang dilihatnya. Itu Naila. Tapi kenapa? Kepalanya ditoleh ke hadapan. Mengapa? Mengapa ini yang harus dilihatnya?

*****

Fikirannya menerawang ke seluruh pelusuk dunia. Suasana kelas yang riuh rendah langsung tidak diambil peduli. Berita yang diterimanya sebentar tadi semakin mengusutkan fikiran. Mengapa pada masa ini juga Cikgu Yahya dipindahkan ke sekolah lain? Apa yang harus dilakukannya? Haruskah dia melupakan siapa ayah kandungnya sendiri memandangkan hal ini menjadi semakin rumit? Wajahnya diraup lembut. Dia tahu dirinya sedang diperhati sahabat-sahabat baiknya. Namun bukan ini masanya untuk dia berkongsi masalah dan perasaan.

Petir dan guruh saling sabung-menyabung. Hujan renyai-renyai mula membasahi bumi yang hanya sementara. Bunyi loceng yang berdering lantang mengejutkan lamunannya. Keriuhan semakin berganda. Masing-masing mengangkat beg mengorak langkah keluar dari kawasan sekolah. Naila melangkah bangun. Beg sekolahnya disandang menggunakan bahu kanan. Shazia dan Faiqa melangkah menghampiri Naila. Wajah Naila dipandang tepat.

“ Nai.” Faiqa menegur. Bahu gadis itu dipegang lembut.

“ Kau ok ke Nai?” Shazia menyoal. Naila hanya mengukir senyuman kecil. Senyuman yang hanya dipaksa untuk memaniskan roman wajah.

“ Aku balik dulu.” Naila mengorak langkah. Faiqa dan Shazia ditinggalkan dalam keadaan masih tercengang. Kewujudan Nazim di hadapan pintu pagar sekolah langsung tidak diambil peduli. Kakinya hanya melangkah. Melangkah tanpa maya. Nazim mengorak langkah menghampiri Naila. Namun kewujudan lelaki itu langsung tidak disedari.

“ Kau nak balik dengan apa?” Nazim menyoal. Pandangan Naila serta-merta beralih pada lelaki di sisinya. Namun belum sempat dia menjawab soalan yang dikemukakan Nazim, tangan kanannya tiba-tiba sahaja ditarik seseorang. Naila terkejut. Pandangannya serta-merta beralih arah.

“ Biar aku hantar kau.” Nabil bersuara. Tangan Naila ditarik mengikuti langkahnya. Namun langkahnya tiba-tiba sahaja terhenti. Tangan kirinya kini ditarik seseorang. Nazim dipandang tepat. Tetapi sebaliknya lelaki itu lebih bersifat tenang. Keadaan sekeliling tegang. Kedua-dua lelaki disisinya seolah-olah berperang mata.

“ Dia tanggungjawab aku sekarang, Nabil.” Tegas Nazim bersuara walaupun masih ada secebis senyuman yang terukir di wajah lelaki itu.

“ Jika dia tanggungjawab kau, maka dia juga dalam tanggungjawab aku sekarang.” Nabil membalas. Mata mereka saling bertentangan tajam. Naila mengundur dua tiga langkah. Kedua-dua tangannya dilepaskan dari pegangan mereka. Pandangan mereka serta-merta beralih pada Naila. Nafasnya ditarik perlahan-lahan. Matanya langsung tidak diarah pada mereka berdua.

“ Maaf. Baliklah dulu.” Naila mengorak langkah. Walaupun namanya dipanggil berulang-ulang kali, namun panggilan itu langsung tidak dipedulikan.

*****

Jam di tangan dipandang sekilas. Sudah menunjukkan pukul 3.35 minit petang. Naila melangkah bangun. Kakinya melangkah perlahan keluar dari perkarangan sekolah. Hujan yang semakin lebat langsung tidak dipedulikan. Tubuhnya yang basah ditimpa hujan juga tidak diambil peduli. Fikirannya berserabut. Jiwanya terseksa. Kaki hanya melangkah. Lemah tidak bermaya. Air matanya mengalir laju. Namun air mata yang menuruni pipi beriringan mutiara-mutiara jernih dari langit.

Nazim melangkah bangun. Payung yang tersedia di luar rumahnya segera dicapai. Kakinya melangkah laju keluar dari perkarangan rumah. Hatinya dihimpit kerisauan. Walaupun dia tahu sepupunya, Nazira bakal menyinggah di rumah sebentar lagi, namun Naila lebih penting. Keselamatan gadis itu lebih penting dari segala-galanya.

Hujan yang membasahi seluruh tubuh seolah-olah menjadi peneman menghadapi segala masalahnya. Keadaan sekeliling yang sudah mula berpinar-pinar tidak dipedulikan. Kakinya masih terus melangkah walaupun dia sendiri mengetahui dia bakal rebah sebentar lagi. Seluruh tubuhnya lemah. Pandangannya gelap. Mutiara-mutiara jernih dari langit semakin lebat membasahi bumi. Naila rebah di kaki bumi. Tubuhnya disambar seseorang. Namun dia sendiri tidak mengetahui siapakah gerangannya,

Nazim terpana. Insiden di hadapannya hanya dipandang tepat. Nabil. Pasti lelaki itu yang berada di samping Naila di saat gadis itu memerlukan pertolongan. Mengapa bukan dia? Hatinya sakit. Dia berpatah balik semula. Payung di tangannya dilempar ke tepi. Dalam masa yang singkat sahaja, seluruh tubuhnya basah ditangisi hujan. Hatinya hancur.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak naila ngan nabil hehehe...sblm just silent reader

penulis berkata...

assalamualaikum..
hehe..thanks for the comment..
naila dgn siapa ye?