3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 14 Januari 2010

cinta sunbae 7

“ Masuklah dulu. Abang ada hal sikit. Mungkin malam nanti baru abang balik.”

Isya sekadar mengangguk. Kakinya terus diatur masuk ke dalam rumah. Sementara kereta Myvi hijau milik Aiman meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah. Pintu rumah dibuka. Tiada seorang pun di rumah. Sunyi sepi. Walaupun perasaan agak hairan mula muncul di benak fikiran, namun dia hanya berdiam diri. Emosinya telah pun terganggu dengan peristiwa yang berlaku sebentar tadi.

Dia melangkah naik ke bilik. Punggungnya dilabuhkan di birai katil seraya tudungnya dibuka dari terus menutupi kepalanya. Keluahn berat dilepaskan. Bayangan cinta pertamanya mula muncul dilayar mata. Perubahan wajah Fitri apabila mendapat tahu bahawa kononnya dia sudah bertunang memang benar-benar tidak dapat dilupakan.

Isya tersentak. Bunyi panggilan telefon dari dalam poketnya jelas kedengaran. Poket seluarnya diseluk seraya sebuah telefon bimbit dikeluarkan. Pada masa yang sama, tertera perkataan ‘ Kirah ‘ di skrin. Panggilannya segera diangkat.

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam. Isya!!”

“ Ya Allah. Apa kau ni? Cuba la cakap slow sikit.”

“ Ok. Sya, i have a good news for you. Nak tahu?”

“ Apa?”

“ Kau tahu Amirul Hakimi kan?”

“ Amirul Hakimi mana pulak ni? Kau tengah cakap pasal siapa sebenarnya ni?”

“ Haishh!! Takkan Hakimi pun kau tak tahu? Hae-Min!!”

“ Kirah, aku mana la tahu siapa yang kau sebut tu. Hae-Min siapa? Hakimi pulak siapa?”

“ Ok, kau dengar sini. Hae-Min dengan Hakimi tu orang yang sama. Hakimi dah tinggal kat Korea sejak umur dia 16 tahun. Dan sekarang dia nama dia dah bertukar pada Hae-Min. Faham?”

“ Ok,, aku faham. Tapi apa kena-mengena dengan aku? Aku langsung tak kenal dia.”

“ Apa, Sya? Kau tak kenal dia? Kau tak ikuti perkembangan dunia artis ke? Dia tu famous kau tahu tak?”

“ Tak tahu.”

“ Ni yang aku geram ni! Straight to the point. Aku nak ajak kau daftarkan nama untuk jadi salah seorang dari ahli fan club dia.”

“ Aku? Asal aku pulak ni? Tak naklah! Aku langsung tak berminat. Buang masa aku sajalah!”

“ Ala, Sya. Temanlah aku. Aku tak ada siapa-siapa nak diajak berborak nanti. Lagipun dengar kata Hae-Min pun akan datang jugak. Bolehlah Isya.” Bersungguh-sungguh Syakirah merayu.

“ Kalau setakat aku teman tu bolehlah. Tapi aku tak nak ambil bahagian jadi ahli fan club dia tu.”

“ Ok. Kalau macam tu, kau datang Mall hari ni. Pukul 8.30 malam.”

“ La. Hari ni ke? Aku ingatkan lambat lagi.”

“ Of course la hari ni. Kau jangan nak tarik persetujuan kau pulak. Aku merajuk nanti.”

“ Iyala. Tepat pukul 8.30 aku tunggu kau depan Mall. Kau jangan lewat pulak. Lewat seminit pun, aku balik terus.”

“ Yes madam! Jumpa di sana, baby! Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.” Talian dimatikan. Tubuhnya terus dihempas di katil. Siling biliknya dipandang. Mahu tidak mahu dia terpaksa menaiki bas untuk ke sana nanti. Jam di telefon bimbitnya dikunci pada angka 7 pm. Disebabkan uzur, dia lebih suka melelapkan mata dari termenung sendiri.

*****

Kereta Myvi miliknya diparking di hadapan restaurant. Papan tanda CLOSE di hadapan pintu kedainya membuatkan dia sedikit berasa hairan. Pintu restaurant ditolak masuk. Sekali lagi dia terkejut. Kenapa abang dan kakaknya turut berada di sini? Maknanya hanya Isya saja yang berada di rumah.

“ Along dengan Angah pun ada sekali ke? Apa yang penting sangat, ma?”

Aiman menyoal sebelum punggungnya dilabuhkan di sebelah Iman. Puan Samia membisu buat sementara. Akram dan Iman kiut tertanya-tanya. Sebelum ini mereka juga diberitahu mama mereka untuk menemui dia di sini. Seperti ada sesuatu yang ingin dirungkaikan.

“ Ada apa-apa masalah ke mama?” Iman bersuara. Wajah Puan Samia yang duduk bertentangan dengannya dipandang tepat.

“ Ada masalah kewangan? Kalau itu, insyaallah Along boleh uruskan.” Akram pula mencelah. Sebaliknya wajah Puan Samia menyimpan seribu kali perasaan berat hati.

“ Bukan masalah kewangan. Tapi mengenai Adik.”

“ Adik?” Tiga suara bersatu.

“ Kenapa dengan Adik ma?” Perasaan ingin tahu mula membuak-buak di hati Aiman. Apatah lagi apabila topik mengenai adiknya yang ingin dibincangkan.

Puan Samia mengeluarkan surat yang seolah-olahnya seperti beberapa helai dokumen dari sampul surat. Beberapa helai kertas yang telah pun disatukan diletakkan di atas meja. Ketiga-tiga mereka hanya memandang dengan penuh tanda tanya.

“ Itu surat wasiat papa kamu.”

“ Wasiat?” Iman benar-benar kelihatan terkejut. Mengapa pula baru sekarang ini wasiat itu diberitahu kewujudannya?

“ Kamu masih ingat Uncle Nazrul?” Ketiga-tiga mereka mengangguk.

“ Uncle Nazrul kawan baik papa. Tapi apa kena-mengena dengan dia?” Akram menyoal.

“ Ada baiknya kalau kamu sendiri yang baca wasiat tu.” Selesai Puan Samia berbicara, kertas yang beberentuk dokumen segera dicapai mereka. Puan Samia hanya berdiam diri. Jelas sekali wajahnya yang kelihatan sembap. Masih juga ounya kesan air mata di tepi mata. Namun tiada sesiapa yang menyedari.

“ Kenapa boleh jadi macam ni. ma? Kenapa baru sekarang?” Tegas Aiman menyoal. Iman dan Akram masih membisu walaupun wajah mereka jelas kelihatan agak terkejut.

“ Mama pun tak sangka semua ni. Dua hari yang lepas baru Mama dapat tahu dari peguam papa.”

“ Ma, mana boleh Adik dikahwinkan dalam usia semuda sekarang. Sekurang-kurang bila dia dah tahu jaga diri. Macam mana Papa boleh buat keputusan macam ni, Ma?” Iman membantah. Bukan saja Iman. Akram dan Aiman turut menunjukkan wajah kurang bersetuju.

“ Tak baik Angah kata macam tu. Itu wasiat, Angah pun tahu yang setiap wasiat yang dipinta harus ditunaikan.” Serius wajah Puan Samia walaupun dia sendiri juga tidak dapat menerima.

“ Jadi mama minta kami bertiga datang sini untuk apa? Along pun tak setuju dengan wasiat ni, Ma. Kenapa adik? Malah tahun ni juga dia perlu dikahwinkan. Takkan papa tak tahu yang adik baru Form 5 tahun ni?”

“ Kamu ingat papa kamu ambil kisah ke mengenai status umur Adik? Dia langsung tak fikirkan orang lain. Hanya diri sendiri. Disebabkan ingin melangsaikan hutang, Adik jadi taruhan.”

“ Apa maksud mama?” Aiman menyoal. Puan Samia mengeluh.

“ 8 tahun yang lalu, syarikat papa kamu muflis. Kamu semua pun dah tahu pasal tu. Akibat dari tu, papa kamu berhutang sebanyak Rm 800,000.00. Mahu tak mahu, papa kamu terpaksa pinjam wang dari Uncle Nazrul untuk jelaskan hutang tu. Tapi bersyarat. Dan syaratnya ialah Adik dikahwinkan dengan anak tunggal dia pada tahun ini. Sebab anak tunggal dia sekarang dah berumur 23 tahun.”

“ Macam mana mama boleh tahu semua ni?” Serius Akram bertanya.

“ Dari peguam papa kamu.” Akram terdiam.

“ Apa akibatnya kalau kita langgar perjanjian ni?” Aiman meletakkan kembali dokumen yang dipegangnya ke atas meja.

“ Wang sebanyak Rm 800,000.00 kita terpaksa bayar dalam masa 1 tahun.”

“ Apa? 1 tahun, Ma?” Tiga suara bergabung. Masing-masing menunjukkan wajah terkejut yang teramat sangat.

“ Mana nak cari duit sebanyak tu dalam masa 1 tahun?” Masing-masing mengerah fikiran.

“ Kita tak boleh korbankan Adik, Ma. Dan dia tak boleh tahu pasal hal ni. Kalau dia dapat tahu, lain jadinya, Ma.” Suara risau mula kedengaran di bibir Iman.

“ Mama tahu. Adik mesti akan setuju kalau itu menyusahkan kita.”

“ Ma. Apa kata biar Am batalkan niat sambung study kat U? Biar Am cari kerja saja.”

“ Am! Kamu jangan pernah fikir macam tu. Walau apa pun yang terjadi, Mama tak nak kamu batalkan niat kamu tu. Dah bertungkus lumus kamu berusaha sampai dapat keputusan yang cemerlang macam ni, senang-senang saja kamu nak batalkan niat kamu! Mama tak izinkan!”

“ Tapi ma……”

“ Sudah! Mama tak nak dengar lagi! Jangan kamu berani lagi sebut pasal ni!” Suasana sunyi sepi seketika. Masing-masing tidak berani bersuara.

“ Walau apapun, kita tak boleh serahkan Adik. Tahun ni juga Mama akan cuba kumpulkan duit sebanyak tu.”

“ Macam mana nak kumpul, Ma? Gaji Along RM 10,000 sebulan. Setahun baru RM 120,000. Baki lagi RM 680,000 nak cari mana?”

“ Mama pun tak tahu lagi, Akram. Mama tak boleh fikir apa-apa lagi buat masa sekarang ni. Fikiran Mama buntu.” Dahinya dipicit-picit.

“ Ma.” Puan Samia memandang ke arah Aiman.

“ Anak Uncle Nazrul. Mama kenal dia?”

“ Ni gambar dia. Tapi Mama tak kenal siapa dia.” Sekeping gambar diletakkan atas meja. Sekelip mata saja, gambar tersebut sudah pun berada di tangan Iman.

“ Dia??????”

*****

Matanya meliar memerhati disekelilling tempat. Kelibat seorang gadis yang sedang melambai-lambai ke arahnya dibalas dengan senyuman. Perlahan kakinya diatur menghampiri seorang gadis yang masih setia berdiri dihadapan Mall. Berdiri saja dia dihadapan gadis itu, tangan kanannya pantas dipaut. Kakinya mereka perlahan mengatur langkah masuk ke dalam Mall.

“ Awal kau datang.” Nada suara yang berunsur perli kedengaran dari peti suara Syakirah.

“ Kau jugak yang suruh aku datang tepat pukul 8.30. Sekarang ni memang tepat pukul 8.30 kan?”

“ Kau ni memang lurus bendul betul la, Sya. Sekurang-kurangnya kau datang la 10 minit lebih awal ke, 5 minit lebih awal ke. Tak boleh ke?”

“ Kau tak suruh datang lebih awal pun.”

“ Hah! Sabar sajalah, Kirah. Nak buat macam mana kan, kau dah dapat kawan macam ni.” Syakirah bercakap dengan dirinya sendiri.

“ Aku nak balik la.” Baru saja dia ingin berpusing, lengannya sudah pun ditarik gadis di sisinya.

“ Ok ok. Kau la kawan paling baik yang pernah aku jumpa. Sanggup teman aku malam-malam macam ni. Susah betul nak dapat kawan macam kau ni. Puas hati?”

“ Belum puas. Lagi?”

“ Oh, lemak la kalau macam ni. Nak puji lebih-lebih pulak!” Isya ketawa kecil. Wajah Syakirah mula berubah. Namun disebabkan keceriaan di wajah Isya, dia mula tersenyum.

“ Ya Allah! Ramainya manusia. Kau nak minta autograph ke nak sign up untuk fans club?”

“ Dua-dua.” Tanpa memandang Isya, dia menjawab. Matanya meliar memerhati keadaan sekeliling.

“ Ha??”

“ Sya. Aku nak pergi sign up dulu. Kau tak nak kan? So, kau tunggu kat sini. Jangan pergi mana-mana tau! Setapak pun kau jangan beralih.” Tanpa menunggu maklum balas dari Isya, dia sudah pun melangkah pergi. Isya mengeluh. Kenapalah kawan dia seorang ni terlalu fanatik sangat dengan artis tu? Pada dia pula, dia langsung tidak berminat, Sedangkan wajah artis itu pun dia tak pernah lihat.

Hampir 30 minit dia terpacak di hadapan orang ramai. Masing-masing beratur panjang untuk menjadi sebahagian dari ahli kelab peminat. Itu belum lagi datangnya seorang insan yang digilai ramai itu. Entah apa yang menarik minat mereka mengenai lelaki itu pun dia tidak tahu. Tetapi kebanyakkannya pasti disebabkan rupa.

Lain pula pada pendapatnya. Jika diberi pilihan antara hati yang tulus dan wajah yang benar-benar boleh dianggap good-looking, hati yang tulus lebih menjadi pilihannya. Setiap manusia pasti akan tua. Walaupun pada masa sekarang ini, dia mungkin kacak, tapi apabila tua nanti tidak ubah juga seperti seorang datuk. Bahagiakah menjadi seorang artis? Artis juga manusia. Seperti manusia lain juga. Perlukan udara, perlukan makanan, ada kelemahan, ada kelebihan, ada perasaan macam manusia lain juga. Jadi, perlukah memuja mereka berlebihan berbanding pencipta kita sendiri?

Dia kelihatan gelisah. Kakinya mula berasa lenguh. Mana tidaknya. Hampir 30 minit dia berdiri di tempat yang sama. Panjang barisan yang boelh dianggarkan mempunyai hampir 50 orang membuatkan dia berasa lelah. Dia melangkah perlahan meninggalkan tempat tersebut untuk sementara waktu. Dengan harapan dia dapat mencari kerusi untuk merehatkan kaki buat seketika. Kakinya diarah ke hujung Mall. Hampir kesemua kerusi telah pun diduduki. Bayangan pintu yang berada di hujung Mall menarik minatnya. Tanpa membuang masa, kakinya diarah menuju ke arah tersebut.

Pintu tersebut dibuka. Pada masa yang sama juga, pintu tersebut ditolak oleh seseorang dari dalam. Dia terkejut. Wajah seorang lelaki yang kemas berpakaian kot dipandang tepat. Beberapa orang pengawal yang berdiri dibelakang lelaki tersebut turut dipandang. Tetapi pandangannya hanyalah pandangan hairan. Siapa dia? Kenapa wajah dia seperti pernah dilihat sebelum ni? Seperti baru dilihat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bestla cite ni..smbg lagi yee...