3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Sabtu, 6 Mac 2010

3+1+39

Matanya dibuka perlahan-lahan. Siling bilik dipandang. Bukan. Ini bukan rumahnya. Segala yang telah terjadi bukan mimpi. Sebaliknya ia realiti. Dia kini sedang menumpang dirumah orang. Seseorang yang dikenalinya. Mengapa? Mengapa ini bukan hanya sekadar mimpi buruk? Mimpi buruk yang turut lenyap apabila mata dibuka? Mahu tidak mahu, kenyataan ini harus diterima. Dia hanya tinggal sebatang kara. Walaupun dia punya seorang ayah kandung, tetapi haruskah dia mengakuinya? Walaupun dia punya seorang ayah tiri, tetapi haruskah dia terus mengharap padanya?

Naila melangkah bangun dari terus berbaring di atas katil. Punggung dilabuhkan di sisi katil. Kedua-dua matanya digosok perlahan. Beg yang dibawanya kelmarin dipandang lama. Sudah tiba masanya untuk dia mengenal erti kehidupan. Zip begnya dibuka. Segala peralatan mandi dikeluarkan. Dia bernasib baik. Kewujudan bilik air di dalam bilik memudahkannya untuk membersihkan diri tanpa wujudnya perasaan malu dihadapan keluarga Nazim. Kakinya melangkah perlahan memasuki bilik air yang sudah pun tersedia demi kemudahan penghuninya.

Nazim melangkah keluar dari bilik. Bilik Naila dipandang sekilas. Dia sendiri tidak tahu sama ada gadis itu sudah terjaga dari buaian mimpi atau masih lagi berada di ayunan mimpi-mimpi indah. Dia melangkah turun ke tingkat bawah. Di ruang tamu. Di mana tersedianya beberapa jenis makanan untuk diisi sebagai sarapan pagi. Kelibat papa dan mamanya sudah pun kelihatan di ruang makan. Hatinya sedikit gentar. Gentar kalau-kalau papanya membantah dengan apa yang telah dilakukannya. Kerusi di meja makan ditarik seraya punggungnya dilabuhkan di situ.

Encik Rahman kelihatan khusyuk membaca setiap patah perkataan yang tertera di dada akhbar. Mama Nazim pula lebih senang untuk melayan suami dan anaknya menjamah sarapan pagi. Tindakan yang dilakukan Nazim sudah pun diberitahu pada Encik Rahman. Tuah menyebelahi Nazim kerana tiada kata bantahan yang keluar dari mulut lelaki separuh usia itu. Walaupun lelaki itu tidak tahu siapakah gadis yang dimaksudkan isterinya, namun baginya tiada salah jika membantu manusia yang berada dalam kesusahan. Bukankah itu tanggungjawab bagi setiap manusia?

“ Papa dengar kawan kamu tumpang tinggal di sini buat sementara waktu. Mana dia?”

Teguran Encik Rahman membuatkan anak muda itu sedikit tersentak. Wajah mamanya dipandang sekilas. Penuh dengan tanda tanya. Sebaliknya wanita itu hanya memberikan jawapan dengan senyuman dan anggukan. Nafasnya dihembus tanda lega. Masalahnya kini selesai. Dia tidak perlu lagi berasa rungsing untuk menghadapi setiap soalan yang bakal lahir dari bibir papanya.

“ Papa tanya kamu ni.”

“ Huh? Hmm. Dia masih ada dalam bilik agaknya.” Kelat dia menjawab soalan yang dikemukakan Encik Rahman.

“ Kamu panggil dia turun. Sarapan.”

Arahan yang diberikan Encik Rahman hanya dijawab dengan anggukan. Nazim melangkah naik ke bilik Naila. Tombol pintu bilik Naila dipulas perlahan. Namun belum sempat untuk dia menolak masuk ke dalam, pintu tersebut sudah pun terlebih dahulu ditolak keluar. Dia terkejut. Naila ikut terkejut. Dadanya diurut perlahan diikuti dengan pernafasan yang semakin surut kedengaran. Masing-masing saling berpandangan buat sementara walaupun tiada sepatah kata yang keluar dari bibir.

“ Ada apa? Awak nak jumpa saya ke?” Naila menyoal.

“ Taklah. Saya nak jumpa bantal dalam bilik awak tu.” Nazim sengaja menjengul-jengulkan kepalanya di dalam bilik Naila.

“ Lawak ke?” Sekali lagi Naila menyoal. Tetapi kali ini wajah tidak berperasaan ikut sama disertakan. Nazim berdehem berulang-ulang kali. Cuba untuk menutupi kesalahannya.

“ Pergi turun sarapan.”

Nazim melangkah meninggalkan Naila. Namun baru sahaja dua langkah ke hadapan, namanya tiba-tiba saja dipanggil. Kepalanya ditoleh ke belakang. Naila mendekatinya. Wajah lelaki itu dipandang. Tanpa membuang masa, tangan kanan lelaki itu dicapai. Seraya itu juga, sekeping kertas yang dijumpai di hadapan pintu sebentar tadi diberikan pada Nazim. Wajah Naila dipandang. Dia sendiri tidak tahu apakah yang diberikan gadis itu padanya. Kertas yang dilekatkan di hadapan pintu gadis itu malam semalam ikut sama dilupakan.

“ Terima kasih kerana ingatkan saya.”

Naila berlalu pergi. Namun Nazim masih lagi berada dalam keadaan tercengang. Pemergian Naila ke tingkat bawah dipandang dengan penuh tanda tanya. Sekeping kertas yang berada di tangannya dibuka.

Awak rasa awak ni berani sangat ke? Lain kali bila terasa nak tidur, kunci pintu! Faham??!!’

Dia mencebik. Kini baru dia tahu mengapa secara tiba-tiba sahaja gadis itu seolah-olah menyindirnya. Peringatan yang diberikan pada gadis itu malam semalam kembali semula difikiran. Dia ikut melangkah turun ke ruang makan. Naila melangkah perlahan menghampiri Encik Rahman serta isterinya. Perasaan gemuruh mula bermain di hati. Kedua-dua belah tangannya mula berasa sejuk.

“ Mak cik.” Tangan kanan mama Nazim disalami. Senyuman cuba diukir walaupun masih terselit perasaan kekok di hati. Wajah Encik Rahman dan isterinya dipandang silih berganti. Dahinya berkerut. Mengapa pasangan suami isteri ini memandangnya dengan pandangan pelik? Ada sesuatu yang tidak kenakah? Ataupun di wajahnya kini terlekat sesuatu. Naila mula berasa semakin kekok.

Nazim melabuhkan punggung di kerusi yang berhadapan meja makan. Situasi yang berada di hadapannya kini turut dipandang dengan perasaan pelik. Wajah Naila dipandang walaupun gadis itu langsung tidak menyedarinya. Dia tahu. Kini gadis itu mula berasa semakin kekok dengan situasi yang berlaku. Apatah lagi apabila dia dipandang sedemikian oleh pasangan suami isteri dihadapannya. Matanya kini beralih pada papa dan mamanya.

“ Ma. Kenapa pandang Naila macam tu? Ada apa yang tak kena ke?” Nazim cuba untuk mematikan situasi pelik yang sedang berlaku kini.

“ Nama kamu Naila?” Encik Rahman tiba-tiba menyoal. Seperti tersirat sesuatu di hatinya. Mungkin juga persoalan yang sama turut berada di hati isterinya kini.

“ Ya, Pak Cik. Ada apa-apa yang tak kena ke, Mak Cik?” Perasaan gemuruh kian bertambah di hati Naila.

“ Kamu anak perempuan Tuan Syazman?” Sekali lagi Encik Rahman menyoal.

“ Itu dulu, Pak Cik.” Serta-merta wajah Naila berubah. Encik Rahman ikut terdiam.

“ Jadi betullah kamu Naila?” Kini mama Nazim pula menyoal. Naila hanya mengangguk perlahan. Pantas kerusi di hadapan meja makan ditarik.

“ Kamu duduklah dulu.” Arahan yang diberikan oleh isteri Encik Rahman dipatuhi tanpa banyak bicara.

“ Naila. Mungkin kamu dah tak ingat Mak Cik. Mak Cik pernah jaga kamu. Kalau tak salah Mak Cik, masa tu kamu baru………. 2 tahun.”

Naila hanya membisu. Ingatan tentang wanita di hadapannya cuba diraih. Namun segalanya hanya sia-sia belaka. Nazim hanya menunjukkan wajah tercengang. Tetapi kata-kata mamanya seperti benar kerana Tuan Syazman juga mengenali papanya.

“ Naila.” Nazim memanggil. Naila mengalihkan pandangannya pada lelaki di hadapannya.

“ Awak ingat tak. Papa awak pernah beritahu saya yang dia mengenali papa saya. Malah disebabkan malam yang dah lewat, papa awak telefon papa saya untuk dapatkan keizinan saya tidur di rumah awak. Ingat lagi?” Giliran Nazim menyoal.

“ Kenapa awak tanya saya? Bukankah masa tu saya dah tidur?”

“ Asal awak kuat tidur sangat ha??” Nazim merengus kasar. Naila mengetap bibir tanda geram. Nazim dipandang tajam. Mahu saja dia melawan setiap kata-kata lelaki itu. Namun kedua-dua orang tua yang berada dengannya sekarang haruslah dihormati.

“ Nazim! Kenapa biadap sangat ni?” Encik Rahman menegur. Nazim terdiam. Naila curi-curi tersenyum.

*****

Bagasinya diangkat. Tidak banyak barang yang dibawanya. Selebihnya sengaja ditinggalkan di sini. Seluruh biliknya dipandang hiba. Walaupun hanya dua minggu sahaja dia menginap di bilik ini, namun perasaan berat hati untuk meninggalkan perkarangan sudah pun berkesan di hati. Bunyi deringan telefon bimbit yang menandakan penerimaan pesanan ringkas sedikit mengejutkannya. Poket seluarnya diseluk. Pesanan ringkas yang datangnya dari Faruq.

Aku dah ada depan rumah kau.’

Telefon bimbitnya dimasukkan semula ke dalam poket seluar. Pada masa yang sama, jam di skrin telefon bimbit sempat dipandang sekilas. Jam sudah pun menunjukkan 8 malam. Faiqa melangkah turun ke ruang tamu. Dato’ Yahya dan Puan Marlia sudah pun berada di ruang rehat. Dia tahu. Mamanya benar-benar keberatan untuk melepaskan dia pergi. Dia juga begitu. Dia juga tidak mahu berjauhan dari kedua-dua orang tuanya. Namun, apakan daya. Masing-masing mempunyai tugas untuk diselesaikan. Faiqa berjalan perlahan menghampiri Dato’ Yahya dan Puan Marlia.

“ Mama.” Sayu kedengaran suara Faiqa memanggil. Matanya memandang tepat pada wajah separuh usia milik Puan Marlia. Wanita yang bergelar mama pada Faiqa segera melangkah bangun dari keempukan sofa. Wajah anak tunggalnya dipandang dengan penuh perasaan hiba. Mereka terpaksa berjauhan untuk beberapa tahun. Entah bila mereka akan bertemu semula, tiada sesiapa yang tahu. Wajah anak kesayangannya dibelai lembut. Air mata mula berlinangan. Dato’ Yahya hanya bertindak sebagai pemerhati.

“ Ma. Kawan Fai dah sampai.” Puan Marlia mengangguk berulang-ulang kali.

“ Pergilah Faiqa. Ingat pesan Mama. Jaga diri baik-baik.”

Faiqa hanya mengangguk. Pipinya mula terasa panas. Perlahan-lahan air matanya mengalir menuruni pipi. Tubuh Puan Marlia pantas dipeluk erat. Kedua-dua tangisan bertemu.

“ Ma. Maafkan Faiqa. Faiqa janji dengan Mama, Faiqa akan balik sini semula. Faiqa takkan tinggalkan Mama dan Papa sendirian.” Suara gadis itu kedengaran sayu beserta tangisan. Tubuh Puan Marlia ditolak lembut dari pelukan. Tangan wanita separuh usia itu dicapai lalu dikucup berulang-ulang kali.

“ Ma. Faiqa janji. Bila Faiqa balik sini semula, Faiqa takkan tinggalkan Mama dan Papa lagi. Faiqa akan jaga Mama dan Papa sehingga nafas terakhir Faiqa. Faiqa pegang janji tu, Ma.”

Puan Marlia mengangguk dalam keadaan air mata yang masih mengalir laju menuruni pipi. Air mata yang mengalir di pipi anak gadisnya disapu lembut. Terasa kasih sayang dan belaian seorang ibu. Sungguh bermakna. Rambut Faiqa dibelai lembut.

“ Pergilah Faiqa. Mama maafkan segala kesalahan kamu. Pergi cepat sebelum penerbangan terlepas.” Faiqa mengangguk, Dia melangkah perlahan menghampiri Dato’ Yahya.

“ Papa.” Dato’ Yahya mengalihkan kepalanya memandang Faiqa. Pantas tangannya disalami Faiqa.

“ Pa. Maafkan Faiqa, Pa.” Dato’ Yahya hanya tersenyum. Kepala anak gadis di hadapannya dipegang.

“ Pergilah, Faiqa. Kamu tak pernah buat salah pada Papa. Kalau ada sekali pun, Papa maafkan. Pergilah.” Faiqa mengangguk. Bagasinya diangkat. Kakinya melangkah perlahan ke pintu utama. Kelibat seorang lelaki yang sedang berjalan menghampirinya hanya dipandang.

“ Faruq.” Lelaki itu tersenyum. Bagasi yang berada pada tangan Faiqa sebentar tadi kini bertukar tangan. Tanpa sepatah kata. lelaki itu melangkah laju ke teksi yang sudah pun menunggu. Bagasi di tangannya dimasukkan ke bahagian belakang kereta. Dia kini berjalan semula menghampiri Faiqa. Senyuman sengaja diukir untuk menguat semangat gadis itu.

“ Kau tunggu dalam kereta dulu. Sekejap lagi aku datang.” Faruq melangkah setapak dua. Namun tangan kanannya tiba-tiba sahaja ditarik Faiqa. Wajah lelaki dipandang dengan penuh tanda tanya.

“ Kau nak buat apa?” Faruq tersenyum. Dia tahu. Perasaan risau pasti sedang bermain di hati gadis itu.

“ Kau jangan risau. Ada sesuatu yang perlu aku nyatakan pada papa dan mama kau.” Faiqa terdiam. Wajahnya semakin menunjukkan kerisauan. Sekali lagi Faruq tersenyum. Tangan kanan Faiqa dipegang erat. Mata gadis itu dipandang tepat.

“ Percayakan aku, Fai.” Wajah lelaki di hadapannya dipandang lama. Seketika kemudian barulah dia mengangguk. Pegangan tangan dilepaskan. Faiqa menapak perlahan menghampiri sebuah teksi yang sedang menunggu. Sebaliknya Faruq melangkah masuk ke perkarangan rumah Faiqa. Apakah kenyataan yang ingin disampaikan pada Dato’ Yahya dan Puan Marlia, dia sendiri tidak tahu.

4 ulasan:

penulis berkata...

assaamualaikum..
new n3..[just comment]

beela berkata...

best2..smbg lagi..urm by the way npe tak letak chatbox??kan lagi sng??

keSENGALan teserlah.. berkata...

nk lagik..!

penulis berkata...

chatbox sudah dimuat turunkan..
terima kasih atas cadangan anda..