3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Sabtu, 4 September 2010

cinta sunbae 10

Pintu bilik Isya diketuk berulang-ulang kali. Selang beberapa saat, pintu bilik dibuka dari dalam. Isya yang sudah pun berpakaian sekolah dengan kemas jelas kelihatan. Aiman tersenyum.

“ Tak nak pergi sekolah lagi ke? Dah nak dekat pukul 7 ni.”

“ Nak pergi la ni. Adik tunggu Along.”

“ Hari ni dan hari-hari seterusnya sebelum Abang masuk Universiti, Abang Am yang hantarkan. Bila Abang Am dah tak ada, baru Along ambil peranan, ok? Sekarang ni bersiap cepat. Abang tunggu bawah.”

Aiman menapak pergi, Isya berdiam diri buat sementara. Cara dan kelakuan Aiman kini seperti arwah abangnya. Wajah arwah abangnya kembali di layar mata. Rindu kian mencengkam hati.

“ Astafirullah.”

Mukanya ditekup. Ingatannya tentang arwah abangnya dileraikan. Dia tidak mahu lagi meratapi dan menyalahkan takdir disebabkan pemergian abangnya. Mungkin inilah suratan. Suratan takdir yang dia perlu akui bahawa mempunyai hikmah disebaliknya. Kini tahun baru. Sudah masanya untuk dia memulakan kehidupan baru. Kesedihan yang sudah hidup dalam dirinya hampir setahun perlu dibuang jauh-jauh dari hatinya. Pasti. Inilah permulaan hidup. Dan mungkin juga segala-galanya akan berubah.

Isya melangkah turun. Beg sekolah berwarna hitam hanya digalas menggunakan bahu kanan. Disebabkan hari ini adalah hari pertama dia bergelar pelajar tingkatan lima, masih tiada buku yang boleh dibawa. Dia sudah pun menapak diluar rumah. Ibunya sudah pun berada di restoran. Iman masih lagi dibuai mimpi dan mungkin sudah pun berada di Itali sekarang. Akram juga seperti ibunya. Mungkin kini dia sudah pun berada di pejabat. Tubuhnya diboloskan dalam perut kereta Mvyi milik Aiman.

*****

Loceng yang menandakan tamatnya sesi persekolahan berbunyi nyaring. Dalam sekelip mata sahaja, bunyi hingar di kawasan sekolah mula kedengaran. Isya mengeliat. Kedua-dua tangannya dilunjurkan di atas meja. Dagunya pula ditongkatkan di atas meja. Keluhan penat dilepaskan. Matanya dipejam.

“ Wei, Isya! Bangunlah! Kau nak tidur apa lagi?” Bahu Isya digoncang kuat oleh Syakirah. Isya mengeluh.

“ Janganlah kacau aku, wei. Bagilah aku tidur kejap.” Isya merungut. Matanya masih lagi tidak dibuka. Keadaannya masih seperti tadi.

“ Kejap kepala otak kau! Sepanjang hari ni kau asyik buat tahi mata, tu pun tak cukup lagi ke? Siap keluar air liur basi lagi.” Leteran dari Syakirah langsung tidak diendahkan. Syakirah mula berang. Bahu gadis di sisinya digoncang semakin kuat.

“ Bangunlah, wei!” Isya hanya membatukan diri. Sebaliknya, Syakirah hanya mampu melepaskan keluhan berat.

“ Isya, Fitri.”

“ Mana? Mana?” Dalam keadaan kelam-kabut, Isya mengangkat muka. Lehernya dipanjangkan untuk mencari kelibat lelaki itu. Namun, bayang-bayang pemuda itu langsung tidak kelihatan. Pandangan matanya beralih pada Syakirah. Perubahan wajah sahabatnya membuatkan wajahnya terus berubah. Isya melarikan pandangan ke arah lain.

“ Kau bohong aku ke Isya?” Syakirah menyoal serius.

“ Hmm… Bohong apa?” Soalan dibalas solana. tetapi, wajah sahabatnya masih tidak dipandang.

“ Kau masih sukakan dia kan. Isya?” Soalan sensitif yang dikemukakan oleh Syakirah sekali lagi membuatkan wajah Isya berubah. Namun, soalan dari gadis itu tidak dijawab.

“ Aku tanya kau ni, Isya.” Isya memekakkan telinga. Buku-buku yang diletakkan di dalam laci meja segera dimasukkan ke dalam beg sekolahnya. Selesai saja. beg sekolahnya disandang dengan hanya menggunakan bahu kanan. Dia berdiri.

“ Aku balik dulu.” Kata-kata diucap tanpa memandang wajah sahabatnya. Dia mengatur langkah untuk keluar dari kelas. Tetapi langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil.

“ Sampai bila kau nak bohong dengan diri kau sendiri, Isya?” Sekali lagi Syakirah menyoal. Isya meneruskan langkahan. Soalan dari Syakirah masih tidak dijawab. Syakirah terduduk di kerusi. Keluhan berat seraya dilepaskan.

*****

Fitri mengatur langkah. Mengikuti langkah Isya dari arah yang selari tanpa pengetahuan gadis itu. Jarak antara mereka dikekalkan dengan jarak yang agak jauh. Hatinya berbicara. Dari raut wajah gadis itu, jelas kelihatan bahawa gadis itu punya masalah yang tersendiri. Dia ikut bermuram. Kesedihan yang jelas terpamer dari wajah gadis itu, sedikit sebanyak membuatkan hatinya turut sakit. Keluhan berat dilepaskan. Andai masa dapat menginjak kembali. Pastinya pada saat ini, gadis itu berada di sisinya.

Syakirah melangkah laju. Apabila jarak antara dia dan Isya semakin dekat, langkahannya menjadi semakin laju. Tangan kirinya memeluk bahu Isya. Sepantas itu juga, Isya mengalih pandangan pada gadis di sebelahnya.

“ Teman aku pergi Mall.” Syakirah bersuara sambil disertai senyuman di bibirnya.

“ Bila?” Akhirnya Isya menyoal.

“ Hari ni.”

“ Ha? Kau nak buat apa lagi ni? Baru je semalam kita pergi kan?” Syakirah tersengih.

“ Kau jangan nak kata kau nak ambik autograf mamat tu lagi.” Wajah Isya mula berubah. Syakirah ketawa.

“ Taklah. Kau ni, Isya. Takut sangat dengan dia.”

“ Takut? Please…..”

“ Habis tu? Anti?” Soalan dikemukakan.

“ Yang kau minat dia sangat kenapa? Muka nak kata handsome, pengemis kat tepi jalan lagi cute. Nak kata suara sedap, aku rasa… anjing menyalak dua kali ganda merdu lagi. Kalau perangai pulak……..”

“ Agak-agaklah kalau nak mengutuk. Mengutuk depan aku pulak tu. Too much, ok!” Syakirah membentak. Sebaliknya, Isya hanya menunjukkan muka tidak bersalah.

“ Aku cakap benda betul.” Isya turut tidak mahu kalah.

“ Benda betul apanya? Rupa paras 100% handsome. Suara 100% nice. Perangai pulak…….”

“ Dah kau suka dia, semua bendalah kau puji dia.”

“ Kau mana boleh macam ni, Isya. Kau tahu tak. Hae-Min tu famous gila. Seluruh Asia kenal dia, kau tahu tak?”

“ Ada aku kisah? Pleaselah… Orang Melayu buatlah cara melayu. Dah famous kat Korea, nama pun dah tukar jadi nama orang sana. Hae-Min? Menyampah!”

“ Biarlah kat dia. Bukan kau taksub sangat dengan negara tu ke? Sampaikan sanggup berjaga semata-mata nak belajar bahasa tu.”

“ Hmm.. Aku just nak tambahkan ilmu pengetahuan aku saja.” Isya mencari alasan.

“ Ikut suka kaulah. Isya, cuba kau bayangkan yang Hae-Min jatuh hati dengan aku. Mesti best kan? Bila dia jadi boyfriend aku, aku nak ajak dia pergi main salji. Lepas tu kan….” Kata-katanya terhenti apabila Isya sudah pun melangkah jauh ke hadapan.

“ Wei. tunggulah aku! Aku tak cakap habis lagi ni!” Syakirah menjerit. Isya mengalihkan tubuhnya menghadap Syakirah walaupun jarak antara mereka agak jauh.

Ya!! Neo jeongmal choha geu sarameun?( Wei. kau betul-betul suka dia ke?)” Soalan dari Isya membuatkan dahi Syakirah berkerut. Dia berlari anak mendapatkan Isya. Tangan kirinya dijalarkan di leher Isya seraya dikuatkan pegangannya sehingga timbul kesukaran untuk gadis itu bernafas. Masing-masing ketawa.

“ Kau tak perlulah cakap bahasa tu dengan aku.”

*****

Jam di tangannya dipandang. Sudah menunjukkan pukul enam petang. Hampir lima minit dia menunggu, akhirnya orang yang dinanti-nanti muncul juga. Syakirah tersengih. Isya tersenyum.

“ Kenapa kau asyik lambat sedangkan kau yang buat janji?”

“ Alah.. Kau macam tak kenal aku pulak.” Tangan kiri Isya pantas ditarik mengikuti langkahnya.

“ Kau nak buat apa kat sini sebenarnya?” Isya menyoal.

“ Lepak-lepak… Cuci-cuci mata.” Jawapan Syakirah dibalas dengan pandangan tajam. Syakirah tersengih.

“ Beli baranglah, Chan-Neul.” Keningnya diangkat. Isya mengetap bibir tanda geram.

“ Kau ni kan!! Kau dah tahu aku cukup pantang orang panggil aku dengan nama tu. Tapi kau buat tak tahu je kan!!”

“ Aku hairanlah. Asal kau tak suka sangat orang panggil kau macam tu?” Syakirah menyoal.

“ Apa? Masih berani tanya lagi? Kalau bukan sebab kau bagi gelaran tu kat aku masa Form 2, semua orang takkan panggil aku macam tu tau!!”

“ Kau patutnya bersyukur, Isya.”

“ Bersyukur apa?” Dahinya berkerut.

“ Kau patutnya bersyukur sebab aku still panggil nama sebenar kau.” Isya tidak bersuara. Wajah Syakirah dipandang tajam.

“ Haishh! Ya lah. Aku yang salah.”

“ Lebih baik kau beli barang kau cepat. Sebelum aku tinggal kau kat sini.” Isya bersuara.

“ Tak open minded langsung.” Syakirah mencebik.

“ Apa?” Sekali lagi wajah sahabatnya dipandang tajam. Syakirah tersengih. Tangan kiri Isya ditarik laju mengikut langkahan kakinya.

Tiga puluh minit berlalu. Isya hanya mengikut langkah sahabatnya. Kebosanan mula menghantui diri. Penghawa dingin yang kuat dipasang membuatkan seluruh tubuhnya kesejukan. Syakirah yang masih berdiri di sisinya dicuit perlahan. Kekhusyukan gadis itu memilih pakaian membuatkan dia langsung tidak menyedari ciutan dari sahabatnya.

“ Kirah.” Isya memanggil bersama ciutan di pinggang temannya.

“ Apa?”

“ Lama lagi ke kau nak pilih benda-benda ni semua? Aku dah tak tahan dah ni”

“ Tak tahan apa?” Syakirah mengalihkan pandangannya ke arah Isya.

“ Nak terkencinglah, mak cik!” Wajah Isya berkerut.

“ Oh! Pergilah. Aku tunggu kat sini.” Isya melangkah laju meninggalkan temannya. Arah tujuannya hanya satu. Tandas. Langkah kakinya dipercepatkan apabila tempat tujuannya semakin dekat. Dia melangkah masuk. Papan tanda di hadapan pintu tandas langsung tidak dipandang.

Hakimi berlari laju. Beberapa pengawal yang diberi arahan oleh papanya ikut berlari mengejarnya dari belakang. Nafasnya turun naik. Beberapa orang yang memerhatikannya langsung tidak dihiraukan. Topi yang menghiasi kepala ditarik sedikit ke depan dengan harapan wajahnya tidak dikenali sesiapa. Pelanggan-pelanggan di Mall terpaksa dirempuh dari terus menghalang laluannya. Tandas lelaki dimasuki. Kini pengawal-pengawal upahan papanya sudah hilang jejaknya. Nafasnya kedengaran tercungap-cungap. Matanya meliar mencari kelibat pengawal-pengawal tersebut. Nafasnya dihembus tanda lega.

Isya terpana. Lelaki dihadapannya dipandang. Mereka saling bertentang mata. Baru saja Isya ingin membuka mulut untuk menjerit, namun Hakimi terlebih dahulu bertindak cepat dengan menutup mulutnya. Isya meronta. Hakimi memanjangkan lehernya ke luar. Pengawal-pengawal tersebut masih lagi berkeliaran di kawasan tersebut. Tangannya dilepaskan dari terus menutup mulut gadis itu.

“ Ahhh!!!!!!!!!!!!!!!!” Dalam sekelip mata saja, Isya menjerit. Hakimi dipukul dengan menggunakan beg galasnya.

“ Dasar lelaki miang!! Berani masuk tandas perempuan!! Lelaki miang!!!!!” Lantang suara Isya memarahi. Pukulan yang bertalu-talu dari gadis itu membuatkan Hakimi tidak mampu untuk bertindak.

“ Yaaaa!!!” Hakimi menjerit. Secara automatik, pukulan dari Isya terhenti. Belum sempat untuk lelaki itu berkata-kata, bahunya dipegang oleh seseorang dari belakang. Hakimi mengeluh. Usahanya untuk melarikan diri dari ditangkap papanya akhirnya musnah disebabkan oleh seorang gadis. Hakimi ditarik oleh beberapa orang pengawal.

“ Yaaa!! Awak ni bodoh ke? Tak sedar ke yang awak ni dalam toilet lelaki?!!” Hakimi menengking. Isya terpinga-pinga. Bayang-bayang lelaki itu sudah pun hilang dari pandangan. Dia melangkah keluar. Pintu tandas dipandang. Wajahnya ditundukkan. Seluruh wajahnya terasa panas.

“ Haishh!! Malunya!”

0 ulasan: