“Isya cuma nak cakap. Thanks kat kawan-kawan yang bagi sokongan kat Isya selama ni. Especially Syakirah.” Isya memandang Syakirah. Syakirah hanya tersenyum.
“Isya tahu ada orang yang mampu buat lebih baik dari Isya. Tetapi jika itu bukan kehendak diri sendiri, apakan daya.” Isya memandang sekilas pada Fitri sebelum mengalih semula pandangannya pada semua orang.
“That’s all.” Isya membongkokkan tubuhnya sedikit sebelum kembali ke tempatnya semula.
“Kau perli sapa tadi?” Syakirah menyoal diikuti pandangan ingin tahu.
“Kau agak-agak sapa?” Isya mengangkat kedua-dua belah keningnya.
“Hmm. Macam Fitri je. Right?” Isya tidak menjawab soalan Syakirah. Senyuman bermain di bibir.
********
“Buka buku latihan dengan buku nota. Saya nak check.” Ustazah Rafidah memandang setiap pelajarnya. Seketika kemudian Ustazah Rafidah melabuhkan punggung di kerusi. Dia sengaja membiarkan masa selama 5 minit berlalu. Dia tahu, pasti ramai pelajarnya yang masih tidak menyiapkan tugasan yang diberi semalam. Namun ada juga pelajar yang tidak menggelabah seperti pelajar lain. Tidak lain tidak bukan sudah tentu lah Isya dan Syakirah.
“Isya! pinjam buku latihan agama kau!” Izzat melaung. Kedudukannya yang berada di hadapan Ustazah Rafidah menyukarkannya untuk bersuara perlahan.
“Mai la ambik sendiri! Tak tahu nak jalan ke?” Isya juga turut melaung. Suasana riuh-rendah dalam kelas itu membuatkan Isya tidak mampu untuk bersuara perlahan.
Izzat bangun. Kakinya diarah melangkah ke meja Isya. Tangannya mencapai buku yang dihulurkan Isya lalu kembali ke mejanya semula.
Ustazah Rafidah melangkah ke meja Izzat. Buku nota agama di atas meja dicapai. Satu persatu muka surat disemak.
“Buku latihan?” Ustazah Rafidah memandang Izzat. Suasana kelas masih lagi riuh-rendah. Masing-masing sibuk menyiapkan tugasan yang tergendala.
“Saya tak siap lagi.” Izzat tersengih. Cuba mencari simpati.
“Kamu. Buku nota.” Pandangan Ustazah Rafidah beralih pada Fitri pula. Buku nota milik Fitri di sambut dari huluran. Satu persatu muka surat disemak. Kakinya melangkah pula ke meja seterusnya. Sampai di giliran Isya, Isya membuka muka surat yang perlu disemak kemudian ditunjukkan kepada Ustazah Rafidah.
Isya melangkah ke meja Izzat sementara Ustazah Rafidah masih menyemak buku notanya.
“Izzat. Buku latihan aku.” Isya sedikit cemas. Izzat tidak mempedulikan Isya. Tangannya ligat menyalin seratus peratus apa yang ditulis Isya.
“Izzat! Cepat la!”
“Kejap. Aku tak habis salin lagi ni.”
“Izzat!” Isya makin gelabah.
“Bagi la kat dia Zat.” Fitri menarik buku latihan milik Isya dari pegangan Izzat. Buku latihan tersebut dihulurkan pada Isya. Isya mencapai bukunya lalu melangkah semula ke mejanya. Fitri memandang Isya sehingga lah Isya kembali semula ke tempatnya semula. Kerjanya yang turut tergendala disambung kembali.
“Buku latihan mana?” Ustazah Rafidah menyoal. Isya menghulurkan buku latihannya yang berwarna pink. Ustazah Rafidah menyemak dengan teliti. Maklum lah, Isya adalah salah satu pelajar yang sentiasa skor A dalam subjek agama. Jadi, sudah tentu lah hasil kerjanya disemak dengan teliti.
“Jawapan kamu salah ni.” Ustazah Rafidah bersuara.
“Ha?” Isya sedikit terperanjat. Jawapan yang dibuatnya salah? Isya melihat soalan dan jawapan dibukunya.
“Soalan kat sini tanya waktu yang digalakkan untuk ziarah ke rumah jiran. Jawapan dia bukan waktu petang. Soalan ni lebih menjurus kepada musim. So, jawapan dia musim perayaan.” Ustazah Rafidah menerangkan serba sedikit. Isya hanya mengangguk. Dia faham dengan apa yang dimaksudkan Ustazah Rafidah sebentar tadi. Selesai Ustazah Rafidah menyemak buku latihan Isya, tumpuannya diberikan pada buku latihan milik Syakirah pula.
Isya melangkah semula ke meja Izzat. Buku latihannya di letak di meja. Tangannya ligat mencari soalan yang perlu dibuat pembetulan.
“Yang ni Izzat jangan tiru Isya pulak. Salah jawapan ni. Jawapan dia musim perayaan.” Isya menerangkan jawapan sebenar. Matanya tepat memandang Izzat. Fitri merapatkan tubuhnya sedikit di sebelah Izzat. Namun apa yang diberitahu Isya sebentar tadi kurang jelas di pendengarannya.
“Ok.” Izzat memberi reaksi. Kepalanya diangguk berulang-ulang kali. Baru saja Isya mahu melangkah kaki tiba-tiba namanya dipanggil. Isya memandang Fitri. Dulu lelaki inilah yang ditakutinya. Sikapnya sejak tiga bulan yang lalu amat panas baran. Sehingga tiada siapa yang berani bergurau dengannya. Namun hari ini sikapnya benar-benar lain. Lemah-lembut dan tidak seperti dulu.
“Ulang lagi sekali.” Fitri bersuara. Isya kembali berdiri di sebelah Izzat. Namun jarak antara dia dan Izzat masih dijauhkan. Isya meletakkan buku latihannya di hadapan Fitri.
“Macam ni. Jawapan yang Isya buat salah. So, jangan la tiru. Jawapan sebenar dia musim perayaan.” Isya menjelaskan sekali lagi. Wajah Fitri dipandang. Mereka saling bertentang mata. Namun tiada sedikit perasaan pun yang timbul di hati Isya. Cuma wajah kacak Fitri yang diakuinya. Kulitnya yang putih, hidung yang mancung dan rambutnya tidak ubah seperti artis Korea pasti dapat memikat hati sesiapa saja. Mungkin.
“Faham?” Isya menyoal. Bibirnya tidak lepas dari senyuman. Memang itu sifatnya. Suka tersenyum apabila bercakap.
Fitri mengangguk dua tiga kali. Isya menegakkan semula pinggangnya apabila terpaksa dibongkokkan sedikit supaya Fitri tahu apa yang mahu disampaikannya sebentar tadi.
“Terima kasih.” Matanya memandang Isya. Ada sesuatu di hatinya. Dan dia tahu apa di hatinya sekarang. Isya hanya tersenyum lalu melangkah ke tempatnya semula. Pemergian Isya ke tempatnya semula bukan keseorangan tetapi ditemani pandangan Fitri.
********
Suasana di kelas 2 Siddiq kembali huru-hara apabila Ustazah Rafidah melangkh keluar dari kelas. Pelajar perempuan kebanyakannya berpusu keluar ke tandas. Pelajar lelaki juga turut keluar dari kelas. Entah apa tujuan mereka sekarang. Mungkin ingin melepak, hisap rokok di tandas atau tawaf satu sekolah. Maklum lah, kelas nombor 3 memang sebegini perangainya. Entah bagaimana Isya dan Syakirah boleh tersesat di kelas 2 Siddiq sedangkan melalui akademik, mereka layak ke kelas yang kedua.
Hanya beberapa belas orang saja yang berada di kelas. Isya dan Syakirah hanya berbual kosong. Mengenai perkara yang berlaku pada mereka semalam, berita-berita terkini, dan tidak lari juga dari gosip. Sesekali kedengaran Isya ketawa. Setiap gerak geri Isya diperhati. Gelak tawanya,senyumannya dan setiap bicaranya menjadi perhatian seseorang.
Fitri berdiri. Necktie nya dibetul-betulkan sambil matanya masih memandang Isya. Seketika kemudian, dia melangkah keluar dari kelas.
“Isya.” Syakirah mencuit pinggang Isya. Isya terus saja mengelak dari terus dicuit Syakirah.
“Apa?” Isya mengangkat kedua-dua belah keningnya.
“Kau perasan tak. Tadi Fitri asyik tengok kau je.”
“Hmm?” Isya sedikit tercengang. Namun kata-kata Syakirah langsung tidak diambil pusing.
“Dia pandang kau la. Bukan aku.” Isya menafikan kata-kata yang diucap Syakirah sebentar tadi. Tubuhnya dikalih semula ke hadapan.
“Aku serius la. Dia memang tengok kau tadi.” Syakirah bersungguh-sungguh menyakinkan Isya. Isya terdiam sebentar. Bukannya dia tidak mempercayai kata-kata Syakirah tetapi dia tidak mahu memikirkan perkara remeh seperti ini.
Isya mengalihkan tubuhnya menghadap Syakirah. Bibirnya mengukir senyum. Dia tidak mahu Syakirah terasa hati dengannya pula.
“Ok. Aku percaya cakap kau. Tapi aku tak nak ambik tahu pun pasal tu. Ok?” Isya bertegas. Syakirah mengangguk.
“Ok. So, kita sembang pasal benda lain la ye.” Isya tersenyum. Namun belum sempat untuk mereka memulakan perbualan baru, Sir Muhammad melangkah masuk ke kelas. Walaupun hanya beebread pelajar saja yang berada di dalam kelas, pelajaran masih diteruskan. Dalam proses pembelajaran, seorang demi seorang melangkah masuk ke kelas semula.
Isya dan Syakirah melangkah duduk di meja hadapan memandangkan meja di situ masih kosong dan pemiliknya masih lagi belum masuk ke kelas. Pembelajaran Bahasa Inggeris diberi sepenuh perhatian. Boleh dikatakan hampir ke semua guru 2 Siddiq lebih mementingkan Isya dan Syakirah berbanding pelajar lain. Malah Isya dan Syakirah juga la yang menjadi tempat rujukan bagi kawan-kawan sekelas.
“Kau dah habis salin ke?” Syakirah menyoal. Tangan kanannya masih ligat menyalin setiap patah perkataan di papan hitam.
“Dah.”
“Pinjam buku kau.” Syakirah terus menarik buku Isya sebelum Isya memberi kebenaran. Hampir 10 minit Syakirah mengambil masa untuk menyiapkan nota yang diberikan.
“Jom duduk tempat kita balik. Aku dah habis copy.” Syakirah mengangkat semua alatan tulisnya dan begitu juga Isya.
Syakirah melangkah kaki ke tempatnya semula. Isya hanya mengikut dari belakang. Maklum lah mereka berdua memang tidak dapat dipisahkan buat sementara ini. Langkahan kaki Isya terhenti apabila namanya dipanggil Nazatul.
Isya memandang Nazatul yang duduk di sebelah tingkap bersama sekumpulan rakan baiknya. Isya melangkah ke arah Nazatul. Disebabkan tiada kerusi di situ, Isya terpaksa bertinggung.
“Ada apa?” Isya menyoal. Wajah Nazatul dipandang.
“Tadi Fitri ada tanya something kat Nazatul.” kata-kata Nazatul terhenti seketika.
“Pasal sapa?” Isya kehairanan. Apa kena mengena pula dengan dirinya?
“Pasal Isya la.”
“Tanya pasal Isya? About what?” Isya makin kehairanan. Entah apa yang akan disampaikan Nazatul sebentar nanti.
“Dia tanya Nazatul. Isya…” Kata-kata Nazatul terhenti apabila namanya dipanggil kawan baiknya sendiri. Nazatul mengalih pandangan ke arah kawannya.
“Pinjam pensel kau kejap!”
“Kau datang la ambik sendiri.” Nazatul menguatkan suaranya sedikit. Pandangannya dikalih semula ke arah Isya. Wajah Isya dipandang. Isya hanya menanti butir-butir kata yang bakal lahir dari bibir Nazatul dengan perasaan ingin tahu.
theme song
Jumaat, 23 Oktober 2009
cinta sunbae 2
Label: ketiga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan