3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 15 Oktober 2010

cinta sunbae 17

“ Siapa Uncle Nazrul, ma?” Isya menyoal. Mereka menyepi buat seketika.

“ Kawan papa.” Aiman menjawab bagi pihak Puan Samia.

“ Kawan papa? Buat apa dia datang?” Isya menunjukkan wajah hairan. Puan Samia mengeluarkan beberapa helai kertas yang pernah ditunjukkan pada anak-anaknya yang lain. Belum sempat Puan Samia menghulurkan pada Isya, tindakannya terlebih dahulu dihalang Akram.

“ Adik takkan faham, ma.” Puan Samia mengeluh.

“ Apa yang adik takkan faham?” Satu demi satu wajah di hadapannya dipandang. Tetapi mereka hanya membisu.

“ Adik tanya ni! Apa yang adik takkan faham? Abang Am!” Serta-merta wajah Isya berubah. Entah mengapa dia dapat merasakan ada sesuatu rahsia besar yang dirahsiakan oleh mereka dari pengetahuannya. Iman menarik nafas dalam-dalam.

“ Papa.. ada hutang dengan Uncle Nazrul waktu syarikat papa bankrupt. Papa risau kalau-kalau hutang tu tak sempat bayar, jadi.. papa wujudkan satu wasiat. Perjanjian dengan Uncle Nazrul.” Iman menghabiskan kata-katanya. Dia tidak mampu lagi untuk berkata-kata. Isya mengarahkan pandangannya pada Aiman.

“ Adik.. akan dikahwinkan dengan anak Uncle Nazrul. Kalau kita tolak.. hutang papa kita kena bayar dalam masa setahun.” Isya tersentak. Dia benar-benar terkejut dengan kenyataan Aiman.

“ Berapa yang papa hutang?” Isya bertanya lagi.

“ Banyak.” Iman menjawab.

“ Banyak tu berapa??” Suaranya sedikit ditinggikan.

“ Lapan ratus ribu.” Isya tersenyum kecewa. Dia bangun dari kerusi.

“ Adik.” Aiman ikut bangun.

“ Bagi tahu Uncle Nazrul. Adik setuju apa yang papa wasiatkan.” Air matanya cuba untuk ditahan dari mengalir.

“ Tapi..”

“ Kita tak mampu bayar duit sejumlah tu, Abang Am. Terima saja apa yang dah diputuskan. Jangan bantah lagi.” Isya melangkah memasuki bilik tidurnya. Pintu biliknya ditutup kejap. Tubuhnya disandar pada belakang pintu.

Air matanya mengalir laju. Kenapa? Kenapa dia yang perlu dinikahkan? Bukan itu yang dia mahu. Hidupnya masih muda. Takkan usia semuda ini dia sudah bergelar isteri? Hatinya sakit. Sakit disebabkan kecewaan melampau. Dia tidak mahu menyusahkan keluarganya sendiri. Mahu tidak mahu, perkahwinan itu perlu dipersetujui.

*****

Hakimi mengeluh. Dalam hati, sedikit perasaan marah mula muncul. Tiba-tiba sahaja, dia digemparkan dengan satu berita. Dia diberitahu oleh papanya sendiri bahawa gadis yang mahu dinikahkan bersamanya sudah setuju. Terbelalak mata Hakimi pada saat mendengar. Disebabkan tidak mahu segala harta papanya jatuh di tangan gadis itu, dia membuat keputusan untuk mengikut kata-kata papanya. Walaupun hatinya memberontak, mahu tidak mahu dia terpaksa bersetuju. Sebelum dia dijodohkan bersama gadis, terlebih dahulu papanya mengadakan temu janji antara dia dengan bakal isterinya nanti.

Semua mata memandang ke arah Hakimi. Kekacakannya mampu membuatkan hati gadis yang tengah membara sejuk membeku. Mereka benar-benar terpegun dengan lelaki itu. Seorang gadis memberanikan diri menghampiri Hakimi. Sebatang pen bersama sekeping kertas dihulurkan pada Hakimi bersama senyuman. Hakimi turut mengukir senyuman. Di atas sekeping kertas, dia menandatangani. Memberikan autograf seperti yang diminta. Hakimi memandang jam tangannya sekilas. Sudah 30 minit dia berada di situ. Seorang gadis menghampirinya. Meja bernombor 12 dihampiri. Masing-masing tersentak.

“ Kau??” Terbelalak mata kedua-duanya. Isya mengeluh.

“ Tak boleh! Kita tak boleh bincang kat sini. Ikut aku!” Tangan Isya ditarik.

“ Yaaa!! Kau!!” Isya mengetap bibir tanda geram. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga mengikut langkah lelaki itu. Hakimi melangkah masuk ke dalam kereta. Isya berdiri di hadapan kereta. Hakimi kelihatan geram. Pintu kereta dbuka kembali.

“ Kau buat apa lagi kat situ?? Masuklah lekas!!” Hakimi mengarah.

“ Aku takkan masuk selagi kau tak bagi tahu kau nak bawa aku pergi mana.” Hakimi merengus.

“ Aku nak bawa kau ke satu tempat yang lebih sesuai untuk kita bincang pasal hal ni.” Satu demi satu kata disebut dengan jelas dan agak kuat. Isya melangkah masuk ke dalam kereta. Kereta Mercedes milik Hakimi meluncur laju meninggalkan restoran dua tingkat tersebut. Dalam masa 30 minit berlalu, Hakimi memberhentikan kereta di atas satu bukit. Angin lembut bertiup mendinginkan seluruh tubuh mereka. Hakimi melangkah keluar dari kereta. Isya juga ikut keluar dari kereta. Serentak itu, Hakimi memandang tajam ke arah Isya.

“ Apa?” Isya mengangkat kening.

“ Kenapa kau setuju dengan perkahwinan ni??” Hakimi menyoal. Suaranya agak ditinggikan.

“ Kau pun setuju dengan perkahwinan ni kan? So, apa hak kau nak soal aku?” Isya menjawab.

“ Perempuan ni kan!! Ok, fine. Aku ada alasan yang sendiri untuk aku terima perkahwinan. Tapi kau…”

“ Aku pun ada alasan aku yang sendiri.” Pantas Isya memotong kata-kata Hakimi.

“ Ah, betul juga. Pasal lapan ratus ribu tu kan?” Isya berdiam diri. Hakimi menarik nafas dalam-dalam.

“ Baik. Kita masing-masing terpaksa terima perkahwinan ni untuk manfaat masing-masing kan? So, kita capai kata sepakat. Perkahwinan ni akan berlangsung seperti yang dirancang.” Isya sekadar mengangguk.

“ Tapi.. aku nak masing-masing sediakan satu kontrak perkahwinan. Lepas masing-masing setuju dengan kontrak tu, baru kita akan jadikan sebagai satu perjanjian.” Hakimi membuat keputusan.

“ Kontrak?" Berkerut dahi Isya.

“ Ya. Kontrak. Takkan aku nak hidup selama-lamanya dengan kau? Aku tak sanggup.” Isya tersenyum sinis.

Ok, no problem. Aku pun takkan sanggup hidup dengan kau selama-lamanya. Tambah-tambah dengan orang macam kau. Kontrak tu kau yang sediakan. Lagipun orang Korea memang suka benda-benda macam ni kan? So, kau buatlah. Kalau ada apa-apa yang aku nak tambah, baru aku bagi tahu.” Isya memberi kata putus.

*****

“ Ni.” Hakimi menghulurkan beberapa helai kertas kepada Isya.

“ Kalau kau nak tambah apa-apa, just tulis saja bawah tu.” Isya tekun melihat setiap butir-butir yang telah disediakan oleh Hakimi.

KONTRAK PERKAHWINAN

1. TEMPOH MASA PERKAHWINAN HANYA SELAMA 1 TAHUN. SELEPAS TAMAT TEMPOH TERSEBUT, MASING-MASING BERHAK BAWA DIRI MASING-MASING.

2. TIDAK BOLEH MASUK CAMPUR URUSAN PERIBADI ORANG LAIN. JAGA TEPI KAIN SENDIRI.

3. JANGAN TANYA PIHAK A ATAU B NAK PERGI MANA, BILA BALIK, JUMPA SIAPA DAN SEERTI DENGANNYA.

4. ANDAI PIHAK A ATAU B MENGAKU BAHWA DIA JATUH HATI PADA PIHAK A ATAU B, SERTA MERTA PERJANJIAN PERKAHWINAN TAMAT PADA HARI TERSEBUT.

“ Baik. Aku setuju. Tapi ada yang aku nak tambah.” Hakimi sekadar mengangguk. Dia tersenyum sinis.

5. PIHAK A DAN B DIWAJIBKAN TIDUR DALAM BILIK YANG BERASINGAN.

6. PADA HARI ISNIN,RABU,JUMAAT DAN AHAD PIHAK LELAKI DIWAJIBKAN MENGEMAS RUMAH,BASUH PINGGAN, BASUH BAJU DAN SEERTI DENGANNYA.

7. PADA HARI SELASA,KHAMIS DAN SABTU PIHAK PEREMPUAN DIWAJIBKAN MENGEMAS RUMAH, BASUH PINGGAN, BASUH BAJU DAN SEERTI DENGANNYA.

Isya menyerahkan kembali kontrak perjanjian kepada Hakimi. Satu persatu dibaca oleh lelaki itu. Terbelalak mata Hakimi melihat apa yang dinyatakan Isya dalam kontrak tersebut.

“ Kenapa empat hari aku kena buat kerja rumah, sedangkan kau buat tiga hari saja?” Hakimi menyuara rasa tidak puas hati. Isya mengangkat kening.

“ Tak boleh macam ni.” Hakimi menulis sesuatu pada kontrak perkahwinan tersebut.

8. PIHAK PEREMPUAN DIWAJIBKAN MEMASAK UNTUK PIHAK LELAKI.

Hakimi tersengih panjang. Kontrak perkahwinan tersebut diserahkan semula pada Isya. Wajah gadis itu jelas kelihatan terkejut. Apa? Memasak. Dia bukan seorang yang pandai memasak. Setakat penyediaan yang ringan, mungkin boleh. Isya berfikir panjang. Sesuatu ditulis pada kontrak perkahwinan yang berada di tangannya.

9. PIHAK LELAKI TIDAK BOLEH MENGADU SEKIRANYA MAKANAN YANG DISEDIAKAN PIHAK PEREMPUAN KURANG ENAK MAHUPUN TIDAK MENEPATI SELERA.

Isya memberikan tersebut pada Hakimi. Hakimi tersenyum. Walaupun apa yang disyaratkan Isya kurang disetujuinya, namun dia tidak mahu lagi merumitkan keadaan. Dia menandatangani perjanjian tersebut. Begitu juga Isya. Walaupun perkahwinan yang bakal berlangsung bukan disebabkan cinta, tetapi jaminan melalui kontrak perkahwinan tersebut sekurang-kurangnya mampu untuk membuatkan mereka berasa dihargai.

*****

Perkahwinan diadakan secara kecil-kecilan. Di atas permintaan Hakimi, perkahwinan tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan semua. Hanya keluarga Hakimi, keluarga Isya dan Khairul sahaja yang mengetahui tentang perkahwinan tersebut. Sekiranya perkahwinan tersebut sampai di pengetahuan orang ramai, kerjayanya sebagai artis akan turut mundur. Isya hanya mempunyai cuti selama 2 minggu sebelum dia kembali semula ke sekolah. Masa tersebut akan digunakan untuk berbulan madu. Itu bukan rancangan mereka, sebaliknya papa Hakimi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menurut.

Khairul melangkah menghampiri Isya. Pintu bilik yang sudah pun terbuka luas sengaja diketuk. Isya tersentak daripada lamunannya. Dia yang indah dengan pakaian pengantin segera bangun. Khairul tersenyum. Langkah demi langkah diatur menghampiri Isya. Isya turut mengukir senyuman.

“ Tahniah.” Ucap Khairul dengan bibirnya yang masih mengukir senyuman. Isya hanya tersenyum manis.

“ Terus-terang, saya pelik.” Isya mengerutkan dahinya.

“ Pelik?” Khairul mengangguk.

“ Saya tak tahu apa yang dah berlaku. Tapi.. saya betul-betul pelik. Tak sampai tujuh hari awak kenal Hakimi, itu pun awak selalu bertekak dengan dia. Tiba-tiba, saya dapat tahu awak akan kahwin dengan dia. Semua orang akan rasa pelik.” Isya tersenyum.

“ Memang pelik kan?” Isya berpura-pura tersenyum. Dia sendiri tidak mampu menerima hakikat. Sedangkan hatinya sendiri mempunyai seorang lelaki yang belum dapat dia lupakan. Wajah Khairul yang semakin hairan dipandang lama.

“ Kalau saya minta awak pegang tangan saya dan bawa saya lari dari sini, rasanya dah terlambat kan?” Isya menuturkan. Dia masih tersenyum kecewa.

“ Tak. Masih belum terlambat untuk itu. Nak lari dengan saya?” Khairul menghulurkan tangan pada Isya. Isya ketawa kecil. Khairul ikut tersenyum. Wajah gadis di hadapannya dipandang dalam-dalam. Ada kekecewaan yang jelas terpamer pada wajah gadis itu. Namun, dia sendiri tidak mengetahui hakikat sebenar.

Semakin lama dia mengenali gadis ini, hatinya semakin tertarik. Tetapi, perasaan itu sedaya upaya dihalang. Kerana Isya bukan lagi Isya yang dulu.. Isya sekarang sudah dimiliki oleh sahabatnya sendiri. Andai jauh di sudut hatinya sekarang ini, sudah bertunas perasaan cinta buat gadis di hadapannya kini, maka dia harus segera memadamkan rasa cinta itu secepat mungkin sebelum membesar dengan rimbun.

0 ulasan: