3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Sabtu, 4 September 2010

cinta sunbae 11

Hakimi melabuhkan punggung di hadapan papanya. Papan tanda yang tertera nama Muhammad Nazrul sebagai pengerusi langsung tidak menarik minatnya. Apatah lagi mendatangkan perasaan bangga dalam dirinya.

“ Ada apa, Papa?” Hakimi bersuara. Encik Nazrul yang membelakangi Hakimi serta-merta memusingkan tubuhnya menghadap anak tunggalnya. Wajah anaknya, Hakimi dipandang tepat. Sepucuk surat diletakkan di atas meja.

“ Surat apa ni?” Hakimi menarik surat tersebut ke arah arahnya seraya surat tersebut dibuka. Satu demi satu butiran dibaca. Surat tersebut dilipat kembali. Dahinya berkerut. Papanya dipandang dengan penuh tanda tanya.

“ Apa kena mengena dengan Kim?” Hakimi menyoal. Encik Nazrul memandang tepat pada anak mata Hakimi. Mereka saling memandang antara satu sama lain.

“ Papa nak kamu kahwin dengan perempuan ni.” Sekeping foto dihulurkan pada anak tunggalnya, namun huluran tersebut tidak berbalas.

“ Apa?? Kahwin??” Terbelalak mata Hakimi mendengar ungkapan keramat dari Encik Nazrul. Encik Nazrul mengangguk.

“ Hmm.. Kahwin. Apa masalahnya?” Hakimi mengeluh.

“ Apa masalahnya? Kenapa tiba-tiba Papa aturkan hidup Kimi? Perkahwinan Kimi pula tu. Tak. Kimi takkan kahwin buat masa sekarang.” Tegas Hakimi bersuara.

“ Baik. Kalau itu keputusan kamu, syarikat ni akan diserahkan seratus peratus di bawah kuasa perempuan yang kamu tak nak kahwini tu.” Encik Nazrul cuba bermain tali.

“ Huh?” Riak wajah Hakimi jelas menunjukkan dia dalam keadaan terkejut.

“ Keluarga perempuan tu berhutang dengan Papa sebanyak RM800,000.00. Jadi, dia tak ada alasan untuk tolak apa yang Papa dah aturkan.” ujar Encik Nazrul. Sekali lagi mata Hakimi terbelalak.

“ Lapan ratus ribu?? Huh! Keluarga dia berhutang dengan Papa sebanyak tu tapi Papa masih nak serahkan syarikat ni pada dia? Tak boleh! Perkara ni tak boleh berlaku!” Hakimi memperlihatkan ketidakpuasan yang terlahir dari hatinya.

“ Terpulanglah. Masa depan syarikat berada pada tangan kamu.” Encik Nazrul mengukir senyuman yang bermakna. Hakimi mengeluh berat.

“ Ah! Kenapa Papa buat macam ni? Apa tujuan Papa sebenarnya?” Wajah Hakimi berubah tegang.

“ Kamu keluar. Papa sibuk.” Hakimi mengetap bibir. Wajah Papanya dipandang tajam. Dia bangun kemudian melangkah keluar dari pejabat Encik Nazrul. Kemarahan mula mengunjungi hati. Urat wajahnya kelihatan tegang.

*****

Hakimi melangkah masuk ke dalam syarikat JW Holdings. Syarikat media yang melahirkan band-band baru untuk tanah air. Kini, Hakimi merupakan salah seorang daripada artis yang berada di bawah kawalan syarikat tersebut. Tetapi syarikat tersebut bukanlah syarikat yang kekal untuk dirinya. Boleh dikatakan dia bekerja di bawah syarikat itu hanya berkekalan sehingga dia menetap semula di Korea.

“ Kim!” Satu suara memanggil. Hakimi pantas memalingkan kepalanya ke arah suara tersebut. Encik Kamarudin dipandang. Pengurus yang selama ini menjaganya tidak kira sama ada dia berada dalam keadaan sihat atau sakit. Orang yang selama ini begitu mengambil berat mengenainya. Bukan hanya disebabkan dia sebagai sumber gaji Encik Kamarudin, tetapi secara ikhlasnya mereka sudah seperti saudara kandung.

“ Hmm?” Hakimi mengangkat kening.

“ Mari sini kejap, Kim!” Encik Kamarudin melambaikan tangan pada Hakimi, tanda untuk meminta lelaki itu mendekatinya. Hakimi tanpa banyak soal, menghampiri pengurusnya.

“ Ini.” Beberapa helai kertas yang sudah disatukan dihulurkan pada Hakimi. Hakimi menyambutnya lambat-lambat.

“ Apa pulak ni?” Hakimi menyoal. Tangannya pantas menyelak beberapa helaian. Dahinya berkerut.

“ Kau terpilih untuk sertai show DATING 7 DAYS tu. So, esok kau kena pergi melamar perempuan yang diorang pilih untuk kau dating.” Ceria wajah Encik Kamarudin menutur kata. Itu bermakna akan ada pendapatan yang masuk buat lelaki itu. Hakimi bingung.

Wait, wait! Apa benda ni? Show DATING 7 DAYS?? Explain please!” Fikirannya bercelaru. Kerusi yang beroda empat ditarik ke arahnya seraya melabuhkan punggung di situ. Kaki kanannya disilangkan di atas lutut kiri, sementara dia masih lagi membelek-belek helaian kertas di tangannya.

“ Kau ni tinggal bawah batu ke?? Sampaikan show tu pun tak tahu?? Huh! Show tu baru saja diterbitkan. Diorang akan pilih artis untuk dating selama 7 hari dengan seorang fan mereka sendiri. Boleh faham?” Encik Kamarudin.

That’s mean aku terpilih untuk dating dengan fan aku sendiri?” Terbelalak mata Hakimi mendengarnya.

“ Boleh dikatakan macam tu lah. Kau ingat tak minggu lepas diorang ada sediakan borang untuk fans kau lepas kau habis perform?” Encik Kamarudin memandang Hakimi. Hakimi mengangguk.

“ Dari borang tu lah wujudnya fan yang akan dating dengan kau tu. Setiap borang tu akan dipilih random. Dan maklumat orang yang terpilih untuk dating dengan kau esok, ada kat tangan kau tu.” Encik Kamarudin menyorotkan matanya pada helaian kertas di tangan Hakimi. Serentak itu, keluhan berat yang dilepaskan Hakimi kedengaran.

“ Macam mana aku nak buat ni? Aku langsung tak tahu pasal benda ni, tiba-tiba aku kena melamar perempuan tu pulak esok. Apa ni??” Hakimi mula geram.

“ Dengar sini. Esok kau ada performance. Kitorang dah pastikan perempuan yang akan kau lamar tu ada waktu performance tu. Lepas kau habis perform, kau pergi dekat dia, kau melamar dia untuk jadi girlfriend kau selama 7 hari. Clear?”

“ Ah! Aku tahulah. Haishh!!”

*****

“ Please, Isya! Aku janji kali ni je. Teman la aku, Isya. Please!” Syakirah merapatkan kedua-dua tangannya sebagai tanda merayu yang teramat. Wajah Isya dipandang bersungguh-sungguh.

“ Kau pergi sajalah. Asal kau ajak aku?” Isya cuba menolak.

“ Dah tahu, tanya lagi! Kau pun tahu, aku mana boleh keluar tanpa kau. Mesti ayah aku tak izinkan.” Syakirah memuncungkan bibirnya. Wajahnya serta-merta berubah. Bimbang jika Isya menolak ajakannya. Jika itu berlaku, ini bermakna rancangannya akan musnah.

“ Aku mana boleh keluar, Kirah. Tak pasal-pasal Along aku lempang aku lagi. Tak naklah aku!” Keras-keras Isya menolak.

“ Ok la kalau macam tu. Siapalah aku nak minta tolong dengan kau, kan? Aku balik dululah!” Syakirah bangun dari kerusi dengan wajahnya yang hampir menangis. Isya mengeluh. Baru saja dua tiga langkah Syakirah menapak, nama gadis itu dipanggil. Pantas Syakirah memalingkan wajahnya memandang Isya, Hatinya dipenuhi dengan harapan.

“ Yela, yela! Tapi satu syarat!!”

“ Itu pun nak kena ada syarat.” Syakirah mencebik. Sepantas itu, kata-kata Syakirah dibalas dengan pandangan tajam dari Isya.

“ Haishh!! Yela, yela. Apa dia?”

“ Kau sendiri pergi minta izin Along dengan Mama aku!”

“ No problem, Bad Mum!!” Serentak itu Syakirah ketawa mengekeh apabila wajah Isya serta merta berubah geram.

*****

“ Syakirah!” Isya meninggikan suara sedikit demi melawan kelantangan irama di pentas. Namun, panggilannya langsung tidak didengari sahabat baiknya. Pinggang gadis itu terpaksa dicuit. Serentak itu, Syakirah mengalihkan pandangannya pada Isya yang masih melabuhkan punggung di sisinya.

“ Kenapa??” Syakirah ikut terpaksa meninggikan suaranya sedikit.

“ Kau tak nak balik lagi ke?? Performance lelaki miang tu dah habis!” Syakirah mengerutkan dahinya. Adakah dia salah dengar apa yang dikatakan sahabatnya tadi?

“ Apa kau cakap?” Isya berdehem. Menyedari kesilapannya.

“ Aku kata. Kau tak nak balik lagi ke? Performance dia dah habis! Badan aku dah rasa miang ni!”

“ Aaa.. Tunggu kejap lagi boleh tak? Ada pertunjukan special hari ni!” Penyataan dari Syakirah membuatkan Isya mengeluh letih.

Attention!!!” Suara dari pengacara pentas membuatkan semua penonton memberi tumpuan sepenuhnya. Suasana serta-merta berubah sunyi.

“ Seperti yang anda semua dah tahu, hari ini ada special event untuk idola kita iaitu Hakimi!” Sejurus nama Hakimi disebut, semua penonton bersorak. Riuh. Hakimi muncul dari satu arah. Persekitaran di sekeliling menjadi gelap. Hanya satu cahaya lampu yang mengikuti ke mana artis idola itu melangkah bersama satu mikrofon di tangannya.

Hakimi melangkah dan melangkah. Kakinya diatur menuruni pentas. Tangan kanannya erat memegang jambangan bunga yang entah berapa nilainya. Semua mata terarah pada lelaki itu. Kecuali Isya. Gadis itu menguap. Matanya sudah berat untuk diangkat. Langkah demi langkah diatur. Pada langkah yang terakhir, Hakimi berhenti melangkah. Pada saat itu, semua wanita bersorak nyaring. Jambangan bunga dihulurkan pada Isya. Isya terpana. Cahaya lampu kini menerangi mereka berdua. Semua pandangan terarah pada mereka berdua. Pada saat wajah Isya jelas kelihatan, Hakimi terkejut.

“ Kau. Perempuan gila.” Dua patah kata yang terkeluar dari bibir Hakimi mampu membuatkan mata Isya terbelalak. Mukanya merah padam.

“ Apa?” Hakimi dipandang dengan pandangan teramat tajam. Walaupun mereka tidak pernah saling mengenal, malah ini baru kali ketiga mereka bertemu, itu sudah cukup mendatangkan kebencian dalam hati Isya. Sikap dan perwatakan lelaki itu yang agak kurang ajar, menambahkan lagi rasa bencinya.

“ Sudi jadi teman wanita saya selama 7 hari?” Hakimi menjadi hipokrit. Kata-kata yang lembut dikeluarkan langsung tidak lahir dari hati yang ikhlas. Isya dipandang tepat bersama senyuman yang terpaksa diukir.

“ Isya.” Isya dicuit. Seraya itu, Isya mengalihkan pandangan pada Syakirah.

“ Kau terima sajalah bunga tu. Peluang keemasan tu.” Syakirah bersungguh-sungguh memujuk.

“ Apa peluang keemasan??” Isya meninggikan suara sedikit.

“ Shhh! Kau ni, nak cakap pun slow la sikit. Semua orang tengah pandang kau tahu tak! Kau terima sajalah. Takkan kau nak malukan idola aku kat sini? Sanggup kau?” Suaranya cuba ditahan daripada didengari orang lain.

“ Memang aku sanggup.” Pantas Isya kembali memandang Hakimi. Serentak itu juga, wajah Syakirah jelas kelihatan terkejut.

“ Apa sebab aku kena terima?” Hakimi dipandang tepat. Serta-merta berlaku perubahan pada wajah lelaki itu. Bimbang jika perempuan di hadapannya bertindak berani memalukan dirinya di khalayak ramai.

“ Haa?” Hakimi mengangkat kening.

“ Muda….”

“ Eh, eh. Dia memang macam ni. Dia suka bergurau. Lamaran oleh idola, dah tentulah dia terima.” Belum sempat Isya menghabiskan kata-katanya, terlebih dahulu Syakirah memotong. Huluran jambangan bunga pada Isya disambut tanpa disuruh. Isya ditarik secara paksa untuk bangun dari kerusi. Jambangan bunga tersebut diberikan pada Isya walaupun dia sendiri tahu sahabatnya itu tidak pernah mengimpikan semua itu.

“ Apa ni, Kirah?” Isya mula geram. Tanpa membalas kata-kata Isya, Syakirah menolak Isya ke hadapan. Mendekati Hakimi.

“ Bye bye!” Ceria wajah Syakirah menyatukan mereka. Disebalik itu, kedua-dua tangannya ditekapkan. Merayu pada Isya supaya tidak menimbulkan kekecohan. Isya mengeluh. Mahu tidak mahu dia terpaksa menurut kata-kata sahabatnya itu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ye!!!
isya akan kawin ngan kimiiiiiiiiiiii
seronoknya

Tanpa Nama berkata...

ye!!!
isya akan kawin ngan kimiiiiiiiiiiii
seronoknya