3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Sabtu, 13 Februari 2010

3+1+36

Faiqa melangkah perlahan. Pintu utama Mall menjadi tujuannya. Kelibat seorang lelaki yang berdiri tegak di hadapan Mall membuatkan dia tersenyum secara rahsia. Jam tangannya dipandang sekilas. Tepat menunjukkan pukul 2 petang. Apa yang membuatkan dia tersenyum ialah dia tidak perlu membazir masa untuk menunggu lelaki itu. Malah pasti lelaki itu tiada alasan untuk memarahinya. Bukan dia yang lewat. Sebaliknya lelaki itu yang datang terlalu awal.

Langkahannya terhenti betul-betul di hadapan Max. Wajah lelaki itu dipandang tepat. Begitu juga Max. Masing-masing saling berbalas pandang. Suasana sepi untuk seketika.

“ Tunggu apa lagi? Nak terlepas peluang lagi?”

Kata-kata Max mematikan pandangan antara mereka berdua. Suasana sunyi mula menjadi agak tegang. Apatah lagi, dia disindir oleh lelaki itu. Kesabaran cuba diraih. Faiqa mengatur langkah masuk ke dalam Mall tanpa bersuara sepatah kata. Disebabkan lakonan tanpa gaji yang perlu dilaksanakan, Max berjalan seiring dengan Faiqa.

“ Awak pasti dia ada sini?” Faiqa menyoal.

“ Saya dah terjumpa dia tadi. Sekarang ni terserah pada lakonan kita. Sama ada berjaya atau tidak.”

“ Awak lebih…..”

Faiqa tersentak. Kata-katanya serta-merta terhenti. Tangannya tiba-tiba saja dipegang Max. Lelaki itu dipandang dengan degup jantung yang agak kencang. Bukan bermakna dia mula menyukai lelaki itu. Tetapi disebabkan kejutan yang dialami secara tiba-tiba. Riak wajah lelaki itu berubah. Bukan wajahnya yang dipandang. Tetapi seorang perempuan yang sedang leka memilih baju. Makna disebalik tangannya dipegang diketahui. Inilah saat untuk mereka memulakan lakonan mereka.

Mereka berdua melangkah perlahan mendekati ke arah Havin. Tetapi dengan lakonan mereka, seolah-olah mereka tidak menyedari kehadiran perempuan itu di situ. Sedaya-upaya mereka berpura-pura mesra seolah-olah mengenali antara satu sama lain selama beberapa tahun. Faiqa ketawa. Hanya berpura-pura ketawa. Seperti jangkaan mereka, terdapat sepasang mata yang memandang mereka dengan penuh perasaan dendam.

Max terpana. Gelak ketawa Faiqa didengari. Wajah gadis itu dipandang tepat. Persekitarannya seolah-olah tidak punya sesiapa. Hanya dia dan Faiqa. Ada sesuatu yang bermain di fikiran dan hatinya. Mengapa jantungnya kini berdegup kencang. Perasaan yang sama ketika kali pertama dia bertemu Faiqa semasa berada di atas kapal terbang. Hatinya tidak tenang. Apa yang berada di hati dan fikirannya sekarang, dia sendiri tidak tahu. Perasaan yang mungkin pernah dirasainya sebelum ini. Tapi tak mungkin. Mustahil!

“ Awak! Apa yang awak mengelamun? Jangan rosakkan lakonan saya!”

Tersentak. Sergahan Faiqa membuatkan pandangannya pada gadis itu serta-merta berkecai. Dia berdehem dua tiga kali. Perubahan wajahnya sedaya upaya cuba untuk disembunyikan dari pengetahuan gadis itu. Matanya dialih pada Havin. Soalan Faiqa langsung tidak dijawab.

Havin berjalan laju ke arah mereka berdua. Hatinya semakin membara. Selama ini dia hanya menyangka, Max menipunya. Tetapi babak-babak mesra yang dipandang dengan mata kepalanya sendiri membuatkan dia semakin yakin bahawa Max meninggalkannya disebabkan Faiqa. Perempuan itu patut diajar. Disebabkan pihak ketiga, hubungannya dengan Max bertambah dingin.

Pang! Semua mata memandang ke arah mereka bertiga. Suasana sunyi. Pipinya dipegang. Pedih. Tetapi dia hanya berdiam diri. Max tercengang. Tangan Faiqa pantas ditarik berdiri di belakangnya. Havin dipandang tajam. Perasaan marah memenuhi ruang hati. Tangan kanannya diangkat tinggi. Tidak lain tidak bukan. Pipi kiri Havin yang ingin dijadikan sasaran. Gadis di hadapannya memejamkan mata. Dia tahu. Pasti dia akan ditampar.

Sunyi. Bunyi tamparan langsung tidak kedengaran. Matanya dibuka. Kenapa gadis yang dimusuhi yang membelanya? Kini tangan Max bukan pada pipinya. Sebaliknya tamparan yang ingin dilakukan Max dihalang Faiqa. Lelaki itu jelas kelihatan terkejut. Faiqa hanya bersikap tenang. Situasi yang sama pernah berlaku pada dirinya. Tetapi pada masa itu, dia ditampar disebabkan mahu membela musuhnya sendiri.

“ Jangan. Jangan berkasar dengan perempuan.”

Max menurunkan tangannya. Mata Faiqa dipandang tepat. Tetapi Faiqa hanya menundukkan wajah. Senyuman kecil cuba diukir di bibir gadis itu walaupun pipinya masih terasa perit. Faiqa memandang tepat gadis di hadapannya. Pandangan mereka berbalas.

“ Dia bukan lagi milik awak. Dia hati saya. Dia akan menjadi hati saya buat selama-lamanya. Saya tak mampu hidup tanpa hati saya. Bolehkah awak lepaskan hati saya dari terus berada di hati awak? Dia pegangan saya. Saya tak mampu lepaskan pegangan dia dari hati saya. Tiada dia, tiada saya. Dia hidup saya.”

Havin berdiam diri. Max jelas kelihatan terkejut. Dia masih belum menyedari bahawa setiap kata-kata yang terucap di bibir Faiqa sebentar tadi hanyalah lakonan semata-mata. Suasana sunyi buat seketika. Havin kelihatan serba-salah. Adakah selama ini dia hanya berburuk sangka pada Faiqa? Bolehkah Max diserahkan pada gadis itu? Bagaimana jika Max dilukai nanti?

“ Janji dengan saya. Awak takkan lukai dia. Saya akan lepaskan dia pada awak jika itu terbaik buat dia. Mungkin dah tiba masanya untuk saya mengenal erti apa itu cinta sejati sekarang.”

Havin melangkah pergi walaupun kata-katanya masih belum sempat dibalas Faiqa mahupun Max. Masing-masing tercengang. Faiqa menundukkan wajahnya. Kesedihan mula tumbuh di hati. Keluhan berat dilepaskan. Kepalanya diangkat kembali memandang lelaki disebelahnya.

“ Macam mana lakonan saya? Nampaknya segalanya dah selesai. Tak sangka, dapat selesaikan dengan begitu cepat. Tahniah untuk saya.” Faiqa tersenyum. Walaupun perasaan gembira mula memenuhi perasaan, namun masih terselit perasaan bersalah di hati.

Wajah Faiqa dipandang tajam. Kenapa tiba-tiba saja gadis ini bertindak sebegitu. Keselamatannya langsung tidak dititikberatkan. Sebaliknya bagi dirinya janji yang lebih penting.

“ Kenapa awak pandang saya macam tu?”

“ Awak dah cukup berani ke?”

“ Ha??"

“ Apa awak akan buat kalau dia tampar awak lagi sekali?? Awak masih nak buat perkara yang sama?? Teruskan lakonan awak??” Max meninggikan suara.

“ Apa kena dengan awak ni? Sepatutnya awak ucapkan terima kasih pada saya. Bukannya marah saya!”

“ Ok. Saya patut cakap terima kasih dengan awak.”

“ Huh! Kenapa dengan awak? Saya yang kena tampar bukannya awak. Kenapa awak yang lebih marah berbanding saya? Hairan betul!”

“ Ya. Betul! Awak yang kena tampar. Bukan saya. Jadi kenapa pula saya yang marah, kan?”

Max berlalu pergi. Faiqa tercengang. Entah apa yang tidak kena dengan lelaki itu, dia sendiri tidak tahu. Kenapa pula dia yang dimarahi? Apa salahnya jika dia meneruskan lakonan? Bukan mudah untuk mempunyai peluang baik seperti ini. Deringan telefon bimbitnya mengejutkan dia. Poket seluarnya diseluk. Panggilan telefon dijawab walaupun dia sendiri tidak tahu siapa yang menelefonnya.

“ Hello.”

Wajahnya berubah. Panggilan yang dijawabnya kini datangnya dari tanah air sendiri. Perkhabaran yang diterima membuatkan dia seolah-olah dihempap sesuatu. Benarkah apa yang didengarnya? Tapi kenapa sekarang? Saat yang dia masih belum bersedia sepenuhnya. Malah dia baru berada di situ selama dua minggu.

Langkahan Max terhenti. Kepalanya dipaling ke belakang. Wajah Faiqa yang tiba-tiba berubah menimbulkan persoalan di fikirannya. Pasti ada sesuatu yang telah terjadi. Faiqa berlari. Berdirinya Max disitu langsung tidak disedarinya. Hanya lelaki itu yang berada di fikirannya sekarang. Langsung tidak pernah terjangkau di fikirannya bahawa perkara ini akan berlaku. Max semakin hairan. Faiqa diekori. Perasaan mula terasa kurang menyenangkan. Khuatir jika sesuatu yang menimpa gadis itu.

*****

“ Cikgu Yahya??”

Air matanya mengalir. Tuan Syazman terdiam. Walaupun perasaan sebak menyinggah dihatinya, sedaya upaya perasaan itu dibuang jauh-jauh. Mungkin gadis di hadapannya sekarang bukan lagi tanggungjawabnya. Walau apapun keputusan yang bakal dibuat gadis yang sudah pun dianggap sebagai anak kandungnya, dia hanya pasrah dan menerima segala yang bakal terjadi.

“ Kenapa baru sekarang Papa bongkarkan segala-galanya? Kenapa bukan dulu? Sekurang-kurangnya jika Papa beritahu terlebih dahulu, kesakitan yang bakal ditanggung akan berkurang daripada sekarang. Inikah yang Papa mahukan? Kenapa Papa? Kenapa??”

Air matanya mengalir laju. Sekali lagi Tuan Syazman terdiam. Tak. Bukan ini yang dia mahukan. Memang selama ini, dia mahu merahsiakan perkara ini buat selama-lamanya kerana tiada sesiapa yang mengetahui perkara sebenar. Tetapi, sampai bilakah dia harus menanggung perasaan bersalah terhadap seorang gadis yang tidak ubah seperti anak kandungnya? Sampai bila? Sehingga dia menghembuskan nafas terakhir?

“ Kenapa Papa diam? Selama ni apa lagi yang Papa sembunyikan? Kalau benar Naila anak kandung Cikgu Yahya, kenapa dia bersikap dingin dengan Naila? Seorang ayah takkan bersikap dingin dengan anaknya tanpa sebab!”

“ Dia tak tahu siapa kamu. Dia cuma tahu yang kamu ni anak kandung Papa.”

“ Apa? Maksud Papa…….”

“ Ya. Dia tak tahu kamu anak kandung dia.”

Sunyi. Masing-masing berdiam diri. Tiada sepatah kata yang mampu keluar dari bibir Naila. Semua ini seperti mimpi. Mimpi ngeri yang seolah-olah tiada mahu melepaskannya pergi. Ini bukan drama mahupun tayangan filem. Kenapa ini menjadi realiti dalam hidupnya? Selama ini dia dibesarkan oleh seorang lelaki yang langsung tiada kena-mengena dengan dirinya. Bagaimana dia ingin melalui kehidupan seterusnya dengan identiti sebagai anak seorang guru?

“ Mama kamu berpisah dengan dia semasa kamu masih dalam kandungan. Semua tu tak disangka akan berlaku. Kamu…………”

“ Sudah! Naila tak nak dengar semua ni lagi! Papa bohong dengan Naila. Macam mana Naila nak lalui hidup dengan keadaan macam ni? Kenapa sekarang, Pa? Kenapa baru sekarang?”

“ Naila……”

“ Papa pergi! Maafkan Naila, Pa. Naila perlukan masa. Biarkan Naila bersendirian, Pa.”

Wajah Naila dipandang sayu. Mahu tidak mahu, dia terpaksa melangkah pergi. Biarlah gadis ini bersendirian. Mungkin itu yang terbaik. Terbaik buat masa ini. Air mata Naila masih lagi mengalir laju. Bayangan papanya sudah tidak lagi kelihatan. Kenapa dia? Adakah kerana dia sudah cukup menikmati kemewahan selama ini? Sudahkah tiba masanya untuk dia kembali ke dunia asal? Identiti sebenarnya.

Nazim menyandarkan tubuhnya dibelakang pintu bilik Naila. Benarkah apa yang didengarinya? Kenapa semuanya terjadi secara tiba-tiba? Kenapa pada masa ini juga berlaku secara serentak? Dia mengeluh. Suara tangisan gadis itu masih kedengaran. Perasaan simpati dan kasihan saling berebut-rebut memasuki hati. Tapi kenapa dia juga seolah-olah turut terluka? Mengapa lain benar perasaan yang mendatang di hatinya kini? Pedih. Tangisan yang didengarinya membuatkan hatinya semakin pedih. Kenapa? Kenapa dia tidak mampu bertindak apa-apa?

Kepalanya turut disandarkan di pintu. Fikirannya ikut bercelaru. Walaupun itu bukan masalahnya, tetapi entah mengapa dia ikut merasai kesedihan dan kesakitan yang mendatangi Naila. Tangisan tidak lagi kedengaran. Nazim menggerakkan tubuhnya dari terus menyandar di pintu bilik. Kepalanya dijengulkan sedikit supaya kelibat Naila dapat dilihat. Sunyi. Dia melangkah masuk. Jelas kelihatan seorang gadis yang sudah pun terlelap walaupun masih terdapat linangan air mata. Wajah gadis dihadapannya dipandang lama.

Selimut putih dihujung katil ditarik menutupi tubuh gadis belasan tahun sehingga ke paras bahu. Dia melabuhkan punggung di sisi Naila. Wajah gadis itu dipandang. Air mata yang masih membasahi pipi disapu perlahan.

“ Tidurlah. Sekurang-kurangnya itu mampu melupakan segala keperitan buat seketika, Naila.”

4 ulasan:

penulis berkata...

Assalamualaikum..
new n3[just comment]

miera maisarah berkata...

cun le citer ny..bla gat2 blik jln cter ni
y mcm khdupan sy skrg..huhuhu.xp aty ny trubat ngn mgsi ska duka sy ngn bc citer akak ny..best r..

Tanpa Nama berkata...

akak cpt r smbung...

penulis berkata...

assalamualaikum..
minta maaf sgt2..
sy kena pergi kem remaja islam selama tiga hari..
hari ahad ni baru boleh balik..
jadi insyaallah malam ahad baru sy boleh upload yang seterusnya..