3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Ahad, 7 Februari 2010

doa cinta 1

Bunyi deringan loceng yang agak kuat kedengaran dari telefon bimbitnya, serta merta mengejutkan tidurnya yang sedang nyenyak. Telefon bimbitnya dicapai. Jari-jemarinya memainkan peranan mengubah jam loceng dari 5.30 pagi menjadi 6 pagi. Walaupun dia masih ingat bahawa dia perlu bertolak awal ke rumah Amirah, namun rasa mengantuk yang teramat sangat membuatkan dia mengetepikan itu semua. Seharusnya dia perlu melangkah bangun lebih awal dari biasa disebabkan sahabat baiknya itu terpaksa meminjam iron darinya kerana sebab-sebab tertentu.

Tidurnya disambung kembali. Sudah 30 minit berlalu. Jam loceng kembali berbunyi nyaring. Bunyi nyaring yang datang dari telefon bimbitnya dimatikan. Matanya juga turut dipejam kembali.

“ Ayah!” Sunyi.

“ Ayah!” Masih sunyi seperti tadi.

“ Ayah!” Tiada sebarang bunyi yang kedengaran.

“ Mak!” Ibunya pula yang dipanggil.

“ Apa?” Panggilannya bersahut.

“ Mak tolong bangunkan ayah dulu.”

Sekali lagi tidurnya disambung kembali. Lain pula pada Puan Asma. Suaminya, Encik Hamdan yang tidur di ruang tamu tingkat bawah terpaksa dibangunkan. Sudah lebih 20 tahun mereka mendirikan rumah tangga, sifat dan sikap suaminya itu memang sudah dikenalinya. Jika setakat menjerit dari tingkat atas dengan tujuan membangunkan suaminya, sudah tentu hanya sia-sia. Encik Hamdan hanya akan terjaga dari tidurnya jika tubuhnya digoncang mahupun dia sendiri terkejut dengan bunyi di sekelilingnya.

Jarum jam sudah pun menunjukkan 6.15 pagi. Encik Hamdan sudah pun selesai membersihkan diri. Malah air sembahyang juga sudah pun diambil. Sebaliknya pada Arisa. Dia masih lagi menyelimuti tubuhnya hingga ke paras bahu. Matanya juga seolah-olah sudah tidak mahu dibuka lagi.

“ Arisa.” Lembut namanya dipanggil Encik Hamdan.

“ Hurmm?” Dengan mata yang masih tertutup, panggilan ayahnya disahut.

“ Pergi mandi lekas.”

Tanpa membalas kata-kata dari ayahnya, dia bingkas bangun dari kamar beradu. Tuala yang disangkut di hujung katil dicapai. Dia berdiri di hadapan katil sebelum kakinya melangkah di hadapan meja tulis. Pakaian-pakaian dalam yang terlipat rapi di atas meja dicapai. Pada masa yang sama juga, berus gigi dan shower cream miliknya turut berada erat di tangannya. Kakinya diatur perlahan meninggalkan bilik seterusnya mengatur langkah ke bilik air di tingkat bawah.

Hampir 15 minit Arisa menghabiskan masa di kamar mandi. Jam sudah pun menunjukkan 6.30 pagi. Air sembahyang diambil. Masa yang dianggarkan 6 minit diperuntukkan untuk menunaikan solat Subuh. Garnier Skin Naturals Light dan talkum wangi Syahirah yang berada di atas meja tulisnya dicapai. Bagi kategori berhias diri di hadapan cermin pula, masa yang dihabiskan boleh dianggarkan 6 minit. Tudung sekolah yang berwarna biru diseterika. Kali ini masa yang diperlukan adalah 8 minit untuk dia membetulkan tudungnya di hadapan cermin.

Tepat jam 6.50 pagi, rumah Amirah yang menjadi haluan utama. Disebabkan ayahnya yang menunggang motorsikal secara berhati-hati, perjalanan mereka terpaksa mengambil masa selama 15 minit. Jika diikutkan paras normal antara jarak dari rumahnya ke rumah Amirah hanyalah memakan masa selama 10 minit. Namun apakan daya, Encik Hamdan benar-benar menunggang motorsikal dengan berhati-hati.

*****

“ Kenapa Arisa tak datang lagi ni? Dah 7.05 minit pagi ni.”

Matanya diarah pada luar rumahnya. Hanya beberapa orang yang kelihatan di luar rumahnya. Namun kelibat sahabat baiknya masih lagi tidak kelihatan. Perasaan gelabah mula menerpa diri. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga mencuba seterika miliknya. Bukan dia tidak mahu mencuba sebelum ini, tetapi semakin cuba untuk menghilang kedut di baju sekolahnya, semakin bertambah kedut yang muncul. Yang mana patut disalahkan dia sendiri pun tidak tahu. Baju sekolahnya atau seterika yang dalam pegangannya kini.

Bunyi enjin motosikal di hadapan rumahnya melarikan segala kegelisahan, kemarahan dan lamunannya. Matanya beralih pada susuk tubuh seorang gadis yang sedang melangkah turun dari motorsikal yang ditunggang Encik Hamdan. Dia melangkah perlahan mencapai kunci rumah sebelum kakinya di arah mendekati pintu pagar rumah teres satu tingkat itu.

Fail, buku teks add math dan seterika jenama Wing diambil dari raga motornya.

“ Dah ada duit?” Encik Hamdan menyoal.

“ Tak ada.”

Tangannya diseluk ke dalam poket seluar. Not RM 1 sebanyak tiga keping dikeluarkan seraya itu wang berjumlah RM 3 dihulurkan pada Arisa. Huluran ayahnya disambut. Sepantas itu tangan kanan Encik Hamdan disalami. Dia melangkah ke hadapan pintu pagar. Amirah sudah pun membukakan pintu untuknya. Tanpa sepatah kata, Arisa melangkah masuk.

“ Kenapa datang lambat?” Amirah menyoal.

“ Ha??”

“ Asal datang lambat?”

“ Aku…bangun lambat.” Perasaan bersalah mula timbul. Disebabkan rasa mengantuk, janjinya untuk datang awal dimungkiri. Dia sendiri tidak faham dengan sikapnya. Mengapa selalu benar dia mengecewakan orang di sisinya? Seterika di tangannya dihulurkan pada Amirah. Tanpa sepatah kata. Hampir 15 minit menunggu Amirah, barulah mereka bertolak. Jam sudah pun menunjukkan 7.25 minit pagi. Selaku seorang pengawas sekolah, mereka tidak digalakkan untuk datang ke sekolah lewat dari 7.20 minit pagi. Tapi apakan daya. Ini bukan kehendak mereka.

*****

[03 Februari 2010 jam 5.40 petang]
Bulan Januari hanya berlalu begitu sahaja. Tiada yang menarik. Hanya dikelilingi dengan tekanan. Haruskah aku ceritakan? Aku dipulau rakan-rakanku. Adakah salahku? Jumlah pelajar di kelasku hanya mencecah 17 pelajar. 7 lelaki dan 10 perempuan. Kami seperti sebuah keluarga yang erat. Saling memerlukan antara satu sama lain. Atas sebab-sebab tertentu aku dipulau oleh 4 orang lelaki. Rakan sekelasku. Tapi aku langsung tidak kisah. Tanpa mereka aku mampu hidup. Aku masih mampu berdiri. Semuanya disebabkan salah faham yang berlaku. Aku bertuah kerana pelajar perempuan dikelasku tidak seperti mereka. Apa perasaanku? Entah. Aku seperti mahu menitiskan air mata. Aku kuatkan semangatku. Sehingga kini, tiada setitis air mata yang mengalir di pipiku disebabkan ini.

[jam 5.47 petang]
Aku amat mudah menitiskan air mata. Amat murah dengan air mata. Aku berjaya. Walaupun kes itu hampir-hampir meragut air mataku, aku akhirnya mampu bertahan. Segala kata-kata sindiran tersimpan di hati. Tapi tidak bermaksud aku berdendam. Hanya kata-kata pedih yang kudengar tidak mampu untuk aku lupakan. Aku redha dengan segala yang berlaku. Pasti ada hikmahnya disebalik ini. Alhamdulillah, segalanya telah kembali seperti dulu. Aku tidak lagi murung. Kini aku kembali ceria. Aku sudah mampu untuk bergelak ketawa. Tapi hanya seorang yang masih belum dapat memaafkan aku. Semoga Allah membukakan hatinya.

[ jam 5.56 petang]
Masih ada banyak perkara yang belum aku dedahkan. Sewaktu aku berada di tingkatan dua, aku merupakan pelajar yang sentiasa berada di tangga pertama. Mungkin kerana aku berada di kelas ketiga dan tiada saingan untukku. Aku menyukai seorang lelaki. Pelajar yang ditempatkan satu kelas denganku. Fahim namanya. Kali pertama aku mencintai seseorang dengan begitu mendalam. Sebelum ini aku tidak pernah mengetahui apa itu cinta. Sungguh. Cinta itu tidak mampu dihalang. Aku hanya mencintainya secara sembunyi. Hampir setahun aku terseksa. Akhirnya apabila aku di tingkatan tiga, aku dilamar untuk menjadi teman wanitanya. Aku segera menerima. Seperti tiada maruah. Tahu apa yang telah terjadi? Aku membayangkan sesuatu yang indah. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Setelah 2 minggu aku digelar sebagai teman wanitanya, aku mendapat tahu tentang sesuatu. Apakah ia?

[ jam 6.03 petang]
Aku punya seorang kawan, Fazlina. Fazlina pula mempunyai seorang kawan. Natasha namanya. Manakala Natasha pula berkawan rapat dengan seorang perempuan dari sekolah lain iaitu Nadia. Aku menjadi tanda tanya apabila Fazlina memberitahuku bahawa dia punya sesuatu yang ingin dibicarakan. Sesuatu yang amat penting. Tetapi lain jadinya apabila Fahim yang ingin bercakap denganku. Aku mula terasa sesuatu yang kurang menyenangkan. Aku menangis. Pasti sesuatu yang kurang menyenangkan. Semangatku sedaya upaya dikuatkan. Akhirnya segala persoalan terjawab. Aku diduakan. Boleh dikatakan aku ini kekasih keduanya. Kata-katanya yang entah pembohongan atau kebenaran membuatkan aku semakin keliru. Nak tahu siapakah maduku? Nadia. Rahsianya terbongkar apabila Natasha mendapat tahu aku adalah kekasih Fahim. Tindakan aku? Aku tinggalkan dia dalam keadaan tercengang. Aku cuba menahan air mataku kerana aku ditemani sahabatku. Sebelum ini aku telah pun berjanji padanya bahawa aku tidak akan menumpahkan air mata. Tapi sebaliknya.

[jam 6.12 petang]
Aku berpura-pura ketawa. Tapi apakan daya. Aku tidak mampu bertahan. Di hadapan pusat sumber sekolah, aku menitiskan air mata. Air mata kecewa. Pada mulanya aku menyangka diriku kuat. Kerap kali aku melihat drama di televisyen. Apabila diri seseorang diduakan, aku memperkecilkan. Mengapa perlu menitiskan air mata disebabkan itu saja?
Rupanya salah tanggapanku. Kerana aku juga menitiskan air mata disebabkan itu. Seperti orang bodoh. Selama 3 hari aku membazirkan air mataku. Kerana aku terlalu mencintai dia. Aku cuba membenci dirinya. Tapi bukan mudah untuk melakukan itu. Sungguh. Aku benar-benar menyesal. Dia cinta pertamaku. Aku tahu dia seorang playboy. Tapi semua ni hanya didiamkan. Pelbagai khabar yang sampai di telingaku. Aku tahu dia lelaki yang suka mengambil kesempatan terhadap perempuan. Aku cuba mengubah dirinya. Tapi aku tidak mampu kerana semuanya sudah berlalu. Hilang ditiup angin hampa.

[jam 6.20 petang]
Kini aku sudah berada di tingkatan lima. Perkara dua tahun lepas sukar untuk dilupakan. Semua sahabatku mengetahui aku sudah tidak mencintainya. Tapi aku sendiri keliru kerana di hati aku masih punya dia. Bodoh kan aku? Aku masih menangis kerananya. Masih mencintainya walaaupun hampir 60% cintaku padanya hilang. Aku memang berbeza dari bekas-bekas teman wanitanya yang dahulu. Kerana aku mementingkan aurat. Aku bukan perempuan murahan yang mudah untuk dipegang. Walaupun tangan sekalipun. Aku tahu batas-batas antara lelaki dan perempuan. Mengapa cinta pertama sukar untuk dilupakan? Aku mengakui mungkin aku mudah untuk jatuh cinta pada seorang lelaki. Tapi Fahim masih di hatiku. Aku rungsing. Aku menanggung seorang diri. Tiada siapa yang tahu. Aku mengalirkan air mata lagi.

[jam 6.28 petang]
Aku berpura-pura tabah. Bolehkah aku menjadi seorang yang tabah? CInta hanya perkara bodoh. Perkara yang merungsingkan dan menyakitkan. Perlukah cinta? Tak. Tak perlu. Kerana itu membuatkan aku menderita. Aku dimarahi ibuku. Kenapa sudah mencintai seorang lelaki pada usia sebegini muda? Mak, ini bukan kehendak Arisa. Arisa sendiri tidak mahu semua ini berlaku. Tapi apa yang Arisa boleh lakukan? Semuanya datang secara tiba-tiba. Langsung tidak dijangka. Sekali lagi aku menangis. Mengapa begitu senang dia membawa gadis pergi bersamanya? Mengapa begitu senang gadis mengikutinya? Aku cuba berubah. Berubah menjadi seorang insan yang mulia di sisi Allah. Aku mula menutup aurat sepenuhnya. Kaki dan tangan semuanya ku tutup. Kerana harapanku aku mampu bertemu seorang insan yang turut mulia di sisi Allah. Mungkin Fahim bukan untukku. Dan aku bukan untuknya.

[jam 6.38 petang]
Selepas aku meninggalkan Fahim, aku dilamar seorang lelaki, Muhammad. Dia pelajar satu kelas denganku. Aku menerima kerana tujuanku untuk membalas dendam pada Fahim. Pernahkah rasa betapa seksanya menjadi kekasih kepada lelaki yang langsung tidak dicintai. Walaupun sekelumit, tiada perasaan cinta padanya. Kawan semata-mata. Dia tahu aku pernah dikecewakan Fahim. Malah mereka menjadi musuh cinta. Satu yang aku akui. Muhammad seorang yang mengambil berat. Walaupun dia seorang yang panas baran, tapi kesetiaannya padaku amat aku hargai. Dengan yakinnya aku berkata, aku seolah-olah dilindungi apabila bersama dengannya. Aku akui sudah banyak aku melukainya. Dia amat prihatin tentang diriku. Tetapi selalu saja nama Fahim bermain dibibirku. Dia menunggu aku. Menunggu sehingga aku benar-benar mencintainya. Disebabkan rasa bersalah, aku berbohong. Berbohong bahawa aku mula mencintainya. Rasa bersalah, terseksa dan tertekan datang silih berganti. Aku bernekad untuk melepaskan dia. Biarlah dia menemui seorang perempuan yang benar-benar mencintainya.

[jam 6.48 petang]
Setelah cubaan kali keempat, akhirnya Muhammad dilepaskan pergi dari hatiku. Tahu bagaimana dia dilepaskan? Aku meminta tolong dari Fahim. Fahim yang menyelesaikan segala-galanya. Mereka bersemuka dan aku berada di tengah-tengah. Fahim seperti marah. Satu soalan yang diajukan pada Muhammad. Kenapa tidak mahu melepaskan Arisa? Bantuan Fahim dihargai. Tetapi aku seperti gadis yang kejam. Akhirnya aku dilepaskan. Begitu mudah. Jika soalan Fahim dijawab “ Aku takkan lepaskan Arisa seperti mana kau lepaskan Arisa”, aku tidak akan teragak-agak untuk mencintai Muhammad. Dia berlalu pergi. Aku seolah-olah ingin mengalirkan air mata. Tubuhku lemah. Pemergian Muhammad hanya dipandang. Air mataku bertakung. Aku seolah-olah berada di tengah-tengah. Antara cinta dan simpati. Aku turut berlalu pergi dengan langkah longlai. Mengapa Fahim bermati-matian ingin menolongku? Sedangkan aku sendiri sudah menolak permintaanku suatu ketika dahulu. Aku keliru.

[jam 7.20 petang]
Kini segalanya berubah. Aku dan Muhammad masih berkawan. Berbual dan bergurau senda seperti dahulu. Fahim? Aku langsung tidak bertegur sapa dengannya. Walaupun berselisih, kami seolah-olah saling tidak mengenali. Hanya satu yang aku kesalkan. Muhammad sudah berubah. Aku tahu itu salahku. Selepas peristiwa itu, dia berubah sifatnya seperti Fahim. Kaki perempuan. Sungguh tidak ku sangka. Walaupun aku dan Muhammad masih berkawan, namun segala-galanya telah berubah. Tapi aku lebih menyukai keadaan sekarang. Kerana peristiwa lalu mematangkan aku. Seperti yang aku katakan sebentar tadi, aku masih menyukai Fahim walaupun kami langsung tidak bertegur sapa. Wajahku segera berubah apabila bertemunya. Kerana aku cuba mematikan cinta yang masih bersemadi di hati.

1 ulasan:

penulis berkata...

Assalamualaikum..
setiap minggu saya akn upload satu bab..
maaflah ye sbb saya kena tumpukan pelajaran..
new n3..[just comment]
wait for next week[sunday]