3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 28 Ogos 2009

3+1=6

Bab 6
“wei!!aku ada berita buruk sikit ni!” shazia kuatkan volume suara..4 orang sahabatnya dipandang..diaorang semua yang tadi bising bagai tsunami melanda tu terdiam..semuanya bagi tumpuan dekat dia..

Shazia tarik nafas dua tiga kali sebelum mengumumkan berita yang dia nak sampaikan tu..

“naila masuk hospital..so aku cadangkan kita pergi melawat dia hari ni?” pengumuman naila membuatkan 4 orang sahabatnya tu terkejut..

“macam mana dia boleh masuk hospital?main bola keranjang lagi la tu..” faruq cuba mengagak..dia memang dah faham benar sikap naila tu..keras kepala..

“biasa la tu..buat-buat tak tahu pulak..” shazia membalas..dia melabuhkan punggung di tepi faiqa..faiqa pandang naila..macam ada sesuatu je yang nak tanya..

“abang khai bagi tahu ker?” faiqa tanya shazia..diaorang berdua pun agak rapat dengan abang khai..dah macam abang sendiri..shazia cuma mengangguk..

“kita nak pergi sekali or asing-asing?” faruq pulak yang mencelah..

“up to you la..itu pun nak tanya ker?” faiqa membalas..dah mula la tu nak bertengkar..

“ada aku tanya kau ke mak cik??sibuk la dia ni” faruq dah mula nak cari gaduh..

“suka hati aku la..dah kau tanya,aku jawab la..” faiqa pandang faruq tajam..masingmasing menjeling antara satu sama lain..

“dah dah..korang ni kan tak habis-habis nak gaduh tau!!semak kepala otak aku ni!” nabil mencelah.geram pun ada..

“cam ni la..kita pegi dengan kereta aku dah la..” nabil buat keputusan sendiri..

“kejap lagi korang call pemandu korang..inform kat diaorang” nabil sambung lagi..entah kenapa bila naila tak ada,dia rasa sunyi pulak..4 kepala cuma mengangguk..

************************************************

Naila bangun dari katil..bosan la pulak..tak ada sapa pun yang melawat dia hari ni..abang khai dah inform awal-awal kat dia yang abang khai terpaksa melawat naila agak lambat sebab ada urusan sikit..naila keluar dari biliknya..tujuannya kini nak merayau-rayau..tak tahu nak buat apa..

Nazim pegang cawan kaca yang diukir namanya sendiri dengan berhati-hati..cawan tu sebenarnya nak dipulangkan semula kepada abangnya..itu la satu-satunya hadiah daripada arwah ibunya..disebabkan cawan tu agak tak selamat kalau dibawa ke hospital,jadi dia memutuskan untuk meminta abangnya membawa pulang ke rumah..

Naila membelok ke kanan..tiba-tiba……..prang!!cawan yang dipegang nazim dah hancur berkecai..4 mata dah pandang arah cawan tu..kemudian naila pandang nazim..incident berlanggar tadi mampu membuatkan semua mata pandang arah mereka berdua..

Nazim tergamam..macam tak percaya je apa yang dilihatnya sekarang…cawan aku dah hancur berkecai??mimpi ke ni??nazim duduk bertinggung di atas lantai..serpihan-serpihan cawan kesayangannya tu dikutip..aku tak mimpi la..cawan aku dah pecah..

Naila ikut sama tergamam..matanya tak lepas dari pandang nazim..asal dengan mamat ni??nampak macam sayang sangat je dengan benda tu.. Nazim bangun..dia berdiri betul-betul depan naila..pandangan naila dengan dia bertembung..naila dah kecut perut tapi still buat selamba..

“kau jalan pakai lutut ka??” nazim menjerkah..temperature dah panas tahap gaban dah ni..

“yang kau marah aku apasal??bukan aku sorang ja yang salah!” naila lawan balik..tapi rasa bersalah still ada..

“lagipun kalau cawan tu pecah,beli la lain..itu pun susah ke??” naila sambung lagi..nazim terdiam..serpihan cawan ditangannya dipandang..

“cawan ni takkan ada penggantinya..ni hadiah dari ibu aku..takkan ada penggantinya..” suara nazim seakan-akan berbisik..tapi cukup jelas di pendengaran naila..

“minta la ibu kau beli lain..” senang je naila cakap..nazim pandang naila serius..

“ibu aku dah tak ada..” naila tergamam..rasa sedih+simpati+rasa bersalah terus menusuk di hati..

“aku…..” naila terhenti di situ..nafas di tarik dua tiga kali..

“aku mintak sorry..sungguh!!tak sengaja…” naila tundukkan mukanya..

“kau ingat kalau kau mintak sorry pun benda ni boleh balik macam sedia kala ka??” nazim balas balik..actually nak tergelak pun ada juga..tambah-tambah bila tengok muka naila yang dah pucat habis tu..naila cuba tahan sabar..mungkin betul ini salah dia..

“ok fine!!kalau macam tu kau nak aku buat apa??” naila pandang nazim..nazim diam..macam orang tengah fikir..naila kalih pandang pada kaunter hospital tu..dia mengatur langkah ke situ..nazim cuma pandang apa yang naila nak buat..pen dan kertas yang ada kat kaunter tu dicapai..

“nah!!ni number fon dengan alamat aku..kalau kau dah tahu nak suruh aku buat apa,kau datang cari aku!!” nazim sambut huluran naila..naila terus berlalu tinggalkan nazim yang tengah terpinga-pinga..

************************************************

Nabil,faruq,shah,faiqa dengan shazia berdiri depan loker masing-masing..mereka memang dah disediakan loker khas..nabil bukak loker..sepantas kilat berpuluh-puluh sampul surat jatuh ke lantai..nabil pandang bawah..kemudian dia pandang balik loker dia..surat yang berguni-guni kat atas lantai tu di biarkan saja..

Faruq dengan shah bukak loker diaorang serentak..benda yang berlaku kat nabil,berlaku dekat diaorang juga..faiqa dengan shazia tersenyum..apa lagi kalau bukan surat cinta dari peminat..faruq tayang muka bosan..shah pulak buat selamba je..dah bosan tengok surat cinta..

“yang korang ni tersengih-sengih apasal??cuba ar bukak loker korang tengok..sahih berduyun-duyun punya surat cinta yang korang dapat..” faruq smash faiqa dengan shazia balik..

“tak jadi ar bukak loker..hilang mood aku tengok surat-surat tu semua..buat letih mata ja baca..” shazia terus alihkan tangannya dari loker..faiqa pun sama..

“shazia!!” faiqa cuit tangan shazia..

“hmm??” shazia tak pandang muka faiqa..tangannya khusyuk masukkan buku dalam beg dia..

“jom bukak loker naila..sahih gila banyak ar surat yang dia dapat..” shazia pandang faiqa..

“buka ar..itu pun nak ajak aku ke?” shazia tayang muka blur..faiqa yang dah dapat lampu hijau tu terus bukak loker naila..surat-surat cinta yang di terima naila sama banyak dengan surat yang di terima nabil..bukan surat saja..hadia pun dapat juga..

“waa..gila banyak lorh..lebih banyak dari hari biasa erk..” mata shazia terbuntang luas..faruq,nabil dengan shah turut tak lepas peluang tengok loker naila..

“jom ar..kita gerak..” nabil ajak 4 orang kawannya tu..

“faiqa!!kau bawak ar surat-surat cinta tu kat naila sekali..buat semak loker ja..” nabil kasi arahan..

************************************************

Kereta limo milik nabil dah sampai depan hospital..diaorang semua keluar dari kereta..kaki dah dihayun laju ke bilik naila..

“oiiit!!naila!!” naila yang tengah duduk atas katil tu terkejut..

“korang!!” naila terus menerpa pada faiqa dengan shazia..2 orang sahabatnya tu dipeluk erat..terubat juga rindu kat diaorang semua..

“ingatkan korang dah tak ingat aku..” naila dah mula nak buat ayat pasrah..

“eleh..nak buat ayat pasrah la tu..” faiqa cubit pipi naila perlahan..mereka berenam ni memang tak boleh dipisahkan..naila tersengih..

“takkan la kami dah tak ingat kau kot..kitaorang terkejut beruk tau bila dapat tau kau masuk hospital..” faruq bersuara..dia dah labuhkan punggung atas katil..naila ketawa kecil..

“sayang juga korang kat aku erk..” naila tersenyum..

“of course la!!” 4 suara bergabung serentak..cuma nabil saja yang tak bersuara..faruq siku tangan nabil..

“asal??” nabil buat muka blur..memang tak faham pun apa yang faruq maksudkan..

“asal kau diam je?” faruq buka mulut..semua mata dah pandang nabil..

“asal??aku kena cakap juga ker??ala..tak penting pun..” lancar je nabil tutur bicara..tapi naila dah ketap bibir..geram gila bangang ar dengan mamat ni..nasib baik dia tak ada mood je hari ni..kalau tidak memang dah lama dah aku smash mamat ni habis-habis..

“ha!!naila..” naila pandang faiqa..

“nah!macam biasa ar..surat from your fan lorh..” faiqa hulur surat-surat tersebut pada naila..naila sambut huluran faiqa..tanpa lihat terlebih dahulu,surat tu terus diletakkan atas meja kecik sebelah katilnya..

“asal??not interesting??” nabil menyampuk..

“kau pernah tengok ke aku interesting dengan surat-surat macam tu?kau kot la..” naila menyindir..dia langsung tak pandang muka nabil..

“bila masa pulak aku interesting dengan benda-benda macam tu?dah lama dah surat tu bersemadi dalam tong sampah sekolah..” nabil menjawab..naila pandang shazia..minta penjelasan sebenarnya..

“awal-awal lagi dia dapat surat tu,dia dah buang dalam tong sampah..” shazia menjelaskan..kali ni naila pandang nabil pulak..

“asal kau buat macam tu,bil??kesian kat fan kau..penat-penat diaorang tulis..” naila dah nak mula bagi ceramah..

“biar la kat diaorang..aku tak suruh pun diaorang tulis benda alah tu..asal?kau kesian kat diaorang..??”

“of course la aku kesian kat diaorang..!!” belum sempat nabil habiskan kata-katanya,naila dah cut cakap nabil..
“aku pun perempuan juga..of course la aku faham perasaan diaorang..” naila pandang muka nabil serius..

“kau ni kenapa tiba-tiba nak membebel kat aku ni??jealous ke?” nabil angkat kening..saja nak mengusik naila..

“please ar..tak kuasa aku nak jealous-jealous ni..buat semak otak je!!” dahi naila dah berkerut..asal pulak naik perkataan jealous ni??

“dah dah!!kau ni nabil..tadi kata kat aku dengan faiqa sangat..kau dengan naila pun sama je..kaki gaduh jugak!!” faruq cuba nak hentikan perlawanan mulut antara naila dengan nabil tu..

Naila labuhkan punggung atas katil..duduk sebelah faruq..shah yang dari tadi berdiri ikut sama labuhkan punggung sebelah naila..shah pandang naila..

“kau bila boleh keluar hospital naila?” kali ni baru la shah bersuara..

“esok..erm,cakap pasal tu kau boleh tolong aku tak?” naila pandang shah..

“cakap la..kalau aku boleh tolong,aku tolong ar..” shah pandang naila pulak..mata mereka bertentangan..nasib baik la naila ni dah kawan lama dengan shah..kalau tidak sahih cair punya bartending mata dengan shah ni..

“kau datang ambik aku esok..” naila bersuara..4 orang sahabatnya tu pasang telinga..8 mata pandang arah mereka berdua..shah mengangguk dua tiga kali..

“yang kau suruh shah ambik kau apasal??mana bodyguard kesayangan kau tu??” nabil menyampuk bila dia tengok naila dah habis bercakap dengan shah..

“yang kau sibuk apasal??bukannya aku suruh kau yang ambik aku pun..” naila balas balik..asal la dengan mamat ni??ada saja yang tak kena..

“dah dah!!korang jangan nak mulakan ok!!” faiqa berdiri tengah-tengah..gaya macam pengadil wwf pun ada jugak..naila kalih arah lain..kalau bukan disebabkan papanya dan abang khai mempunyai urusan lain,dia takkan menyusahkan shah punya..lagipun pemandunya pulak ambil cuti untuk pulang ke kampungnya disebabkan ibunya sakit..jadi naila membenarkan pemandunya itu ambil cuti selama seminggu..

------------------------------------------------------------------------

7 ulasan:

Akemi Tsukiko berkata...

suka2.......... kelakar btul naila ngn nabil ni.....asyik gaduh je..hehehe... :)

asyura_18 berkata...

best la citer ni... naila ngan nabil ni couple ke?

asyura_18 berkata...

best la citer ni... naila ngan nabil ni couple ke?

asyura_18 berkata...

best la citer ni... naila ngan nabil ni couple ke?

asyura_18 berkata...

best la citer ni... naila ngan nabil ni couple ke?

asyura_18 berkata...

best la citer ni... naila ngan nabil ni couple ke?

asyura_18 berkata...

best la citer ni... naila ngan nabil ni couple ke?