3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 18 Mac 2010

3+1+42

Lampu-lampu ciptaan manusia bercahaya dan bersinar dengan indahnya. Walaupun kemodenan yang diciptakan manusia, namun alam semula jadi dan setiap makhluk yang diciptakan Tuhan tidak akan dapat ditandingi mana-mana makhluk bernyawa. Naila hanya mengikut setiap langkah kaki yang diatur seorang lelaki di hadapannya. Tangan kirinya masih lagi dipegang erat oleh lelaki itu. Air mata yang mengalir sebentar tadi meninggalkan kesan di pipi. Suasana sepi. Tiada ramai pelancong mahupun penduduk tempatan yang bersiar-siar di situ. Bilangan manusia yang berada di sini hanya boleh dibilang menggunakan jari. Hampir sepuluh manusia.

Deruan ombak menenangkan jiwa. Tiupan angin malam yang menyejukkan seluruh tubuh serta mendinginkan kepanasan diri amat menyegarkan. Hatinya terasa lebih tenang. Langkah demi langkah dilalui. Tetapi masing-masing mendiamkan diri buat sementara waktu. Mungkin ini yang terbaik untuk menenangkan fikiran masing-masing. Langkahan masih diteruskan.

“ Awak nak bawa saya pergi mana?” Persoalan yang telah lama timbul akhirnya dikeluarkan jua. Nazim hanya tersenyum kecil walaupun senyumannya tidak dapat dilihat gadis di belakangnya.

“ Sini.” Nazim membalas.

“ Sini? Untuk apa?” Nazim mengangguk.

“ Ya, sini. Untuk awak tenangkan fikiran. Menikmati keindahan ciptaan Tuhan yang tiada fotokopi.” Naila terdiam buat sementara waktu. Hatinya terasa tenang walaupun masih ada sedikit kekusutan yang menghiasi hati.

“ Menangis bukan cara yang terbaik untuk awak lepaskan segala tekanan dalam diri awak.” Nazim bertutur bicara.

“ Tapi menangis adalah salah satu cara untuk legakan perasaan kita. Bukankah begitu? Saya tahu. Menangis hanya membazirkan air mata, sedangkan masalah tak juga selesai. Tapi apa salahnya mengalirkan air mata dari menahan.” Naila menjawab. Tangannya masih lagi dipegang erat. Dia masih juga mengikut langkahan Nazim dari belakang.

“ Mungkin ada benarnya dengan kata-kata awak. Saya benci dengan air mata. Hampir 98% manusia mengalirkan air mata kerana kesedihan dan bukan disebabkan kegembiraan. Kenapa tidak kita melihat kebesaran Tuhan daripada membazirkan air mata untuk perkara yang tidak sepatutnya?” Naila terdiam buat sementara waktu. Kata-kata lelaki di hadapannya ini cuba difikir dengan begitu mendalam.

“ Kenapa awak benci dengan air mata? Sedangkan air mata itu turut merupakan ciptaan Tuhan. Air mata adalah emosi. Haruskah ditahan air mata jika berlaku kematian? Bukankah air mata diciptakan untuk menangisi seseorang?” Naila membangkang.

“ Memang benar apa yang awak katakan. Air mata diciptakan untuk menangisi seseorang. Tapi bukan digunakan untuk menumpahkan sebanyak yang mungkin apabila berlaku sesuatu kematian. Malah, kita sendiri tahu. Kematian sebaik-baiknya bukan untuk ditangisi. Sebaliknya diambil untuk dijadikan pengajaran, iktibar dan persediaan untuk kita menghadapinya.” Langkahan masih lagi diteruskan. Pada kali ini, Naila terdiam agak lama. Tiada apa yang harus dibahaskan.

“ Kalau tujuan awak bawa saya ke sini untuk tenangkan fikiran, saya rasa dah sampai masanya untuk awak bawa saya balik.” Naila bersuara. Nazim berhenti melangkah. Tubuhnya dihala ke arah deruan ombak. Tangan kiri Naila dilepaskan dari pegangan tangannya.

“ Jadi, awak dah tenang sekarang?” Nazim menyoal. Naila hanya mengangguk.

“ Boleh dikatakan ya.”

“ Saya tak berniat nak masuk campur dalam urusan awak. Saya yakin awak boleh selesaikan sendiri. Cuma saya tak nak awak cuba mengelak dalam hal ni.” Naila menarik nafas dalam-dalam.

“ Kalau itu yang menjadi kerisauan awak, saya rasa awak patut musnahkan. Saya bukan jenis manusia yang suka mengelak dalam setiap masalah yang saya hadapi.”

“ Saya tahu. Saya tahu awak bukan manusia jenis tu. Walaupun saya tak pernah hadapi masalah yang awak hadapi sekarang. tapi saya dapat fahami perasaan awak.” Naila membisu. Wajah Nazim dipandang lama.

“ Saya tahu. Awak sukar untuk terima lelaki yang baru awak kenali. Apatah lagi bila awak dapat tahu dia ayah kandung awak. Tapi pernah tak awak cuba untuk fahami perasaan dia? Bagaimana perasaan dia bila dia dapat tahu yang awak ni anak kandung dia? Pernah tak awak bayangkan perasaan dia bila anak kandung dia berat hati untuk mengakui dia?” Naila masih membisu. Wajah Naila dipandang sekilas sebelum pandangannya kembali semula pada keindahan ciptaan Tuhan.

“ Saya yakin dia gembira bila dia tahu awak ni anak kandung dia. Betapa hancurnya hati dia bila harapan dia untuk berjumpa awak musnah. Mungkin dia sangka awak akan mengakui dia. Mungkin dia sangka awak akan menyambut dia dengan senyuman ikhlas sebagai penghias wajah. Tapi nampaknya itu cuma angan-angan dia. Bukankah begitu?” Wajah Nazim dipandang. Saling berpandangan.

“ Ya. Perasaan dia penting. Tapi macam mana dengan perasaan saya? Awak tahu betapa terseksanya hati saya bila seorang lelaki yang saya kasih dan sayang bukan ayah kandung saya? Awak tahu betapa tercalarnya hati saya bila orang yang bencikan saya adalah ayah kandung saya? Awak cuba beritahu saya, macam mana saya nak tinggal dengan dia sedangkan saya langsung tak bersedia terima hakikat ni lagi?” Air matanya mengalir semula. Walaupun air mata yang mengalir hanya perlahan, namun sudah cukup untuk merasakan penderitaan yang dialami gadis ini.

Nazim melangkah setapak menghampiri Naila. Tangan kanannya dirapatkan di pipi gadis itu. Air mata yang menuruni pipi dikesat. Dia sedar. Itu kesalahannya. Seharusnya dia tidak membangkitkan isu ini memandangkan gadis itu sudah pun beransur tenang tadi. Tubuh Naila ditarik perlahan ke dalam pelukan. Rambut gadis itu dibelai perlahan. Air mata Naila semakin mengalir laju.

“ Saya dah letih. Saya benar-benar dah letih. Saya tak nak lalui kehidupan macam ni lagi. Sampai bila? Sampai bila saya perlu hidup macam ni? Sampai bila, Zim?” Naila merintih. Nazim hanya membisu. Hatinya turut sakit. Apa yang harus dilakukannya untuk mengakhiri segala penderitaan gadis ini?

*****

Max melabuhkan punggungnya di kerusi rehat. Fikirannya bercelaru. Hatinya berserabut. Di fikirannya hanya mempunyai gadis itu. Faiqa. Gadis yang baru sahaja dikenali selama dua minggu. Namun pertemuan mereka selama dua minggu sudah cukup untuk meragut cinta yang telah dibina. Meragut segala ketenangan dirinya selama ini. Dia langsung tidak menyangka. Cinta dan hatinya akan dimiliki gadis itu. Kekuatan cuba diraih. Hakikat dan kenyataan harus diterima. Faiqa akan pergi. Pergi jauh dari hidupnya. Jika dia menghalang, adakah keajaiban akan berlaku?

Dia segera bangun dari terus melabuhkan punggung di situ. Kakinya melangkah laju meninggalkan perkarangan rumah. Semakin lama langkahan kakinya semakin laju. Akhirnya dia berlari. Berlari selaju mungkin untuk mendapatkan cinta. Pemergian Faiqa harus dihalang. Walaupun dia tahu, usahanya untuk membatalkan niat gadis itu hanya sia-sia, namun setidak-tidaknya dia harus berusaha. Pandangan orang ramai langsung tidak dihiraukan sebaliknya lariannya bertambah pantas. Di fikirannya kini hanya Faiqa yang menghiasi.

Walaupun dia tahu, bukan dia menjadi pilihan Faiqa. Walaupun dia tahu bukan dia yang dapat memiliki hati Faiqa, namun hanya ini peluangnya. Jika pemergian Faiqa pada hari ni masih berjalan, itu bermakna dia akan kehilangan gadis itu buat selama-lamanya. Bukan ini yang dia mahukan. Walaupun dia tahu, mungkin ini yang harus dihadapi. Kehilangan Faiqa buat selama-lamanya. Bumi lapangan terbang Perth sudah pun dipijak. Dia berlari masuk. Matanya meliar mencari kelibat seorang gadis. Seorang gadis yang amat bermakna buat dirinya.

Keadaan seolah-olah berpusing. Kepalanya beralih ke kanan dan ke kiri. Matanya meliar di setiap penjuru. Namun pada masa ini, bayangan gadis itu langsung tidak kelihatan. Nafasnya kedengaran tercungap-cungap. Pandangannya beralih pada skrin pelepasan. Masa masih lagi mempunyai 10 minit untuk penerbangan ke Malaysia. Hatinya semakin risau. Adakah ini takdirnya untuk berputus asa begitu sahaja? Matanya masih lagi meliar mencari. Dia terpaku buat seketika. Susuk tubuh yang berada jauh di hadapannya dipandang penuh harapan. Itukah dia?

Dia berlari. Dia yakin. Itu Faiqa. Ternyata Tuhan masih lagi memberi peluang terakhir buatnya. Tangan kiri Faiqa ditarik pantas ke dalam pelukannya. Faiqa terpana. Faruq ikut terpaku dengan tindakan lelaki yang tidak pernah diketahui namanya. Kewujudan Faruq di situ langsung tidak dipedulikan. Tubuh Faiqa dipeluk erat.

“ Jika saya katakan, jangan pergi. Bolehkah awak jangan pergi?” Max bersuara. Nafasnya masih lagi kurang stabil.

“ Max.” Faiqa masih lagi terpana.

“ Diakah yang awak pilih? Adakah saya tiada ruang langsung dalam hati awak?” Sayu suaranya kedengaran.

“ Apa yang awak cakap ni?” Faruq menghampiri mereka berdua. Tangan Faiqa ditarik keluar dari pelukan lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Faiqa dibiarkan berdiri di belakangnya. Wajah Max dipandang tajam. Mereka saling bertentang mata.

“ Hati dan perasaan dia bukan untuk diseksa. Biar apapun yang terjadi, aku tak akan biarkan dia pergi dari hidup aku. Sampai mati aku akan mencintai dia. Sampai mati.” Faruq bertutur tegas. Mata masih lagi saling bertentang tajam.

“ Hati dia bukan milik aku. Milik kau. Walaupun bukan keinginan aku untuk lepaskan dia pergi, kalau itu mendatangkan kebahagiaan buat dia, aku hanya merestui. Tapi. Kalau kau sakitkan hati dia dan biarkan dia mengalirkan air mata, aku takkan lepaskan kau!” Max bertutur bicara berselit amaran. Faruq hanya mengupas senyuman kecil.

“ Aku takkan sekali-kali biarkan dia mengalirkan air mata disebabkan aku. Kau tak perlu risau. Aku akan jaga dia sebaik mungkin.” Max terdiam. Faruq ikut membisu. Tangan Faiqa ditarik mengikut langkahnya. Mereka beredar pergi. Melalui jalan-jalan hidup untuk ke destinasi seterusnya. Faiqa menoleh kepalanya ke belakang. Wajah Max dipandang. Semakin lama, mereka semakin berjauhan. Pemergian Faiqa hanya dipandang tanpa sebarang tindakan. Memang. Memang ini yang harus diterimanya.

Ini yang telah dijangka sejak dari awal lagi. Faiqa pergi. Pergi jauh dari hidupnya. Segala-galanya musnah. Impian yang tidak akan kesampaian hanya dibiarkan luput di hati. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia harus menjalani hari-hari mendatang tanpa gadis itu. Pasti fikiran dan setiap rutin hariannya diselubungi wajah gadis itu. Inilah takdir. Takdir yang telah ditentukan sejak azali lagi. Tidak mungkin dia mampu untuk menghalang apatah lagi mengubah.

Bayangan Faiqa sudah pun menghilang. Dia mengeluh. Tiada apa lagi yang harus dilakukan di sini. Max melangkah pergi. Fikirannya kosong. Perlahan-lahan langkahnya diatur meninggalkan lapangan terbang Perth. Bibirnya dipaksa mengukir senyuman. Senyuman tangisan yang datangnya dari hati. Air mata yang mula bergenang di seka pantas. Air mata jernih yang sedaya upaya mahu mengalir menuruni pipi cuba ditahan. Dia tidak mahu kelihatan lemah di mata manusia.

*****

Faiqa melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Kewujudan Faruq di sisinya hanya dibiarkan tanpa sepatah kata yang menampakkan keramahannya. Fikirannya buntu buat seketika. Walaupun timbulnya perasaan berat hati untuk meninggalkan Max, tetapi dia lebih mempercayai hatinya. Walaupun ada secebis kasih sayang yang ditumpahkan buat Max, namun hatinya lebih menghampiri Faruq.

“ Kau fikirkan dia?” Tiba-tiba sahaja Faruq menyoal. Namun pandangannya tidak diberikan pada Faiqa. Faiqa terdiam buat sementara waktu. Kepalanya ditoleh ke sebelah kanan. Wajah dan riak muka Faruq diperhati. Dia hanya tersenyum kecil.

“ Cemburu?” Faiqa masih tersenyum. Faruq menoleh kepalanya. Wajah Faiqa yang masih tersenyum dipandang sekilas lalu sebelum kepalanya dikalih semula ke hadapan.

“ Tak lah. Aku suka.” Faruq menyindir. Wajah Faiqa tidak dipandang. Sekali lagi Faiqa tersenyum. Senyuman yang dilontarkan membuatkan Faruq menoleh ke arah Faiqa.

“ Masih boleh senyum?” Soalan Faruq tidak dilayan. Sebaliknya senyumannya masih terukir di bibir. Faruq memandang semula ke hadapan. Hatinya mula terusik. Bimbang. Dia benar-benar khuatir jika hati Faiqa kini bukan miliknya. Adakah dia terlambat? Faruq tersentak. Tangannya tiba-tiba sahaja digenggam oleh seseorang. Seseorang yang berada di sisinya. Pantas pandangannya dihala pada wajah Faiqa. Pandangan mereka bertaut. Faiqa masih mengukir senyuman.

“ Hati ni tak akan terbuka untuk lelaki lain. Semuanya. Hati dan perasaan aku semuanya ada pada kau. Aku tak mampu nak buka ikatan tu. Sebab aku dah ikat sekuat yang mungkin.” Butir-butir mutiara kata yang diucap Faiqa membuatkan Faruq tersenyum. Wajah Faiqa dipandang lama. Dahi gadis itu dikucup dengan penuh kasih sayang. Tangan gadis di sisinya kini digenggam erat.

“ Walaupun bumi saling berperang, langit saling membelah, bintang berguguran menghiasi bumi, aku takkan tinggalkan kau lagi. Kali ni, aku takkan ulang kesilapan yang sama, Pisang takkan berbuah dua kali, Fai.”

Faiqa tersenyum kecil. Kepalanya dibaringkan di bahu Faruq. Tangan yang saling berpegang semakin erat. Cinta yang dipupuk semakin kukuh. Kematangan berebut-rebut memasuki diri. Pastinya. Cinta mereka tidak mampu dipisahkan. Hanya maut dan seruan dari Tuhan Maha Berkuasa yang mampu melakukannya.

4 ulasan:

penulis berkata...

assalamualaikum..
new n3[just comment]

keSENGALan teserlah.. berkata...

sian plak kat max..
hurrmm...tape2..
faruq akan jaga faiqa baek2 punye..

MizaEija berkata...

air mata...dugaan...sgt sinonim dgn idup kite...

Tanpa Nama berkata...

diorang ni Form5 kan , tapi asal takde cakap pon pasal SPM lah , belajar lah or berkaitan dgn sekola. seolah2 belajar itu hilang mcm tuh je. sorry ye tanye , cume pelik sikit dengan cerite nih. papepon ,na cepat habeskan bace , sebb seronok nih . hope naila dgn nabil.