3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Ahad, 28 Mac 2010

3+1+43

Matanya dibuka perlahan-lahan. Suasana sunyi. Pantas Faiqa membangunkan diri dari terus berbaring di atas katil. Dia tersenyum. Seluruh keadaan biliknya diperhati. Dia bukan berada di Australia. Ternyata dia bukan bermimpi. Akhirnya dia diberi peluang untuk terus melanjutkan pelajaran di Malaysia. Tanah di mana dia dilahirkan. Kerinduan terhadap Naila dan Shazia semakin memenuhi ruang hati. Walaupun hanya dua minggu mereka terpisah, seolah-olah terasa seperti dua tahun hidup di Australia tanpa kehadiran mereka. Bagaimana kehidupan Naila dan Shazia sekarang, dia sendiri tidak tahu.

Faiqa melangkah bangun. Almari pakaian miliknya yang terletak rapi di sudut kiri biliknya dihampiri. Sepantas itu, tuala mandinya yang berlipat kemas dicapai. Segala barang mandiannya ikut dibawa bersama ke bilik mandi. Hatinya berdebar-debar. Tidak sabar untuk bertemu semula sahabat-sahabat baiknya. Yang selama ini tidak pernah berjauhan begitu lama. Namun dia sendiri pasti tidak akan menjangka. Sepanjang ketiadaannya selama dua minggu, segalanya telah berubah. Perubahan besar yang menanti.

Setelah hampir lima belas minit dia membersihkan diri dari segala kekotoran yang menyerap, akhirnya dia melangkah keluar dari kamar mandi. Baju T-Shirt hitam berlengan panjang dan kelabuhan yang setara lututnya disarungkan ke tubuhnya. Begitu juga seluar jeans hitam. Dia melangkah menghampiri meja kecil bercermin yang dipenuhi dengan segala peralatan mekapnya. Sikat dicapai. Rambutnya yang lurus melebihi bahu diperkemaskan. Bibirnya yang kemerah-merahan tidak pernah dicalitkan dengan pewarna bibir. Wajahnya dipalitkan dengan sedikit bedak walaupun secara realitinya, dia tidak memerlukan semua itu. Kulit yang dimilikinya secara semula jadi bersih dan putih seperti baru dilahirkan.

Telefon bimbitnya yang tiba-tiba sahaja berdering membuatkan dia sedikit tersentak. Matanya meliar mencari. Deringan telefon semakin lama semakin kuat berbunyi. Kepalanya ditundukkan di bawah katil. Faiqa tersenyum. Sepantas yang mungkin, telefon bimbit kesayangannya dicapai. Skrin telefon dipandang sekilas. Sekali lagi dia tersenyum. Panggilan bahagia yang datangnya dari Faruq. Punat telefon menjawab ditekan.

“ Hello.” Terlebih dahulu Faruq bersuara.

“ Ya. Ada apa?” Faiqa mencapai beg galasnya.

“ Kau dah ada rancangan hari ni?” Faruq menyoal. Bibirnya mengukir senyum. Faiqa terdiam buat seketika. Beg galasnya disilang ke tubuhnya.

“ Aku nak pergi rumah Naila. Asal? Kau ada rancangan ke?” Dia menuruni anak-anak tangga.

“ Well, aku memang nak ajak kau pergi melawat dia. Dah dua minggu kan.”

“ So, kita jumpa kat sana boleh?” Soalan dari Faiqa tidak dijawab. Bibirnya hanya diukir dengan senyuman. Faiqa terpaku di hadapan rumah buat seketika. Dia benar-benar terkejut dengan kehadiran Faruq di hadapan rumahnya yang secara tiba-tiba. Faruq mengangkat tangan dengan senyuman yang masih terukir. Faiqa ikut tersenyum. Sepatutnya dia mengetahui. Setiap tindakan lelaki ini amat sukar untuk diteka. Faiqa melangkah menghampiri lelaki di hadapan.

“ Macam mana tiba-tiba kau boleh terpacak depan rumah aku ni? Ribut tak ada. Taufan tak ada.” Faiqa mengomel. Faruq tersenyum.

“ Berhentilah mengomel tu, Mak Cik. Dipersilakan dengan segala hormatnya masuk ke dalam, Mak Cik.” Faiqa mencebik. Faruq masih tersenyum. Faiqa melangkah masuk ke dalam kereta milik keluarga Faruq. Disebabkan dia masih belum berkelayakan menjalani peperiksaan untuk pengambilan lesen kereta, maka terpaksalah dia menyusahkan driver yang diupah papanya untuk menghantarnya ke mana sahaja.

“ Sejak bila kau iktiraf aku jadi Mak Cik ni, Far? Faiqa bersuara. Namun pandangannya tidak ditumpukan sepenuhnya pada lelaki di sebelahnya. Sebaliknya tumpuan yang penuh lebih diberikan pada telefon bimbit di tangannya.

“ Sejak kau tinggalkan aku.” Kata-kata Faruq membuatkan Faiqa hilang tumpuan. Kepala ditoleh pantas memandang ke arah Faruq. Seperti tadi, Faruq masih mengupas senyuman kecil. Faiqa terdiam. Bahu Faiqa ditolak perlahan.

“ Kenapa ni?” Faiqa tersentak.

“ Haa??” Soalan dibalas dengan reaksi blur.

“ Aku gurau sajalah, Fai. Jangan masukkan dalam hati.” Ketenangan cuba diberikan buat gadis di sisinya. Faruq melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Faiqa membisu buat sementara waktu.

“ Maafkan aku, Far.” Tiba-tiba sahaja Faiqa bersuara. Faruq pantas mengalihkan pandangannya ke arah Faiqa. Wajah gadis itu dipandang tepat.

“ Untuk apa?” Faruq menyoal. Faiqa menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus keluar perlahan-lahan.

“ Sebelum ni aku tak berpeluang minta maaf dengan kau. Maafkan aku, Far. Aku tinggalkan kau tanpa dengar penjelasan kau terlebih dahulu.” Air matanya mula bergenang. Faruq hanya tersenyum. Kepala gadis kesayangannya diusap perlahan.

“ Bodoh. Kan aku dah kata. Jangan masukkan dalam hati.” Mereka saling berpandangan.

“ Kenapa kau nak juga setia dengan aku? Sedangkan kau boleh dapat berapa banyak perempuan yang kau suka?” Air matanya mengalir. Perasaan bersalah semakin menghantui diri. Faruq masih tersenyum. Air mata yang mengalir di pipi Faiqa diseka.

“ Sebab hati dan perasaan aku kau dah bawa.” Faiqa terdiam. Namun air matanya semakin laju mengalir. Tubuh Faiqa ditarik ke dalam dakapannya. Hati gadis itu cuba untuk ditenangkan. Dia tahu dia yang bersalah. Namun bukan sengaja untuk dia membangkitkan isu itu.

“ Fai. Aku dah janji. Aku takkan biarkan kau mengalirkan air mata gara-gara aku. Hati aku menderita tengok kau menangis macam ni. Tak pasal-pasal nanti Naila tuduh aku buli kau pula.”

*****

“ Nai.” Pintu bilik Naila diketuk berulang-ulang kali. Pada ketukan kelima, pintu bilik dibuka dari dalam. Naila melangkah keluar.

“ Ada apa?” Naila menyoal. Beg galas yang disilangkan ditubuhnya diperkemaskan.

“ Awak nak pergi kerja?” Soalan dibalas soalan. Wajah Nazim dipandang.

“ Ya la. Pergi mana lagi.” Naila melangkah walaupun belum sempat untuk Nazim menyoal lebih lanjut.

“ Biar saya hantar awak.” Naila berhenti melangkah. Kepala ditoleh ke arah Nazim. Wajah lelaki itu dipandang.

“ Tak perlulah. Bas ada. Saya boleh naik bas.” Naila meneruskan langkahannya. Anak-anak tangga dipijak menuruni ke ruang tamu. Nazim ikut menuruni anak-anak tangga dengan pantas. Tangan kanan Naila ditarik. Sepantas itu juga, langkahannya terhenti. Wajah lelaki di hadapannya dipandang. Nazim hanya mengupas senyuman kecil.

“ Kalau awak tak nak saya hantar awak, saya terpaksa ikut awak la.”

“ Awak ingat saya ni masih budak-budak ke? Saya tahu jaga diri saya. Awak tak perlu tunjuk keprihatinan awak.” Tangannya di tarik dari pegangan Nazim. Mata saling bertentang.

“ Awak ingat saya nak sangat ke tunjuk keprihatinan saya pada awak? Now you’re under my responsibility! If something happen to you, I have to responsible!”

“ Awak jangan risau. Cuma masa yang singkat saja. Tak lama lagi bila saya dah dapat salary saya, saya akan keluar dari rumah awak. Pada masa tu, awak tak perlu lagi nak bimbang pasal saya.” Nazim mengeluh. Bibirnya diketap tanda geram.

“ Ikut suka hati awak la! Awak buat sajalah apa yang awak suka!!” Nazim melangkah pergi. Anak-anak tangga ke kamarnya dipijak pantas. Naila ikut melangkah pergi. Masing-masing dalam keadaan hati yang membara.

*****

Faiqa dan Faruq melangkah keluar dari kereta. Dua pasang mata meliar mencari susuk tubuh dua orang manusia di restoran. Faiqa mengukir senyuman. Tangan Faruq dicuit. Faruq ikut tersenyum. Masing-masing melangkah menghampiri dua orang manusia yang juga diiktiraf sebagai sahabat baik mereka sendiri. Faiqa melabuhkan punggung. Begitu juga Faruq. Nabil dan Shazia ikut tersenyum.

“ Akhirnya Fai, kau balik juga. Selamat kembali, Fai.” Nabil menjadi orang pertama yang bersuara. Senyuman yang diukir di bibir Faiqa masih belum lekang.

“ Aku tak boleh hidup tanpa korang semua, Bil.”

“ Alasanlah tu. Atau tak boleh hidup tanpa orang sebelah kau tu.” Shazia mengangkat kening. Matanya diarah pada Faruq. Sebaliknya lelaki itu hanya mengukir senyum.

“ Kau ni kan Shaz. Aku tahu la kau rindukan aku. Tapi, tak perlulah nak cemburu dengan aku. Kau dengan Shah apa cerita?” Shazia terdiam. Soalan mengenai Shah cuba dielakkan dari dijawab.

“ Eh, cakap pasal Shah ni, mana dia? Tak nampak pun?” Faruq tiba-tiba menyoal. Sudah dua minggu dia tidak bersua dengan sahabat baiknya itu. Sahabat yang sudah disatukan sejak dari kecil.

“ Dia balik kampung lepas Shaz keluar dari hospital baru-baru ni.” Nabil menjawab. Faiqa menunjukkan riak wajah terkejut. Begitu juga Faruq. Masing-masing memandang ke arah Shazia.

“ Kau sakit ke Shaz? Kenapa?” Shazia hanya tersenyum kecil.

“ Tak perlu tahu la, Fai. Lain kali kau jangan on terus handphone kau. Buat hiasan saja dalam poket kau.” Shazia memerli.

“ Sorry, Shaz. Aku tahu aku salah.” Riak wajah Faiqa berubah. Wajahnya ditundukkan. Air mata yang bergenang cuba dihalang dari mengalir.

“ Fai, aku bukan nak buat kau salahkan diri kau sendiri. Tapi aku nak kau tahu. Kami semua menderita kehilangan kau. Bila kau tak ada, semuanya dah tak macam dulu.” Shazia cuba memujuk.

“ Sudahlah. Kan Fai dah ada depan kita sekarang. Buat apa nak ungkit lagi kisah lama.” Nabil bersuara. Masing-masing berdiam diri buat sementara waktu.

“ Bil.” Panggilan Faruq membuatkan Nabil mengarahkan pandangannya ke arah lelaki itu.

“ Mana Naila pergi? Aku dengan Fai pergi rumah dia tadi. Tapi bibik bagi tahu, Naila dah tak tinggal situ. Apa dah jadi?” Faruq menunjukkan wajah khuatir. Faiqa segera mengangkat muka. Masing-masing memandang Nabil. Nabil terdiam buat sementara waktu. Nafasnya ditarik perlahan-lahan.

“ Macam-macam yang dah jadi sejak kau pergi, Fai. Memang betul. Naila dah tak tinggal kat situ lagi. Dia tinggal di rumah Nazim buat sementara.” Shazia bersuara. Faiqa terkejut. Begitu juga Faruq.

“ Rumah Nazim? Apa yang dah jadi ni?” Sekali lagi Faiqa menyoal. Shazia memandang Nabil.

“ Uncle Syazman bukan ayah kandung dia.” Nabil menambah. Faiqa dan Faruq semakin terkejut. Sunyi buat sementara waktu.

“ Kalau Uncle Syazman bukan ayah kandung Naila, jadi siapa ayah kandung dia?” Faruq menyoal serius.

“ Seseorang yang kita kenal dan kita tak pernah sangka orang tu adalah ayah kandung Naila.” Shazia menjawab.

“ Kau janganlah main teka teki dengan aku, Shaz. Siapa?” Faiqa semakin ingin tahu.

“ Cikgu Yahya.” Nabil bersuara.

“ Cikgu Yahya? Oh, my god! Cikgu yang benci Naila tu?” Faiqa menyoal lagi. Shazia mengangguk.

“ Tapi itu dulu. Sebelum dia tahu Naila adalah anak kandung dia.” Sekali lagi keadaan sunyi. Masing-masing memikirkan sesuatu.

“ Kalau macam tu, korang boleh bawa aku pergi rumah Nazim?” Faiqa meminta persetujuan.

“ Sekarang?” Shazia menyoal. Faiqa mengangguk.

“ Sekarang bukan masa yang sesuai, Fai. Apa kata malam nanti baru kita pergi?” Faiqa mengangguk tanda setuju atas cadangan Nabil. Kepalanya ditundukkan.

Dia langsung tidak menyangka ketiadaannya merubah segala-galanya. Perubahan besar yang pernah terjadi sepanjang hidup. Dia kesal. Kesal kerana dia tidak mampu untuk berada di sisi Naila di saat gadis itu diselubungi kesedihan dan kekeliruan.

1 ulasan:

penulis berkata...

assalamualaikum..
new n3[just comment]