3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 15 Oktober 2010

cinta sunbae 15

Hatinya hancur. Walaupun begitu, seperti yang pernah dia katakan, walau siapapun Hakimi pada Isya, dia tidak akan pernah melepaskan Isya dari hatinya. Mungkin dahulu dia pernah melakukan kesilapan terbesar dalam hidupnya, tetapi kali ni tidak lagi. Walaupun kini hatinya sakit, hatinya terluka, tetapi dia pasti luka itu akan sembuh juga.

“ Kau perlukan bantuan aku sekarang?” Hakimi bertanya. Isya hanya dipandang sekilas.

“ Tak. Aku tak nak bantuan kau.” Hakimi menarik Isya mengikuti turun dari pentas. Isya terkejut.

“ Apa yang kau buat ni, Hakimi?” Isya cemas. Dia benar-benar tidak mahu keadaan ini berlaku. Hakimi menghampiri Fitri. Mereka berhenti melangkah. Mereka saling bertentang mata.

“ Sekarang kau dah tahu kan?” Fitri dipandang tepat. Fitri tersenyum sinis.

“ Ya. Memang aku dah tahu. Tapi tak bermakna aku akan lepaskan Isya pada kau.” Serius Fitri membalas. Isya dipandang tepat. Dia melangkah setapak dua menghampiri gadis itu.

“ Fitri nak Isya tahu. Walaupun kepercayaan Isya pada Fitri dah hilang sepenuhnya, Fitri akan cuba dapatkan kepercayaan tu semula.” Sejurus menghabiskan ayatnya, dia melangkah.

“ Jangan! Jangan cari kepercayaan tu semula. Biar ia lenyap untuk selama-lamanya.” Fitri berhenti melangkah. Tetapi tubuhnya masih membelakangi gadis itu. Air mata Isya menitis lagi. Mengapa begitu sukar untuk dia menahan air mata apabila berhadapan dengan kenangan silamnya? Dan mengapa juga dia sentiasa menunjukkan kelemahan dirinya di hadapan musuhnya sendiri?

“ Minta maaf. Fitri tak dapat nak tunaikan permintaan tu.” Dia melangkah pergi. Pemergian lelaki itu hanya dipandang dengan air mata yang masih mengalir. Hakimi menarik Isya mengikuti langkahnya. Sampai sahaja mereka di belakang pentas, tangan gadis itu dilepaskan.

“ Kau bodoh ke??!!” Isya dimarahi. Semua mata memandang ke arah mereka.

“ Kau!! Dia betul-betul sukakan kau, takkan itu pun kau tak tahu?!!” Hakimi menengking. Isya mengangkat wajah. Hakimi dipandang tajam.

“ Ya! Memang aku bodoh!! Kenapa?? Kebodohan aku menganggu kau ke selama ni??” Isya turut meninggikan suara. Air matanya mula bergenang.

“ Memang menganggu aku! Kebodohan kau tu buat aku rasa letih!! Masalah…”

“ Ada ke aku minta kau masuk campur urusan aku?!! Kau!! Kau jangan ingat semua orang sokong kau, kau boleh buat apa saja yang kau suka!! Kau tak pernah tahu apa masalah aku, jadi apa hak kau masuk campur urusan aku?!” Air matanya kini menitis. Hakimi tergelak sinis.

“ Sebab aku tengok kau ni lembap sangat!! Sampaikan aku tak sabar-sabar nak selesaikan perkara bodoh tu! Kau rasa kau pandai kan? Baik. Kau pergi balik sendiri!!”

“ Mestilah! Tanpa kau pun aku boleh sampai rumah dengan selamat!!” Isya melangkah laju.

“ Biar saya hantar awak balik.” Tawaran Khairul membuatkan dia berhenti melangkah. Khairul dipandang bersama senyuman terpaksa.

“ Tak apa. Saya boleh balik sendiri.” Isya melangkah pergi.

“ Tak perlu hantar dia, Khai! Dia boleh balik sendiri!” Kata-kata Hakimi membuatkan Khairul mengeluh. Dia melangkah menghampiri Hakimi.

“ Kau ni kenapa, Kim? Keselamatan dia dah jadi tanggungjawab kita. Lagipun program ni masih tinggal 4 hari lagi. Kita masih perlukan dia.” ujar Khairul. Dia benar-benar kesal dengan tindakan lelaki itu.

“ Biarkan dia. Tamatkan saja program ni. Apa yang akan terjadi, aku yang akan bertanggungjawab.” Hakimi menapak pergi. Sekali lagi Khairul mengeluh.

*****

Isya melabuhkan punggung di atas satu kerusi batu yang tersedia untuk orang awam. Kasut tinggi yang dipakainya dikeluarkan dari terus menyarungi kakinya. Kaki kirinya diurut-urut. Dahinya berkerut disebabkan kesakitan dari kakinya yang melecet. Jam sudah pun menunjukkan 11.30 malam. Keluhan dilepaskan. Bayangan Hakimi tiba-tiba sahaja muncul di hadapan matanya. Bibirnya diketap tanda geram.

“ Tak guna punya lelaki. Jangan ingat tanpa kau, aku tak boleh balik.” Isya bercakap sendiri.

“ Masih tak putus asa ke?” Satu suara yang kedengaran membuatkan Isya segera memusing kepalanya ke sebelah kiri. Khairul tersenyum. Punggungnya dilabuhkan di sebelah gadis itu.

“ Khairul.” Isya terkejut. Senyuman masih bermain di bibir lelaki itu. Satu tin air gas dihulurkan pada gadis itu. Lambat-lambat Isya menyambutnya.

“ Masih marahkan dia ke?” Wajah gadis di sebelahnya dipandang. Isya hanya tersenyum tanpa bersuara.

“ Jangan marahkan dia sangat. Dia memang macam tu. Walaupun luarannya dia agak panas baran, tapi hati dia baik.” Khairul cuba untuk menjernihkan keadaan.

“ Dah dua kali saya dengar awak cakap pasal tu.” Khairul tersenyum. Isya melepaskan keluhan. Pandangannya dihala ke bawah.

“ Adakalanya.. Saya rasa apa yang dia cakap tu betul. Mungkin saya memang bodoh.”

“ Walaupun saya tak tahu apa yang dah berlaku antara awak dengan lelaki itu, tapi dari pandangan awak, saya dapat rasakan yang awak.. seikhlas hati masih sukakan dia.” Wajah gadis di sebelahnya dipandang tepat. Isya tersenyum dengan wajahnya yang masih tertunduk.

“ Apa gunanya saya masih sukakan dia kalau kepercayaan saya pada dia dah hilang sepenuhnya?” Khairul melepaskan hembusan nafas. Entah mengapa pada saat ini, hatinya tergerak untuk menenangkan kegelisahan remaja di sisinya kini. Khairul bangun.

“ Jomlah. Saya hantar awak balik.” Isya terkejut.

“ Hmm? Aa.. tak apa. Saya boleh balik sendiri.”

“ Balik sendiri dengan kaki macam tu?” Khairul mengangkat kening. Isya tersenyum paksa. Mahu tidak mahu, dia terpaksa menerima pertolongan dari lelaki itu. Jika dibandingkan, perwatakan Khairul dan Hakimi jauh berbeza. Bagai langit dengan bumi.

*****
HARI KEEMPAT

“ Kim! Kau buat apa lagi ni? Kau tengok jam sekarang dah pukul berapa!” Khairul mengeluh. Hakimi yang masih bersandar di kerusi pejabat dipandang tepat.

“ Apa kau ni?” Hakimi mengerut dahi.

“ Apa kau tanya aku? Yaa.. hari ni kau kena bawa ‘teman wanita’ kau pergi tonton wayang! Kau dah lupa ke?” Khairul meninggikan suaranya sedikit. Hakimi menunjukkan wajah bosan. Dia menguap.

“ Taklah. Aku tak pernah lupa pun. Kan aku dah kata, cancel program ni.”

“ Senang saja kau cakap kan? Aku tak kira. Kau kena pergi jugak! Dia dah setuju, so kau tak boleh pandai-pandai nak ubah apa yang dah dirancang!” Khairul memberi kata muktamad. Serta-merta Hakimi membangunkan tubuhnya dari terus bersandar di kerusi. Wajahnya jelas kelihatan terkejut.

“ Apa?? Dia setuju??” Terbelalak mata Hakimi. Khairul mengangguk. Dia hairan dengan sikap Hakimi yang secara tiba-tiba.

“ Perempuan ni gila ke? Semalam bukan main lagi marah aku. Tapi tiba-tiba dia setuju pulak.” Dia mengaru-garu kepalanya yang langsung tidak gatal. Khairul tersenyum sinis. Dia melangkah setapak dua. Kerusi di belakang Hakimi diduduki.

“ Dia bukannya macam kau. Dia tahu tanggungjawab dia sendiri. Lagipun takkanlah dia nak menyusahkan kawan dia sendiri.” Khairul menyindir.

“ Ok, fine!” Hakimi bangun.

“ Kau nak pergi mana pulak tu?” Khairul pantas bersuara.

“ Pergi ambil dialah.” Khairul bangun. Kertas-kertas di atas mejanya dikemaskan.

“ Tak perlu. Aku yang akan jemput dia. Kalau kau ambil dia, aku takut nanti belum lagi sampai Mall, kau halau dia kat tepi jalan pulak.” Khairul melangkah pergi tanpa menunggu balasan kata dari lelaki itu.

*****

Hakimi memandang wajahnya di cermin kereta. Cap yang dipakainya ditarik sedikit ke hadapan. Rambutnya diperkemaskan. Isya yang kini berada di sebelahnya langsung tidak dipandang. Hakimi membuka pintu kereta seraya melangkah keluar. Isya hanya mengikut langkah lelaki itu dari belakang.

“ Jalan cepat sikit boleh tak? Lembab betul!” Hakimi mengkritik. Isya menarik nafas panjang. Bibirnya diketap dengan penuh geram. Kesabaran cuba diraih. Buat sementara ini, dia tidak mahu melawan setiap kata-kata yang dilontarkan oleh lelaki itu. Telinganya cuba untuk dipekakkan. Mereka melangkah masuk ke dalam Mall.

Baru beberapa saat sahaja mereka berjalan bersama, kebanyakkan mata sudah memandang ke arah mereka berdua. Pelbagai reaksi yang mereka tunjukkan. Berbisik sesama sendiri malah kebanyakan mereka teruja benar melihat seorang artis menjejakkan kaki ke Mall. Dua orang perempuan belasan tahun meluru ke arah mereka bersama sebatang pen dan sekeping kertas. Disebabkan mereka berdua, hampir puluhan perempuan ikut meluru ke arah Hakimi dan Isya. Isya terkejut. Belum pernah dia mengalami situasi seperti ini.

Semakin ramai manusia yang meluru ke arah mereka. Kewujudan Isya langsung tidak diketahui. Gadis itu yang sedang berdiri di belakang Hakimi ditolak kasar. Akibat dari tolakan itu, dia terjatuh ke lantai. Isya mengaduh kesakitan. Tangan kanannya dipegang. Huluran tangan dari seseorang membuatkan gadis itu mengangkat wajah.

“ Khairul.” Lelaki itu tersenyum, Sebaliknya Isya menunjukkan wajahnya yang terperanjat. Khairul memapah Isya untuk bangun. Pandangannya beralih pada Hakimi yang benar-benar sibuk menandatangani dan melayan karenah peminat-peminatnya.

“ Saya dah agak benda ni akan jadi. Sebab tu saya datang.” Isya tersenyum paksa. Keluhan berat dilepaskan

“ Memang patut pun awak datang. Haishh!! Kenapalah saya perlu terlibat sama?” Sekali lagi dia mengeluh. Dia benar-benar kelihatan letih. Khairul serba-salah.

“ Saya minta maaf. Saya harap awak dapat bertahan. Cuma tinggal lagi tiga hari.”

" Tak apa. Bukan salah awak. Hmm.. lagi tiga hari.” Wajah Khairul berubah. Dia benar-benar diselubungi perasaan bersalah. Dia bukan sahaja memainkan peranan sebagai jurukamera, malah dia juga memangku tugas sebagai seorang pengarah rancangan realiti DATING 7 DAYS. Isya dipandang tepat.

“ Jom.” Khairul mengangkat kening pada Isya. Isya hairan.

“ Pergi mana?” Khairul tersenyum. Tangan Isya ditarik mengikut langkahnya. Hakimi ditinggalkan bersama peminat-peminatnya. Malah dia tidak pernah menyedari Isya ditolak sehingga terjatuh, kemunculan Khairul tanpa disangka dan yang paling penting dia langsung tidak tahu mereka meninggalkannya di situ keseorangan.

Walaupun mereka meninggalkan Hakimi di situ, tetapi langkah yang mereka atur tidak berapa jauh dari kedudukan Hakimi. Tetap berada dalam kawasan Mall. Tangan gadis itu tidak dilepaskan. Isya hanya mengikut langkah Khairul tanpa suara walaupun dia sendiri tertanya-tanya ke mana lelaki itu mahu membawanya pergi. Khairul berhenti melangkah di hadapan kedai aiskrim. Tangan Isya dilepaskan perlahan dari pegangannya. Dua jenis aiskirim dipesan. Bersama satu aiskrim di tangan masing-masing, mereka melabuhkan punggung pada satu kerusi yang berdekatan.

“ Awak bawa saya lari ke?” Soalan Isya membuatkan Khairul tersenyum lebar. Isya dipandang tepat bersama senyuman.

“ Taklah. Saya bawa awak makan ni.” Aiskrim di tangannya ditunjukkan pada Isya. Kali ini, Isya tersenyum ikhlas.

“ Terima kasih. Tapi.. tak apa ke kita tinggal dia kat situ?” Walaupun dia tidak pernah menyenangi sikap Hakimi, namun masih ada secebis perasaan bersalah pada lelaki itu.

“ Nak buat macam mana ye? Itu balasan dia tak endahkan awak.” Khairul mengangkat kening. Sejurus itu, Isya ketawa kecil. Sikap lelaki di sisinya kini benar-benar membuatkan dia berasa dilindungi.

0 ulasan: