3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 9 Oktober 2009

3+1=14

“papa dah nak pergi ke?” Naila memandang wajah papanya..Khai dan Nazim turut berdiri di hadapan pintu..

“ye la..kamu duduk rumah baik-baik..jangan kamu buli Nazim pulak.” Tuan Syazman bersuara..

“sejak bila pulak aku buli mamat ni?” Naila berbisik sendiri..suaranya yang ibarat seperti orang bercakap dalam kelambu memang tidak dapat didengari..

“takkan papa nak tinggalkan Naila dengan mamat ni?” Naila menyoal..matanya masih sempat menjeling Nazim yang berdiri di sebelahnya..

“Naila!cakap tu baik-baik la sikit..bukan kamu berdua saja yang duduk dalam rumah ni..bibik pun ada kan.” Tuan Syazman mula bersuara tegas..sikap anaknya yang agak tidak menghormati orang membuatkan dia sedikit terkilan..

“dah la..papa pergi dulu..” Tuan Syazman bersuara lagi apabila melihat anaknya sudah mendiamkan diri..

Naila segera mencapai tangan ayahnya lalu dicium..pemergian ayahnya diperhatikan sehingga lesap dari pandangan..

“awak nak saya tolong main apa?” Nazim bersuara..wajahnya kelihatan agak serius..

“awak jangan nak buat muka serius erk!!lagi satu..awak yang terhegeh-hegeh nak tolong saya..bukan saya yang minta awak tolong!!piano!!” Naila memarahi Nazim..tanpa menunggu Nazim berkata apa-apa,dia berlalu dari situ..

“Naila!” Nazim memanggil Naila..Naila yang baru 10 langkah membelakangi Nazim terpaksa mengalihkan wajahnya semula..

“apa??”

“awak datang period ke?” Nazim menyoal..bibirnya mengukir senyuman sinis..

“what??” temperature Naila mula naik..pagi-pagi lagi Nazim sudah menguji kesabarannya..


“nothing..” Nazim bersuara selamba..kakinya melangkah ke sebuah piano yang di letakkan di sudut ruang tamu..

Naila mencapai kasut yang disarungkan di kakinya..tangan kanannya mengenggam kasut tersebut dengan erat..manakala mata kanannya pula dipejamkan supaya dapat menghasilkan balingan yang tepat..dalam masa 3 saat Naila menolak tangannya ke belakang kepala lalu dengan sekuat tenaga kasut tersebut dilontarkan ke arah Nazim..dalam masa 2 saat saja…..

“puk!!” bunyi yang agak kuat terhasil..

“adoii..” Nazim mengerang kesakitan..belakang kepalanya di pegang..Nazim mengalih pandang pada Naila.

“woii!!!!!!” Nazim menjerkah Naila..memang tak takut mati la minah ni..
Naila menekup mulutnya..wajahnya dibuat-buat seperti gaya orang terperanjat..

“la..kena orang ke?” Naila menghasilkan muka tidak bersalah..memang sebijik macam orang tak bersalah..

“kau ni kan….” belum sempat Nazim mahu meneruskan kata-katanya,kedengaran loceng yang dibunyikan dari luar..Naila segera membuka pintu..wajah Nabil terpancul dari luar..

“kau sorang je ke yang datang?yang lain mana?” Naila menjenguk kepala ke luar kalau-kalau masih ada orang..

“kau ni kalau tak tanya soalan bodoh tak boleh ke?” Nabil bersuara..dia masih lagi berdiri di luar..

“kau ni kalau tak cari gaduh dengan aku tak boleh ke?” Naila membalas balik..dah la sekarang ni dia tengah hangat hati dengan mamat sekor tu..
“dah la..lekas masuk!kang orang kata aku mendera tetamu pulak!”

Nabil menapak masuk ke rumah..sementara itu Naila menutup pintu rumahnya..kehadiran Nazim dalam rumah itu membuatkan Nabil sedikit terperanjat..Nabil pandang muka Naila..Naila mengangguk tanda faham dengan pandangan Nabil..

“Nabil ni Nazim..Nazim ni Nabil.” Naila memperkenalkan mereka mereka berdua dengan suara malas.Nabil dan Nazim sekadar mengangguk..Naila melangkah meninggalkan mereka berdua..

“tu nak pergi mana pulak tu?” Nabil terus menyoal Naila bila melihat Naila melangkah ke arah lain.Naila kalih pandang pada Nabil.

“la..aku nak pegi ambik violin la..habis tu kau nak suruh aku main dengan apa??” Naila meninggikan suara..geram betul dengan mamat ni..dah la Nazim pun suka buat dia sakit hati..Naila terus tinggalkan mereka berdua tanpa menunggu Nabil bersuara lebih lanjut.

“dia memang macam tu?” Nazim bersuara bila bayang Naila dah lesap dari pandangan..

“macam mana apa?” Nabil pandang wajah Nazim..dia tidak mengerti maksud soalan Nazimbentar tadi sebentar tadi..

“panas baran..” Nazim bersuara..dia melabuhkan punggung di kerusi kecil di hadapan piano..Nabil pula berdiri sambil tubuhnya menyandar di meja piano..

“memang daripada dulu macam tu..tambah-tambah bila orang cari gaduh dengan dia.” Nabil membalas..Nazim hanya tersenyum..

“bila kau kenal Naila?aku tak penah jumpa kau pun sebelum ni.”

“baru ja..kenal secara tak sengaja.” sesekali kedengaran nazim memetik jejari piano..

Nabil mengangguk..belum sempat Nabil mahu bertanya lanjut,Naila dah muncul depan mereka berdua.

“jom start..” Naila beri arahan..

“awak start dulu..sebab instrumental tu piano yang dulu..” Naila bersuara pada Nazim yang membelakanginya.

“ok,one..two..three” Nazim bagi isyarat sebagai permulaan untuk mereka bermula..selesai saja Nazim menyebut three,jari jemari Nazim lantas memainkan piano mengikut irama..

Naila menggesek tali violinnya selepas gilirannya tiba..gabungan daripada Nazim,Naila dan Nabil menghasilkan Park Hye Ri Instumental terhasil..muzik yang sayu itu membuatkan Naila benar-benar menghayatinya..fikirannya tiba-tiba mengingati arwah mamanya..kenangannya bersama arwah mamanya bermain-main di layar mata..tangannya terhenti dari menggesek violin..

Nabil juga ikut berhenti..matanya memandang tepat pada Naila yang masih berdiri depannya..Nabil tidak meneruskan memainkan piano..tubuhnya dikalih ke belakang memandang Naila..

“kenapa?” Nabil menyoal kehairanan..Nazim juga menunggu butir kata dari Naila..

“sorry,korang berlatih la dulu..” Naila bersuara..kakinya melangkah laju meninggalkan mereka berdua..manakala Nazim dan Nabil masih dalam keadaan tercengang..

“asal ngan minah tu?” Nabil soal Nazim..Nazim angkat bahu tanda tak tahu..


*************************

Naila melabuhkan punggung atas katil..kerinduan pada arwah mamanya benar-benar menggamit hati..dia menginginkan kasih sayang seorang ibu..walaupun dia pernah merasa kasih sayang ibunya tapi pada waktu itu dia masih belum mengenal erti kasih sayang yang sebenarnya.

Air mata mula mengalir perlahan..air matanya dibiarkan saja mengalir tanpa berniat mahu menyekanya.

“aku pegi jenguk Naila kejap..” Nabil memberitahu Nazim..Nazim sekadar mengangguk..Nabil berjalan menuju ke bilik Naila..walaupun dia tidak tahu Naila berada di mana sekarang tetapi dia berfikir mungkin Naila berada di bilik..

Nabil memulas tombol pintu..pintu bilik di tolak ke dalam..pintu bilik dibiarkan terbuka..Nabil pandang Naila yang masih duduk di tepi katil..Naila cuba menyeka air matanya supaya tak disyaki Nabil..
Naila bangun dari katil..bibirnya dipaksa mengukir senyum..dia tak mahu Nabil tahu yang dia sedang menangis sekarang..Naila menghampiri Nabil..

“jom kita sambung balik..aku sakit perut tadi.” Naila berbohong..kesedihan dalam dirinya cuba disembunyikan..Nabil tak memberi sebarang reaksi..Naila melangkah berselisih dengan Nabil..namun belum sempat Naila keluar dari bilik,tangan kirinya ditarik Nabil..

“kenapa nak sembunyikan perasaan sendiri?” Nabil yang masih membelakangi Naila bersuara..dia tahu gelojak jiwa Naila sekarang..dia tahu Naila sedang merindui arwah ibunya..bukan sehari dua dia mengenali gadis itu..tapi dah hampir 12 tahun.

Naila hanya berdiam diri..dia tahu dia tak dapat menyembunyikan apa-apa dari lelaki ini..malah tiada sebarang rahsia antara mereka..setiap rahsianya pasti diketahui Nabil.

Nabil menghadap Naila..tubuh Naila ditarik perlahan dalam pelukannya..rambut Naila diusap lembut..dalam dakapan Nabil,Naila menghamburkan tangisan..bila berhadapan dengan lelaki ini,dia memang tidak dapat menyembunyikan tangisannya..

“aku…rindu mama.” suara Naila kedengaran tersekat-sekat dalam tangisan..Nabil mengangguk..

“aku tahu..lepaskan saja kerinduan kau dengan tangisan..kalau itu dapat legakan kau.” Nabil bersuara..disebabkan keakraban dengan Naila,jadi untuk memujuk Naila bukan lah perkara yang susah baginya..
Naila tak bersuara..yang kedengaran hanya lah tangisannya..

Nazim berdiri di hadapan bilik Naila..kewujudannya di situ tidak diketahui Nabil mahupun Naila..kesedihan Naila membuatkan Nazim tertanya-tanya..apa sebabnya yang membuat Naila dirundum kesedihan sebegitu?

Nazim melangkah ke tempatnya semula..dia tidak mahu Naila dan Nabil ternampak dia berada di situ..dia juga tak mahu kekokkan antara mereka bertiga berlaku..

1 ulasan:

fzm2 berkata...

yg psl isya vs hakimi
uh,buat laa lg..
sweet jew d0rank uh..
huhuhu..