3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 14 Januari 2010

3+1=34

Langkahan kakinya terhenti. Jam ditangannya dipandang sekali lagi. Kali ini sudah menunjukkan pukul 6.15 petang. Seorang lelaki yang berpakaian serba hitam menjadi tatapannya. Walaupun sedikit, namun dihatinya timbul rasa bersalah. Kakinya dilangkah perlahan menghampiri seorang lelaki yang masih lagi duduk di hadapan Mall dengan keadaan dirinya yang telah pun dipenuhi salji-salji putih.

Sehelai baju sejuk dari beg galasnya dikeluarkan. Namun kewujudannya masih lagi tidak diketahui Max. Sebaliknya lelaki itu sentiasa menahan kesejukan. Baju sejuk ditangannya kini disarungkan di tubuh Max. Max tersentak. Kepalanya pantas diangkat. Jelas wajah Faiqa yang dilihatnya. Punggungnya segera diangkat seraya berdiri di hadapan Faiqa.

“ Awak betul-betul nak mati dengan saya ke?” Wajah Faiqa tajam dipandang.

“ Saya tak kata pun yang saya nak datang. Dan saya pun tak minta awak tunggu saya. Dah awak tahu saya tak mungkin datang, kenapa awak tunggu juga.”

“ Tapi awak dah datang sekarang.”

“ Saya cuma nak tahu, ada ke orang bodoh yang sanggup tunggu selama 4 jam. Tapi saya benar-benar sangka. Memang ada rupanya.”

“ Apa? Orang bodoh? Huh!! Rasanya awak dah salah guna term. Saya berpegang dengan janji sebab saya bukannya orang jenis yang gemar mungkir janji. Macam awak.”

“ Kan saya dah……..”

“ Dah la. Ikut saya!” Tangan Faiqa pantas ditarik walaupun dia masih belum sempat untuk menghabiskan kata-katanya.

“ Yaaa!!! Awak nak bawa saya pergi mana ni!!!!”

“ Awak diam dan just ikut saya!!”

“ Mana boleh awak suka-suka saja nak arahkan saya! Lepaskan saya lah!!” Tangannya cuba ditarik dari genggaman Max. Namun semuanya hanya sia-sia. Semakin lama, tangannya semakin kuat ditarik dari genggaman Max.

Langkahan kaki Max terhenti. Pada masa yang sama juga, kaki Faiqa ikut terhenti. Tubuhnya dikalih menghadap Faiqa. Dengan pandangan mata yang agak tajam, wajah Faiqa dipandang. Tangan Faiqa segera dilepaskan. Faiqa sedikit tersentak.

“ Kenapa awak suka sangat buat saya marah?” Max bersuara serius.

“ Awak yang selalu buat saya marah. Bukan saya.” Faiqa mengalihkan pandangannya ke arah lain. Hatinya mula berasa sedikit gentar.

“ Untuk pengetahuan awak, saya ajak awak datang sini sebab Havin selalu ada di sini pada waktu-waktu macam ni. Dan disebabkan awak lambat 4 jam, kita dah membazirkan waktu untuk buat dia percaya yang kita ni kekasih!!”

“ Awak pasti nak perkara ni diselesaikan secepat mungkin. Tapi perkara ni takkan selesai kalau awak tak beri kerjasama!! Ini yang awak harapkan ke?”

“ Kenapa awak nak salahkan saya? Awak tak beritahu pun yang dia ada di sini. Kalau awak beritahu, tak ada lah jadi macam ni.” Kata-kata Max dibalas.

“ Jadi awak salahkan saya lah? Ok, fine! Sekarang awak just shut up dan ikut saya.” Dia segera melangkah ke hadapan. Seperti yang dipinta Max, tanpa sepatah kata Faiqa melangkah mengekori Max dari belakang.

*****

“ Kenapa kau ada kat sini pula? Asal kau tak temankan Naila?” Wadnya sunyi sepi. Kini hanya tinggal dia dan Nazim. Dia sendiri pun tidak menyangka Nazim berada di sebelahnya ketika ini. Buka saja mata, wajah lelaki yang terpancul. Tenaganya digunakan untuk membuatkan tubuhnya menyandar di kepala katil.

“ Kenapa aku nak kena teman Naila pula? Ramai lagi yang ada.” Kata-kata Shazia dipandang sekali gus wajah gadis itu dipandang.

“ Ada orang teman Naila ke sekarang ni?” Nazim mengangkat bahu. Sengaja dia tidak mahu bersuara.

“ Dah kau tak tahu, kenapa kau tak pergi tengok wad dia?”

“ Biarlah. Lagipun kalau aku ada pun, aku nak cakap apa dengan dia? Buat aku bosan lagi ada la.” Buah apple yang telah buat dipotong menjadi satu cebisan dicapai lalu dimasukkan ke mulutnya. Shazia hanya tersenyum. Walaupun dia baru mengenali lelaki ini, tetapi seolah-olah mereka pernah berkawan lama. Walaupun lelaki ini tidak pernah memberitahu apa yang sedang berada di fikirannya kini, tapi dia tahu apa yang difikirkan lelaki itu ketika ini.

“ Asal kau tengok aku macam tu Shaz? Entah-entah kau dah jatuh…..”

“ Please la. Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan pula. Not my taste la!” Nazim tergelak.

“ Shah taste kau kan?” Soalan dari Nazim benar-benar membuatkan matanya membulat.

“ What? Kalau kau berani, kau ulang lagi sekali!!”

“ Nampaknya macam betul saja yang Shah taste kau.”

“ Kau ni kan!!” Tangan Nazim cuba dicapai. Namun belum sempat dia bertindak, Nazim terlebih dahulu bangun dari kerusi di sebelah Shazia dengan sengihan lebar.

“ Kau tak dapat sembunyi dari aku la, Shaz! Aku tahu, kau suka dia kan?”

“ Shut up!!”

“ Shah datang melawat kau tadi.” Shazia terdiam. Wajah Nazim dipandang dengan pandangan redup.

“ Tapi kau dah tidur.” Kata-katanya disambung. Nazim kembali melabuhkan punggung di sisi Shazia. Kali ini wajahnya kelihatan serius apabila Shazia hanya membisu.

“ Ada something yang dah berlaku antara kau dan dia kan? Dan perkara tu dah buat kau sukakan dia.”

“ Dia dah selamatkan aku, Zim.”

“ Selamatkan kau?”

*****

“ Dia dah balik.” Faiqa terdiam. Perasaan bersalah semakin menebal di hati. Disebabkan dia, mereka terlepas satu peluang untuk menyakinkan Havin dan pada masa yang sama dia gagal untuk melaksanakan tugasannya.

“ Saya….”

“ Puas hati awak sekarang? Awak dah tak perlu lagi nak berlakon dengan saya. Awak dah terlepas dari tugasan yang mungkin tak bermakna di mata awak.” Kata-kata Faiqa dipotong.

“ Ok. Awak dah bebas sekarang. Awak dah tak terikat dengan saya. Dan sekarang awak boleh buat apa saja ikut suka hati awak. Awak pernah kata yang awak ni seorang yang berpegang janji. Rasanya ini masa yang sesuai untuk awak tarik balik kata-kata awak.”

Kakinya dilangkah meninggalkan Faiqa. Faiqa mengluh walaupun sedikit sebanyak kata-kata yang dilafazkan lelaki itu sebentar tadi membuatkan dia semakin menyedari kesilapannya. ‘Melampau sangatkah aku? Tapi aku langsung tak sangka yang dia nak tunaikan tugas tu. Bila difikir-fikir balik, bukan salah aku sepenuhnya. Dia sendiri yang tak bagi tahu sebab utama dia suruh aku keluar. Habis tu, kenapa aku yang disalahkan sepenuhnya!!!!!’

“ Yaaa!!!” Langkahan kakinya semakin laju menghampiri Max. Dalam masa beberapa saat saja, dia sudah pun berdiri di hadapan lelaki itu. Wajah Max dipandang tepat.

“ Kenapa awak nak salahkan saya sepenuhnya? Kalau awak bagi tahu sebab awak suruh saya keluar, mesti takkan jadi macam ni!” Mata mereka bertentang.

“ Saya rasa ada baiknya kalau awak buang sikap berburuk sangka pada orang lain secepat mungkin. Bukan. Sekarang.”

“ Apa??” Terbeliak mata Faiqa membalas pandangan Max.

“ Awak ingat saya akan buat benda yang tak elok pada awak ke? Sampai awak tak berani keluar dengan saya? Lebih baik awak cuci otak awak secepat mungkin sebelum melarat lebih teruk lagi.”

“ Awak ni dah melampau!!”

“ Saya yang melampau atau awak? Saya yang mungkir janji atau awak? Saya yang lambat atau awak? Saya yang……”

“ Hah! Stop!!” Faiqa menghela nafas kasar.

“ Baik. Saya mengaku, saya yang salah. Saya yang melampau. Saya yang mungkir janji. Saya yang lambat. Minta maaf.”

“ Awak sangka dengan ucap minta maaf saja, masalah akan lenyap? Kata-kata maaf awak langsung tak berguna.” Keluhan berat dilepaskan.

“ Habis tu awak nak saya buat apa!!!!!!”

“ Awak bersedia nak tebus kesalahan awak ke?” Soalan Max hanya dijawab dengan anggukan.

“ Kalau macam tu, ikut saya.”

“ Pergi mana?”

“ Awak nak ikut ke tak nak ni?”

“ Awak tak bagi tahu saya mana awak nak pergi. Macam mana saya nak ikut awak!!”

“ Dalam kepala otak awak tu, mesti ingat yang bukan-bukan kan!!”

“ Haishh!! Yang awak nak marah saya ni kenapa? Awak yang suka sangat berahsia!! Mesti la kena tahu dulu, awak nak bawa saya pergi mana!”

“ Ok. Fine! Sekarang ni, awak teman saya beli barang.” Akhirnya Max mengalah.

“ Apa?? Teman awak beli barang?? Awak ingat saya ni kuli awak ke!!”

“ Awak ni kan!!!!!” Max menjerkah. Jari telunjuknya tepat dihala pada muka Faiqa. Gadis itu serta-merta terdiam.

“ Saya betul-betul tak faham la perempuan macam awak ni. Sekejap saja awak dah lupa salah awak pada saya. Awak ni sebenarnya psychiatry ke?”

“ Apa?? Psychiatry? Yaaa!! Berani awak cakap saya macam tu!! Awak ni memang……”

“ Memang apa? Satu lagi saya tak faham. Kenapa awak benci sangat dengan saya? Setahu saya, saya tak pernah pun buat salah apa-apa dengan awak.”

“ Apa awak cakap? Awak tak pernah buat salah apa-apa dengan saya?? Hah!! Menipu yang saya ni teman wanita awak, jeratkan saya dalam permainan awak, buka folder telefon saya tanpa kebenaran, tuduh yang saya ni pencuri dompet awak, marah saya tak tentu pasal!! Itu awak kata awak tak pernah bersalah dengan saya???” Tinggi volume suara yang digunakan Faiqa. Kini hampir berbelas-belas pasang mata yang memandang ke arah mereka berdua.

Max terdiam. Malah dirinya juga terperanjat dengan kata-kata Faiqa. Tiada sepatah kata yang mampu keluar dari bibirnya. Dan sekarang hanya matanya saja yang memainkan peranan memerhati dan bertentangan mata dengan Faiqa. Kini mata dan wajah Max dipandang tajam.

“ Ya. Memang saya benci awak. Saya benci awak sangat-sangat!! Cara awak jalan, rambut awak, muka awak, penampilan awak, perangai awak. Pendek kata, saya benci semuanya tentang awak!! Yang awak nak sangat berpisah dengan Havin tu kenapa? Awak ingat awak sebagai lelaki boleh buat apa saja yang awak suka?? Awak…”

“ Dah habis cakap??” Kata-kata Faiqa segera dipotong.

“ Belum lagi!! Awak sepatutnya jaga dan lindungi dia. Dia juga seorang perempuan. Walau apapun salah dia, tak bolehkah awak bagi dia peluang kedua? Awak tak pernah fikir ke apa perasaan dia bila dia dapat tahu teman lelaki dia sendiri berlaku curang? Awak tak pernah tahu ke bagaimana cinta dia pada awak? Senang-senang hati saja awak nak hancurkan perasaan dia!! Awak ingat…..”

“ Cukup!! Awak tak layak masuk campur urusan saya! Awak tak kenal siapa dia!! Dan awak jangan berlagak macam awak tahu segala-galanya. Awak langsung tak tahu apa yang sedang berlaku antara kami berdua!”

“ Awak ingat saya suka sangat masuk campur urusan awak?? Saya pun tak ingin!! Tapi disebabkan saya ikut terlibat, saya terpaksa masuk campur. Sepatutnya awak salahkan diri awak sendiri!!”

“ Awak takkan faham apa yang saya rasakan sekarang. Sudah la. Saya tak nak gaduh dengan awak lagi. Awak pergi la. Mulai hari ini, awak dah tak terikat dengan perjanjian tu lagi. Dan….”

“ Kalau kita terjumpa lagi, awak berpura-pura saja tak kenal saya. Kita tak ada hubungan dan kita langsung tak saling mengenali. Anggap saja macam tu.”

Max melangkah oergi. Sebaliknya Faiqa masih tercegat di tempat yang sama. Beberapa pasang mata masih lagi memandang ke arah mereka berdua. Walaupun mungkin mereka tidak memahami bahasa yang digunakan Faiqa dan Max, pasti mereka menyangka dia dan Max adalah pasangan kekasih yang sedang bertengkar.

Faiqa ikut melangkah pergi dengan arah yang bertentang Max. Seorang ke barat dan seorang ke timur. Perasaan sedih, marah dan kecewa masing-masing berada di hati. Semuanya akibat salah faham yang berlaku antara mereka berdua. Bukannya di atas kehendak mereka. Tapi mampukah keadaan kembali reda dan perselisihan kembali menghilang?

*****

“ Apa maksud kau dia selamatkan kau?” Nazim menyoal. Matanya tepat memandang wajah Shazia. Shazia menghela nafas kecil. Bibirnya diukir senyuman.

“ Bukan masanya lagi untuk aku cerita pada kau, Zim.”

“ Jadi betul la kau sukakan dia, Shaz?”

“ Kau ni kan! Tak habis-habis nak korek privasi aku. Bila aku tanya pasal kau dengan Naila, pandai pula kau mengelak.”

“ Kau nak air, Shaz?”

“ Tengok tu. Baru je aku sebut nama dia, kau dah tukar topik. Apa yang kau rahsiakan daripada aku, Zim?”

“ Kau ingat ni perbualan dari hati ke hati ke? Mana ada aku rahsiakan apa-apa dari kau.”

“ Kau tak bagitahu pun aku tahu la, Zim. Tapi aku rasa ada baiknya kalau kau bertindak cepat. Sebab…” Kata-katanya terhenti seketika. Dia seolah-olah sedang berfikir.

“ Nabil dah lama bersama Naila. Dan dari pandangan aku, aku rasa Nabil…….perlukan Naila dalam hidup dia.” Nazim hanya berdiam diri.

“ Perempuan pertama yang Nabil kenal ialah Naila. Diorang dah kawan sejak kecil lagi. Dan tiada rahsia antara diorang yang dapat disembunyikan masing-masing. Sejak mama Naila meninggal, Naila lebih bergantung pada Nabil saja. Sejak tu diorang makin akrab. Tapi biasalah kan, ada juga yang tak suka tengok kebahagiaan orang lain.”

“ Maksud kau?”

“ Naila pernah diculik. Nabil tu pujaan ramai. Panjang ceritanya, Zim.”

“ Panjang mana pun, takkan sampai esok pagi pun tak habis cerita?”

“ Perkara ni berlaku masa Naila di tingkatan dua. Masa tu dia dengan Nabil memang macam belangkas. Langsung tak boleh dipisahkan. Di mana ada Nabil, pasti ada ada Naila. Peminat-peminat Nabil semuanya tak suka Naila disebabkan Naila saja yang dapat dekati dia.”

“ Pada pertengahan tahun, muncul seorang perempuan yang sama umur dengan kita. Nama dia Julia. Cinta dia pada Nabil memang over gila. Sampaikan dia tahu segala-galanya tentang Nabil. Julia tu boleh dikatakan agak terkenal di sekolah ni. Ramai lelaki yang dah jatuh cinta dengan perempuan tu. Malah seumur hidup dia, tak pernah lagi dia ditolak mana-mana lelaki.”

“ Bagi aku air tu, Zim. Haus tekak aku dibuat kau. Asal aku yang kena jadi tukang cerita ni?” Air dari huluran tangan Nazim pantas dicapai.

“ Stop la merungut tu. Sambung je la!”

“ Sampai masa, akhirnya……” Kata-kata Shazia terhenti. Wajah Nazim dipandang.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mne smbungan dye nye?????????

Tanpa Nama berkata...

cptlh smbungan dye??????????
sy dh jd penunggu yg pling setia dh nie.....

penulis berkata...

assalamualaikum..minta maaf ye..insyaallah saya akn upload bab seterusnya dlm masa terdekat ni..