3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 3 September 2010

3+1=52

5 bulan berlalu..

Naila menghela nafas lembut. Detik demi detik dilalui dengan penuh kepedihan. Masa yang berlalu seolah-olah tidak pernah menunjukkan sudah hampir lima bulan dia menempuh rintangan dan kesakitan. Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia( SPM ) yang didudukinya lima bulan yang lalu diterima dengan penuh kepuasan. Dia juga berjaya dinobatkan sebagai pelajar terbaik di antara calon-calon SPM yang lain. Tawaran dari Mesir yang bersetuju untuk menerima dia meneruskan pelajaran di Universiti Al-Azhar dalam bidang kedoktoran menambahkan kegembiraannya. Kalendar yang tergantung di dinding bilik dipandang sekilas. Esok adalah hari untuk dia berangkat meninggalkan Malaysia buat sementara waktu.

Naila termenung. Walaupun hari demi hari yang dilaluinya kini penuh kegembiraan, namun di sebalik itu kesedihan semakin memenuhi ruang hati. Bayangan Nazim tiba-tiba muncul di hadapan mata. Naila mengukir senyuman kecil.

“ Saya dah berjaya capai apa yang saya nak, Zim.” Dia bermonolog sendiri. Andai lelaki itu masih wujud di dunia, sudah pasti mereka akan berkongsi kegembiraan bersama. Deringan telefon mematikan lamunannya. Kocek seluarnya diseluk. Sebuah telefon bimbit dikeluarkan.

“ Hello.” Naila bersuara.

“ Dah ada depan rumah? Masuklah dulu. Aku ada kat atas.” Panggilan telefon dimatikan. Selang beberapa minit, pintu biliknya dibuka dari luar. Nabil terpancul di muka pintu. Dia melangkah masuk dengan senyuman yang terukir di bibir. Naila turut tersenyum.

“ Tak menyusahkan kau ke, Bil? Banyak ni.” Naila kelihatan serba salah. Mata Nabil terarah pada barang-barang Naila yang perlu dibawa ke Mesir.

“ Menyusahkan apa. Sikit je tu.” Nabil tersengih.

“ So, nak mulakan dari mana?” Nabil memandang Naila.

“ Hmm.. tu.” Pandangan mata Naila beralih arah pada buku-buku yang tersusun rapi di dalam rak.

“ Ok.” Nabil melangkah pada arah yang dimaksudkan Naila. Buku-buku yang tersusun rapi di bahagian bawah dikeluarkan terlebih dahulu. Beberapa minit berlalu.

“ Dah selesaikan kat bawah tu ke, Bil? Eh, Bil. Bahagian atas tu, biar aku yang buat.” Naila menghampiri Nabil. Sebuah kerusi diletakkan di hadapan almari.

“ Aku boleh buat la, Nai. Tinggi tu. Kau boleh sampai ke?” Nabil separuh memerli.

“ Agak-agak la kalau nak perli aku pun. Pendek-pendek aku pun, semua kerja beres tau. Kalau aku biar kau buat, nanti papa aku ingat aku buli kau pulak.” Naila melangkah naik ke atas kerusi.

“ Ala.. Macam la Cikgu Yahya tu tak kenal perangai aku. Haissh!! Kau turun la.” Kerusi Naila digoyang.

“ Kau jangan la goyang, Bil!! Aku nak jatuh ni!!” Suara Naila sedikit ditinggikan. Nabil mencebik. Tangannya dialihkan dari memegang kerusi yang dipijak Naila. Disebabkan faktor ketinggian Naila yang lebih rendah berbanding almari di hadapannya, dia terpaksa menaikkan sedikit kakinya. Akibat ketidakstabilan yang berlaku, kerusi yang dipijak Naila bergoyang. Tubuhnya tidak mampu untuk mengimbang dengan baik. Naila menjerit. Buku-buku di dalam rak ditarik bersama sebelum tubuhnya menghempap lantai.

Naila mengerang kesakitan. Pinggangnya dipegang dengan wajah yang berkerut. Biliknya bersepah. Buku-buku yang ditarik bersama sebelum dia terjatuh kelihatan berselerak. Nabil terpana seketika sebelum dia melangkah laju menghampiri Naila.

“ Nai!! Kau ok ke?” Perasaan cemas jelas terpancar di wajah lelaki itu.

“ Asal kau tak pegang kerusi tu, Bil?” Naila mengeluh. Seluruh badannya diserang kesakitan.

“ Sorry.” Nabil dicengkam perasaan bersalah. Naila memandang Nabil. Bibirnya terukir senyuman kecil.

“ Never mind la. Tolong aku kemas.” Naila bangun. Buku-buku yang bersepah di kemas semula. Buku Kimia yang digunanya dahulu dicapai. Serentak itu, sekeping surat terjatuh dari celah-celah buku tersebut. Naila hairan. Surat tersebut dibuka.

Naila..
mungkin pada saat ini, awak tundukkan kepala awak..
awak menangis..
pada saat ini jugak, awak akan rasakan saya menangis bersama awak..
tapi saya tak suka awak macam ni..
disebabkan itu, saya turut menangis..
jangan menangis, Naila..
tolong jangan menangis kerana saya..

Saya..

saya merindui awak..benar-benar merindui awak sehingga saya terluka..
harap awak gembira bersama cinta saya..
walaupun saya tak lagi di sisi awak..
saya tak mampu berikan apa-apa pada awak..
maafkan saya, Naila..
bukan kenangan terindah yang saya berikan pada awak..
sebelum saya pergi dari sisi awak..

rebahkan kepala awak jika awak letih dengan hidup..
saya akan berada di situ..
saya tinggalkan awak dulu, kerna saya tak mahu awak keseorangan..
sehingga sekarang, saya tak boleh mencintai awak lagi..
jarak kita beribu-ribu batu, berjuta-juta ketinggiannya..
hidup dengan baik, Naila..
selamanya..

Mencintai awak,
NAZIM

“ Nai! Buku-buku ni kau nak letak mana?” Nabil menyoal tanpa mengalihkan kepalanya ke belakang. Senyap. Tiada sahutan dari Naila. Nabil hairan. Kepalanya dipaling memandang Naila. Perubahan wajah Naila membuatkan wajahnya turut berubah. Sepucuk surat yang dipegang Naila menjadi perhatian Nabil. Dia melangkah menghampiri Naila. Surat dari Nazim ditarik perlahan dari tangan Naila. Nabil membisu. Wajah Naila dipandang.

“ Nai.” Naila mengangkat kepala memandang Nabil. Air matanya mengalir menuruni pipi.

“ Nazim, Bil. Nazim.” Semakin laju air mata mengalir. Wajah Naila dipandang tepat. Tubuh gadis itu ditarik dalam pelukannya. Di situ, Naila menghamburkan segala tangisannya. Melepaskan air mata yang selama ini ditahan dari terus mengalir. Suasana sunyi. Hanya esak tangis Naila yang kedengaran. Nabil menarik nafas dalam-dalam. Rambut gadis dalam pelukannya dibelai lembut. Hatinya yang semakin turut belayar bersama air mata Naila yang semakin deras mengalir.

“ Nai, sudahlah. Dia dah ‘pergi’.” Perlahan Nabil bertutur kata. Berusaha untuk memujuk gadis yang dicintainya secara diam-diam.

“ Aku dah salah faham dengan dia, Bil. Aku.. aku bencikan dia dulu. Apa yang aku dah buat?” Naila merintih. Nabil menarik Naila dari pelukannya. Wajah gadis itu dipandang tepat. Sebaliknya, Naila hanya menundukkan muka bersama air jernih yang masih mengalir.

“ Apa yang kau boleh buat, Nai? Kau menyesal sekalipun, dah tak guna! Kau sedarlah. Dia dah mati! Sampai bila kau nak macam ni?!!” Nabil meninggikan suara. Serentak itu, Naila mendongakkan mukanya. Wajah Nabil dipandang sekilas sebelum kembali menundukkan wajahnya semula.

“ Aku.. aku tak dapat buang rasa bersalah tu, Bil.”

“ Bukan kau tak dapat buang, tapi kau tak nak buang perasaan tu!! Baik, kau teruskanlah dengan perasaan bersalah kau. Kau simpan perasaan tu sampai Nazim hidup balik!!” Nabil bangun seraya melangkah keluar dari bilik. Hatinya membara. Dipenuhi buih-buih cemburu yang semakin lama semakin memenuhi ruang hatinya.

*****

Pintu bilik dihempas kuat. Nabil terduduk di hadapan pintu. Tubuhnya disandarkan pada pintu bilik. Kedua-dua kakinya diangkat. Manakala kedua-dua sikunya diletakkan di atas lutut. Kepalanya dipegang. Sejurus itu, dia menjerit. Menjerit sepuas-puasnya. Tanpa diduga, air matanya mengalir. Mengalir selaju yang mungkin. Hatinya benar-benar diruntun kesakitan. Mampukah dia bertahan lagi? Dalam keadaan sedar, dia melepaskan Naila. Tidak mungkin masa yang sudah berlalu dapat diputar kembali. Andai keajaiban berlaku, pasti dia tidak akan sekali-kali menyerahkan Naila pada Nazim. Andai masa dapat diputar kembali, dia tidak mahu mengenali Naila. Seorang gadis yang membuatkan hatinya tidak pernah tenang.

Selama ini dia menyangka, perasaannya pada Naila mampu disingkirkan. Perasaannya pada Naila tidak lebih dari perasaan kasih sayang terhadap seorang kawan. Namun, sangkaannya sama sekali meleset. Cinta yang semakin membesar di hati tidak mampu dikikis dalam masa yang singkat. Kasih sayang yang dipupuk bertukar menjadi rasa cinta yang semakin mendalam. Sehingga dia sukar untuk bernafas dalam udara cemb uru.

“ Kau takkan pernah tahu perasaan aku pada kau, Naila. Apa yang aku mampu buat, hanya lihat kau dari jauh. Aku tak nak dekati kau. Semakin aku dekati kau, semakin susah untuk aku singkirkan perasaan aku pada kau.” Nabil meluahkan perasaan sendiri. Dia bangun lalu melangkah menghampiri meja tulis. Pen dan sekeping kertas dicapai. Satu ucapan ditulis. Sebelum Naila pergi, surat tersebut pasti akan sampai di tangan Naila.

*****

Naila bangun dari terus melabuhkan punggung di kerusi. Jam di tangannya dipandang sekilas. Lagi tiga puluh minit, penerbangannya akan berlepas. Namun, Nabil masih belum muncul. Di hatinya terdetik sesuatu. Mungkin peristiwa semalam masih mendatangkan kemarahan di hati lelaki itu. Keluhan berat dilepaskan. Faruq, Faiqa, Shazia dan Shah sudah pun bertemunya dua tiga jam yang lalu. Mengucapkan selamat tinggal. Hatinya sedikit tercalar. Kedatangan sahabat baiknya benar-benar dinanti. Pengumuman pelepasan penerbangan kedengaran. Naila kecewa. Dia bangun bersama bagasinya. Seluruh arah dipandang buat kali terakhir. Namun, hanya kekecewaan yang menerpa diri.

Naila melabuhkan punggung di kerusi. Suasana di dalam kapal terbang langsung tidak menarik minatnya. Dia melepaskan pandangan di luar tingkap. Tangannya digenggam. Sesuatu yang berada pada tangannya membuatkan dia mengubah pandangan. Sekeping sampul surat dipandang lama. Kepala sampul surat tersebut dikoyak. Namun, belum sempat untuk dia mengeluarkan surat di dalamnya, pemberitahuan pelepasan bergema. Beberapa minit berlalu. Naila meneruskan tindakannya yang tergendala sebentar tadi. Sekeping surat dikeluarkan. Wajahnya jelas terpancar kehairanan.

mungkin aku seorang yang bodoh..
bodoh kerna aku masih mengingati kau walaupun aku tahu bukan aku yang kau fikir..
mungkin kau langsung tidak mengetahui bagaimana perasaan aku..
mungkin juga aku tidak pernah wujud dalam hidup kau..
dan aku pasti bukan aku di fikiran kau selama ni..
tapi pada aku, seluruh hidup aku hanya mengingati kau, mencintai kau..

aku menangis..
putus asa kau pada dia merupakan kebahagiaan bagi aku..
walaupun mungkin kau tidak tahu aku mencintai kau..
walaupun mungkin dengan mudah kau menepis perasaan aku pada kau..
bila keseorangan, aku menangis kerna kau
bila keseorangan, aku merindui kau
aku menunggu kau..selamanya.
aku pasti aku bukan kenangan kau
pada aku, cinta satu kebahagiaan yang menakutkan
walaupun kau tersenyum, aku tidak mampu untuk senyum bersama
jangan pernah ucapkan selamat tinggal pada aku
walaupun mungkin kau bukan milik aku
aku hanya mampu berharap dan berharap

NABIL..

0 ulasan: