3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 29 Oktober 2009

3+1=19

“ Diorang dah datang tu.” Shazia bersuara. Masing-masing mengalih pandangan ke arah jejaka bertiga. Nabil melangkah ke arah sudut yang disimpan violin. Faruq hanya melabuhkan punggungnya di sofa.

“ Bil! Tolong ambil kat aku sekali!” Naila melaung. Suaranya bergema memenuhi setiap ruang.

“ Kau datang ambil sendiri!” Nabil turut melaung. Dia segera melangkah ke arah piano setelah violin miliknya dicapai. Naila mengetap bibir tanda geram.

“ Nak minta tolong sikit pun tak boleh!” Naila merungut sendiri. Dia segera bangun dari terus berada di hadapan piano. Faiqa dan Shazia turut melangkah ke arah Faruq. Mereka berdua melabuhkan punggung di sebelah Faruq.

Naila melangkah mencapai violin miliknya. Nabil dan Shah sudah pun bersiap sedia di hadapan piano. Surat yang berada di atas meja piano langsung tidak di sedari Shah. Naila juga turut terlupa mengenai kewujudan surat itu.

“ Nai. Dah ready?” Shah memandang Naila. Naila mengangguk disertai senyuman. Shah memandang pula ke arah Nabil yang berdiri di sebelah Naila.

“ Bil?” Shah menanya Nabil. Nabil sekadar mengangguk.

“ Ok. Let’s start.” Shah mula memetik jejari piano di hadapannya. Hasil gabungan daripada mereka bertiga, terhasil lah instrumental yang benar-benar meruntun jiwa. Muzik yang kedengaran sayu dan mempunyai rahsia di sebalik hati seseorang. Rahsia yang mungkin tersembunyi di dalam hati. Mungkin juga muzik itu berjaya membangkitkan kenangan silam. Kenangan yang sukar untuk dilupakan. Kerinduan pada seseorang. Tidak hairan juga jika instrumental itu mampu membuatkan seseorang mengalirkan air mata.

Muzik yang dimainkan secara live selama tiga minit tiga puluh lapan saat langsung tidak menunjukkan sebarang kesilapan. Dimainkan dengan sempurna. Enam tangan bertepuk diikuti sorakan. Naila hanya tersenyum.

“ Practice dua kali lagi boleh? Lepas tu kita balik.” Naila memberi cadangan.

“ Ok.” Shah segera bersetuju dengan cadangan Naila. Nabil juga sekadar mengangguk. Cubaan kali kedua dan ketiga dilakukan. Masa yang diambil hanya lah selama 10 minit sahaja.

“ Naila kenal budak baru tu ke?” Faruq bersuara. Wajah Faiqa dan Shazia dipandang silih berganti.

“ Nazim?” Faiqa cuba mendapatkan kepastian. Faruq mengangguk.

“ Aku dengar daripada Nazim, diorang dah kenal.” Shazia pula bersuara. Faruq terdiam sebentar.

“ Macam mana diorang boleh kenal?” Faruq menyoal lagi. Kali ini Faiqa dan Shazia mengangkat bahu serentak tanda tidak tahu.

“ Asal kau tanya banyak sangat ni?” Faiqa mula bersuara agak tegas. Faruq memandang Faiqa. Mata mereka saling bertentangan.

“ Aku tanya dua soalan pun kau kata banyak? Kau tak tahu kira ke?” Faruq turut bersuara tegas. Suasana mula kelihatan tegang.

“ Please. Jangan mulakan.” Shazia mencelah. Dia tahu jika dia membiarkan saja situasi ini, pasti mereka akan bertikam lidah.

Faiqa berdiam diri. Dia juga tidak mahu memulakan pergaduhan walaupun hatinya turut berasa panas sekarang.

Naila meletakkan semula violinnya ke tempat asal. Kakinya di atur melangkah ke arah Shah dan Nabil yang masih berada di hadapan piano. Naila berdiri di sebelah Shah yang masih memetik jejari piano. Mata Naila tertacap pada sepucuk surat di atas meja piano. Pantas surat itu dicapai. Baru lah dia teringat kewujudan surat itu.

“ Bil.” Naila memusingkan tubuhnya ke arah Nabil. Nabil hanya memandang Naila tanpa bersuara. Naila menghulurkan sepucuk surat yang dipegangnya.

“ Apa?” Nabil menyambut huluran Naila walaupun dia sendiri tidak tahu surat dari siapa yang dipegangnya sekarang.

“ Ada budak junior yang minta tolong aku sampaikan surat ni kat kau.” Nabil memandang Naila tanpa sebarang reaksi. Surat di tangannya cuba untuk dikoyakkan. Namun Naila pantas menghalang.

“ Kenapa kau nak koyak surat tu Bil. Apa salahnya kalau kau baca.”

“ Kau suka sangat ke jadi posmen?” Nabil memandang tajam ke arah Naila.

“ Aku cuma tak sampai hati tengok budak junior tu. Diorang bukannya berani nak bagi sendiri kat kau.” Suara Naila masih kedengaran mendatar.

“ Kau tak perlu nak jadi orang tengah. Aku tak perlukan kau pun!” Nabil separuh menengking.

“ Apa??” Naila seakan tidak percaya dengan apa yang di dengarinya sekarang.

“ Aku cuma nak tolong. Salah ke?”

“ Kalau kau rasa kau nak buat baik sangat, apa kata kau tolong budak-budak tu tulis surat sekali?” Nabil bersuara sinis. Hatinya benar-benar membara sekarang. Begitu juga Naila.

“ Kalau kau tak nak balas pun surat tu, at least kau baca. Aku tahu kau takkan sekejam tu.” Suara Naila kembali mendatar. Kemarahannya cuba dikawal.

Nabil ketawa sinis. Mata Naila direnung tajam walaupun Naila juga tidak mengalah dengan renungannya. Shah hanya melihat pertelingkahan mereka. Manakala Faruq, Faiqa dan Shazia sudah melangkah laju mendapatkan mereka.

“ Kau jangan buat macam kau ni memahami aku! Kau tak pernah faham aku! Dan kau tak ada hak nak tentukan apa yang aku patut buat!!” Nabil menengking. Sepantas itu Naila menampar kasar pipi Nabil. Wajah Nabil terpaling ke kanan.

“ Aku tahu aku siapa! Aku tahu aku tak layak nak tentukan apa yang kau patut buat!” Kata-kata Naila terhenti seketika. Air matanya mula bertakung. Dia pasti tidak akan membiarkan air matanya mengalir di hadapan Nabil.

“ Tapi tak perlu la sampai kau nak kena ingatkan aku!” Naila bersuara lagi. Nabil hanya memandang Naila tanpa berkata apa-apa.

“ Dan surat ni.” Naila merampas surat dari pegangan Nabil seraya surat tersebut dikoyakkan.

“ Ini yang kau mahu kan?? Hancurkan harapan orang lain! Sekarang kau dah puas??” Naila menengking. Tindakan Naila mengejutkan semua. Nabil hanya berdiam diri. Pandangannya dikalih ke arah lain. Bukan kerana dia takutkan Naila tetapi kerana dia sedar kata-katanya agak melampau.

Naila melemparkan cebisan surat ke atas. Serta-merta cebisan surat tersebut berjatuhan seperti salji. Namun bukanlah di dalam suasana yang mendamaikan. Dia melangkah laju meninggalkan Nabil.

“ Nai! Naila!” Faiqa menjerit. Namun panggilan Faiqa langsung tidak diendahkan. Shazia dan Faiqa melangkah laju mendapatkan Naila.

Faruq dan Shah memandang Nabil. Nabil mencapai begnya dan terus berlalu dari situ. Faruq dan Shah saling berpandangan.


*****


Naila menyandarkan tubuhnya ke kepala katil. Matanya dipejam. Nafas ditarik lalu dihembuskan perlahan-lahan. Butir-butir pertengkaran antaranya dengan Nabil mula bermain di layar mata. Inilah kali pertama dia bertengkar dengan Nabil. Air matanya mula menitis. Naila menekup wajahnya. Kata-kata Nabil benar-benar menyakitkan hatinya.

Esok merupakan hari untuk mereka mengadakan persembahan. Namun pertengkaran antara mereka petang tadi sudah tentu akan berterusan sehingga esok. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia mampu untuk bekerjasama dengan Nabil atau tidak. Naila mengeluh. Kata-kata Cikgu Yahya kembali mengingatkannya. Namun ini bukan masa yang sesuai untuk menyelesaikan persoalan itu.

Naila membaringkan tubuhnya. Jam di telefon bimbitnya sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Masih awal. Naila memejamkan mata. Walaupun waktu masih awal, namun matanya sudah mula berat untuk di angkat. Mungkin disebabkan dia menangis sebentar tadi. Baru 5 minit saja Naila memejamkan mata, dia sudah terlelap di hanyut keindahan tidur.


*****


Nabil mencapai MP3 dari atas meja tulisnya. Earphone disumbatkan ke dalam telinganya. Nabil melangkah naik ke atas katil. Tubuh dan kepalanya disandar ke dinding. Matanya dipejamkan. Lagu yang berkumandang di telinganya di dengar tanpa perasaan.

Kata-kata Naila petang tadi bermain-main di fikiran. Adakah kata-katanya pada Naila petang tadi agak melampau? Perasaan bersalah mula menerpa dalam hati. Nabil menarik earphone dari telinganya. Telefon bimbitnya yang berada di sudut katil dicapai.

Jari-jemarinya bermain-main dengan punat telefon. Mesej yang dibinanya dipadam kemudian ditulis semula. Namun mesej tersebut juga turut dipadam. Perasaannya berbelah bagi kini. Perlukah dia meminta maaf pada Naila? Nabil merengus kasar. Telefon bimbitnya dibaling kasar ke pintu. Rosak atau tidak dia langsung tidak mahu ambil peduli. Hatinya benar-benar marah sekarang. Bukan marahkan Naila tetapi memarahi dirinya sendiri. Dirinya yang sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu pada Naila. Dia tahu kata-katanya agak keterlaluan. Malah dia tahu pasti hubungannya dengan Naila akan renggang. Pasti.


*****


Nazim melabuhkan punggung di hadapan meja tulisnya. Laptop hitam miliknya dibuka. Sementara menunggu laptopnya diaktifkan, Nazim menuruni anak tangga ke dapur. Gelasnya dicapai. Tiga sudu milo diletakkan ke dalam gelasnya. Diikuti dengan air panas yang dituang berserta susu pekat.

Nazim hanya tinggal seorang diri di rumah. Tiada siapa di rumahnya sekarang. Mama dan papanya keluar ke mana pun dia tidak tahu sejak dari petang tadi. abangnya pula tinggal berasingan dan mempunyai rumah sendiri.

Gelas di tangannya dipegang erat seraya kakinya melangkah naik ke bilik. Air yang dipegangnya diletakkan ke atas meja tulis. Nazim melabuhkan punggung di hadapan laptopnya. Jari-jemarinya lalu bermain di keyboard. Hampir setengah jam Nazim menhaden laptop, akhirnya Nazim bangun dari kerusinya. Wayar kabel antara printer dan laptop miliknya disambungkan. Dalam masa dua minit saja, surat perjanjian antara dia dan Naila sudah siap di print.

Nazim tersenyum puas melihat kertas di tangannya. Dia yakin pasti dia tidak akan dikalahkan Naila. Surat perjanjian tersebut diletakkan di atas meja tulisnya.


*****


Naila melangkah masuk ke pekarangan sekolah. Violin miliknya sudah dipegang erat. Walaupun mungkin ada perasaan sedikit gementar, namun dia pasti dia mampu untuk melakukannya. Naila melihat jam di tangannya. Sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Dia tahu hari ini juga dia agak lewat ke sekolah.

Naila melangkah masuk ke kelas. Langkahannya terhenti apabila Nabil berdiri di hadapannya. Naila mengangkat kepala memandang Nabil. Wajah Nabil hanya dipandang tanpa senyuman di bibir. Naila melangkah membelakangi Nabil tanpa berniat pun untuk menegurnya.

Nabil hanya berdiri seperti tadi. Dia juga tidak mampu untuk menegur Naila setelah apa yang diucapkannya semalam. Pegangan violin diperkemaskan sebelum dia melangkah keluar dari kelas.

“ Nai! Aku ingat kau tak datang.” Faiqa segera menerpa ke arah Naila. Naila hanya tersenyum kelat tanpa mahu bersuara lebih lanjut.

“ Naila.” Shah mendekati Naila. Wajah Naila dipandang. Naila turut mengalih pandangannya ke belakang.

“ Get ready kat bilik disiplin. Semua dah sedia.” Shah bersuara. Naila mengangguk. Senyumannya turut dipaksa kali ini.

“ Kau pegi la dulu. Kejap lagi aku menyusul.” Naila bersuara. Beg sekolah diletakkan di atas kerusi. Shah melangkah keluar dari kelas.

Naila mengeluarkan violin dari sarungnya. Faiqa dan Shazia hanya memerhati setiap pergerakan Naila. Naila melangkah keluar dari kelas. Hampir 5 minit berlalu, kedengaran pengumaman supaya semua pelajar berada di dataran ilmu untuk perhimpunan rasmi.


*****


Walaupun Naila dan Nabil masih belum berbaik semula, namun persembahan mereka dilakukan dengan jayanya. Malah tiada seorang pun yang mengesyaki bahawa mereka berdua saling bermasam muka. Kecuali empat orang sahabat mereka yang telah menyaksikan pertengkaran mereka petang semalam.

Naila terus melangkah masuk ke kelas sebaik saja mereka dibenarkan bersurai. Sukar untuk ditafsirkan bagaimana perasaannya sekarang. Yang pasti dia benar-benar tiada perasaan untuk bergembira sekarang mahupun bergelak ketawa.

Naila melabuhkan punggung di sebelah Nazim. Wajah Nazim langsung tidak dipandang walaupun dia tahu Nazim sedang memerhatinya sekarang. Suaranya bagaikan terkunci. Bukan saja dengan Nabil atau Nazim. Malah semua orang di sisinya sekarang. Dia langsung tidak menegur atau bersuara.

Nazim hanya memerhati wajah Naila dari tepi. Apa yang dia pasti, ini bukanlah masa yang sesuai untuk meminta Naila menandatangani surat perjanjian bagi taruhan mereka.

Naila menundukkan wajahnya seketika sebelum didongakkan kembali. Naila mengeluarkan sekeping kertas A4 dari begnya. Kertas tersebut diletak di atas meja sebelum dia menandatangani tanpa butir-butir perkataan yang tercoret di situ. Kertas tersebut diseretkan ke meja Nazim.

“Anggap ini perjanjian kita.” Naila bersuara tanpa memandang Nazim. Nazim kehairanan seketika. Surat yang diberikan Naila dilihat sekilas.

“Nah. Saya dah sediakan.” Nazim menghulurkan sekeping kertas. Naila memandang wajah Nazim sebelum kertas tersebut disambut dari tangan Nazim. Naila menurunkan tandatangannya tanpa terlebih dahulu membaca butir-butir yang terdapat dalam perjanjian tersebut.

“Kenapa awak boleh keluar dari hospital?” Tiba-tiba Naila bersuara. Nazim memandang Naila walaupun Naila masih juga tidak memandangnya.

“Kenapa awak nak tahu?”

“Penyakit awak dah sembuh?”

“Dah dapat dikawal.” Nazim hanya bersuara tiga patah. Peringatan Naila terhadap penyakitnya membuatkan dia kembali gelisah. Gelisah disebabkan kesakitan yang ditanggungnya selama ini.

1 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

gado besar...!!
adeehh..