3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 9 Disember 2010

cinta sunbae 21

Saat demi saat masa berlalu. Jam sudah pun menunjukkan pukul 7 malam. Tepat jarum panjang berhenti pada angka tujuh, kedengaran bunyi pintu rumah dibuka dari luar. Hakimi yang sedang menonton televisyen, berlagak tenang. Meskipun matanya tertacap pada kaca televisyen, tetapi fikirannya melayang ke tempat lain. Isya melangkah setapak demi setapak menghala ke arah biliknya. Pada saat gadis itu berjalan di belakang Hakimi, lelaki itu bersuara. Serta-merta Isya berhenti melangkah.

“ Kau pergi mana?” Hakimi menyoal. Isya tidak memandang pada wajah Hakimi. Keluhan kecil dilepaskan.

Jogging. Kenapa?”

Jogging ke dating?” Hakimi tersenyum sinis. Isya menarik nafas dalam-dalam. Matanya dipejam beberapa saat. Isya meneruskan langkahannya tanpa membalas soalan yang dikemukakan oleh Hakimi. Perasaan sakit hatinya cuba untuk dibuang jauh-jauh. Dia tidak mahu menimbulkan pergaduhan antara mereka berdua.

“ Yaa!! Aku tak habis cakap lagi!!” Hakimi meninggikan suara. Serta-merta dia bangun dari sofa dan menuju ke arah Isya. Belum sempat gadis itu memasuki bilik, tangannya lebih awal ditarik Hakimi. Isya tercengang.

“ Kau tak jawab soalan aku lagi.” Suara Hakimi kedengaran mendatar. Isya memandang tepat pada wajah lelaki itu.

“ Tak ada kena-mengena dengan kau.” Wajah Isya bertukar serius. Perasaan sakit hati akibat ditinggalkan Hakimi petang tadi masih terasa.

“ Apa? Tak ada kena-mengena? Kau sedar tak status kau sekarang? Kau dah jadi isteri aku!.” Isya tersenyum sinis.

“ Sejak bila kau pandai cakap pasal status? Kalau status aku bukan single sekarang, kau pun sama.”

“ Kalau kau nak dating dengan dia sekalipun, dating la kat tempat yang tertutup. Nak muntah aku tengok. Menyampah, meluat semua ada.” Isya mengenggam kedua-dua tangannya. Hatinya semakin membara. Hakimi dipandang tajam.

“ Kenapa dengan kau ni? Sepanjang tempoh seminggu ni, kau tak cakap apa-apa pun. Kenapa? Dah jatuh hati dengan aku?” Hakimi tergelak kecil.

“ Apa?? Jatuh hati?? Dia ni memang.. aishh!!!” Hakimi mengetap bibir.

“ Yaa!! Taste aku tak rendah. Kenapa aku nak minat perempuan macam kau? No standard.”

“ Ok. Baguslah kalau macam tu.” Isya mengalihkan tubuhnya dengan tujuan untuk melangkah masuk ke dalam bilik. Tetapi sekali lagi tangannya ditarik Hakimi.

“ Aku tak cakap habis lagi.”

“ Apa lagi kau nak cakap??” Isya meninggikan suara.

“ Jangan keluar dengan dia lagi.” Isya memandang Hakimi tepat.

“ Kita dah janji. Jaga urusan masing-masing dan jangan menyibuk.”

“ Menyibuk? Yaa!! Aku bukan menyibuk. Aku cuma bagi nasihat. Keluarga kau, keluarga aku tahu kita dah kahwin. Kalau diorang tengok kau dengan lelaki lain macam mana?”

“ Aku.. Cukuplah. Aku tak nak bertengkar dengan kau.”

“ Kau faham tak apa aku cakap??” Pada ketika ini, Isya tidak mampu lagi untuk menahan perasaan marahnya.

“ Memang aku faham apa yang kau cakap. Tapi kenapa aku kena ikut cakap kau? Apa yang kau nampak selama ni, semuanya kesalahan aku. Macam mana kita nak hidup sekali dalam tempoh masa yang panjang, sedangkan hidup dengan kau seminggu ni dah buat aku rasa nak mati!! Kau.. dah melampau. Bila kau nampak aku dengan lelaki lain, kau kata aku dating. Tapi macam mana dengan kau? Jangan ingat aku tak tahu. Tapi aku langsung tak kisah pasal tu. Aku.. betul-betul menyesal. Betul-betul letih. Kau buat aku macam..” Isya tidak mampu meneruskan kata-katanya memandangkan air matanya sudah mengalir. Dia masuk ke dalam bilik. Hakimi terkaku di situ.

*****

“ Bodoh. Asal kau menangis lagi depan dia?” Isya bermonolog sendiri. Wajahnya ditekupkan dengan menggunakan kedua-dua tangannya. Akhirnya dia berjaya meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Namun, sedikit demi sedikit penyesalan mula timbul dalam hati. Mungkin kata-katanya sedikit melampau. Keluhan kecil dilepaskan.

Hakimi termenung sendiri dalam biliknya. Setiap butir kata-kata Isya kembali kedengaran. Sungguh. Dia tidak pernah menyangka Isya akan menutur kata seperti itu. Keluhan berat dilepaskan.

“ Aku dah jatuh hati dengan dia ke?” Hakimi menyoal dirinya sendiri. Entah mengapa pada saat ini, dia keliru dengan hatinya sendiri. Nafasnya ditarik dalam-dalam kemudian dihembus perlahan.

“ Tak. Mustahil aku jatuh hati dengan perempuan macam tu. Dah la cakap kasar. Tiap-tiap hari kalau tengok muka aku je, mesti ada saja yang tak kena. Langsung tak boleh berdamai.” Hakimi merungut.

“ Tapi.. apa maksud kata-kata dia tadi? Dia tahu? Takkan dia tahu… aku jumpa Hana? Eh, takkanlah. Macam mana dia boleh tahu pula?” Bertalu-talu Hakimi menyoal dirinya. Dia bangun dari birai katil. Bernekad untuk mendapatkan jawapan dari Isya sendiri. Dia melangkah keluar dari bilik lalu mengatur langkah hingga dia berada di hadapan pintu bilik Isya. Pintu bilik diketuk. Selang beberapa saat, Isya membuka pintu dari dalam.

“ Ada apa lagi?” Hakimi tergamam. Wajah Isya yang masih berbekas dengan air mata dipandang tepat. Dia serba-salah.

“ Masak.. makan malam.” Lain yang ingin ditanya, lain yang terkeluar dari bibirnya. Tanpa banyak soal, Isya melangkah ke dapur. Meskipun dia tidak mahir dalam bidang memasak, namun dia tetap berusaha sebaik mungkin. Kali ini dia tidak peduli lagi sekiranya masakannya dikritik buat kali kedua. Sebaliknya pada Hakimi, lelaki itu melabuhkan punggung di atas sofa. Televisyen dihidupkan.

Isya membuka paip air air. Tangannya dibasuh. Tanpa mengeringkan tangannya terlebih dahulu, dia terus menarik sebiji pinggan dari rak. Sekelip mata sahaja, pinggan yang dipegang terlepas dari pegangan. Bunyi pecahan kuat kedengaran. Isya terkejut. Hakimi ikut sama terkejut. Kepalanya pantas ditoleh ke arah dapur. Dalam keadaan yang masih terkejut, Isya pantas mengutip serpihan-serpihan pinggan yang sudah berkecai tanpa mempedulikan dirinya sendiri. Darah dari jarinya mengalir perlahan. Walaupun dia menyedari jarinya terluka tetapi dia tetap mengutip serpihan-serpihan kaca tersebut. Hatinya kurang tenang. Ada sesuatu yang membuatkan dia kurang senang, namun dia masih belum mengetahui apa puncanya.

Hakimi kelam-kabut memasuki dapur. Dari jauh dia dapat melihat darah yang mengalir perlahan dari jari Isya. Dia melangkah laju. Tangan Isya ditarik pantas dari terus mengutip serpihan-serpihan kaca. Isya terkejut.

“ Kau buta ke? Jari kau dah berdarah pun kau nak kutip lagi?” Marah Hakimi. Isya dipandang tepat. Gadis itu tidak membalas sebaliknya melarikan anak matanya ke arah lain. Tanpa membuang masa, Hakimi menarik tangan Isya ke arah sinki. Di situ, tangan Isya dibasuh. Hakimi melepaskan pegangannya.

“ Tunggu sini.” Hakimi memberi arahan sebelum dia melangkah keluar dari dapur. Isya kaku di situ. Lidahnya terkelu. Selang beberapa saat, dia muncul semula bersama satu peti pertolongan cemas. Dia menghampiri Isya seraya tangan gadis itu ditarik perlahan. Darah yang masih mengalir dibersihkan lalu disapu ubat sebelum membalut jari Isya.

“ Pergi main jauh-jauh. Biar aku masak malam ni.” Isya masih terkaku. Hakimi dipandang tepat. Pantas Hakimi membelakangkan Isya. Kaca yang sudah dikutip dibuang ke dalam tong sampah. Ketika dia mengalihkan tubuhnya semula, Isya masih di situ.

“ Kenapa? Pendengaran pun dah sangkut juga ke?” Seperti biasa, Hakimi mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.

“ Minta maaf.” Tiba-tiba Isya bersuara. Hakimi tersentak. Mereka saling bertentang mata. Pantas Hakimi melarikan anak matanya ditambah satu deheman. Isya dibelakangkan. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.

“ Untuk apa?” Hakimi bertanya. Isya terdiam sebentar.

“ Se.. segala-galanya.” Senyap. Tiada jawapan dari Hakimi. Agak lama mereka membisu. Tetapi akhirnya, kebisuan itu ditamatkan oleh Isya. Walaupun dia tidak pernah mengucapkan dua perkataan ini, tetapi dia sedar pada ketika dia perlu mengungkapkannya.

“ Terima kasih.” Sejurus menghabiskan perkataan itu, Isya pantas melangkah keluar. Wajahnya merah padam. Hakimi tersentak. Hatinya terasa sesuatu yang lain.

“ Kau ni kenapa pula, Kim?” Hakimi bercakap dengan dirinya sendiri. Perasaan cinta yang mula ingin lahir di hati dibuang jauh-jauh bersama harapan cinta itu tidak akan mendekatinya lagi.

Isya melabuhkan punggungnya di birai katil. Jari yang dibalut oleh Hakimi dipandang seketika. Walaupun hatinya tidak berdegup kencang, tetapi perasaan malu semakin membesar. Kemerahan wajahnya masih belum pudar. Isya menarik nafas dalam-dalam. Sedaya-upaya cuba untuk menenangkan dirinya sendiri. Telefon bimbit yang berada di atas katil dicapainya lalu dihidupkan. Dalam masa beberapa saat sahaja, kedengaran bunyi pesanan ringkas diterima. Matanya dipandang tepat pada skrin telefon bimbit. Ada satu pesanan suara yang diterima. Nama penghantar pantas dipandang. Serta-merta wajah gadis itu berubah. Tertera nama Fitri pada nama penghantar. Pesanan suara tersebut cuba dipadam tetapi entah mengapa Isya berbelah bagi. Akhirnya dia memutuskan untuk mendengar pesanan tersebut. Telefon bimbit ditekapkan ke telinga.

“ Isya. Fitri nak jumpa Isya. Kalau Isya dengar pesanan ni, Fitri nak Isya tahu yang sekarang Fitri dalam perjalanan nak jumpa Isya. Ada sesuatu yang Fitri nak Isya tahu. Sesuatu yang Isya tak pernah ambil tahu dengan serius. Kali ni walau apapun, Fitri nak Isya tahu juga.” Pesanan suara tersebut tamat di situ. Isya termenung panjang. Entah apa lagi yang ingin dijelaskan. Secara jujurnya memang dia merindui lelaki itu walaupun hatinya menafikan. Fitri lelaki pertama yang dia cintai dan mengajar apa itu cinta. Tetapi dia langsung tidak menyangka cinta itu tidak seindah seperti yang diperkatakan. Hampir 10 minit Isya termenung sendiri. Menungannya dikejutkan dengan panggilan telefon dari sahabat baiknya. Panggilan dijawab.

“ Isya!”

“ Kau ni kenapa? Cuba slow sikit volume suara tak boleh?”

“ Isya, kau… dah tahu ke belum?” Syakirah menyoal.

“ Tahu apa?” Syakirah membisu seketika.

“ Wei. apa??” Pantas Isya mendesak apabila dia menyedari sahabatnya sekadar membisu.

“ Isya, Fitri…”

Telefon bimbitnya serta-merta terlepas dari pegangan. Wajahnya berubah. Dia terpana dan terkelu lidahnya. Nafasnya kedengaran tidak stabil. Semakin cepat ditarik dan dihembus. Perlahan-lahan air matanya mengalir menuruni pipi. Pada saat air mata jatuh ke bumi, pintu biilik Isya dibuka dari luar.

“ Makan malam…” Hakimi terhenti bersuara apabila dia mula menyedari perubahan wajah ‘ isterinya ‘. Dia melangkah setapak ke hadapan.

“ Kenapa ni?” Isya mengangkat muka. Dia memandang tepat pada wajah Hakimi. Air mata semakin mengalir laju.

“ Macam mana ni?” Suara Isya tenggelam bersama tangisan. Tetapi, itu sudah cukup jelas pada pendengaran Hakimi. Lelaki itu terpana.

*****

Isya melangkah laju ke arah unit kecemasan. Langkahan kakinya tiba-tiba terhenti. Satu demi satu wajah di hadapannya dipandang termasuk sahabat baiknya sendiri. Syakirah menghampiri Isya dan dengan pantas tubuh gadis itu dipeluk erat.

“ Kirah.. Apa.. Apa yang dah jadi?” Tersekat-sekat Isya menuturkan kata. Syakirah meleraikan pelukannya.

“ Dia.. Kemalangan masa dalam perjalanan nak pergi rumah kau, Sya.” Syakirah membalas. Wajah sahabat baiknya dipandang dengan penuh perasaan simpati. Dia dapat merasakan perasaan yang bergolak dalam hati Isya pada ketika ini. Lampu unit kecemasan terpadam. Sejurus itu, seorang doktor berbangsa India melangkah keluar dari bilik tersebut. Dia mengggelengkan kepala berulang-ulang kali apabila salah seorang dari ahli keluarga Fitri menanyakan hasil dari rawatan yang dilakukan.

Seluruh tubuh Isya lemah longlai. Dalam sekelip mata sahaja, dia terduduk di atas lantai bersama air mata yang laju mengalir. Hatinya seolah-olah ditusuk sembilu. Walaupun untuk kali terakhir, mereka tidak sempat bertemu mahupun menjelaskan sesuatu yang dikatakan penting. Isya benar-benar terasa kehilangan. Kehilangan sesuatu yang penting buat dirinya. Selama ini, dia menafikan hatinya sendiri. Tetapi mengapa pada saat kehilangan barulah dia mengakui hatinya? Kerana dia, satu nyawa terkorban. Kerana kedegilannya, orang yang dicintai dibawa pergi selama-lamanya. Dia menyalahi dirinya sendiri atas apa yang berlaku.

0 ulasan: