3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 3 September 2010

Episod akhir

Lidah Naila terkelu. Selama ini, dia tidak pernah menyangka lelaki itu menyimpan perasaan padanya dalam tempoh masa yang lama. Tidak terlintas sekalipun di fikirannya. Surat di tangannya dipandang lama-lama. Air matanya bertakung. Dalam masa yang singkat saja, air mata mengalir di kedua-dua mata. Hatinya merintih.

‘ Kenapa? Kenapa baru sekarang kau nak bagi tahu semua ni?’

*****

5 tahun kemudian…

Naila melabuhkan punggungnya di kerusi. Bibirnya mengukir senyuman manis. empat orang sahabat baiknya dipandang dengan wajah yang cukup ceria. Ketiadaan seseorang di situ mendatangkan kehairanan buat dirinya. Namun, tanda tanya yang menerjah di fikirannya kini dipendam dalam-dalam di benak hatinya.

“ Akhirnya doktor kita dah sampai.” Faruq tersengih. Masing-masing tersenyum.

“ Lama tunggu?” Naila menyoal. Satu persatu wajah sahabatnya dipandang.

“ Kau tak nampak ke aku dah berjanggut ni, Naila?” Shah meraba-raba dagunya. Naila mencebik.

“ Korang kerja apa sekarang?” Naila memandang pada Shazia dan Faiqa.

“ Aku?” Faiqa menunjuk pada dirinya sendiri.

“ Dua-dua.”

“ Kerja aku tak sehebat kau, Nai. Kerja cukup-cukup makan je.” Faiqa mengatur ayat-ayat bunga.

“ Kau tak perlu la guna ayat pasrah dengan aku. Macam la aku tak tahu korang kerja apa.”

“ Kau dah tahu? Habis yang kau tanya tu buat apa?” Shazia mencelah.

“ Saja nak test.” Naila tersengih. Dia tahu Faiqa sudah pun bergelar sebagai seorang pakar forensik. Dengan kepetahan Shazia bercakap, dia berjaya dinobatkan sebagai seorang peguam yang berjaya. Manakala, Faruq dan Shah berkerjaya seperti dia. Seorang doktor. Pakar bedah walaupun umur mereka baru mencecah 23 tahun.

“ Kau.. tak nak tahu pasal Nabil ke?” Soalan yang diajukan oleh Faruq sedikit sebanyak telah memeranjatkan Naila. Wajah Faruq dipandang tepat.

“ Actually kitorang dah tahu awal-awal pasal tu.” Shah menyampuk.

“ Pasal tu?” Berkerut dahi Naila tanda tidak faham.

“ Yang Nabil dah lama sukakan kau.” Shah menjawab.

“ So, cuma aku sajalah yang tak tahu?” Masing-masing membisu.

“ Korang tahu, tapi korang rahsiakan dari aku??” Naila mula berang.

“ Nai. Bukan kitorang sengaja nak rahsiakan dari kau. Kau kena faham, Nai. Ini melibatkan soal hati dan perasaan. Kitorang tak ada hak nak bongkarkan perasaan dia pada kau.” Lembut Shazia menenangkan keadaan. Naila menarik nafas panjang. Memang benar apa yang dikatakan Shazia.

“ Bil pun ambil jurusan kedoktoran jugak. Lepas kau bertolak pergi, dua tiga hari lepas tu dia dapat sambung belajar kat London. So, lepas seminggu kau pergi, dia pun berangkat ke sana.” Faruq bercerita.

“ Dua tiga hari nanti dia baliklah.” Shazia mencelah.

“ Mana kau tahu?” Tiba-tiba Faiqa menyoal. Shazia memandang Faiqa.

“ Dia bagi tahu aku semalam.”

“ Semalam?” Kali ini giliran Shah menyoal. Shazia mengangguk. Wajahnya jelas menunjukkan riak kehairanan.

“ Dia tak bagi tahu aku pun. Dia ada minta kita ambil dia kat airport tak?”

“ Dia tak bagi kita ambil dia. Kata dia, dia ada hal. Mungkin lepas dua tiga hari dia balik sini, baru dia boleh jumpa kita.” Terang Shazia. Faiqa pandang Shazia lama.

“ Kau ni kenapa, Fai?” Shazia ikut pandang Faiqa.

“ Aku pelik. Kenapa kau yang dia inform? Kitorang dia tak inform pun.”

“ Manalah aku tahu. Kau ni jangan besar-besarkan cerita.” Wajah Shazia berubah serta-merta. Tidak senang dengan syak wasangka dari Faiqa. Dia bimbang perkara ini hanya akan mengeruhkan hubungannya dengan Shah.

*****

Naila melangkah perlahan. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seragam doktor yang dipakainya. Dia menarik nafas lega. Pembedahan beberapa jam yang lepas dapat berjalan dengan lancar. Bibirnya mengukir senyuman bahagia. Mengurang nyawa pesakit yang terkorban merupakan satu kebahagiaan buat dirinya. Naila membelok ke kiri. Tanpa disangka, tubuhnya terlanggar seseorang yang datang dari arah yang bertentangan. Akibat daripada itu, langkah Naila terundur ke belakang. Dahinya dipegang. Pedih kian terasa. Kepalanya diangkat memandang lelaki di hadapannya. Dia terkaku seketika.

“ Bil.” Nabil ikut terkejut.

“ Naila.” Naila tersenyum.

“ Bila kau balik?” Naila menyoal.

“ Semalam. Kau.. kerja kat sini ke?” Naila sekadar mengangguk.

“ Kau buat apa kat sini?"

“ Aku.. aku nak jumpa kawan.” Nabil berbohong. Naila tersenyum sambil mengangguk.

“ Aku pergi dulu.” Sekali lagi Naila mengangguk. Nabil melangkah. Begitu juga Naila. Masing-masing melangkah ke arah yang berlainan.

*****

“ Lin.” Naila menyapa seorang doktor. Juga merupakan sahabat yang akrab dengannya.

“ Hmm?” Azlin menyahut tetapi pandangannya tidak terarah pada Naila.

“ Aku dengar kau kena uruskan pasal kemasukan doktor baru kat sini.” Azlin mengalihkan pandangan pada Naila.

“ Memang betul. Doktor baru tu memang ada datang semalam. Aku ingat dia nak laporkan diri sebab pada mulanya dia setuju nak bekerja kat sini. Tapi entah kenapa dia cancel last-last minute.” Terang Azlin.

“ Cancel?” Naila hairan.

“ Hmm.. Ni resume dia.” Beberapa helai kertas yang disatukan sekali diberikan pada Naila. Naila menyambutnya. Wajahnya jelas kelihatan terkejut. Riak wajahnya bertukar serius.

“ Lin, aku ambil cuti hari ni.” Naila berlari tanpa menunggu balasan kata dari Azlin.

“ Nai! Kau nak pergi mana tu? Nai!!” Jeritannya hanya sia-sia. Dia mengeluh berat. Tidak pernah Naila seperti itu.

*****

Naila melangkah laju. Pintu rumah Nabil diketuk berulang-ulang kali. Hampir seminit dia berdiri di hadapan pintu, akhirnya pintu tersebut dibuka dari dalam. Terpancul wajah nabil di muka pintu. Naila masih kelihatan serius.

“ Aku ada sesuatu nak cakap dengan kau.” Naila bersuara. Wajah Nabil dipandang tepat.

“ Masuklah dulu.” Nabil mempelawa. Tetapi, pelawaan Nabil hanya dibalas dengan pandangan tajam.

“ Apa ni?” Beberapa helai kertas yang berada di tangannya sejak tadi ditayangkan di hadapan mata Nabil. Kertas tersebut dipandang sekilas sebelum matanya kembali terarah pada Naila.

“ Kau benci aku, Bil?” Naila menyoal. Namun, Nabil hanya membisu.

“ Kalau kau benci aku sangat pun, kau tak perlu tolak tawaran tu semata-mata sebab aku kerja kat tempat yang sama dengan kau! Aku minta maaf kalau aku punca kau hilang peluang yang baik.” Naila menutur kata. Seperti tadi, Nabil hanya membisu.

“ Jangan reject offer tu. Kau mesti kena laporkan diri esok. Tolong, fikir baik-baik.” Naila menundukkan wajahnya. Tangan Nabil dicapai seraya kertas di tangannya diserahkan pada lelaki itu.

*****

Keluhan berat ddilepaskan. Dia tidak menjangka begini yang akan terjadi. Pengakuan cinta dari Nabil hanya berakhir seperti ini. Air mata yang mengalir di pipinya dikesat pantas. Bagasi miliknya dipandang tanpa perasaan. Kakinya dilunjurkan. Lapangan terbang yang semakin bertambah jumlah manusia disitu dipandang satu demi satu. Jam tangannya dipandang sekilas. Masa yang tinggal hanya empat puluh lima minit dari masa penerbangannya. Kali ini penerbangannya ke Eropah turut bererti dia membawa diri buat selama-lamanya. Permergiannya tidak diketahui sesiapa kecuali Azlin. Itu pun disebabkan dia diasak teruk.

Nabil melangkah masuk ke perkarangan hospital. Resume di tangannya digenggam kuat. Satu bilik diketuk dari luar. Beberapa saat kemudian kedengaran satu suara mengarahkan dia untuk masuk. Resume diserahkan pada Azlin. Nabil memandang pada semua arah. Matanya meliar mencari kelibat seseorang.

“ Boleh mula kerja esok?” Azlin menyoal. Nabil tersentak.

“ Hmm.. Boleh.”

“ Kalau macam tu, datang kerja esok. Itu saja.” Azlin mengukir senyuman kecil.

“ Terima kasih. Hmm..” Nabil berhenti bersuara.

“ Ya? Ada apa-apa lagi?” Lembut Azlin menyoal.

“ Boleh saya tahu, ada doktor yang bernama Naila bekerja kat sini?”

“ Kawan ke?” Azlin kehairanan. Nabil sekadar mengangguk.

“ Oh! Patutlah Naila terkejut bila tengok resume kamu semalam. Hmm.. Dia resign pagi ni. Katanya, dia nak sambung belajar kat Eropah.” Azlin mengeluh. Kehilangan Naila merupakan satu kerugian besar baginya. Terbelalak mata Nabil.

“ Resign?? Bila? Bila dia bertolak?” Bertalu-talu pertanyaan dari Nabil. Azlin kehairanan. Jam di tangannya dipandang sekilas.

“ Dia berlepas pukul 9.30 pagi. Lagi dua puluh minit.” Selesai Azlin menghabiskan kata-kata, Nabil berlari keluar.

*****

Nafasnya berombak kencang. Matanya meliar mencari kelibat Naila. Lapangan terbang yang dikerumuni manusia menyukarkan dirinya untuk mengesan Naila. Pengumuman pelepasan ke Eropah kedengaran. Nabil semakin cemas. Punat telefon bimbitnya ditekan. Naila dihubungi. Namun, tindakannya hanya sia-sia.

“ Naila!!!!!!” Suaranya bergema. Semua mata memandang ke arahnya. Jantungnya berdegup kencang. Kali ini, dia tidak mahu lagi kehilangan Naila. Kali ini, dia tidak mahu lagi melepaskan Naila seperti dulu. Apa makna hidupnya tanpa Naila? Air matanya mengalir perlahan menuruni pipi.

“ Naila!!!!!!!” Sekali lagi suaranya bergema. Matanya meliar mencari. Langkah Naila terhenti. Suara yang didengarinya tadi seakan-akan suara milik Nabil. Keluhan dilepaskan. Mungkin itu hanya ilusi. Langkahnya diteruskan.

“ Naila!!!!!!” Sekali lagi langkah Naila terhenti. Suara yang didengarinya semakin jelas. Dia mengalihkan tubuhnya ke belakang. Naila terkaku. Dari celah-celah orang ramai, kelibat Nabil kelihatan. Mata Nabil meliar. Tiba-tiba pandangan matanya terhenti di hadapan. Naila berada di hadapan matanya. Dia melangkah setapak demi setapak. Orang ramai yang memerhatikan dirinya langsung tidak dihiraukan. Dia berdiri di hadapan Naila. Wajah gadis itu dipandang tepat. Sepantas itu juga, Naila ditarik dalam pelukannya.

“ Boleh dengar cakap aku, Nai? Tolong.. tolong jangan pergi dari aku. Aku.. aku tak nak hilang kau lagi. Aku tak boleh lepas kau lagi, Nai.” Nabil meluahkan seluruh perasaannya. Naila mengalirkan air mata. Pelukan Nabil dibalas. Senyumannya mula bermain di bibir. Nabil ikut tersenyum. Dia yakin, penamat hidupnya tidak sesedih yang disangka. Pasti dia akan menjadikan Naila sebagai permaisuri dalam hidupnya buat selama-lamanya.

12 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

yeayyyy...
sedih ada..happy ada..
suke2..
best2..

keSENGALan teserlah.. berkata...

btw,buat la special n3..nk jugak tahu fai,faruq,shah n shazia..

naila n nabil tu kawen..hehe.....

Miss Kira berkata...

sweet2...
suka ending dia..
xp x puas la..
errr..
nak nabil n naila kwen..
so begitu jga dgn geng2 dia yg len..
XD

Tanpa Nama berkata...

akhirnya ending..
cool..
akak mmng boley buat org len touching la.. a lot feelings..
aĆ”.. tul tu.. nnti wat la ending geng die.. bley la.. ea?..

Tanpa Nama berkata...

yeay !! thank God. naila wit nabil.
im sooooo happy ! <3

.SilentReader.

bella berkata...

i like yur story... tp ada satu yg saya kurang puas hati... dimana anda menulis watak antara Max dan gf dia... dimana max marah yang gf dia ada lelaki lain n dia kata, gf dia suka tukar2 pasangan. ayat dia lebih kurang begini," kamu bukan beragama kristian, kamu orang islam...." bila dibaca ayat dia tu, mcm dia mengatakan yg org kristian ni org yang hidupnya sosial tak tau baik buruk satu perkara... sy tak marah, tapi kecil hati. benda ni sangat sensetif.. i like ur story but bila saya bc ayat itu, sy rasa terkilan..... sorry f whatever i said make u angry.... tq...

Tanpa Nama berkata...

what happen to his his dad... did she left him just like that...
what about abg khai. whats the ending to that..
wish u could make a special en3..

Tanpa Nama berkata...

lastly....
nabil n naila!!!
sooooo sweet!!
tp nk ga tw paz dowg kawen n yg laen gak....
wt r special n3...

^^ i lyk pisang ^^ berkata...

mcm tgantung cket la ^^"
byk persoalan kt dlm my mind
mcm yg len ckp, what happen to khai n etc...
but overall ok, ctew besh, thumbs up :D awk creatv
_popai

Tanpa Nama berkata...

nk tnye sket...ape kne mengenenye tajok 3+1 ngan cite...x phm la.. ke memang 3+1 tu x membawa mksod pape...cube terangkan sket..

Tanpa Nama berkata...

thumb up tu you , awak buat saya menangis, gelak sesorang !

btw, apa jadi kat kwn2 nbil n naila ?? apa jadi kat bpk tiri naila n abg khai ?? bukan a.khai suka kat naila ? max ??

Tanpa Nama berkata...

naila lbih sukekn nabil or nazim.