3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Selasa, 28 Disember 2010

cinta sunbae 24

Ok. No problem pasal tu. Kedua?”

“ Kedua, hmm.. jadi orang gaji aku selama 3 bulan berturut-turut. Termasuk hari ni.” Hakimi tersenyum jahat. Sebaliknya Isya sudah pun membeliakkan matanya.

“ Apa?????????????” Isya terperanjat besar. Matanya terbelalak memandang Hakimi. Dahinya jelas kelihatan berkerut-kerut.

“ Sudahlah! Kalau tak setuju, tak apa. Aku tak rugi apa pun.” Selamba Hakimi menjawab. Tetapi keselambaan Hakimi mendatangkan kemarahan buat Isya. Dia sendiri yang keliru memikirkan hala tuju dirinya.

“ Setuju ke tak?” Hakimi seolah-olah mendesak.

“ Bagilah aku masa nak fikir. Sekarang kau cakap, takkan sekarang jugak kau nak jawapan.” Isya menempelak. Sakit hatinya kerana diperlakukan sebegitu. Masa 3 bulan untuk menjadi orang gaji Hakimi boleh diibarat 30 tahun lamanya. Disebabkan itu, dia harus berfikir sedalam yang mungkin. Tetapi pada masa yang sama, dia benar-benar tidak sanggup bertukar sekolah. Apatah lagi, segala kenangannya bersama arwah Fitri, ada di situ.

Ok. Bagi kau masa sampai Isnin ni saja. Malam Isnin pastikan kau dah fikir masak-masak. Faham?” Hakimi semakin berusaha menyakitkan hati ‘isterinya’.

“ 3 hari ja??” Isya tidak berpuas hati.

“ Cukuplah tu. Kalau kau pilih nak tukar sekolah, aku kena urus benda tu pulak.” Isya mencebik.

“ Bukan kau yang urus. Macam aku tak tahu.” Isya melawan tetapi matanya tertumpu tepat pada basuhan pinggan mangkuk di dalam sinki.

“ Kau ni kenapa… “ Hakimi mematikan suaranya apabila kedengaran bunyi loceng yang menandakan ketibaan seseorang di hadapan rumahnya ketika ini. Hakimi bingkas bangun. Isya pula bersiap sedia untuk menyembunyikan dirinya daripada pengetahuan seseorang yang mungkin tidak dikenali.

“ Khairul.” Nama yang disebut oleh Hakimi membuatkan Isya mematikan hasratnya untuk menyembunyikan diri. Serta-merta dia terpacak di hadapan biliknya sendiri. Khairul menapak masuk ke dalam rumah. Berdirinya Isya di hadapan bilik menyebabkan Khairul agak terperanjat.

“ Isya.” Hanya sepatah kata itu yang sempat keluar dari bibir Khairul. Perasaan terkejutnya benar-benar tidak dapat diluahkan. Selama dua bulan Isya bertindak mengurungkan diri di dalam bilik. Malah selama dua bulan juga dia sentiasa menziarahi gadis itu walaupun dia tahu dia tidak mampu untuk mengembalikan Isya kepada Isya yang sebenar.

Isya hanya mampu untuk tersenyum. Keadaan dirinya pada dua bulan yang lepas membuatkan dia sedikit kekok untuk berhadapan dengan lelaki ini. Tetapi sebaliknya bagi Khairul. Dia menapak menghampiri Isya. Kewujudan Hakimi di situ seolah-olah tidak diambil peduli.

“ Awak dah ok?” Pantas Khairul bertanya. Selama dua bulan ini, bayangan Isya sentiasa bermain di matanya. Hari demi hari dia semakin tidak dapat menafikan perasaannya terhadap Isya. Hakikatnya, dia semakin mencintai gadis itu walaupun terang-terangan dia mengetahui Isya sudah pun bergelar isteri orang.

“ Mmm..” Isya mengangguk.

“ Saya ok. Saya… minta maaf.” Isya menundukkan wajahnya. Perasaan serba-salah semakin menghantui dirinya. Walaupun Khairul sentiasa menziarahinya, namun sepanjang dua bulan itu, dia tidak pernah menghargai kewujudan lelaki itu.

“ Untuk apa?”

“ Segala-galanya.” Sepatah Isya membalas. Riak wajah Hakimi yang mula berubah langsung tidak disedari oleh sesiapa.

“ Boleh pulak minta maaf kat orang lain. Aku ni..” Hakimi merungut sendirian. Sedari tadi, dia hanya memerhati gelagat mereka berdua. Sewaktu Khairul mahu berkata-kata lagi, Hakimi pantas berdehem.

“ Duduklah dulu, Khai.” Hakimi mempelawa walaupun jauh di sudut hatinya, sebaliknya yang dia harapkan.

“ Tak apalah, Kim. Aku singgah kejap je. Jenguk Isya. Tapi memandangkan dia dah ok..” Khairul mengerling sekilas pada Isya.

“ … aku balik dululah. Lagipun aku nak singgah supermarket pulak.” Khairul menapak ke hadapan pintu.

“ Nak pergi supermarket? Boleh saya ikut sekali? Barang dapur banyak dah habis.” Isya pantas memotong Hakimi yang mula ingin bersuara. Sepantas itu juga, Hakimi memandang tepat pada wajah ‘isterinya’. Dia mula berasa kurang senang.

No problem.” Isya tersenyum mendengar jawapan dari Khairul. Isya menapak satu langkah ke hadapan mendekati Khairul. Sebaliknya, wajah Hakimi semakin berubah riak.

“ Aku ikut sekali.” Hakimi yang tiba-tiba bersuara membuatkan empat mata memandang ke arahnya.

“ Apa??” Hakimi geram.

“ Lebih baik jangan ikut.” Isya berani menghalang.

“ Kenapa pulak?”

“ Sebab kau cuma akan menyusahkan kitorang. Cuba tengok diri tu sikit. Lagi satu, sekarang aku kan orang gaji kau. Jadi… nak ke ikut orang gaji sendiri?” Isya sengaja membangkitkan kemarahan Hakimi. Tanpa dia sedar, Khairul mendengar setiap kata yang diucapkan Isya dengan jelas.

“ Apa?? Menyusahkan?? Ok, fine. Pergilah! Aku pun tak inginlah keluar dengan orang busuk macam kau!” Khairul sedikit tersentak dengan tingkah laku Hakimi. Dia memandang Isya. Riak wajah gadis itu berubah kemerah-merahan. Tetapi kata-kata Hakimi tidak dibalas sebaliknya dia melangkah keluar dari rumah. Tanpa banyak bicara, Khairul mengikut Isya dari belakang.

*****

11 jam berlalu, Isya masih bersama Khairul. Masing-masing membisu buat masa ini. Melayan hati dan perasaan masing-masing. Tasik yang terbentang luas di hadapan menjadi perhatian mereka berdua. Orang yang lalu-lalang di situ semakin lama semakin berkurang. Cahaya lampu yang berwarna-warni semakin galak menerangi kawasan tasik tersebut.

“ Boleh saya tanya sesuatu?” Tiba-tiba Khairul bersuara. Isya sedikit tersentak.

“ Huh? Hmm.. tanyalah.”

“ Awak.. kenapa cakap orang gaji Hakimi? Ada sesuatu yang saya tak tahu ke?” Khairul memandang Isya.

“ Yang tu.. Err.. Macam mana nak cakap ye..” Tergagap-gagap Isya bersuara. Rahsia antara dia dan Hakimi tidak boleh diketahui oleh sesiapa walaupun Khairul.

“ Hana..”

“ Hana??” Khairul jelas kelihatan agak terkejut. Nama itu dibangkitkan semula selepas lima tahun sepi tanpa berita. Isya hanya sekadar mengangguk.

“ Hana dah tahu kitorang tinggal sama. Jadi, sebab nak simpan rahsia tu, Hakimi terpaksa cakap yang saya orang gaji dia.” Isya memberi penjelasan. Khairul pula membisu sebentar. Apa yang dikatakan oleh Isya, membuatkan dia mengalami sedikit tekanan.

“ Tapi perlu ke dia cakap awak orang gaji dia? Tak ada yang lebih baik dari tu?” Khairul tampak kurang berpuas hati. Isya tersenyum. Senyuman yang benar-benar memikat hati.

“ Betul kan? Tak ada ke yang lebih baik dari tu.. Tapi, tak apalah. Sekurang-kurangnya, hutang saya…” Isya terlepas cakap lagi. Serta-merta dia terkelu.

“ Hutang?” Seperti yang dijangka-jangkakan, Khairul menyoal lagi.

“ Huh? Tak.. tak ada apa-apa.” Pantas Isya mengelak. Hatinya sedikit bimbang. Bimbang sekiranya dia terlepas rahsia ini kepada pengetahuan sesiapa. Khairul tersenyum kelat. Dia bukan bodoh. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh Isya dari pengetahuannya.

“ Awak.. tahu siapa Hana?” Khairul cuba menguji.

“ Saya tak tahu siapa Hana. Tapi.. saya cuma tahu yang dia.. penting dalam hidup Hakimi.” Tenang Isya berbicara. Tiada langsung riak cemburu yang terpamer pada wajah gadis itu.

“ Awak tak cemburu? Dia bekas kekasih Kim.”

“ Huh? Cemburu? Kenapa saya kena cemburu? Taklah. Saya tak cemburu.” Isya berterus-terang. Dia langsung tidak mengetahui bahawa pengakuannya tadi semakin menambahkan keraguan Khairul mengenai perkahwinan mereka.

“ Kenapa awak tak cemburu? Dia suami awak. Mustahil..”

“ Haishh! Kenapa dengan awak ni? Awak nak saya cemburu? Macam mana saya nak cemburu kalau saya tak pernah cintakan dia… pun.” Perlahan-lahan Isya menghabiskan ayatnya. Bibirnya diketap. Wajahnya dikalih ke arah lain. Buat kali ketiga, dia terlepas cakap lagi.

“ Saya rasa ada sesuatu yang awak sembunyikan dari sayalah. Bukan macam tu?” Khairul angkat kening. Isya mengeluh.

“ Haishh! Boleh gila macam ni. Ya! Memang saya ada sembunyikan sesuatu dari awak. Tapi! Itu awak akan tahu jugak bila sampai masanya! Ok??” Isya geram. Bukan geram pada Khairul sebaliknya geram pada dirinya sendiri.

“ Saya tak kata pun yang saya nak tahu.”

“ Yaa!!” Isya menjerit.

“ Awak ni kan…! Saya rasa lebih baik awak jangan rapat sangat dengan Hakimi!”

“ Kenapa pulak?”

“ Sebab awak pun dah jadi macam dia. Suka buat orang sakit hati! Boleh jadi gila dibuatnya!!!” Isya melepaskan geram. Tetapi, geram yang dilepaskan oleh Isya menjadi bahan ketawa pada Khairul. Entah mengapa, semakin lama dia semakin menyukai sikap gadis itu. Sikap yang ada pada Isya tidak pernah dilihat pada gadis-gadis lain.

Isya bangun dari kerusi. Sebaik sahaja bangun, dia terus mengeliat. Seluruh urat-urat sendinya terasa berada dalam keadaan tenang. Jam yang tersemat di atas pergelangan tangannya dilihat. Hampir terbelalak matanya. Sudah menunjukkan jam sepuluh malam. Ini bermakna sudah sebelas jam dia menghabiskan masa bersama Khairul.

“ Encik Khairul! Jom balik! Dah pukul 10 malam.” Sambil bercakap, Isya menguap. Perkataan ‘encik’ sengaja digunakan. Khairul tersenyum lagi. Dia bingkas bangun dan menapak menghampiri Isya. Sambil berjalan bersama, mereka berbual mesra. Sekali pandang, sudah pasti mereka dianggap pasangan kekasih.

*****

Hujan semakin lebat mencurah-curah membasahi bumi. Khairul menumpukan perhatian pada pemanduannya. Tetapi sesekali dia mengalihkan pandangan pada Isya yang masih berada di sisinya. Isya sudah pun terlelap bersama kesejukan malam. Setelah 30 minit berlalu, Khairul menghentikan kereta di hadapan rumah Hakimi. Hujan yang masih lebat membasahi bumi menghalang niatnya untuk mengendong Isya masuk ke dalam rumah. Bimbang sekiranya gadis itu dibasahi hujan.

Khairul hanya menanti. Menanti sehingga hujan mereda. Untuk mengejutkan Isya dari tidur, kesanggupan hatinya tidak sampai. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga memaklumkan pada Hakimi. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluarnya. Hakimi dihubungi.

“ Kim. Aku ada depan rumah kau sekarang.” Khairul bersuara. Dia membisu dalam masa beberapa saat.

“ Macam mana nak masuk? Hujan lebat ni! Isya dah tidur. Aku tak.. “ Kata-katanya terhenti. Selepas mendapat balasan kata dari Hakimi, dia segera memutuskan talian.

Selang dua minit, Hakimi muncul bersama dua payung. Satu digunakan untuk dirinya manakala satu lagi payung dipegang. Dia menapak keluar dari rumah. Melangkah setapak demi setapak menghampiri kereta milik Khairul. Cermin kereta Khairul diketuk. Apabila Khairul melangkah keluar dari kereta, pantas payung pada pegangannya dihulurkan buat lelaki itu. Pandangannya beralih pada Isya yang masih tidur. Bibirnya terukir senyuman sinis.

Tanpa mendapatkan persetujuan dari Hakimi, Khairul terus menapak kepada Isya. Pintu kereta dibuka dan cuba untuk mengendong gadis itu masuk ke dalam rumah. Hakimi yang mula menyedari tindakan Khairul, pantas melangkah menghampiri mereka berdua. Tangan Khairul direntap dari terus memegang tangan ‘isterinya’. Khairul tersentak. Riak wajah Hakimi bertukar menjadi serius. Dia sendiri tidak menyedari emosi yang sedang bermain. Hakimi dan Khairul saling bertentang mata.

0 ulasan: