3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Sabtu, 13 Mac 2010

3+1+40

Pemandangan di luar tingkap hanya dipandang kosong. Walaupun pemandangan ciptaan Tuhan begitu indah tiada bandingan, namun hatinya kini lebih berat menanggung kesedihan yang pastinya akan berlanjutan dalam masa yang panjang. Wajah Papa dan Mamanya kini bermain-main dilayar mata. Sudah hampir tujuh belas tahun dia dibelai, ditumpahkan kasih sayang dan dimanjai sepenuh hati oleh Dato’ Yahya dan Puan Marlia. Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah berpisah jauh dari mereka berdua. Tetapi kini. Masa yang panjang harus dilalui tanpa kedua-dua orang yang dicintai. Semakin lama, perasaan bersalah semakin memberat menerjah hati. Adakah keputusan yang diputusnya kini adalah keputusan yang tepat?

Faruq turut melepaskan pandangannya diluar tingkap. Keadaan sunyi tiada bersuara. Masing-masing membisu. Kenderaan yang dinaikinya sekarang hanya bergerak mengikut arah tujuan. Hatinya bimbang. Bimbang adakah keputusan yang dibuat mereka adalah keputusan yang tepat. Mampukah gadis itu meneruskan hidup dengan keadaan gembira seperti dahulu tanpa kewujudan ibu bapa disisinya? Dia tahu gadis itu tabah. Namun haruskah hati gadis ini dilukai buat kali kedua? Dia telah pun diberi amanah oleh Dato’ Yahya. Menjaga keselamatan Faiqa. Dia sendiri yakin bahawa dia mampu memikul tanggungjawab itu. Faiqa. Mampukah dia?

Teksi yang dinaiki mereka tiba-tiba berhenti. Faiqa melihat keadaan disekelilingnya. Mereka sudah tiba. Bukan di lapangan terbang. Tetapi di rumah Max. Itu permintaannya sebelum mereka bertolak pulang ke Malaysia. Walaupun persahabatannya bersama Max baru sahaja terjalin selama dua minggu, tetapi dia tetap menghargai lelaki itu. Lelaki yang sentiasa cuba untuk menyakitkan hatinya. Lelaki yang pernah membuatkan dia diselubungi perasaan bersalah. Lelaki yang pernah memberikan perasaan tenang buatnya. Faiqa menolehkan kepalanya ke kiri. Wajah Faruq dipandang buat seketika.

“ Kita dah sampai. Kau nak tunggu sini?” Faiqa memyoal. Faruq membisu buat sementara. Wajah gadis itu dipandang. Bibirnya mengukir senyuman kekuatan.

“ Kau pasti ada sesuatu yang nak dicakapkan dengan dia. Pergilah.” Faiqa ikut tersenyum. Walaupun dia tidak pernah mengenali siapa Max, walaupun dia tidak tahu apa hubungan Faiqa dengan lelaki itu, tetapi dia lebih memilih untuk mempercayai gadis itu.

Faiqa melangkah keluar. Sebuah rumah yang tersergam di hadapannya dipandang lama. Perlahan-lahan kakinya diatur sehingga di hadapan pintu. Pintu rumah lelaki itu diketuk berulang-ulang kali. Pada ketukan keempat, pintu tersebut dibuka dari dalam. Wajah seorang lelaki yang terjengul dihadapan pintu dipandang. Senyuman cuba diberikan walaupun dia sendiri tahu senyuman yang diberikan palsu semata-mata. Mereka saling berpandangan. Namun lelaki dihadapannya kini tidak pernah tahu bahawa kedatangannya ke sini adalah kedatangan terakhir. Senyumannya pada lelaki itu adalah senyuman terakhir.

“ Ada apa datang rumah saya?” Max menyoal. Bibirnya diukir senyuman.

“ Saya…..Saya…” Wajahnya ditundukkan. Kata-katanya terhenti.

“ Kenapa? Kenapa dengan awak?” Faiqa terdiam buat seketika. Semangat dan keberanian cuba diraih.

“ Saya….Saya datang nak ucapkan…..Selamat tinggal pada awak.” Masing-masing terdiam buat seketika. Wajah Max jelas kelihatan terkejut. Benarkah apa yang didengarnya? Ataupun gadis ini hanya bergurau? Sengaja mahu mengenakannya?

“ Apa maksud awak?” Wajah gadis di hadapannya dipandang tepat. Kepastian cuba diraih. Mereka saling berpandangan.

“ Saya akan pulang semula ke Malaysia.”

Sekali lagi masing-masing terdiam. Max tidak mampu lagi untuk berkata-kata. Peristiwa yang dilihatnya seketika dahulu kembali dilayar ingatan. Lelaki yang dilihatnya sudah pasti teman lelaki gadis ini. Apa yang harus dilakukannya? Perlukah dia menghalang? Tidak. Jika dia menghalang sekali pun, sudah tentu ia hanya sia-sia. Kerna dia tahu. Cinta Faiqa terhadap lelaki itu pasti lebih teguh berbanding cintanya pada gadis ini. Adakah ini pengakhirannya? Adakah ini kesudahannya? Mengapa secepat ini?

“ Awak pasti dengan keputusan awak?” Faiqa mengangguk.

“ Awak pergilah. Kalau itu keputusan yang awak dah buat, saya tak mampu nak berkata apa lagi.” Faiqa terdiam buat sementara. Wajah lelaki itu dipandang.

“ Awak jaga diri awak. Kalau awak dah bertemu seseorang yang awak suka, jangan sakitkan hati dia. Jangan minta sesiapa menyamar sebagai kekasih awak lagi. Walaupun awak sendiri dah bosan dengan dia, awak jangan tunjukkan rasa bosan tu pada dia. Awak faham?” Max hanya tersenyum kelat.

“ Awak pergilah. Saya khuatir kalau saya tak dapat lepaskan awak. Lebih baik awak pergi sekarang.” Matanya dipandang ke arah lain. Yang pasti, wajah gadis itu tidak mahu dipandang. Bukan dia benci. Tetapi hanya satu. Dia bimbang jika dia bertindak untuk tidak melepaskan gadis itu pergi dari hidupnya. Sedangkan gadis di hadapannya ini sudah punya seseorang yang amat penting berbanding dirinya.

“ Jaga kesihatan awak. Jaga makan minum awak. Saya pergi dulu.” Wajah lelaki itu dipandang buat kali terakhir. Namun pandangannya tidak berbalas. Faiqa mengatur langkah perlahan.

Gerak-geri dan langkah Faiqa yang semakin jauh meninggalkannya hanya dipandang tanpa sebarang tindakan. Di saat ini, dia tidak mampu untuk bertindak. Walau apa pun tindakannya, gadis itu tetap akan pergi jauh darinya. Dia sedar, dirinya bukan dicipta untuk gadis ini. Hatinya bukan berada pada gadis ini. Segala-galanya telah ditakdirkan. Walau sekuat mana dan segigih mana dia cuba untuk merubah takdir itu, sia-sia yang menanti. Setiap kenangan bersama Faiqa bermain di ingatan.

Saat pertama kali mereka bertemu menunjukkan layaran skrin di mata. Pada saat dan ketika mereka saling bertelagah di atas kapal terbang. Kali pertama dia melihat mengalirnya air jernih dari mata gadis itu. Kali pertama hatinya berdegup kencang pada pandangan pertama walaupun dia sendiri cuba untuk menafikan perasaannya. Mereka seolah-olah cuba untuk dipertemukan apabila secara tidak sengaja, dompetnya tercicir. Sekali lagi berlaku pertengkaran di antara dia dan Faiqa. Tanpa kata persetujuan dari gadis itu, dia sendiri mengakui pada Havin bahawa gadis itu miliknya. Buat kedua kalinya, takdir seolah-olah cuba untuk merapatkan hubungan mereka. Pada saat itu, telefon bimbit Faiqa yang tercicir. Akibat daripada itu, termerterailah satu perjanjian di antara mereka. Perjanjian yang selama ini tidak pernah diduga, tidak pernah terfikir malah tidak pernah sekali-kali terniat di hati.

Pertengkaran, salah faham dan perasaan benci yang menjadi perapat bagi hubungan mereka. Malah ia juga menjadi penyebab kejatuhan cintanya pada gadis itu. Namun kini, takdir cuba memisahkan mereka. Hanya dua minggu. Peluang selama dua minggu untuk menghapuskan segala salah faham dan perasaan benci di hati masing-masing. Bayang-bayang gadis itu hilang dari penglihatan. Segala-galanya musnah. Perasaan cinta yang telah dibina kini retak dengan begitu mudah. Haruskah gadis itu direbut?

*****

Dia sudah pun kemas berpakaian. Hanya mengenakan sehelai T-Shirt berlengan panjang berwarna hijau dan sehelai seluar jeans labuh berwarna biru cerah. Beg galasnya disilang melalui badannya. Pintu bilik ditutup rapat. Perlahan-lahan kakinya melangkah turun ke ruang tamu. Hanya kelibat isteri Encik Rahman yang kelihatan. Semua itu tidak menjadi persoalan. Dia tahu, Encik Rahman pasti sudah berangkat pergi ke tempat kerja. Dia melangkah menghampiri wanita yang juga merangkap sebagai ibu tiri Nazim. Wajah wanita separuh umur itu dipandang dengan senyuman kecil.

“ Mak cik.” Mata dan wajah Naila dipandang tepat.

“ Aaa, Naila. Kemas berpakaian ni, nak pergi mana?” Isteri Encik Rahman menyoal.

“ Saya nak keluar cari kerja, Mak cik.”

“ Naila. Baru je semalam kamu datang sini. Takkan hari ni kamu dah nak keluar cari kerja? Kamu berehatlah dulu. Penat tak hilang lagi tu.”

“ Mak cik. Peluang cuma sekali. Lagipun saya masih mampu bergerak. Masih mampu berusaha. Saya tak nak bazirkan masa, Mak cik.”

“ Kamu benar-benar tabah, Naila. Tapi ingat. Kesihatan diri lebih penting dari segala-galanya. Sekuat dan sekeras mana pun kamu berusaha, kesihatan kena jaga juga.”

“ Saya faham, Mak cik. Saya tahu kesihatan saya lebih penting dari segala-galanya. Mak cik tak perlu risau. Saya pasti akan jaga diri saya sebaik mungkin. Hmm?” Masing-masing tersenyum.

“ Baiklah. Pergilah. Jaga diri baik-baik. Biar Mak cik panggilkan Nazim untuk temankan kamu. Na…”

“ Eh, Mak cik! Tak perlulah. Saya boleh pergi sendiri. Lagipun mesti dia ada kerja yang nak dibuat. Saya tak nak susahkan sesiapa.”

“ Kamu yakin?” Naila mengangguk.

“ Baiklah. Jalan baik-baik.” Naila tersenyum. Tangan wanita yang masih berdiri di hadapannya pantas disalami. Gadis itu perlahan-perlahan melangkah keluar dari rumah. Hatinya lega. Malah dia sungguh bertuah. Dipertemukan dengan seorang wanita yang benar-benar menyayangi dan memberi perhatian pada dirinya.

" Nazim! Nazim! Nazim!!” Nama lelaki itu dilaung berulang-ulang kali.

“ Kenapa ni Ma? Panggil macam rumah dah nak runtuh.” Nazim menuruni anak-anak tangga. Wajah Mamanya dipandang tepat walaupun terdapat sedikit tanda tanya yang terpalit di hati.

“ Banyaklah rumah nak runtuh. Cinta kamu yang dah nak runtuh!”

“ Haa?” Wajah wanita separuh umur itu dipandang dengan penuh tanda tanya. Kata-kata wanita itu langsung tidak difahami.

“ Kamu pergi ekori Naila cepat! Jangan buat muka blur kat sini”

“ Ekori dia kenapa, Ma? Dia pergi mana?”

“ Ya Allah! Kenapa kamu banyak soal sangat ni? Mama cakap ikut, ikut sajalah.”

“ Mana boleh macam tu, Ma. Mama kenalah terangkan semuanya dulu. Ini tak. Tiba-tiba saja Mama arahkan Zim ikut dia.”

“ Susah betul la dengan kamu ni! Kamu ekori Naila dari belakang! Dia nak pergi cari kerja tu.”

“ Ala. Biarlah dia cari kerja. Takkan cari kerja pun nak Zim temankan, Ma? Dia dah besar.”

“ Ya Allah! Zim, kenapa susah sangat nak faham ni?? Dengar sini baik-baik. Naila nak pergi cari kerja. Tapi cubalah fikir, dia tak mahir dengan kawasan disini. Kamu nak tengok dia kena sakat dengan budak-budak motor kat sini? Mama tak kisah kalau dia terpikat dengan budak-budak motor tu.”

“ Ma! Kenapa Mama tak cakap awal-awal?” Nazim melangkah laju. Seperti arahan Mamanya, langkah Naila cuba diekori.

“ Bertuah punya budak. Berbuih mulut aku terangkan pada dia, aku yang disalahkan. Eh! Nazim!!” Langkahan lelaki itu terhenti. Kepalanya ditoleh ke belakang.

“ Kamu kalau nak ekori dia pun, janganlah sampai dia tahu. Buat kerja tu biar cermat.”

“ Baik!” Dia berlari-lari anak untuk mengikuti langkah Naila. Nasibnya baik kerana sehingga sekarang, dia masih tidak disedari gadis itu. Cap dipakainya dengan sedaya upaya cuba untuk menutupi wajahnya. Gerak-geri Naila diperhati. Hampir sepuluh minit menanti bas di perhentian, barulah bayangan yang ditunggu tiba. Disebabkan mahu menghindari daripada intipannya terbongkar, dia terpaksa menjadi penumpang terakhir yang menaiki bas. Topi yang dipakainya semakin dikedepankan. Punggungnya dilabuhkan di kerusi belakang. Gerak-geri Naila masih juga diperhatikan. Namun arah tujuan gadis itu, dia sendiri tidak tahu.

Hampir sepuluh minit perjalanan, bas berhenti. Naila menuruni anak-anak tangga. Nazim membiarkan jarak antara dia dan Naila berjauhan. Walaupun begitu, setiap langkah dan gerak geri gadis itu masih menjadi pemerhatiannya. Dia tahu pasti perjalanan gadis itu mencari kerja sehingga larut malam. Walaupun dia sendiri mahu mengekori setiap langkah gadis itu, tetapi bagi mengelakkan daripada dia diketahui, dia terpaksa menanti di perhentian bas. Kerana dia yakin. Pasti perhentian bas ini yang menjadi arah tujuan terakhir gadis itu.

1 ulasan:

penulis berkata...

assalamualaikum..
new n3[just comment]