3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 29 Oktober 2009

3+1=20

“ Naila!” Naila mengalihkan pandangannya ke belakang apabila kedengaran namanya dipanggil. Shazia memegang bahu Naila.

“ Nabil nak jumpa kau malam ni.” Naila mengemas kembali buku-bukunya yang tergendala sebentar tadi. Jam yang sudah menunjukkan pukul 2.40 petang merupakan saat yang ditunggu-tunggu untuk pulang ke rumah.

“ Naila.”

“ Kenapa kau yang kena sampaikan kat aku?”

“ Sebab dia tahu, kau mesti akan elakkan diri dari dia. So, macam mana dia nak beritahu kau?”

“ Buat apa nak jumpa dia? Aku tak ada apa yang nak dicakapkan.” Naila masih mengemas bukunya tanpa memandang wajah Shazia. Faiqa sudah pun pulang terlebih dahulu disebabkan dia mahu meraikan pembebasan diri dari peperiksaan yang baru tamat sebentar tadi.

“ Tapi dia ada sesuatu yang nak dicakapkan dengan kau. Aku tahu dia yang bersalah. Tapi…”

“ Malam ni aku nak study. Aku tak nak keluar malam ni.” Naila terus memotong kata-kata Shazia tanpa sempat untuk Shazia meneruskan kata-katanya.

“ Study apa lagi? Exam dah selesai pun. Cuma nak tunggu keputuusan je pun.” Shazia membangkang alasan yang diberikan Naila. Dia tahu itu hanya alasan yang digunakan Naila untuk mengelakkan diri dari bertemu Nabil.

Naila hanya berdiam diri. Dia tidak mahu jika perkara ini akan menimbulkan pertengkaran antara dia dan Shazia pula. Shazia menepuk bahu Naila.

“ Dia tunggu depan rumah kau. 9.30 malam ni.” Shazia bersuara sebelum meninggalkan Naila yang tidak sempat bersuara lebih lanjut.

Naila mengeluh. Dia tidak peduli jika Nabil mahu berjumpanya atau tidak. Yang pasti dia langsung tidak ingin bersemuka dengan lelaki itu. Lelaki yang benar-benar menyakitkan hatinya.


*****


Naila berdiri di birai tingkap. Angin yang bertiup agak kencang menyamankan tubuhnya. Angin malam yang pasti akan menurunkan butir-butir jernih dari angkasa sebentar nanti. Cuma masanya sahaja yang belum dapat dipastikan. Naila membiarkan saja tingkapnya terbuka sebelum dia melangkah ke katilnya. Naila melabuhkan punggungnya di birai katil.

Bunyi pintu bilik di ketuk dari luar sedikit mengejutkan Naila. Wajah Khai di hadapan pintu membuatkan Naila mengukir senyum.

“ Abang Khai ganggu Naila ke?” Khai melabuhkan punggung di sisi Naila. Naila hanya menggeleng kepala disertai senyuman yang dibuat-buat.

“ Naila bergaduh dengan Nabil?” Khai memandang Naila dengan senyuman. Naila hanya berdiam diri seketika.

“ Cuma Abang Khai je yang memahami Naila.” Naila tersenyum kelat. Wajahnya langsung tidak diangkat untuk memandang Khai.

“ Apa yang dia dah buat kat Naila?” Khai menyoal. Wajahnya kelihatan agak serius. Soalan yang dikemukakan Khai langsung tidak dijawab oleh Naila.

“ Mesti dia yang buat salah kan. Biar Abang Khai tanya dia.” Khai bangun dari birai katil. Namun sepantas kilat tangan kanannya disambar Naila.

“ Abang Khai.” Naila menarik Khai untuk duduk semula di tempat asal. Khai melabuhkan punggung kembali di sisi Naila.

“ Mungkin bukan salah dia. Mungkin Naila yang bersalah.” Naila menutur perlahan. Khai hanya memandang wajah Naila tanpa sebarang kata.

“ Cik.” Suara seorang perempuan mengalihkan pandangan mereka berdua.

“ Encik Nabil nak berjumpa dengan Cik.” Seorang pembantu rumah yang diupah papanya bersuara.

Naila terkesima seketika. Jam di dinding biliknya dipandang. Sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Kini baru lah dia teringat bahawa Nabil mahu bertemunya pada malam ini.

“ Bibik suruh dia balik. Saya tak nak jumpa dia.” Naila bersuara tegas. Bibik melangkah meninggalkan bilik Naila.

Khai memandang Naila. Dia tahu Naila berada dalam kerunsingan sekarang. Walaupun dia tidak tahu apakah masalah yang dihadapi Naila sekarang.

“ Cik.” Bibik muncul lagi di hadapan pintu.

“ Encik Nabil tetap nak tunggu Cik.”

“ Kalau macam tu biarkan saja dia kat situ.” Naila membalas. Dia benar-benar tidak mahu mempedulikan Nabil. Bukannya dia seorang yang kuat merajuk. Namun entah kenapa, kata-kata Nabil menusuk ke kalbu. Kata-kata yang susah untuk dilupakan.

“ Naila nak biarkan dia macam tu saja?” Khai kembali bersuara.

“ Abang Khai. Naila dah mengantuk.” Naila cuba berdalih. Dia mahukan ketenangan dan bersendirian.

“ Abang Khai keluar dulu. Tapi kalau Naila ada apa-apa yang nak diberitahu, jangan lupa panggil Abang Khai.” Naila hanya mengangguk. Khai melangkah keluar dari bilik Naila seraya pintu bilik Naila ditutup rapat.


*****


Hujan lebat mencurah-curah ke bumi. Seperti melepaskan tekanan berat yang dipikul selama ini. Lawak jenaka yang menjadi tontonannya sekarang langsung tidak mendatangkan kesan buat dirinya. Naila menutup televisyen di hadapannya. Jam sudah pun menunjukkan 11.30 malam. Esok merupakan hari cuti umum. Jadi, pada masa inilah dia dibenarkan untuk tidur lewat.

Pintu bilik Naila dibuka dari luar tanpa diketuk terlebih dahulu. Khai menapak masuk ke bilik Naila.

“ Naila. Nabil masih ada kat luar.” Khai bersuara. Wajah Naila yang sedang duduk di birai katil dipandang. Naila kelihatan terperanjat. Namun perasaan terperanjatnya cuba disembunyikan dari diketahui .

“ Biarkan dia. Naila tak nak ambil tahu pun.”

“ Naila. Naila tak patut biar dia kat luar. Bermandi hujan macam tu.”

“ Abang Khai. Please. Tolong keluar. Naila dah mengantuk.”

“ Naila dah semakin kejam sekarang. Tak macam Naila yang dulu.” Khai melangkah keluar dari bilik. Pintu bilik Naila ditutup kasar. Naila mengeluh.

Kakinya melangkah ke birai tingkap. Tingkap biliknya yang memang sudah terbuka dari tadi memudahkannya untuk melihat kelibat Nabil. Benar kata Khai. Nabil masih berada di luar. Dalam keadaan hujan lebat yang sudah pun membasahi seluruh tubuhnya.

Naila segera melangkah keluar dari bilik. Perjalanannya ke luar rumah terhenti apabila Khai berdiri di hadapannya.

“ Naila tak pernah berubah Abang Khai. Naila masih macam dulu.” Naila bersuara sebelum dia melangkah laju ke pintu utama. Khai tersenyum.

“ Naila!” Khai melaung sedikit kuat. Naila menoleh ke belakang. Payung berwarna biru ditunjukkan ke arah Naila.

“ Naila tak perlukan tu. Dia dibasahi hujan sebab Naila. Rasanya patut kalau Naila turut mandi hujan dengan dia.” Naila mengukir senyum sebelum berlalu meninggalkan Khai yang masih terpana dengan kata-kata Naila.


*****


Naila berdiri di hadapan Nabil. Hujan yang membasahi seluruh tubuhnya langsung tidak dihiraukan. Kini mata mereka saling bertentangan.

“ Balik la. Dah lewat malam.” Naila bersuara. Hatinya benar-benar sayu melihat keadaan Nabil sekarang. Nabil merupakan kawan baiknya sejak kecil lagi. Sudah tentu dia tidak sanggup melihat keadaan Nabil sekarang.

“ Aku takkan balik selagi kau tak maafkan aku.”

“ Aku maafkan atau tak. Itu semua tak penting.” Naila melirik matanya ke arah lain apabila Nabil masih memandangnya.

“ Penting pada aku. Sangat penting pada aku.” Naila mengangkat muka memandang Nabil.

“ Kalau macam tu, kau berdiri saja kat sini.” Naila melangkah ingin meninggalkan Nabil. Namun belum sempat untuk dia menapak lebih jauh, tangan kirinya sudah ditarik Nabil. Naila tidak mengalihkan tubuhnya ke arah Nabil. Walaupun hujan semakin lebat mencurah-curah.

Nabil melutut di hadapan Naila. Tangan kiri Naila masih dipegangnya. Naila terkaku. Tiada sebutir kata yang keluar dari bibirnya.

“ Maafkan aku.”

“ Aku bersalah. Maafkan aku.”

“ Kau… kau penting bagi aku. Apa yang aku cakapkan dulu bukan datang dari hati aku.” Nabil bersuara perlahan. Kepalanya ditundukkan sedikit.

“ Maafkan aku.” Nabil bersuara lagi. Air mata Naila mula mengalir perlahan bersama hujan yang seolah-olah turut menangisi keadaan mereka sekarang.

Naila mengalih tubuhnya menghadap Nabil yang masih melutut. Tangan kiri Nabil dicapai seraya membantu Nabil untuk berdiri semula. Naila mengangguk.

“ Kau maafkan aku?” Nabil memandang Naila dengan penuh harapan. Naila mengangguk dengan senyuman. Nabil tersenyum. Tubuh Naila ditarik dalam pelukannya. Naila terkejut. Pelukan Nabil langsung tidak dibalas.

“ Aku tak boleh hidup kalau kau tak pedulikan aku.” Nabil berbisik. Hujan yang masih lebat seperti tadi menyukarkan Naila untuk mendengari apa yang diungkapkan Nabil sebentar tadi.


*****


“ Naila. Naila pergi mandi dulu.” Khai memandang Naila dan Nabil silih berganti. Naila mengangguk. Kakinya di arah ke bilik.

“ Nabil tidur kat sini saja la malam ni. Dah pukul 12 dah ni.” Khai memandang Nabil apabila kelibat Naila sudah tidak kelihatan.

“ Tak perlu la Abang Khai. Nanti mama risau pulak.” Nabil membantah.

“ Tak. Kali ni Nabil kena ikut cakap Abang Khai. Kejap lagi Abang Khai inform kat mama Nabil. Sekarang ni Nabil pergi bersih diri dulu.” Khai cuab mengendalikan sebaik mungkin sepanjang ketiadaan Tuan Syazman. Nabil mengangguk tanda setuju dengan cadangan Khai.

“ Bibik!” Khai melaung memanggil pembantu rumah Naila. Selang beberapa saat kemudian, bibik sudah berada di hadapan Khai.

“ Bibik tolong tunjukkan bilik untuk Encik Nabil.” Khai bersuara.

Bibik melangkah meninggalkan Khai dan Nabil hanya mengikut dari belakang dalam keadaannya yang basah kuyup.

“ Ini bilik Encik Nabil.” Bibik menunjukkan bilik di hadapannya. Nabil mengangguk sambil tersenyum.

“ Terima kasih.” Pintu bilik dibuka. Nabil menapak masuk ke bilik.


*****


“ Naila.” Nabil bersuara seraya tangannya terus memulas tombol pintu. Pintu bilik Naila ditolak ke dalam. Naila memandang Nabil. Begitu juga Nabil. Masing-masing terkaku untuk seketika.

Naila menjerit sekuat hati. Nabil pantas melangkah keluar dari bilik Naila. Pintu bilik ditutup rapat. Naila terpana seketika. Dia melihat dirinya sekarang. Hanya berkemban saja. Rambutnya masih basah. Wajahnya mula merah. Baju yang diletak di atas katilnya segera dipakainya.

Naila gelisah. Betapa malunya dia sekarang ini. Entah apa yang patut dilakukannya sekarang ini pun dia masih tak tahu. Naila menyikat rambutnya yang panjang sehingga ke pinggang itu. Namun fikirannya melayang mengingati peristiwa tadi. Naila menekup wajahnya.

“ Apa yang aku nak buat ni? Macam mana dia boleh ada kat sini pulak?” Naila menyoal dirinya sendiri. Naila memandang jam di dinding. Sudah pukul 1.15 pagi.

“ Mesti Abang Khai yang suruh dia tidur sini. Abang Khai ni la.” Naila merungut. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan-lahan. Naila melangkah keluar dari bilik. Langkahan kakinya diarah menuju ke bilik di sebelahnya. Pintu bilik terus dibuka tanpa meminta izin terlebih dahulu.

“ Na…” kata-kata Naila terhenti apabila tiada seorang manusia pun di bilik itu.

“ Mana dia pergi pulak?” Naila sedikit kehairanan. Pintu bilik ditutup kembali. Naila melangkah ke ruang tamu pula. Juga tiada sesiapa di sini. Apa yang dia pasti, Abang Khai sudah tidur. Mungkin juga mimpinya sudah sampai ke Eropah.

Naila melangkah ke luar rumah. Taman yang indah di kawasan rumahnya menjadi tujuannya sekarang. Kelibat Nabil yang duduk di buaian membuatkan Naila melangkah laju ke arah tersebut. Naila menghampiri Nabil.

“ Kenapa kau tak ketuk dulu sebelum kau masuk?” Naila menyoal tegas. Wajahnya kelihatan tegang.

“ Aku terlupa. Sungguh aku terlupa.” Nabil bersungguh-sungguh menyakinkan Naila. Kepalanya di dongak untuk memandang Naila. Namun disebabkan lehernya mula terasa lenguh, Nabil bangun dari buaian. Nabil berdiri menghadap Naila.

“ Apa yang kau dah nampak tadi?” Naila menyoal. Wajah Nabil langsung tidak dipandang.

“ Semua. Macam mana yang kau pakai, macam tu la yang aku nampak.” Nabil membalas. Naila terkejut. Matanya membuntang luas.

“ Perlu ke kau berterus-terang! Sepatutnya kau jawab kau tak nampak!” Naila mula bengang walaupun perasaan marahnya tidak seperti dulu.

“ Ok. Aku tak nampak.” Nabil membalas. Wajahnya benar-benar seperti orang tidak bersalah. Suci.

“ Kau…” Naila menghalakan jari telunjuknya ke muka Nabil. Kata-katanya terhenti. Wajah Nabil dipandang tajam. Naila mengangkat kaki kanannya. Dengan sekuat hati, kaki Nabil dipijak. Sepantas itu juga, Naila melangkah meninggalkan Nabil.

Nabil memegang kaki kirinya. Terenjut-enjut dia menahan kesakitan. Kalau bukan disebabkan dia berada di rumah Naila sekarang, sudah tentu perbuatan Naila dibalas balik.

4 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

haha..
sweet sangat..
sangat2..
ekekekee..
bru baik,,
da gado2..
gado2 mnja gtuh..hehe..
smbung2..

Sha berkata...

hehe..
msty chomey muke nabil ms ckp xnmpk 2..

fzm2 berkata...

alalallalala
sweet nye!
hurmmmm
naila p0n suka
nabil eh????

anggur_violet berkata...

npe la diorg ni terlalu kesukaan bergaduh..
bosan btul la bdk2 ni..
dr bab 1 smpai bab 20 x abis2 gaduh..
wt la yg romance2 ckt, jgn la asyik gaduh..
gaduh cm nk perang dunia ke 3..
dpn2 org pn gaduh..
diorg dh la kaya, x jg standart btul la..
ape pn cter ni agak best la..
harap2 bab yg sterusnya x byk lg gaduh2 ni..