3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 4 September 2009

3+1=9

Nadir berhenti..keliling dia dah dikepung..Nabil pulak dah tergamam..tak sangka makhluk yang hampir-hampir nak membunuh Naila adalah Nadir..setahunya Nadir tak pernah melakukan perkara-perkara yang tak berfaedah..apatah lagi jenayah..

“kenapa kau??” Nabil soal dengan penuh hairan..matanya tepat pandang Nadir..masih ragu-ragu benarkah Nadir yang lakukan semua tu atau dia cuma menjadi kambing hitam?

“memang aku..kenapa??kau tak percaya??” Nadir angkat kening..langsung tak rasa gentar walaupun dia dah tertangkap..

“kenapa kau buat macam tu??kenapa kau buat Naila macam tu!!” Nabil menjerkah..kesabarannya dah hilang..matanya tak pernah berganjak dari pandang Nadir..Shah dengan Faruq cuma bertindak sebagai pemerhati dulu..belum masa untuk mereka bertindak..

Nadir cuma senyum sinis + mengejek..soalan nabil langsung tak dijawab..Nabil yang macam orang hilang pertimbangan terus meluru arah Nadir..tumbukan Naruto nya dilepaskan pada Nadir..

Nadir dah terbaring atas lantai..darah di bibirnya di kesat..kali ni Nabil meluru lagi arah Nadir..kolar baju Nadir dicekak..tumbukan bertalu-talu dah dilepaskan..tapi Nadir langsung tak membalas..Shah dengan Faruq terus tarik Nabil bila diorang tengok Nadir dah longlai akibat dibelasah Nabil..

“sudah-sudah la Nabil!!dia dah separuh nyawa tu!!” Shah terpaksa kuatkan volume suaranya bila Nabil masih tak puas hati dengan Nadir..

Shah dengan Faruq pandang 3 orang gadis di belakang Nabil..Nabil yang pelik tengok Shah dengan Faruq yang tak lepas dari pandang belakangnya turut kalih belakang..pandangan Nabil dengan Naila bertemu..kemudian Naila kalih pandang pada sekujur tubuh yang dah terkulai layu atas lantai..

“Nadir??” muka Naila benar-benar nampak macam orang yang terkejut..Nadir??dia ke??takkan dia kot??susah Naila nak percaya..pendapatnya tentang Nadir sama seperti pandangan Nabil pada Nadir..

Naila melangkah ke depan mendekati Nadir tapi dihalang Nabil..Naila pandang Nabil sebagai isyarat ‘Nadir ke tu?’..Nabil cuma mengganguk..

Nadir dah dipapah ke bilik klinik..Naila pandang Nadir..sungguh dia tak percaya kenapa Nadir buat dia macam tu..selama ni Nadir benar-benar baik dengannya..Nadir lalu di belakang Nabil…

“aku takkan lepaskan Naila macam tu saja..” Nadir bersuara lemah..tapi cukup jelas pada pendengaran Nabil..Nabil pandang Nadir..tapi cuma senyuman sinis yang dihadiahkan Nadir..kelibat Nadir dah hilang dari pandangan..

“aku tahu kenapa Nadir bertindak macam tu..” Naila bersuara tiba-tiba..10 mata pandang arah Naila..Naila cuma pandang lantai..

“aku tolak cinta dia..dia proposed aku jadi girlfriend dia..” Naila bersuara lagi..Nabil mengeluh..patut la Nadir sanggup buat macam tu..semuanya disebabkan CINTA!!masing-masing membisu hampir lima minit..Naila pandang kawan-kawannya sorang demi sorang..

“korang jangan risau la..dia takkan apa-apakan aku..” Naila berusaha senyum..walaupuin dia sendiri risau..wajah kelima-lima sahabatnya masih terpamer kebimbangan..Shazia baru nak buka mulut tapi Naila dah melangkah tinggalkan mereka berlima..mereka berlima cuma pandang Naila..mungkin Naila perlu bersendirian..

************************************************

Naila termenung sorang-sorang..kolam ikan di pandangnya tanpa minat..fikirannya kini melayang pada pertemuannya bersama Nadir dua tiga hari yang lepas..

“Naila,balik sekolah kejap lagi tunggu saya kat belakang sekolah..” Nadir kasi arahan..belum sempat Naila nak bagi alasan,Nadir dah berlalu tingggalkannya..Naila cuma tercengang..asal pulak dengan mamat ni?

Nadir sembunyi sejambak bunga di belakangnya bila Naila dah berjalan ke arahnya..Nadir tersenyum..ingatkan Naila takkan jumpa dia..

“kenapa nak jumpa saya ni?” Naila soal Nadir..muka dah monyok semacam je..baru je ingat nak balik awal hari ni..tup tup mamat ni pulak kacau line..Nadir masih tersenyum..suka dia tengok muka monyok Naila tu..

“awak ni kenapa pulak?nak jumpa saya tapi sepatah haram pun tak cakap..!” Naila dah bengang tengok perangai Nadir tu..tangannya disilang ke dada..wajahnya dah di paling ke arah lain..sakit hati dengan Nadir..

Nadir tersenyum..lututnya dah disembamkan atas tar..bunga di belakangnya di keluarkan..kepala dah di dongak pandang Naila..

“err..aw..awak..buat apa ni?” terketar-ketar Naila bersuara..terkejut dengan tindakan Nadir..dia ni apa kena pulak?jangan buat yang bukan-bukan dah la..

“Naila..saya tahu bukan saya sorang je yang cintai awak..ramai lagi lelaki lain yang lebih hebat dan baik dari saya..” Nadir bersuara..Naila cuma pandang Nadir tanpa perasaan..bukan pertama kali dia hadapi situasi macam tu..naik bosan pun ada..

“awak tahu..sejak saya kenal dengan awak,saya tak dapat nak lupakan wajah awak,senyuman awak,gelak tawa awak..setiap hari wajah awak yang terbayang di mata saya..awak tahu apa maksud saya kan?” Nadir pandang Naila sepenuh hati..harapannya pada Naila benar-benar tinggi..

“Nadir,saya…”

“sudikah awak jadi kekasih saya?” belum sempat Naila nak bersuara,Nadir dah potong cakap dia..Naila cuma mengeluh..dia dah agak dari awal lagi ini yang akan terjadi..

“Nadir,saya…”

“awak pasti akan terima saya kan?” Nadir berdiri semula..wajahnya dah tunjuk riak happy..sekali lagi katanya dipotong Nadir..

“Nadir,awak dengar saya cakap dulu boleh tak??!” Naila dah bengang..suka sangat potong cakap aku..kan dah kena..Nadir diam..matanya setia pandang wajah Naila..

“saya..saya tak boleh terima awak..saya…”

“kenapa??kenapa tak boleh terima saya??” kata-kata Naila dipotong buat kali ketiga..Nadir pegang tangan Naila..tangan Naila digoncang dua tiga kali..

“awak ni kan…!!” Naila dah bara habis..tak faham-faham bahasa betul la mamat ni..aku bagi sepakan penalti Beckham kang tak pasal-pasal koma setahun kot..Naila tarik nafas dua tiga kali..cuma lenyapkan marahnya..

“Nadir,tolong dengar apa yang saya nak cakap boleh??” tegas Naila bersuara..mata Nadir di pandang tajam..Nadir terdiam..

“mintak maaf..saya tak boleh terima awak..hati saya tak terbuka untuk mana-mana lelaki sekarang..saya harap awak boleh faham..” Naila tundukkan wajahnya..serba salah dibuatnya..

“tak!!saya tak faham!!awak bohong!!awak sukakan saya..awak bohong!!” tangan Naila digoncang kasar..perangai Nadir dah benar-benar macam orang gila..tapi tak gila lagi la..

“Nadir,please..jangan macam ni ok!” Naila cuba tenangkan Nadir..Nadir lepaskan tangan Naila perlahan-lahan..

“Nadir..saya mintak maaf..bukan saya saja perempuan kat dunia ni..ramai lagi perempuan yang nakkan awak..” Naila sambung lagi..Nadir cuma diam…wajahnya jelas nampak kecewa yang teramar sangat..

“saya mintak maaf sekali lagi..saya doakan awak dapat temui kebahagiaan..” Naila melangkah meninggalkan Nadir..Naila dah berada 20 tapak depan dari Nadir..

“Naila!!” Nadir menjerit..Naila berhenti melangkah..tapi mukanya langsung tak kalih belakang pandang Nadir..

“kalau aku tak dapat memiliki kau,lelaki lain pun tak akan memiliki kau jugak!!aku takkan biar kau dan lelaki yang kau suka hidup bahagia!!” Nadir bersuara lantang..kata-katanya bukan hanya menutur di bibir..tapi akan dilaksanakannya..

Naila melangkah laju meninggalkan Nadir..dia langsung tak mempercayai kata-kata Nadir..

************************************************

“assalamualaikum..” Nazim dah terjengul depan pintu..bahagua benar hatinya sebab dia dibenarkan pulang dari hospital juga akhirnya..

“waalaikumussalam..” suara seorang perempuan kedengaran dari dalam..Puan Suriati dah melangkah ke pintu utama..matanya terhenti pada satu tubuh di hadapannya..

“Nazim!!” tubuh anaknya lantas dipeluk..rindu benar dia pada anak bongsunya tu..rambut anaknya diusap penuh mesra..

“ma..” Nazim tersenyum..tubuh ibunya dirangkul erat..

“Naz mintak maaf ma..Naz banyak buat silap dengan ma..” Nazim bersuara sayu..sejak dia disahkan menhaden penyakit kronik tu,dia hanya tahu memarahi orang di sekelilingnya saja..termasuklah mamanya sendiri..tapi sejak dia dimarahi Naila,baru la dia sedar kesalahannya selama ni..berkasar dengan ibu bapanya sendiri..

Puan Suriati hanya mengangguk..walaupun terkejut dengan sikap Nazim hari ni tapi dia sudah cukup bahagia..pelukan Nazim dileraikan..

“kenapa tak bagi tahu mama yang Nazim balik hari ni?kalau tidak boleh la mama masak yang special untuk Naz..” Puan Suriati bersuara lembut..rambut anaknya diusap bahagia..nazim mengeleng kepala dua tiga kali..

“Naz tak nak susahkan mama..mama dah banyak bersusah payah demi Naz..” Nazim pandang mata mamanya penuh kasih sayang..Puan Suriati tersenyum..Tubuh Nazim di peluk sekali lagi..penuh kasih sayang..

----------------------------------------------------------------------------


0 ulasan: