3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Isnin, 5 Oktober 2009

3+1=12

bab 12

Nazim dah tercegat depan pintu besar rumah Naila..loceng di depan pagar tu
cuma dipandang saja..nak tekan memang dah tak boleh..takut Naila jatuh tersungkur pulak..cuma satu je idea yang ada dalam kepala dia sekarang..

“encik..minta tolong boleh?” Nazim berdiri depan orang yang tengah lalu lalang depan rumah Naila..seorang lelaki yang berumur lebih kurang 20 an ditahan..

“tolong apa?” pemuda tu pandang Nazim yang tengah gendong Naila..Nazim dapat agak maksud pandangan lelaki tu..mesti ingat yang bukan-bukan punya..

“tolong tekan loceng tu je..” Nazim muncungkan mulutnya ke arah loceng yang dimaksudkan..pada masa yang sama pemuda tu pun turut perhati loceng rumah Naila..tangannya pantas menekan loceng dua tiga kali..lebih kurang seminit,pintu besar terbuka secara automatic..

“terima kasih ye..” Nazim tundukkan kepala sikit sebagai tanda hormat..pemuda tu terus je berlalu meninggalkan Nazim dengan Naila yang tengah khusyuk tidur sampai tak ingat dunia..

Khai dah tercegat depan Nazim..muka dia sure-sure la terkejut habis bila tengok Nazim tengah gendong Naila..

“kau sapa??” suara Khai agak kasar..dia memang rasa macam nak tumbuk je muka mamat depan dia ni..suka-suka hati je gendong anak dara orang..belum sempat Nazim nak jawab soalan Khai,Khai dah tarik tubuh Naila dari gendongannya..kini Khai pulak yang dukung Naila..

“aku….” Nazim terdiam..nak cakap aku ni kawan pompuan ni ke?tapi bila masa pulak aku jadi kawan dia?nama dia pun aku tak tahu..

“kau masuk dulu..aku nak letak Naila dalam bilik dia dulu..” Khai terus melangkah masuk dalam rumah..Nazim cuma ikut langkah Khai..oh,Naila rupanya nama pompuan ni..kakinya dah menjejak ruang tamu rumah Naila..Khai dah menghilangkan diri..ke bilik Naila maybe..

“kamu siapa?” suara garau seorang lelaki membuatkan Nazim kalih pandang ke belakang..papa Naila pandang Nazim dengan rupa macam orang yang cuba nak mengingati sesuatu..

“rupa kamu macam uncle kenal..” papa Naila tunjuk jari pada muka Nazim..Nazim cuma buat muka tercengang..aku pun macam kenal juga uncle ni,,tapi sapa dia ni ye?

“kamu..abang kamu kerja sebagai doctor kat Hospital Permai Jaya kan?” Papa Naila dah mula nak ingat..tapi dia masih belum confirm betul-betul lagi..

“betul tu memang betul..tapi uncle ni..” Nazim terdiam seketika..otaknya cuba dipaksa supaya mengingati lelaki separuh abad di depannya..namun dia tidak terdaya mengingati juga..

“Uncle Syazman..” Papa Naila bersuara apabila melihat Nazim seperti masih belum mengingatinya..

Nazim membisu seketika..sekali lagi otaknya diperah..nama itu seperti pernah didengarnya tapi dia langsung tidak mengenali lelaki di depannya..mungkin kah dia pernah bertemu lelaki ini pada ketika dia masih dalam proses pembesaran?

“Uncle Syazman?” Nazim pandang wajah papa Naila..Nazim sudah hampir-hampir dapat mengingati siapa lelaki..kawan baik papanya juga bernama Syazman..tetapi mereka sudah lama tidak berhubung semenjak papanya berpindah rumah..Syazman?mungkin kah dia…

“Uncle kawan papa?” Nazim cuba meneka..mungkin tekaannya benar..

Tuan Syazman mengangguk..bibirnya mengukir senyum..walaupun sudah lama dia tidak menziarahi Nazim tapi dia masih dapat mengingati rupa paras anak muda itu..

“Uncle..” Nazim tersenyum gembira..sungguh dia amat merindui lelaki di hadapannya kini..tubuh sasa di hadapannya lantas dipeluk..lelaki ini lah dahulu memberi semangat kepada nya tika dia dalam kemurungan di sebabkan kematian ibunya..

Tuan Syazman menolak lembut tubuh Nazim dari pelukan..

“kamu sihat Nazim?papa kamu?ahli keluarga kamu?” Tuan Syazman bertanya..

Nazim tersenyum..tetapi hanya sensual yang dibuat-buat..sekadar mahu menceriakan roman wajahnya sekali gus mengelakkan papa Naila daripada mengesyaki apa-apa..

“alhamdulillah uncle..semuanya sihat walafiat..” Nazim tidak berbohong..memang benar ahli keluarganya sihat-sihat belaka..tetapi tidak termasuk dirinya..

“bagus lah..tapi macam mana kamu boleh ada kat sini?” kehairanan Tuan Syazman dikeluarkan..

Nazim terpegun seketika..pertemuannya dengan Uncle Syazman membuat dia terlupa tujuannya berada di sini..matanya mengerling sekilas jam yang sematkan di ruang tamu rumah Naila..jarum pendek yang singgah di nombor 12 membuatkan dirinya sedikit gelabah..pasti mamanya risau..

“Nazim..” Tuan Syazman menyentuh bahu Nazim apabila melihat Nazim seperti termenung seketika..

“haa??” Nazim sedikit tersentak..wajah paniknya cuba disembunyikan dengan senyuman..pertanyaan Tuan Syazman masih belum dijawab..

“saya hantar anak uncle balik,Uncle..”

“kamu kenal Naila?” papa Naila menyoal..Nazim sekadar mengangguk..baru dia tahu gadis yang sentiasa membuatkan dia marah adalah Naila..namun dalam fikirannya sekarang hanya ingin cepat pulang ke rumah..kalau tidak pasti mama dan papanya memarahinya..

“uncle..saya minta diri dulu ye..dah lewat malam..” Nazim cuba bersuara sesopan mungkin..dia tidak mahu membuatkan Tuan Syazman salah faham padanya..

Tuan Syazman mengerling jam di tangannya..memang sudah lewat malam..

“kamu tidur saja kat sini malam ni..lagipun dah lewat malam..” Tuan Syazman memberi keizinan..

Nazim sedikit terkejut dengan keputusan Uncle Syazman..dahinya berkerut..sudah tentu dia akan dihalau keluar dari rumah jika keepsake harinya baru dia pulang ke rumah..papanya juga tidak kurang tegasnya seperti papa Naila..

“kamu jangan risau fasal papa kamu..nanti uncle beritahu papa Nazim..sekarang ni kamu berehat dulu..” Tuan Syazman dapat meneka kebimbangan dalam diri Nazim sekarang..

Nazim hanya mengangguk..sekurang-kurangnya papanya tidak akan memarahinya..

“bibik!!” Tuan Syazman sedikit melaung ketika memanggil pembantu rumahnya..beberapa saat kemudian kelihatan seorang pembantu rumah warga Indonesia terkoncoh-koncoh mendekati mereka berdua..

“bibik tolong bawa Nazim ke bilik tetamu ye..” Tuan Syazman bersuara sopan..walaupun pembantu rumah bukan dari negaranya sendiri namun dia tidak pernah berkasar dengan wanita itu..apatah lagi menengking..

Bibik hanya mengangguk tanda faham..kakinya di atur ke deretan bilik yang ada dalam rumah Naila..ada 6 bilik yang masih kosong..Nazim hanya mengekori bibik dari belakang..

Mereka berdua melalui bilik Naila..pintu dibiarkan tidak tertutup rapat..Nazim sempat mengalih pandangan pada bilik Naila..Kelihatan Naila diselimuti Khai..bayangan Naila dan Khai hilang dari pandangan mata apabila Nazim melintasi bilik Naila..dari pandangan Khai dia tahu Khai mempunyai niat hati yang mendalam pada Naila..itu lah yang di namakan CINTA..

************************************************

Mata Nazim masih segar memandang siling bilik..sesekali tubuhnya mengiring ke kiri..selang dua minit tubuhnya ditiarapkan menghadap pintu pula..kadang kala bibirnya menyanyi kecil menghilangkan rasa bosan..pada masa ini matanya masih tidak dapat dilelapkan walaupun jam dah menunjukkan pukul 2 pagi..

Nazim bangun dari katil..pintu bilik dibuka..arah tujuannya hanya lah dapur..tekaknya terasa haus disebabkan asyik menyanyi seorang diri..dapur yang gelap agak samar-samar itu sengaja dibiarkan begitu saja tanpa mahu membuka lampu..biasan lampu dari ruang tamu sudah cukup baginya..

Gelas air dicapai sejurus menuangkan air kosong ke dalamnya..terasa segar sedikit tekaknya..

************************************************

Naila bangun dari katil dengan tergesa-gesa..arah tujuannya kini tidak lain tidak bukan sudah tentu tandas..namun bangun saja Naila dari katil,dia sudah terduduk atas lantai biliknya..kepalanya terasa pening seketika..inilah akibatnya jika bangun dari tidur secara mengejut..

Naila menapak keluar dari bilik apabila merasakan kepalanya tidak lagi pening seperti tadi..Naila melalui bilik Khai..kakinya terhenti di hadapan bilik Khai..tombol pintu dipulas..Khai dilihat sedang nyenyak tidur dengan dibaluti selimut..bilik papanya yang bertentangan dengan bilik Khai pula yang dimasukinya..papanya juga begitu..nyenyak tidur bersama keruhan..

Naila melangkah laju menuju ke bilik air..namun langkahan kakinya terhenti apabila terlihat kelibat manusia di dapur..cahaya yang agak samar-samar menyukarkannya untuk mengecam manusia tersebut..hatinya terdetik kecurigaan kerana baru sebentar tadi dia melihat papanya dan Khai masih berada di dalam bilik..jadi siapa manusia di hadapannya sekarang?

Tingkah laku Nazim diperhati dari jauh..gerak geri Nazim yang agak mencurigakan membuatkan Naila menyangkanya pencuri..Naila mula gelabah..tidak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang..Naila terpandang satu penyapu yang disangkutkan di tepi dinding dapur..dengan langkah berhati-hati Naila mencapai penyapu tersebut..

Selangkah demi selangkah diatur menghampiri manusia tersebut..terpacak saja Naila dibelakang manusia tersebut,pukulan bertubi-tubi dikenakan ke atas manusia itu..

Nazim terkejut apabila dirinya dipukul bertubi-tubi..tangannya menahan pukulan Naila..

“pencuri!!pencuri!!” Naila menjerit sekuat hati..diharap Khai dapat mendengari jeritannya..tangannya masih setia memukul tubuh Nazim..

“woii!!apa ni woi!!” Nazim memarahi Naila apabila diperlakukan sebegitu rupa..tubuhnya sudah sakit akibat dipukul Naila..

Tiba-tiba Naila menghentikan perbuatannya..suara sebentar tadi seperti pernah di dengarnya..Namun belum sempat Naila mahu bertanya Nazim,lampu dapur terbuka..kini terang-benderang..Nazim dan Naila memandang Khai dan Tuan Syazman dengan wajah yang penuh kejutan..

“Naila,Nazim,apa yang kecoh-kecoh ni?” suara serak milik Tuan Syazman bersuara..

Naila mengalih pandang pada manusia di sebelahnya..Nazim?Naila tertunduk..rasa bersalah mengejutkan Khai dan papanya yang nyenyak tidur mula menerpa..

“err..tak ada apa-apa uncle.cuma salah faham..” Nazim bersuara apabila Naila hanya menundukkan wajah..

Kehairanan yang berada dalam kepala Naila membuatkan Naila mengangkat kepalanya semula..matanya memandang papanya..

“macam mana dia boleh ada kat sini papa?”

“papanya tumpangkan Nazim tidur malam ni..” Tuan Syazman memberi jawapan pendek..matanya yang masih mengantuk membuatkan dia tiada mood memberi penjelasan pada anaknya..Khai hanya mendengar jawapan dari Tuan Syazman..sesekali matanya memandang pada Nazim..

“ark!!” Naila mengerutkan dahi..

“kenapa?” Tuan Syazman menyoal apabila melihat perubahan sikap Naila..enam mata memandang tepat pada Naila..

------------------------------------------------------------------------

0 ulasan: