3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 15 Oktober 2010

cinta sunbae 19

Khairul melangkah keluar dari kereta miliknya. Isya juga ikut melangkah keluar. Matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling. Dia tidak tahu di mana dia berada sekarang. Khairul memandang Isya bersama senyuman kecil. Isya mengangkat kening tanda tidak memahami.

“ Jom. Awak tak nak balik rumah kan? So, kita main puas-puas kat sini. Lupakan semua masalah awak. Just enjoy.” Ajakan Khairul membuatkan Isya tersenyum lebar. Taman permainan yang seindah bulan terpampang luas di hadapannya.

*****

Hakimi melabuhkan punggungnya di ruang tamu. Televisyen Plasma di hadapannya dihidupkan. Jam dinding di belakang TV dipandang sekilas. Sudah menunjukkan jam 11 malam. Hakimi merungut. Isya masih lagi belum pulang ke rumah. Hatinya sedikit khuatir. Khuatir sekiranya berlaku sebarang yang tidak diingini terhadap gadis itu. Jauh di sudut hatinya, timbul penyesalan kerana meninggalkan ‘isterinya’ hanya disebabkan kenangan silamnya.

Telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja kecil di hadapannya di capai. Nombor telefon Isya ditekan. Ibu jarinya bermain-main pada punat telefon mendail. Dia keliru. Haruskah dia menghubungi gadis itu. Ataupun biarkan sahaja. Ego di hatinya semakin membesar. Dia tidak mahu Isya menyangka bahawa dirinya mengambil berat pada gadis itu.

*****

Isya sudah pun terlelap. Khairul memandang gadis itu sekilas sebelum dia menumpukan perhatiannya semula pada pemanduan. Kini, dia dalam perjalanan untuk membawa gadis itu pulang semula ke rumah Hakimi. Walaupun dia tahu Isya tidak mahu pulang, tetapi dia tidak mahu merisaukan Hakimi, sahabatnya sendiri.

“ Saya.. tak nak balik rumah. Tak nak.. balik rumah.” Isya mengigau. Khairul memerhati Isya sekilas. Jauh di sudut hatinya, dia yakin ada sesuatu yang telah berlaku antara Isya dan Hakimi. Khairul berpatah balik. Niatnya untuk menghantar Isya pulang, dibatalkan. Walaupun dia tidak mahu Hakimi khuatir dengan keadaan Isya, tetapi dia lebih tidak mahu Isya susah hati dengan tindakannya.

Khairul memberhentikan kereta di hadapannya rumahnya. Dia melangkah keluar dari perut kereta. Pintu kereta di bahagian kiri dibuka. Tubuh Isya digendongkan keluar dari kereta. Dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Isya dibaringkan di atas katilnya. Tubuh gadis itu diselimuti. Khairul melabuhkan punggung di birai katil. Wajah Isya dipandang lama. Dari riak wajah Khairul, ada keberatan di hatinya. Keberatan untuk terus membiarkan Isya hidup bersama Hakimi. Kini, dia yakin. Perkahwinan mereka berdua bukan atas dasar cinta.

*****

“ Kim.” Khairul menghubungi Hakimi.

“ Ada apa Khai?”

“ Isya.. ada kat rumah aku sekarang.” Hakimi agak terperanjat.

“ Dia ada kat rumah kau? Perempuan ni kan. Aku pergi ambil dia.” Hakimi bangun dari terus melabuhkan punggung di atas sofa.

“ Jangan.” Halangan dari Khairul membuatkan Hakimi tidak jadi untuk melangkah. Dari riak wajahnya, ada menunjukkan sedikit terkejut.

“ Kau tak perlu ambil dia. Dia.. tak nak balik rumah hari ni.” Sejurus Khairul menghabiskan kata-katanya, Hakimi mematikan talian. Dia melabuhkan semula punggungnya di atas sofa.

“ Ok. Ikut suka kaulah, Isya.” Dia bermonolog sendiri.

*****

Isya membuka matanya perlahan-lahan. Dia bangun dari terus membaringkan diri di atas katil. Isya mengeliat sekali gus menguap beberapa kali. Keluhan kecil dilepaskan hanya sekadar untuk membuang segala masalahnya buat sementara. Matanya terkejip-kejip. Ada sesuatu yang tidak kena dengan persekitaran. Matanya meliar memerhati seluruh keadaan bilik di mana dia sedang berada. Wajahnya menunjukkan riak wajah hairan. Setahunya, ini bukan bilik yang digunakan di rumah Hakimi. Isya melangkah bangun dari katil. Sebuah meja kecil di hujung katil dihampiri. Terdapat satu foto di situ. Foto tersebut ditatapnya.

Khairul??? Terbelalak mata Isya melihat gambar tersebut. Ini bermakna dia sedang berada dalam bilik lelaki itu sekarang dan sepanjang malam dia tidur di bilik itu juga. Dia gelabah. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dilakukannya sekarang. Tindakannya menjadi serba tidak kena. Isya menarik nafas panjang. Dirinya cuba untuk ditenangkan.

Cool down, Isya. Maybe sekarang dia dah keluar pergi kerja. So, kau keluar sajalah.” Isya menenangkan dirinya sendiri. Tubuhnya diperkemaskan. Perlahan-lahan tombol pintu bilik dipulas. Kepalanya terjengul keluar. Kelibat Khairul cuba dicari. Tiada. Setapak demi setapak dia melangkah keluar dari bilik. Khairul masih tidak kelihatan.

“ Nak makan ke?” Teguran Khairul dari belakang benar-benar mengejutkan Isya. Serta merta tubuhnya dikalih ke belakang.

“ Ha?” Khairul tersenyum dengan gelagat gadis itu.

“ Pergilah makan. Makanan dah tersedia tu.” Isya tersenyum paksa.

“ Tak apa. Tak apa.” Isya cuba menolak.

“ Mana boleh tak apa. Pergi makan dulu. Lepas tu saya hantar awak balik rumah.” Khairul cuba ingin melangkah.

“ Awak.. dah makan?” Lambat-lambat Isya menyoal. Khairul menggeleng.

“ Sudi makan dengan saya sekali?” Isya mengangkat kening.

“ Awak tak kisah?” Khairul ikut mengangkat kening. Cuba untuk mempermainkan gadis itu.

“ Apa kena dengan awak ni?” Wajah Isya mula berubah. Setahunya, ini rumah Khairul. Malah dia hanya tetamu. Mengapa lelaki ini seolah-olah tidak mahu menggugat keselesaannya? Khairul ketawa kecil.

“ Kenapa dengan muka tu? Lain macam saja.” Dengan senyuman yang masih mekar di bibir, Khairul melangkah ke meja makan seraya melabuhkan punggungnya di situ. Isya masih terpacak di situ.

“ Buat apa lagi kat situ?” Lambat-lambat Isya melangkah menghampiri meja makan. Dia tidak melabuhkan punggungnya di hadapan Khairul, sebaliknya wajah lelaki itu dipandang tepat.

“ Macam… mana saya boleh ada kat rumah awak?” Tiba-tiba Isya menyoal. Khairul mengangkat kepalanya memandang Isya sekilas.

“ Saya pun tak tahu. Tiba-tiba saja awak ada dalam bilik saya.” Sekali lagi Khairul cuba untuk mempermainkan gadis di hadapannya. Serta-merta wajah Isya berubah.

“ Sejak bila awak pandai loyar buruk dengan saya? Awak belajar dengan siapa?” Khairul ketawa kecil dengan perubahan wajah Isya.

“ Awak tak nak balik rumah. Kat mana lagi saya nak bawa awak kalau bukan rumah saya?” Khairul mengangkat kening. Isya berdehem. Kerusi di hadapannya ditarik seraya dilabuhkan punggungnya di situ.

“ Awak tak pergi kerja?” Isya menyoal. Khairul menggeleng kepalanya dua tiga kali.

“ Hari ni hari minggu.” Sekali lagi Isya terkena. Khairul tersenyum. Sekali lagi wajah Isya berubah kemerah-merahan.

*****

Hakimi melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Televisyen Plasma di hadapannya dihidupkan. Kaki kanannya disilang di atas lutut kaki kirinya. Dia menunjukkan riak wajah bosan. Sepanjang hari tiada aktiviti yang boleh dilakukan. Jadual aktivitinya sebagai seorang artis juga kosong. Hakimi melepaskan keluhan.

“ Apa yang aku nak buat ni? Bosannya!!” Dia bermonolog sendiri.

Hakimi mengalihkan pandangannya keluar tingkap apabila telinganya dapat menangkap bunyi enjin kenderaan. Dia bangun dari sofa. Kakinya diatur ke arah tingkap. Langsir tingkap diselak sedikit. Kelihatan Isya melangkah keluar dari sebuah kereta. Hakimi mengalihkan ekor matanya pada lelaki yang juga merupakan tuan empunya kereta. Itu Khairul. Dalam keadaan kelam-kabut, Hakimi cepat-cepat melabuhkan punggungnya semula di atas sofa. Isya melangkah masuk ke dalam rumah. Kewujudan Hakimi di ruang tamu tidak dipedulikan. Kakinya diatur ke bilik. Sesudah Isya memasuki bilik, Hakimi mencebikkan bibirnya.

“ Baru saja seminggu kahwin, dah ada lelaki lain yang hantar balik rumah.” Hakimi merungut. Bukan merungut kerana perasaan cemburu. Tetapi kerana dia masih geram dengan tindakan Isya bermalam di rumah sahabatnya sendiri. Hakimi melangkah bangun. Dia menghampiri pintu bilik Isya. Dua ketukan diberikan. Selang beberapa saat, Isya membuka pintu dari dalam. Wajah Hakimi dipandang tepat.

“ Masak. Aku lapar.” Hakimi menyuruh. Isya keluar dari bilik. Setapak demi setapak dia melangkah menghampiri tingkap yang berdekatan dengannya. Tindakan Isya diperhati oleh Hakimi. Isya mengunakan jari telunjuknya untuk mencalit habuk pada tingkap tersebut.

“ Kau tak kemas rumah ke hari ni?” Isya menyoal. Serta-merta wajah Hakimi berubah. Dia berdehem sekali.

“ Nantilah aku kemas.” Dia cuba untuk mengelak daripada melakukan tugasnya. Isya menghampiri Hakimi yang masih berada di hadapan biliknya. Tombol pintu dipulas seraya Isya menutur kata.

“ Nantilah aku masak.” Isya cuba melangkah masuk ke dalam bilik tetapi segera dihalang oleh Hakimi.

“ Haishh, ya la! Aku buat sekarang! Kau pun, kena masak sekarang juga!” Hakimi berlalu pergi. Dia geram. Dia benar-benar malas untuk melakukan kerja-kerja mengemas rumah. Walaupun sebelum dia berkahwin dengan Isya rumahnya sentiasa bersih, tetapi bukan dia yang membersihkan segalanya. Semua itu diuruskan oleh pengurus dan sahabat-sahabatnya yang lain.

*****

Hakimi melabuhkan punggung di atas kerusi. Makanan yang terhidang di hadapannya membuatkan dia tersenyum lebar. Seekor ikan yang telah digoreng dimasukkan ke dalam pinggannya. Isya yang berhadapan dengan Hakimi terlebih dahulu menyedok sup ke dalam mangkuk. Dia sendiri tidak tahu apa rasanya kerana ini adalah kali pertama dia memasak tanpa bantuan dari keluarganya. Isya cuba merasa. Apabila sup tersebut mengalir dalam kerongkongnya, serta-merta wajahnya berubah. Dia memandang Hakimi dengan wajah yang masih kelat.

“ Kenapa?” Hakimi bertanya apabila dia menyedari perubahan wajah Isya. Dia menyedok sup yang pernah dirasai Isya. Belum sempat Isya menghalang, Hakimi terlebih dahulu merasai. Hakimi terbatuk. Dalam masa yang singkat sahaja, muka Isya dibasahi dengan semburan sup dari Hakimi.

“ Yaaaaaa!!!!!!!” Isya menjerit. Burung-burung berterbangan membawa diri dari rumah yang didiami oleh mereka berdua.

“ Benda apa yang kau buat ni? Macam-macam rasa yang ada. Masam, masin, pedas, semuanya kau campur sekali. Kau ni tahu masak ke tak?” Hakimi geram. Wajah Isya berubah menjadi merah padam. Hakimi dipandang tajam.

“ Kau dah janji takkan complaint apa yang aku masak. Sekarang nak complaint lagi?”

“ Siapa yang takkan complaint dengan masakan yang teruk macam ni? Kau bagi anjing pun, anjing tak ingin. Muntah terus dibuatnya.” Pedas kata-kata yang dituturkan oleh Hakimi.

Isya membisu. Wajahnya masam mencuka. Dia benar-benar geram. Isya bangun menuju ke sinki. Wajahnya yang melekit dibersihkan. Sejurus selepas itu, Isya melangkah semula ke meja makan. Periuk yang mengandungi sup sayur-sayuran buatannya diangkat ke sinki seraya dibuang kesemuanya. Hakimi terkejut. Serta-merta wajahnya berubah. Perasaan bersalah mula menyelinap dalam diri. Isya mengatur langkah menuju ke bilik. Selang beberapa minit, dia keluar semula.

“ Kau nak pergi mana?” Hakimi yang masih duduk di meja makan terus menyoal.

“ Beli makanan.” Isya menjawab tanpa mematikan langkah. Hakimi pantas bangun. Dia melangkah ke ruang tamu. Kunci kereta pantas dicapai. Hakimi melangkah laju mendekati Isya yang masih melangkah. Tangan kanan Isya dipegang dan ditarik mengikut langkahnya. Isya tercengang.

“ Apa ni?” Isya cuba menarik tangannya dari pegangan Hakimi tetapi gagal.

“ Kita makan kat luar.”

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak isya ngan kimi ye.....
x nak ngan khairul........
pleaseeeeeeeeeeeeeeeee