3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 27 Ogos 2009

3+1=5

Bab 5
Khai duduk di sisi naila..tangan naila dipegang erat..naila yang masih tak sedarkan diri tu diperhatinya..rambut naila diusap-usap perlahan..bukan pertama kali naila terlantar di hospital..dah lebih dari enam kali dah pun..sampai doktor kat hospital tu pun dah kenal diaorang..

Tangan naila dipegang makin erat..hatinya benar-benar bimbang..walaupun dia tahu keadaan naila dah stabil tapi selagi naila tak buka mata,selagi tu la dia tak akan berganjak dari sisi naila..kini dia baru sedar yang dia mencintai naila bukan sebagai adiknya..tetapi lebih dari itu..

Naila tersedar dari tidurnya..orang pertama yang dia nampak adalah khai..khai masih tak sedar naila dah terjaga..naila tarik nafas dua tiga kali..

“abang..” suara naila yang masih lemah kedengaran..khai pandang naila..

“naila!naila ok?” khai tanya lembut..disebabkan naila dah banyak kali dimasukkan ke hospital jadi khai tak la cemas sangat..

Naila cuma mengangguk..senyuman masih diberikan..muka naila masih pucat..khai cuma mengeluh..inilah sebab dia tak nak naila main bola keranjang..lagi satu yang naila tak boleh buat adalah makan buah amra..dah la buah tu satu-satunya buah yang naila paling minat..

Sekarang timbul satu masalah..jika papa naila tahu,sudah tentu dia dan naila dirotan lagi..ini pun dah kira nasib baik sebab papa naila ada di luar negara sekarang..tapi bila papa naila dah balik,dah tak boleh nak bayang hukuman yang akan di terima..

“naila..” khai bersuara..naila yang tengah fikir benda yang sama tersentak..

“ha??” naila terkejut..muka blur dah tayang habis..

“ni fikir apa ni sampai terkejut macam tu?” khai pandang naila..naila mengeleng dua tiga kali sambil tersengih macam sotong busuk da..

“dah get ready ke?” khai soal naila..dia agak mesti naila tak faham punya apa yang dia maksudkan..naila mengeluh..

“dah..” macam tak bermaya je suara naila..

“tahu ke apa yang abang maksudkan?”

“papa kan?” naila jawab penuh yakin..memang itu yang dia risaukan..dia tak kisah kalau dia saja yang dirotan papa..tapi abang khai juga akan ikut dirotan sama.itu yang dirisaukan..

“mintak sorry abang khai..promise tak buat lagi..” naila dah benar-benar rasa bersalah..selama ini abang khai juga kerap kali dirotan disebabkan kesalahannya..dan setiap kali naila dirotan,abang khai pasti akan melindunginya…

“betul promise kali ni?” khai angkat kening..cuba nak dapatkan kepastian..naila angguk dua tiga kali..khai cuma tersenyum..

“abang khai balik la dulu ye..nampak macam letih je..” naila rasa kesian pulak bila tengok muka khai..

“ok..abang khai balik dulu..jaga diri baik-baik..” khai bangun dari kerusi..naila cuma mengangguk..khai dekatkan diri pada naila..dahi naila dikucup lembut..
“selamat malam..” khai berlalu meninggalkan naila..

“abang khai!” khai berhenti melangkah..dia kalih belakang..

“love you soooo much..” naila tekankan ayat so tu jadi panjang..nak kata betul-betul sayang la tu..tapi kata-kata naila tu tak lebih kepada seorang abang..khai tersenyum..entah kenapa kata-kata naila mampu membuatkan hatinya berbunga-bunga bahagia..

************************************************

Naila bangun dari katil..jam dipandang sekilas..dah pukul 1 pagi..tapi mata dia langsung tak boleh nak tidur..naila keluar dari bilik hospital..hospital ketika tu benar-benar sunyi..kebanyakan semuanya dah tidur..lagipun hari ni tidak ada pula kedatangan pesakit baru..

Bumm!!satu bunyi yang agak kuat tu berjaya menarik perhatian naila..naila berjalan laju ke arah bunyi tersebut..

“buta ke mak cik ni??lain kali jalan tu baik-baik la!!” nazim menyeringai..dia terus berlalu tanpa menolong seorang mak cik yang dah terduduk atas lantai..

Naila sempat pandang nazim..naila melangkah laju mendapatkan mak cik yang dah dilanggar nazim tu..perlahan-lahan naila membantu mak cik tersebut bangun..

“mak cik ok ke?nak saya panggil doctor?” naila bersuara lembut..tapi hatinya benar-benar terbakar dengan perangai lelaki kurang ajar tu..

“tak apa la nak..mak cik ok je..” mak cik yang berada di hadapan naila cuma tersenyum..

“sapa budak tu mak cik?kenapa kurang ajar sangat?tak ada adab langsung..” muka naila dah merah padam tahan marah..

“jangan salahkan dia nak..dia jadi macam tu pun ada sebab..” naila papah perempuan tersebut ke bilik..

“kalau ya pun jangan la sampai kurang ajar macam tu..” naila masih tak menyokong kata-kata mak cik tu..

“dulu dia ok..baik hati,peramah,periang..tapi sejak dia disahkan dapat barah otak,perangai dia terus jadi macam tu..” mak cik tu cuba menjelaskan pada naila..

“barah otak?” naila pandang mak cik tu sekilas..mak cik tu mengangguk..

“barah otak yang dah critical..” naila terdiam..langkahnya terhenti bila dia berada betul-betul di hadapan bilik mak cik tu..

“terima kasih la tolong mak cik ya nak..” naila tersentak..kemudian dia mengangguk dua tiga kali..mak cik tu berlalu masuk ke biliknya..

Naila melangkah menuju ke luar hospital..walaupun dia dah mendengar apa yang dikatakan mak cik tu tapi dia masih tidak puas hati dia sikap lelaki tu..

“dia ingat walaupun dia sakit teruk pun,dia ada hak nak berkasar dengan orang lain ke?tak ada adab langsung..” naila merungut sorang-sorang..langkah naila terhenti bila matanya dapat menangkap wajah seorang lelaki yang tengah duduk atas kerusi batu di hadapan hospital..

Naila menyorok di belakang pokok yang agak rendang..matanya meliar-liar mencari batu yang saiznya sederhana..misi untuk membalas dendam..batu yang ada di tangan di baling ke arah nazim..

Pukk!!!wahh,tepat!naila hampir bersorak..tapi dia sempat menutup mulutnya..
“adoii!!” nazim pegang kepalanya..matanya meliar mencari kelibat orang..tapi langsung tak kelihatan..

“woi!!kalau dah rasa diri tu pengecut,lebih baik tak yah baling..buat malu ja!!” nazim kuatkan volume..sengaja nak menaikkan marah si pembaling tu..

“kurang ajar betul..dia kata aku pengecut!” suara naila seakan berbisik..naila bangun..langkahnya laju menuju ke arah nazim..

“so,kau la yang baling??” nazim mula nak menyeringai..

“yup!!aku la..” naila still selamba..langsung tak takut..

“asal??kau tak puas hati dengan aku ka?” nazim bangun..bangga la tu..mantang-mentang la dia lebih tinggi dari naila..

“memang aku tak puas hati dengan kau!!asal kau kurang ajar sangat ha??dah la kau langgar mak cik tu..dah tu kau langsung tak mintak sorry kat dia!!” naila pulak yang menyeringai..

“yang kau sibuk sangat ni apasal??tak ada kena mengena dengan kau pun..” nazim melangkah setapak dua ke arah naila..naila terundur-undur ke belakang..cemas pun dah ada ni..apa yang dia nak buat ni??

Tanpa tunggu lebih lama,naila angkat kaki..dengan sekuat tenaga yang ada,kaki nazim dipijak..

“aucchh!!” nazim tergincat-gincat..kakinya dipegang..rasa perit pun ada..naila tersenyum sinis..

“kenapa dengan kau ni ha??” nazim menengking..geram benar tu..

“yang tu untuk mak cik tu..yang ni pulak untuk aku..sebab kau buli aku!!” sekali lagi kaki nazim di pijak..tapi kali ni kaki kanan pulak..

“auww!!” nazim pegang kaki dia sebelah kanan pulak..

“kau ingat bila kau ada penyakit yang critical,aku biar kau biadap dengan orang tua ke??” naila main cakap lepas je..nazim yang dengar tu tergamam..macam mana dia tahu pulak?

“kau dengar sini erk..kau tak ada hak langsung nak berkasar dengan orang..walaupun mungkin kau dah berputus asa untuk hidup tapi satu saja yang kau perlu ingat..allah tu maha adil..walaupun mungkin pada masa ni semua orang tinggalkan kau tapi DIA tak pernah tinggalkan kau!!” naila dah mula bagi ceramah percuma..nazim cuma terdiam..

“kau ni cuma pentingkan diri sendiri..kau langsung tak fikirkan orang yang benar-benar sayangkan kau!!kau ingat kau sorang ja ke yang diuji macam ni??ramai lagi orang yang lebih kasihan daripada kau!!” kali ni naila dah macam nak menangis..memang dari dulu lagi kalau dia memarahi orang,dia akan turut sama menangis..

Naila berjalan laju meninggalkan nazim yang masih bermain perasaan..nazim cuma melihat naila yang dah makin jauh..

“melampau sangat ke aku?” nazim tanya diri sendiri..kesakitan akibat dipijak naila hilang serta-merta..nazim melangkah masuk ke hospital..kakinya diarah menuju ke biliknya..


************************************************

Nazim merebahkan diri di atas katil..

kau ni cuma pentingkan diri sendiri..kau langsung tak fikirkan orang yang benar-benar sayangkan kau!!kau ingat kau sorang ja ke yang diuji macam ni??ramai lagi orang yang lebih kasihan daripada kau!!

kata-kata naila masih terngiang-ngiang dalam fikirannya..berulang-ulang kali kata-kata tersebut muncul di benaknya..

************************************************

Naila mengesat air mata..nasib baik dia tak menangis depan nazim tadi..kalau tidak malu habis dia..

“hisshh..ni yang aku tak suka marah orang ni..” naila merungut sendiri..tiba-tiba naila teringat balik apa yang dia dah cakap pada nazim..

“tak melampau ke apa yang aku cakap kat dia tadi?” naila tanya diri dia sendiri..
“ahh!!biar la..sapa suruh dia buat aku marah..” naila baringkan diri atas katil..lebih kurang 2 minit berlalu,dia dah terlelap dalam kegelapan pagi..

---------------------------------------------------------------------------------------------
p/s:assalamualaikum...komen2 la erk..kalau2 ada apa2 yg perlu dibaiki ker..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak komen pun dah lambat... sebab dah habis pun e-novel ni... anyway utk karya2 lepas ni take note part K.N.Khas tu.. saya perasan ada nama Allah tapi 1st letter tak huruf besar...

>> GOOD JOB!! <<

Goodtime berkata...

This is an extremely amazing blogsite with great and helpful information, I really enjoyed every bit of the information provided here. I must say that your website is one of the best I have known, keep it up, you can also checkout my site auk post utme past question and answer