3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 8 Januari 2010

3+1=33

“ Hari Rabu ke laporkan diri?? Haishh!!” Faiqa mengeluh. Kertas yang masih berada di tangannya diletakkan di atas meja tulisnya. Tiada minat yang bersarang di hatinya mengenai sekolah yang disebutkan papanya sebentar tadi. Pasti sistem belajar di sini dan di Malaysia berlainan sama sekali. Bayangan wajah satu persatu sahabat baiknya mula muncul di layar mata.

“ Kalaulah korang semua tahu macam mana aku kat sini. Aku pun rindukan Malaysia. Tapi…..” Keluhan berat dilepaskan. Dia melangkah bangun dari terus berada di hadapan meja tulisnya sendiri sementara rasa beban yang mula ingin lahir di hati cuba dibuang jauh-jauh. Tubuhnya dihempas perlahan di katil. Siling biliknya diperhati.

“ Kalau aku tak dapat nak suaikan diri kat sekolah tu, macam mana? Dah la aku kena speaking selama 5 jam. Langsung tak boleh cakap bahasa aku sendiri pula tu.” Kata-kata yang berunsurkan merungut mula keluar dari bibirnya. Sekali lagi dia mengeluh. Tubuhnya diiring ke sebelah kanan. Kali ini dinding biliknya pula yang menjadi pemerhatiannya.

Bunyi deringan telefon bimbitnya yang agak kuat membuatkan dia sedikit tersentak. Tubuhnya dikalih ke sebelah kiri. Telefon bimbitnya yang masih setia berada di atas meja tulisnya diperhati seketika. Dia merengus perlahan. Dengan perasaan yang benar-benar malas ingin bergerak, dia terpaksa mengarah kakinya bangun dari katil juga.

Telefon bimbitnya dicapai. Nombor telefon yang tersiar di skrin telefonnya dipandang dengan perasaan agak hairan. Entah siapa yang menelefonnya sekarang, dia sendiri tidak tahu. Inilah panggilan telefon pertama yang diterimanya sejak dia berada di Australia. Telefon bimbitnya yang masih setia berdering diangkat.

“ Hello.” Faiqa mengeluarkan suara malas.

“ Datang rumah saya. Sekarang!!!!!” Belum sempat dia ingin bersuara, tiba-tiba saja panggilan dimatikan.

“ Haishh!!” Bibirnya diketap geram. Suara yang kuat memberi arahan padanya sebentar tadi memang amat dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang telah melibatkan dirinya dalam suatu urusan peribadi yang sepatutnya bukan menjadi urusan dia. Matanya dipejam dengan bibirnya yang masih diketap geram. Kenapalah lelaki ini selalu saja menyusahkan dirinya? Dan kenapa juga dia harus terlibat dengan lelaki ini?

Bunyi deringan yang menandakan mesej baru yang sampai pada telefon bimbitnya sekarang ini membuatkan dia sedikit terkejut. Telefon bimbitnya diangkat dan dipandang buat seketika sebelum mesej yang diterimanya sebentar tadi dibuka.

‘ Change location. See you at Mall behind my house. 2 pm. Don’t late or you’ll die!!!' [ Max ] ‘

Dia melabuhkan punggung di kerusi yang berhadapan meja tulisnya. Dagunya ditongkat dengan pandangannya yang hanya dihala ke arah dinding. Mesej yang diterimanya tadi dipandang buat kali kedua. Dia tergelak sinis.

“ Apa? Die? Huh, kau tunggulah di situ 24 jam. Jangan harap aku nak datang.” Senyuman tanpa simpati terukir di bibir.

“ Ingat senang-senang je nak arah aku keluar! Masa aku sejuta kali ganda lebih berharga dari masa dia! Dah la suruh aku keluar. Tapi langsung tak bagi tahu sebab musababnya!!”

“ Faiqa!” Pintu bilik diketuk dua tiga kali.

“ Ya ma!” Faiqa pantas mengarah kakinya ke arah pintu. Pintu biliknya dibuka. Jelas terpampang wajah Puan Marlia dihadapan pintu.

“ Kamu bersiap cepat. Mama nak ajak kamu pergi Mall.”

“ Mall? Buat apa pergi Mall dalam keadaan sejuk macam ni ma?”

“ Apa lagi kalau bukan beli barang-barang untuk kamu. Lusa pula kamu dah kena laporkan diri kan?” Faiqa mengeluh.

“ Tunggu apa lagi? Pergi bersiap cepat! Mama tunggu di bawah.” Kepalanya diangguk lemah. Pintu biliknya kembali ditutup. Perasaan malas untuk keluar dari rumah mula bertandang di hati. Apatah lagi sekarang ini pula musim sejuk di sini. Bertambah sejuklah apabila dia berada di Mall nanti.

*****

“ Naila.” Satu suara yang memang cukup dikenalinya kedengaran berkumandang di telinga. Matanya dibuka perlahan-lahan. Walaupun pandangannya agak kabur, tetapi digagahnya juga untuk memerhati keadaan sekeliling. Terasa seperti tangannya dipegang erat oleh seseorang. Tetapi siapakah gerangannya, dia masih tidak tahu. Semakin lama, wajah-wajah orang di sisinya semakin jelas.

Dia tersenyum. Setiap orang di sisinya dipandang dengan senyuman. Shazia yang masih lagi berpakaian hospital turut berada di sisinya. Malah Shazia turut memegang erat tangannya. Jelas terpancar wajah kerisauan di setiap mata.

“ Naila. Kau ok?” Tangan Naila dipegang semakin erat. Wajah Naila dipandang bersungguh-sungguh. Malah tiga pasang mata kini memandang dirinya seorang. Dia tersenyum. Kepalanya diangguk dua tiga kali dengan senyuman pucat yang masih tidak lekang di bibir. Nabil menghampiri katil Naila.

“ Kalau macam tu, ni apa?” Lima jari dari tangan kanannya ditunjukkan di hadapan Naila.

“ Lima.”

“ Bodoh. Ni tangan la.” Naila tersenyum.

“ Kau ni kan, Bil. Aku macam ni pun, kau masih nak cari gaduh dengan aku kan?” Suara lemah yang keluar dari bibir Naila membuatkan dia terdiam. Kata-kata Naila tidak dibalas. Sebaliknya pandangannya diarah ke arah lain.

“ Naila.” Tangan Naila dipegang semakin erat. Pandangan Naila beralih pada Shazia.

“ Lain kali, jangan buat macam ni lagi. Jangan buat kami risaukan kau lagi. Hmm?” Naila tersenyum.

“ Aku…..”

“ Orang kalau dah degil, tak guna kau bagi nasihat Shaz.” Belum sempat Naila ingin berkata-kata, sekelip mata saja kata-katanya dipotong Nabil. Kepalanya dikalih ke kiri memandang Nabil. namun Nabil tidak pun memandangnya kini. Pandangan lelaki itu hanya diarah ke arah lain.

“ Kau ni kan Bil. Naila baru saja sedar. Jangan la asyik buat dia marah! Nanti tak pasal-pasal darah dia naik mendadak, aku juga yang susah nanti.” Kata-kata Nabil ditegur Shazia. Nabil hanya berdiam. Tetapi walaupun Nabil hanya berdiam diri dengan teguran Shazia, masih ada sepasang mata yang memerhati setiap gerak-geri dan riak wajah dari lelaki itu.

Tangan Nabil dipegang perlahan. Nabil tersentak. Wajah Naila segera dipandang. Tetapi Naila hanya membisu buat sementara. Wajah Nabil dipandang tepat.

“ Kau risaukan aku kan? Sebab tu kau sengaja cakap macam tu. Kau sengaja buat aku marah sebab kau nak aku tahu yang aku masih ada kau kan?” Nabil terdiam. Matanya dipandang ke arah lain.

“ Minta maaf.” Kata maaf yang keluar dari bibir Naila membuatkan pandangannya kembali tertacap pada wajah gadis itu.

“ Maafkan aku sebab buat kau risau. Buat semua orang risau pasal aku. Tapi aku langsung tak berniat nak buat kau susah hati. Sebab aku sangka aku mampu bertahan. Maafkan aku.”

Nabil berdehem. Perasaannya sekarang cuba untuk dinafikan. Malah dia tidak mahu sesiapa yang mnegetahui apa yang berada di fikirannya sekarang. Matanya dialih lagi dari menatap wajah Naila.

“ Hmm. Bodoh. Bila masa pula aku risaukan kau? Kau yang banyak berfikir.” Suara yang kedengaran dari bibirnya kedengaran sedikit gelabah. Jelas dia ingin menafikan perasaannya sendiri.

Tangan Nabil yang masih dipegangannya dilepaskan serta-merta. Sekali lagi Nabil tersentak. Wajah Naila pantas dipandang. Naila tersenyum kecil sebelum pandangannya dikalih ke arah Shazia. ‘ Maafkan aku, Bil. Aku sangka aku memahami perasaan kau sekarang. Tapi, rupa-rupanya aku dah salah. Mungkin aku belum dapat memahami kau sepenuhnya, Bil ‘

Nai, maafkan aku. Mungkin ada seorang yang mampu bahagiakan kau. Dan aku pasti dia sedang mencintai kau. Aku seperti orang bodoh. Kerna aku tak dapat katakan pada kau yang aku……………..mencintai kau. ‘

*****

“ Mama tak perlu la beli barang sampai macam ni, ma. Banyak sangat ni.” Puan Marlia dan Faiqa melangkah meninggalkan Mall yang dimasuki mereka sebentar tadi.

“ Bukan selalu mama keluar beli-belah, Fai. Lagipun barang-barang yang mama beli ni bukannya mama akan guna untuk tempoh masa yang panjang.” Faiqa mengeluh. Memang beginilah sikap mamanya. Suka benar menghabiskan wang untuk benda-benda yang kurang berfaedah. Sesuatu yang belum tentu digunanya.

Faiqa terpana seketika. Salji-salji yang turun perlahan-lahan di bumi yang dipijaknya kini yang membuatkan dia terpana. Inilah kali pertama dia melihat salji di hadapan matanya. Malah kini dia sendiri dapat merasai kesejukan apabila turun salji yang membawa kegembiraan orang ramai. Mungkin juga pada dirinya.

‘ See you at Mall behind my house. 2 pm. ‘

Tiba-tiba saja mesej yang diterima dari Max tadi bermain di layar mata. Jam di tangannya pantas dipandang. Sudah pun menunjukkan pukul 6 petang. Maksudnya, sudah 4 jam masa berlalu dari masa asal yang dijanjikan. Mungkinkah dia masih berada di sana? Tapi, tak mungkin. Kenapa pula dia masih berada di sana? Mustahil dia akan menunggu sehingga lewat sebegini.

“ Faiqa.” Panggilan mamanya langsung tidak dijawab. Malah dia langsung tidak menyedari panggilan mamanya.

“ Faiqa!”

“ Hah?” Dia tersentak.

“ Apa yang kamu fikir? Sampai mama panggil pun kamu tak dengar?”

“ Ma. Faiqa ada hal sikit, ma. Mama baliklah dulu. Faiqa boleh balik sendiri.” Tanpa menunggu balasan kata dari Puan Marlia, dia berlari anak meninggalkan mamanya.

“ Faiqa! Kamu nak ke mana tu!!” Tiada sebarang balasan dari Faiqa. Sebaliknya gadis itu sudah pun jauh meninggalkannya. Dia mengeluh.

“ Ke mana pula lah dia nak pergi tu.” Pemergian Faiqa hanya dilihat. Dia yakin anak tunggalnya itu pasti dapat menjaga dirinya sendiri sebaik mungkin.

*****

Siling hospital menjadi tatapannya. Kini dia berseorangan. Nabil dan Nazim sudah pun pulang ke rumah mereka masing-masing. Shazia pula sedang berada di wadnya sekarang. Tentulah. Shazia juga memerlukan rehat secukupnya. Kepalanya yang terasa masih pening dipegang erat. Sesekali kepalanya dipicit lembut.

“ Naila.” Pandangan Naila beralih pada suara yang didengarinya.

“ Abang Khai!” Dia tersenyum. Badannya cuba untuk diangkat. Namun dengan tenaga yang masih lemah, dia tidak mampu melakukan itu.

“ Papa?” Kedatangan seorang lelaki yang bergelar ayah padanya membuatkan dia terkejut seketika. Bukankah papanya masih berada di luar negara sekarang?

Tuan Syazman tersenyum. Kakinya dilangkah menghampiri Naila. Begitu juga Khai. Dengan sedaya-upaya dia cuba untuk bangun buat kali yang kedua. Tubuhnya yang hampir saja tumbang kembali ke katil dihadang Khai. Dengan bantuan Khai, dia mampu untuk menyandar tubuhnya di kepala katil. Naila tersenyum.

“ Papa. Macam mana papa boleh ada kat sini? Bukankah papa……”

“ Sebab kamu. Sebab kamu yang papa bergegas balik ke sini.” Kata-kata Naila dipotong. Naila terdiam.

“ Kenapa kamu tak jaga kesihatan diri, Naila? Papa ingatkan bila papa pergi oversea buat masa yang lama, kamu boleh jaga diri. Tapi rupanya kamu masih tak mampu jaga diri lagi.” Kepalanya ditundukkan. Dia tidak mampu untuk bertentang mata dengan papanya. Dia tahu, papanya pasti kecewa dengannya ketika ini.

“ Minta maaf, papa. Naila tak berniat nak buat papa risaukan Naila. Naila langsung tak sangka akan jadi macam ni.”

“ Sebab kamu tak sangkalah, kamu kena dengar cakap Khai. Dia tahu apa yang terbaik untuk kamu.” Tegas Tuan Syazman berbicara. Naila masih tidak berani mengangkat wajahnya. Tuan Syazman melabuhkan punggung di birai katil. Kedua-dua tangan Naila dipegang erat. Wajah Naila dipandang tepat.

“ Naila. Bukan papa saja yang risaukan kamu. Semua orang berada di sisi kamu, risaukan kamu. Jadi, jangan lagi buat mereka semua risaukan kamu. Hmm?” Rambut Naila dibelai. Khai hanya memerhati tingkah laku mereka berdua. Tubuh papanya dipeluk lembut.

“ Maafkan Naila, pa.” Tuan Syazman mengangguk. Bibirnya mengukir senyuman kecil sementara rambut anaknya masih lagi dibelai lembut.

“ Papa.”

“ Hmm?” Tubuh Naila ditolak lembut dari dakapannya.

“ Papa akan ke sana balik ke?” Tuan Syazman tersenyum.

Dah tak ada kerja yang papa boleh buat di sana. Naila tak nak papa balik sini ke?”

“ Mesti la tak. Naila tak nak papa pergi sana lagi. Lagipun Naila…….” Kata-katanya terhenti. ‘ Tak Naila. Ini bukan masa yang sesuai untuk kau tanya mengenai cikgu tu. ‘

“ Lagipun apa?” Tuan Syazman menyoal.

“ La…lagipun Naila rindukan papa.” Naila cuba mengelak. Tuan Syazman tersenyum.

“ Ada-ada saja kamu ni.” Sekali lagi rambut Naila dibelai lembut. Naila hanya tersenyum walaupun timbul perasaan bersalah di hatinya.

“ Tuan.” Suara Khai membuatkan dua pasang mata beralih pada dirinya.

“ Saya rasa lebih baik kita biarkan Naila berehat dulu.” Tuan Syazman mengangguk sekali gus pandangannya tertacap pada wajah Naila.

“ Betul kata Khai tu. Ada baiknya kamu berehat dulu.” Naila mengangguk.

“ Baiklah, papa balik dulu. Pastikan kamu sembuh cepat dan pagi esok papa akan datang lagi. Hmm?” Naila hanya mampu tersenyum. Tuan Syazman mengatur langkah meninggalkan wad Naila. Permergian papanya hanya dilihat. Entah mengapa dia berasa hubungan mereka semakin jauh. Sejak kematian ibunya, hubungan mereka tidak ubah hanya seperti orang luar. Malah, papanya juga tidak mempunyai masa untuk dirinya. Kerjanya saja yang lebih dititik beratkan.

0 ulasan: