3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Isnin, 5 April 2010

3+1+44

Suasana gelap. Awan-awan mendung mula berarak. Kilat dan petir saling beradu kuasa. Namun, mutiara-mutiara jernih dari langit masih jua belum membasahi bumi. Naila mengatur langkah perlahan menghampiri stesen bas. Jam yang menghiasi tangannya dipandang sekilas. Sudah menunjukkan 11 malam. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi batu yang telah disediakan untuk kemudahan pengguna bas. Poket seluarnya diseluk. MP3 berjenama Sony dikeluarkan. Earphone disumbatkan ke telinga. Hampir sepuluh minit menunggu, akhirnya kemunculan bas awam dirai. Naila melangkah naik. Punggungnya dilabuhkan di kerusi. Pandangannya dilontarkan ke luar tingkap.

Mutiara-mutiara jernih dari langit mula membasahi bumi Allah. Naila mengalihkan pandangannya di sebelah kanan. Tiada sesiapa di sisinya. Sekali lagi kepalanya ditoleh ke belakang. Masih tiada sesiapa. Terdetik perasaan bersalah di hati. Adakah Nazim benar-benar memarahinya? Salahkah jika dia ingin mengenal apa itu kehidupan daripada bergantung harap kepada orang lain? Keluhan berat dilepaskan. Entah mengapa perasaannya kian memberat. Seolah-olah dia kehilangan seseorang. Seseorang yang penting dalam hidupnya. Namun, kenyataan itu masih belum disedari.

Titisan-titisan air dari langit mula menuruni dengan lebatnya. Namun titisan-titisan itu tidak pernah mendatangkan makna yang mendalam buat Naila. Fikirannya berkecamuk. Pelbagai-bagai persoalan yang harus dipertikaikan. Apa yang harus dilakukannya pada hari-hari mendatang? Adakah saat dia mengakui Cikgu Yahya sebagai bapa kandungnya akan berlaku? Bilakah saat itu akan berlaku? Sekali lagi dia mengeluh berat. Mengapa pada usia sebegini dia harus menanggung tanggungjawab yang besar? Adakah ini yang bakal mendatangkan hikmah buatnya?

Bas yang dinaikinya berhenti. Pemandangan diluar tingkap dipandang. Inilah kawasan yang diginapnya sekarang. Bukan lagi kawasan elit yang pernah dibangga-banggakan. Hujan yang semakin lebat masih lagi enggan berhenti. Naila melangkah turun. Mahu tidak mahu dia terpaksa meredah hujan sebentar lagi. Bas berlalu pergi. Naila terpana. Tiba-tiba sahaja dia dipayungi oleh seseorang. Lelaki dihadapannya dipandang tepat. Sungguh tidak pernah terjangkau di fikirannya lelaki itu berada di hadapannya pada masa ini. Bukankah mereka baru sahaja bertikam lidah?

Nazim mengukir senyum. Mereka saling berpandangan. Masa seolah-olah berlalu perlahan. Masyarakat di sekeliling mereka seperti tidak pernah wujud. Hanya mereka berdua menghiasi dunia. Naila masih terpana. Jantungnya berdegup kencang. Puncanya dia sendiri tidak mengetahui. Wajah lelaki dihadapannya dipandang lama. Degupan jantungnya bertambah kencang. Nazim hanya mengukir senyuman kecil. Gadis ini sentiasa berada di hatinya. Namun, tidak mungkin gadis ini menjadi miliknya.

“ Sampai bila kita nak berdiri kat sini?” Nazim bersuara. Namun senyuman masih lagi terukir. Naila berdehem kecil. Pandangannya dialih ke arah lain. Kakinya melangkah perlahan. Nazim ikut melangkah beriringan.

“ Bukan awak kata tak nak pedulikan saya ke?” Naila bersuara. Namun wajah Nazim langsung tidak dipandang.

“ Min….”

“ Minta maaf. Kata-kata saya agak melampau pagi tadi. Saya tahu saya salah.” Belum sempat Nazim bersuara, Naila terlebih dahulu memotong.

“ Baiklah. Memandangkan awak dah mengakui kesilapan awak, kata-kata maaf dari awak saya terima.” Senyuman terukir pada bibir masing-masing.

“ Esok dah start sekolah. Macam mana dengan kerja awak?” Nazim menyoal. Wajah Naila dipandang. Naila terdiam buat sementara.

“ Kerja tetap kerja, Zim. Saya kerja part-time sajalah. Lepas habis sekolah saya terus masuk kerja.” Nazim berdiam diri. Sesuatu yang difikirkannya.

“ Walaupun gaji awak dah cukup untuk menampung hidup awak. Awak tak perlu pindah dari rumah saya. Rumah saya masih cukup untuk menampung seorang lagi insan.” Perlahan Nazim bersuara. Naila terdiam. Wajah lelaki itu dipandang.

“ Tak. Saya tak nak tagih belas kasihan orang. Saya mampu untuk hidup sendiri, Zim. Selama ni saya tak pernah tahu perasaan masyarakat yang hidup dalam serba kekurangan. Saya nak juga melalui perasaan tu.”

Nazim hanya berdiam diri. Hanya hati yang berbicara. Namun bibir terkunci tanpa sepatah perkataan yang terkeluar. ‘Saya tak mampu untuk lepaskan awak pergi jauh dari sisi saya, Naila. Itu sebab utama.’

*****

Naila melangkah masuk. Keriuhan di ruang tamu mendatangkan kemusykilan di hati. Nazim ikut melangkah masuk. Langkahan kakinya mengekori langkah Naila dari belakang. Naila terpana. Seorang gadis yang sedang menanti di ruang tamu membuatkan dirinya tiada terkata. Sungguh dia tidak menyangka. Faruq, Nabil dan Shazia hanya tersenyum. Beginilah perasaan mereka pada kali pertama pertemuan. Faiqa melangkah menghampiri Naila.

“ Fai.” Hanya sepatah kata yang mahu terukir. Faiqa tersenyum. Tubuh Naila dipeluk erat.

“ Maafkan aku, Nai. Aku dah banyak menyusahkan kau.” Pelukan dilepaskan. Wajah Faiqa dipandang lama.

“ Aku tak mimpi ke, Fai?” Soalan Naila hanya dijawab dengan ketawa kecil dari Faiqa.

“ Nai. Kau tak mimpi. Aku ada depan kau sekarang. Aku dah kembali, Naila.” Tangan Faiqa digenggam erat.

“ Kau janji dengan aku. Kau jangan ulang lagi perkara yang kau dah buat, Fai. Aku tak sanggup nak terima.” Faiqa mengangguk. Bibirnya mengukir senyum. Mereka melangkah menghampiri sofa empuk milik keluarga Nazim. Punggung dilabuhkan di situ.

“ Nai. Aku tumpang simpati dengan apa yang dah jadi pada kau.” Faiqa bersuara. Naila hanya tersenyum kelat. Wajahnya ditundukkan. Nazim melangkah menghampiri mereka. Punggungnya dilabuhkan di sisi Shazia. Tangan Shazia disiku perlahan. Sekali gus perhatian Shazia beralih pada Nazim.

“ Apa?” Shazia hanya mengerakkan bibir. Disebabkan Faiqa dan Naila sibuk berbual, mereka terpaksa memperlahankan suara.

“ Kenapa asal kau datang sini je, Shah tak ikut?” Suaranya kedengaran separuh berbisik.

“ Asal kau tanya aku pula? Manalah aku tahu.” Wajah Nazim dipandang tajam. Nazim tersenyum.

“ Kau kan bakal…..” Belum sempat Nazim bersuara lanjut, tangannya sudah pun disiku Shazia. Tangannya diurut pantas.

Kelakuan Nazim dan Shazia mengalihkan perhatian Naila. Entah mengapa hatinya kurang enak. Terasa sesuatu yang kurang menyenangkan di hatinya. Sesuatu yang sukar untuk dilafazkan. Namun dia sendiri masih belum menyedari di sebalik perubahan hatinya. Sesuatu yang sebenarnya amat bermakna buat dirinya dan mungkin juga sesuatu yang bakal mendatangkan penderitaan.

“ Perkara yang dah terjadi, Fai. Perkara yang aku langsung tak jangka. Aku tak nak bangkitkan hal ni, Fai.” Naila menolak permintaan Faiqa untuk mengetahui dengan lebih lanjut atas apa yang telah terjadi.

“ Far.” Naila bersuara. Pandangan Faruq beralih pada Naila.

“ Sejak Fai balik, baru kau datang jumpa aku. Sebelum ni, kau asyik berkurung saja dalam rumah. Macam orang mati bini je.” Naila berleter.

“ Kau diamlah, Nai. Janganlah bongkar rahsia aku.” Faruq membantah.

“ Kau nak tahu tak, Fai? Faruq kan….” Belum sempat Naila bersuara lanjut, Faruq sudah pun menghampiri Naila. Mulut Naila ditutup dengan tangannya.

“ Kau diamlah, Naila. Fai, tak ada apa-apa pun. Dia ni je banyak mereka cerita.” Faruq cuba menyakinkan Faiqa. Naila meronta. Tangan Faruq ditolak sekuat hati. Nafasnya tercungap-cungap.

“ Kau ni kan, Far!! Kau dah tak sayang aku ke? Sampai hati kau nak bunuh aku! Kalau Faiqa jealous macam mana? Tak pasal-pasal dia tarik muka dengan aku nanti.” Naila melabuhkan punggung di sebelah Nabil. Suara ketawa jelas kedengaran. Namun Nazim hanya tersenyum. Senyuman yang sengaja dibuat-buat. Shazia menyiku tangan Nazim.

“ Relax lah. Diorang memang macam tu. Sejak kecil lagi.” Shazia hanya bersuara separuh berbisik. Nazim hanya tersenyum.

“ Nai.” Naila mengalihkan pandangannya pada Nabil. Wajah lelaki itu dipandang.

“ Aku ada something nak cakap dengan kau.”

Personal?” Naila menyoal. Nabil mengangguk.

“ Kalau macam tu, kita berbual di luarlah.” Naila melangkah bangun. Begitu juga Nabil.

“ Kau nak pergi mana pula, Nai?” Shazia menyoal.

“ Aku makan angin di luar kejap.” Naila membalas.

“ Makan angin di luar pun ajak Nabil sekali ke?” Faiqa merungut. Naila hanya tersenyum. Nazim hanya berdiam diri. Walaupun timbul keresahan di hati, namun keresahan itu sedaya upaya dipendamkan di hati.

“ Ada something diorang nak bincangkanlah tu.” Faruq menyampuk. Shazia mengalihkan pandangannya ke arah Nazim. Wajah lelaki itu dipandang.

Naila melabuhkan punggung atas buaian. Bintang-bintang yang berkerlipan dipandang. Terdetik ketenangan di hati. Angin bayu yang bertiup lembut mendinginkan seluruh tubuh. Suasana sunyi. Nabil ikut melabuhkan punggung di sisi Naila.

“ Apa yang kau nak cakap?” Naila bersuara. Wajah lelaki disebelahnya dipandang sekilas. Nabil membisu buat sementara waktu.

“ Aku nak ajak kau tinggal dengan aku.” Kata-kata Nabil mengejutkan Naila. Wajah lelaki itu dipandang lama.

“ Sampai bila kau nak tinggal dengan dia? Lagipun kau baru kenal dia. Tak sampai setahun pun.” Nabil bersuara lagi. Naila hanya membisu.

“ Kehidupan kau sekarang bukan kehidupan yang kau inginkan, Nai. Jauh berbeza dari kehidupan kau yang dulu.” Nabil menambah. Naila menarik nafas perlahan-lahan.

“ Memang kehidupan aku sekarang jauh berbeza dari dulu. Tapi itu tak bermakna aku benci dengan kehidupan sekarang.” Naila bersuara.

“ Jadi kau lebih suka dengan kehidupan kau sekarang berbanding kehidupan elit kau dulu?” Nabil menyoal. Wajah Naila dipandang tepat.

“ Harta dan kemewahan tak menjamin kebahagiaan. Walaupun harta tak terkira, tidak semestinya kebahagiaan wujud.” Naila menutur bicara.

“ Nampaknya kau dah mula berubah Naila. Kenapa? Kau dah jatuh cinta dengan dia?” Naila mengalihkan pandangannya ke arah lain.

“ Aku tak pernah berubah, Bil. Aku masih Naila yang dulu. Cuma mungkin pendirian aku yang berubah.”

“ Ya. Memang pendirian kau yang berubah. Berubah sejak kau kenal dia. Sejak kau tinggal dengan dia. Selepas ni apa lagi yang dia akan ubah kau?” Wajah Nabil dipandang tepat.

“ Apa masalah kau sebenarnya, Bil? Kau rasa cemburu bila aku sentiasa dengan dia? Macam tu?” Soalan Naila menimbulkan kebisuan di bibir Nabil. Nabil melangkah bangun.

“ Kau fikirlah baik-baik apa yang aku katakan. Aku minta kau tinggal dengan aku untuk kebaikan kau juga. Bukan setahun kita kenal, Nai.” Sejurus selesai bertutur bicara, Nabil melangkah pergi. Naila mengeluh.

*****

Tubuhnya dibaringkan di katil. Siling bilik menjadi tatapan. Fikirannya berkecamuk. Kata-kata Nabil berkumandang di telinga. Keluhan berat dilepaskan. Benarkah dia mula mencintai Nazim? Ataupun itu hanya perasaan terhutang budi? Tetapi mengapa perasaan dan hatinya sakit ketika keakraban Nazim dan Shazia dipandang? Mengapa pada saat ini perasaan berat hati untuk meninggalkan lelaki itu semakin kuat di hati?

Nazim melabuhkan punggungnya di sisi katil. Fikirannya turut berkecamuk. Hatinya sakit. Resah mula memenuhi ruang hati. Entah apa yang dibincangkan Naila bersama Nabil dia sendiri tidak tahu. Perasaan cemburu kian menumbuh di benak hati. Wajahnya diraup. Keluhan berat dilepaskan. Perasaannya kini berbelah bahagi. Haruskah perasaannya pada Naila diluahkan? Ketakutan menghiasi ruang hati. Bagaimana jika gadis itu bertindak membawa diri jauh dari sisinya?

Nazim melangkah bangun. Kakinya menapak menghampiri pintu bilik. Naila membangunkan diri. Kakinya menapak menghampiri pintu bilik. Nazim memulas tombol pintu biliknya. Langkah kakinya di arah pada bilik Naila. Tangannya cuba untuk mengetuk pintu bilik. Namun belum sempat untuk dia bertindak sedemikian, pintu bilik sudah pun dibuka dari dalam. Masing-masing terperanjat. Mata saling bertentangan. Seperti sesuatu yang disembunyi di hati masing-masing. Naila berdehem kecil. Wajahnya ditundukkan. Nazim hanya mengukir senyuman kecil.

0 ulasan: