3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 3 September 2010

3+1=49

Nazim melangkah masuk ke dalam rumah. Wajahnya jelas kelihatan muram. Hatinya benar-benar resah. Perasaan takut menyelubungi diri. Kakinya diatur perlahan menjejak anak-anak tangga. Tangan kanannya mencapai tombol. Belum sempat dia membuka pintu biliknya, pandangannya terarah pada bilik Naila. Dia melangkah perlahan menghampiri bilik gadis itu. Tombol pintu dipulas. Tidak berkunci. Nazim melangkah masuk. Gelap. Pastinya Naila sedang enak tidur bersama mimpi-mimpi indah. Nazim menghampiri Naila. Punggungnya dilabuhkan di tepi katil. Wajah Naila dipandang sekilas sebelum tangannya bergerak menarik selimut menyelimuti tubuh gadis itu sehingga ke paras bahu. Wajah Naila dipandang.

“ Apa yang patut saya buat?” Nazim bersuara. Nada suaranya jelas kedengaran sayu. Keluhan kecil dilepaskan. Nazim bangun. Dia mengatur langkah perlahan menghampiri pintu bilik. Nazim melangkah keluar. Pintu bilik sempat dikuncinya sebelum ditutup. Nazim memasuki kamarnya. Tubuhnya dihempas kasar ke atas katil. Anak matanya terarah pada sepucuk sampul surat di sebelahnya. Kini perasaannya berbelah bagi. Antara mahu atau tidak.

Nazim bangun. Surat di sebelahnya dicapai dan pantas dibuka. Tercalit beberapa kesan yang bakal dihadapi oleh pengidap barah otak tahap kritikal. Jantungnya seolah-olah diragut. Walaupun pada saat ini dia masih belum menghadapi kesan tersebut, namun masa akan datang tidak pernah menjamin dia tidak akan melalui itu semua. Epilepsi atau lebih diketahui sebagai sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri. Pesakit juga akan hilang penglihatan, hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemorosotan proses mental. Selain itu, hilang daya imbangan turut mempengaruhi pesakit. Terutamanya jika ia dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kekebasan sebelah badan. Malahan pesakit akan turut mengalami gangguan percakapan, loya, muntah-muntah, kerap diserang sakit kepala, kesukaran untuk menggerakan kaki dan tangan, gangguan ingatan dan perubahan personaliti.

Surat di tangannya dibuang ke tepi. Fikirannya berkecamuk. Memang benar dia masih belum menerima tanda-tanda barah otak di tahap kritikal. Namun tiada sesiapa yang dapat menjanjikan kesihatannya kelak. Keluhan berat sekali lagi dilepaskan. Mungkin inilah akibat yang akan diterima disebabkan kegagalan dia menjaga kesihatan tubuh badannya sendiri.

*****

Anak-anak tangga dipijak. Nazim mengatur langkah ke ruang tamu. Jam baru menunjukkan tujuh pagi. Naila masih lagi nyenyak dibuai mimpi. Nazira yang khusyuk membaca di ruang tamu didekati. Punggungnya dilabuhkan di sisi gadis itu. Sepatah kata masih tidak dikeluarkan dari bibir lelaki itu. Nazira mengalih pandangan ke arah Nazim sekilas sebelum buku di tangannya diletakkan di atas meja. Wajah sepupunya dipandang lama.

“ Lain macam je aku tengok kau, Zim.” Nazira bersuara. Nazim mengukir senyuman paksa. Dia membisu buat sementara waktu. Sebaliknya Nazira hanya menunggu butir-butir kata yang bakal keluar dari bibir lelaki itu.

“ Naz.” Nama Nazira disebut. Wajah gadis itu dipandang tepat. Nazira masih menanti.

“ Aku nak minta tolong dari kau.” Permintaan dari Nazim membuatkan Nazira mendapatkan bukunya semula.

“ Aku dah mention kat kau. Pertolongan terakhir kau minta kat aku dah lepas.” Nazira membalas. Namun pandangannya langsung tidak dihalakan pada Nazim. Sebaliknya lebih terarah pada buku di tangannya. Nazim bertindak pantas. Buku di tangan Nazira ditarik.

“ Tolong aku. Benda ni betul-betul penting, Naz.” Nazim merayu. Nazira mengeluh.

“ Pasal Naila lagi?” Nazira menyoal. Nazim sekadar mengangguk.

“ Apa lagi yang kau nak Zim? Kau nak lukakan hati dia lagi?” Soalan yang dikemukakan oleh Nazira membuatkan Nazim terdiam.

“ Zim. Aku betul-betul tak faham dengan sikap kau sekarang. Kenapa kau nak lukakan hati dia sedangkan kau tahu hati kau sendiri. Kau cintai dia?”

“ Aku kena lepaskan dia, Naz.”

“ Apa yang kau merepek ni Zim? Bukan mudah kau luahkan perasaan kau pada dia. Sekarang keadaan dah memihak pada kau. Tapi kenapa pada masa ni jugak kau nak lepaskan dia dari hidup kau??”

“ Siapa kata keadaan memihak pada aku? Keadaan cuma tahu mempermainkan aku, Naz!” Nazira mengeluh berat.

“ Pendek kata aku takkan tolong kau, Zim.”

“ Tak. Kau kena tolong aku Naz.” Nazira mengetap bibir.

“ Kau ni kenapa, Zim?? Kenapa kau nak sangat lepaskan dia? Kau langsung tak fikirkan perasaan dia. Kau pentingkan diri kau sendiri!!” Suara ditinggikan. Nazim bangun. Tubuhnya membelakangi Nazira.

“ Aku terpaksa buat macam tu, Naz.” Nazira terdiam. Kata-kata Nazim mempunyai maksud yang mendalam.

*****

Bunyi ketukan pintu jelas kedengaran. Jam sudah pun menunjukkan sembilan malam. Naila melangkah perlahan menghampiri pintu bilik. Tombol pintu dipulas seraya ditarik ke dalam. Nazim tersenyum. Buku rujukan kimia yang setebal lima ratus muka surat ditunjukkan pada Naila.

“ Nak study together?” Nazim menyuarakan jemputan.

“ Sure.” Naila mengupas senyuman kecil. Dia melangkah ke arah meja. Buku rujukan kimia miliknya dicapai beserta pencil case di tangannya. Pintu bilik ditutup. Anak-anak tangga dipijak hingga ke ruang tamu. Buku rujukan di tangannya diletakkan di atas meja kecil di ruang tamu. Punggungnya dilabuhkan di lantai. Nazim turut melabuhkan punggungnya di sisi Naila. Suasana sunyi. Tiada sepatah kata yang keluar dari bibir kedua-duanya. Masing-masing membisu. Dua jam berlalu. Jam sudah pun menunjukkan pukul sebelas malam.

“ Awak tak mengantuk lagi ke?” Naila menyoal. Wajah Nazim yang masih tekun belajar di pandang tepat.

“ Tak.” Nazim menjawab. Kepalanya dikalih memandang Naila.

“ Kalau awak dah mengantuk, berhentilah.” Nazim bersuara lagi.

“ Mana ada saya mengantuk. Saya tak boleh kalah dengan awak.” Matanya yang sudah kuyu disembunyikan. Hanya lelaki itu yang menjadi saingannya di kelas. Jika setapak dia berundur, pasti lelaki itu yang merangkul gelaran juara. Nazim tersenyum. Kepala Naila ditolak perlahan ke hadapan. Akibat daripada itu, kepala Naila terhantuk di meja. Dahinya dipegang. Bibirnya diketap tanda geram. Wajah Nazim dipandang tepat.

“ Awak ni kan!!!!” Naila menahan geram.

“ Dah mengantuk, mengaku sajalah. Dah!! Pergi tidur!” Nazim mengarah. Buku di hadapan Naila ditutup tanpa persetujuan dari gadis itu.

“ Haishh!! Jangan kacau sayalah!” Buku yang ditutup pantas dibuka semula. Mata yang semakin kuyu dipaksa untuk segar semula. Tiga puluh minit berlalu. Akhirnya, Naila tewas juga. Mata yang semakin kuyu dipenghujungnya terlelap juga. Buku di hadapannya terbiar begitu saja.

“ Naila. Kita berhenti setakat ni sajalah.” Nazim bersuara. Namun kepalanya tidak pula dikalih memandang gadis itu. Suara dari gadis itu langsung tidak kedengaran.

“ Nai. Awak…” Kata-katanya terhenti. Dia tersenyum. Kepalanya ikut diletakkan di atas meja. Wajah Naila yang nyenyak tidur dipandang lama. Lembut wajah gadis itu diusap. Kepalanya diangkat semula. Tangannya ligat menulis sesuatu. Sesuatu yang pasti akan diketahui gadis di sisinya ini suatu hari nanti. Surat di tangannya dilipat dua seraya diselitkan ke dalam buku rujukan kimia milik Naila. Wajah gadis itu dipandang sayu. NAzim bangun. Tubuh Naila digendong di belakangnya. Anak-anak tangga dipijak dengan penuh berhati-hati. Pintu bilik Naila dibuka.

Nazim melangkah masuk. Tubuh Naila dibaringkan perlahan di katil. Selimut di hujung katil ditarik menyelimuti tubuh Naila sehingga ke paras bahu. Wajah gadis itu dipandang lama. Terkandung perasaan sayu di lubuk hatinya. Anak rambut yang terjurai di wajah Naila dikemaskan. Pipi gadis itu disentuh lembut.

“ Maafkan aku, Naila” Suaranya kedengaran separuh berbisik. Keluhan berat dilepaskan perlahan. Dia melangkah keluar dari bilik. Sebelum pintu bilik tersebut ditutup rapat, dia masih sempat memandang wajah gadis itu dengan sekilas pandang.

*****

Nazim terjaga. Jam sudah pun menunjukkan 8.13 pagi. Siling bilik diperhati seketika sebelum dia mengesot menyandarkan kepalanya di kepala katil. Seluruh tubuhnya mengalami kekejangan otot. Kedua-dua tapak tangannya ditatap dan cuba untuk digerakkan. Namun usahanya tidak berhasil. Tangan yang cuba untuk digenggam seakan-akan menentangnya. Dia membisu. Air matanya mengalir menuruni pipi. Jangkaannya benar-benar tepat. Dia tahu. Masa untuk dia menikmati keindahan dunia semakin terhad.

Tubuhnya dibiarkan dalam keadaan sebegitu buat seketika. Tubuhnya yang mengalami kekejangan otot mula beransur kendur. Namun, harapannya untuk mengerakkan badan semula musnah apabila kekebasan pada sebelah badannya mengambil alih. Ketukan bertalu-talu dari luar biliknya membuatkan dia memaksa diri untuk cuba bergerak menuruni katil. Sesuatu yang diharapkan namun sebaliknya yang terjadi. Akibat tidak dapat mencapai keseimbangan tubuh badan, Nazim akhirnya rebah di lantai.

Tombol pintu dipulas seraya ditolaknya pintu ke dalam. Disebabkan tiada sebarang jawapan yang didengarinya dari Nazim, dia terpaksa menjejak kaki ke bilik itu tanpa keizinan dari sepupunya. Nazira terpaku. Matanya terbuntang luas. Nazim yang sudah terjelepuk di lantai pantas dihampiri.

“ Zim! Kenapa ni?” Nazira menyoal dalam keadaan dirinya yang semakin cemas. Lelaki itu pantas dipapah dan dibaringkan di katil semula. Disebabkan emosinya yang tidak dapat dikawal, gadis itu menitiskan air mata. Hatinya sakit melihat Nazim dalam keadaan sebegini rupa. Nazira melabuhkan punggungnya di birai katil. Wajah sepupunya dipandang tepat bersama air mata yang masih menitis.

“ Aku hantar kau pergi hospital ye, Zim?” Nazira cuba mendapatkan kata putus dari lelaki di sisinya. Namun, lelaki itu menggeleng kepala tanda tidak membenarkan.

“ Jangan, Naz. Aku… tak nak Naila tahu keadaan aku.” Nazim membalas, Wajahnya kelihatan serius walaupun jauh di sudut hatinya, dia turut terluka.

“ Tapi sampai bila kau nak sembunyikan dari pengetahuan dia, Zim?!” Nazira memprotes. Air mata semakin lebat menuruni pipi.

“ Sampai aku mati.” Balasan jawapan dari Nazim benar-benar membuatkan Nazira tersentak. Kepalanya digeleng dua tiga kali bersama linangan air mata yang semakin memberat.

“ Naz, janji dengan aku. Kau akan simpan rahsia ni dari pengetahuan Naila, kan?” Wajah sepupunya, Nazira dipandang dengan penuh harapan. Dia yakin. Nazira tidak akan sekali-kali menghampakannya.

Nazira membisu. Kepalanya ditoleh ke arah lain. Air mata yang mengalir masih belum mampu untuk berhenti. Permintaan dari Nazim berat untuk dilaksanakan. Bahkan dia tidak pernah bersetuju dengan tindakan lelaki itu. Mengapa pada saat lelaki ini dilanda penderitaan, dia masih mempertaruhkan segala-galanya buat Naila?

“ Naz.” Nazim memanggil. Wajah gadis itu masih dipandang dengan penuh harapan.

“ Aku tak boleh tunaikan permintaan kau, Zim.” Nazira bangun dari birai katil. Dia melangkah setapak dua untuk keluar dari bilik. Namun, langkahnya terhenti apabila tangan kirinya dipaut. Walaupun begitu, tubuhnya langsung tidak dipusing menghadap Nazim.

“ Aku yakin. Kau tak akan pernah menghampakan aku, Naz.” Kata-kata Nazim membuatkan dia terduduk di birai katil dalam keadaan dia membelakangi sepupunya. Air mata dibiarkan mengalir laju. Hatinya hancur. Kesihatan Nazim bukan saja terancam, malah perhubungan lelaki itu dengan Naila yang terbina ibarat seperti telur berada di hujung tanduk.

“ Aku tak sanggup tengok kau macam ni, Zim.” Nazira merintih. Nazim mendekati Nazira. Gadis itu dipeluk dari belakang. Kedua-dua tangannya dipaut pada leher Nazira. Pelukan yang lebih kepada pelukan persahabatan.

“ Maafkan aku, Naz. Aku… dah banyak buat kau risau. Buat kau rasa serba salah. Cuma kau saja yang boleh tolong aku, Naz.” Nazim menutur kata. Tiada sebarang kata jawapan dari Nazira melainkan tangisan yang masih belum dapat berakhir. Suasana sunyi buat seketika.

“ Maafkan aku, Naz.”

0 ulasan: