3+1=

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

cinta sunbae

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Selasa, 25 Ogos 2009

3+1=4

Bab 4
Kring!!!loceng yang menandakan para pelajar boleh pulang ke rumah dah berbunyi..semua dah berpusu-pusu keluar dari sekolah..macam orang nak pergi berperang pun ada..beberapa kereta mewah dah tunggu depan sekolah..group GB6 dah terpacak depan sekolah..pelajar-pelajar perempuan yang merupakan peminat setia 3 orang putera tu terjerit-jerit teruja..6 biji limo dah sedia menanti depan sekolah..

“u all..aku balik dulu ye..bye..” naila terus jalan keluar dari sekolah tanpa tunggu 5 orang sahabatnya sempat berkata apa-apa..kereta limo keluarga naila dah meluncur laju meninggalkan perkarangan sekolah..

“la..asal dengan dia tu ha?awal pulak balik hari ni..” faiqa merungut sorang-sorang..tapi suaranya dah cukup didengari 4 orang di sebelahnya..

“aku baru ja nak ajak dia main golf tadi..cancel plan aku..” faruq pulak mengeluh sorang-sorang..kini 8 mata dah pandang arah dia..

“what??” faruq buat muka pelik bila diaorang tengok dia macam tu..

“kau nak ajak dia saja ke?” shazia yang start meluahkan persoalan di hati..

“actually nak ajak korang sekali la..tapi dah naila tak ikut,tak jadi la..” faruq terus tinggalkan 4 orang di hadapannya..kereta limo milik bapa faruq pula meluncur meninggalkan perkarangan sekolah..

“aku pun nak balik juga la..bye you all!!see tomorrow..” faiqa pulak dah tinggalkan perkarangan sekolah..

“diaorang semua dah balik..so,kita pun apa lagi?blah jugak la..” nabil bersuara bila tengok cuma tinggal diaorang bertiga saja..shazia dengan shah mengangguk tanda setuju dengan cadangan nabil..kini masing-masing dah pulang ke rumah..

************************************************************************

Dalam perjalanan pulang ke rumah..

“abang az,mana abang khai??selalunya dia datang ambik naila sekali kat sekolah..” naila yang duduk kat sebelah abang az mula bersuara..abang az juga merupakan pengawal peribadi dia tapi jawatan abang khai lebih tinggi daripada abang az..

“oh..abang khai ada keja sikit..” az langsung tak pandang naila..tumpuan diberikan sepenuhnya pada pemanduannya..walaupun naila merupakan cik mudanya tapi naila tidak suka duduk di belakang kerana bagi naila dia sudah menganggap pengawal-pengawal peribadinya seperti abang kandungnya sendiri..

Naila cuma terdiam..niat hatinya memang nak bertanya lebih lanjut tapi dia tak mahu menganggu abang az memandu..

*********************************************************************

Naila bergegas naik ke biliknya..banglo dua tingkat tu sunyi sepi saja..beg sekolah diletakkan atas katilnya..badannya yang dah letih diurut-urut sekejap..kemudian dia merebahkan diri atas katil empuk miliknya..matanya yang dah kuyu akhirnya terlelap juga..

************************************************************************

Jam dah menunjukkan pukul 5 petang..naila terjaga dari tidurnya bila terasa seperti ada seseorang yang berada di sisinya..matanya dibuka perlahan-lahan..orang di sisinya di pandang..

“papa!!” naila terkejut..tubuh papanya lantas dipeluk..

“kenapa papa balik lambat??naila ingatkan papa dah tak ingat hari ni hari apa..” naila bersuara lagi..pelukannya dileraikan..

“mustahil papa lupa hari ni hari apa..papa takkan sama sekali lupa kenangan papa..” rambut anaknya dibelai lembut..naila cuma tersenyum..akhirnya masalah yang timbul di fikirannya selesai juga..

Khai melangkah masuk ke bilik naila..sebenarnya khai sudah tahu lebih awal yang Tuan Shazman akan bertolak pulang hari ini..cuma disebabkan permintaan dari papa naila supaya merahsiakan daripada pengetahuan naila,jadi dia terpaksa menurut..

“Tuan,kereta dah siap..” khai bersuara penuh hormat..walaupun Tuan Shazman dah menganggap khai seperti anaknya sendiri,tapi dia tetap menghormati Tuan Shazman sebagai majikannya..

“abang khai!!” naila pandang khai..khai pandang naila sambil tersenyum..
“naila..pergi bersiap dulu ok!!tahu kan kita nak pergi mana?” Tuan Shazman bersuara tegas..

“tahu papa..” naila membalas ringkas..setiap kali ulang tahun kematian ibunya,mereka pasti akan pergi ke kubur ibunya untuk membersihkan apa yang patut..malah sejak kematian ibunya,papanya sudah tidak berapa memanjakannya seperti dulu..papanya lebih memilih untuk bersikap tegas padanya..

***********************************************************************

Naila duduk di kerusi depan rumahnya..angin malam yang meniup lembut membuatkan hatinya tenang..papanya sudah keluar disebabkan pihak polis memerlukan bantuan papanya untuk menyelesaikan satu kes jenayah..papanya mula mengupah pengawal peribadi untuknya apabila dia hampir diculik satu ketika dulu..

“jauh menung?” naila terkejut..khai yang dah duduk di sebelahnya di pandang..
“abang khai..” naila bersuara perlahan..khai cuma tersenyum..

“ingatkan Nai marahkan abang khai..” khai pandang naila di sebelahnya..bibirnya masih penguin senyum..

“memang Nai marah dengan abang khai..sampai hati tak bagi tahu Nai awal-awal..siap bersekongkol dengan papa lagi..” naila pura-pura merajuk..sejak ibunya meninggal,naila hanya dapat bermanja dengan khai saja..

“hek eleh..nak pura-pura merajuk la tu..helah lapuk la tu!!” khai balas balik..kepala naila ditolak..naila pegang kepala dia..kemudian dia pandang khai tajam..geram..

“macam mana sekolah tadi?” khai pandang naila mesra..

“abang khai ni kan…tiap-tiap hari tanya pasal sekolah..bosan tahu tak!!” naila buat muka cemberut..muka bosan pun ditayang sekali..

“ye la..abang khai mesti la nak tahu naila belajar macam mana..baik ke tak baik ker..”

“abang khai…jom main bola keranjang nak??” naila dah mula nak cari penyakit..disebabkan naila mempunyai penyakit lelah yang agak serius jadi dia dilarang melakukan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan dia termasuk la main bola keranjang..

“main what??” khai cuba tanya sekali lagi..rasa macam salah dengar pulak..

“abang khai…please la..” naila cuba pujuk..walaupun dia tahu itu membahayakan kesihatannya tapi dia tetap nak juga..

“abang tahu la naila suka main bola keranjang..tapi cuba fikir kesihatan naila tu..kalau jadi apa-apa macam mana??” khai cuba bagi nasihat..dalam usaha nak batalkan niat naila sekali..

“laa..abg..please..kali ni jer..” naila still x putus asa..bersungguh-sungguh dia cuba pujuk khai..

“tak boleh!!dah..pegi masuk bilik..” khai bagi arahan..khai dah bangun dari kerusi..cuba tak nak dengar pujukan dari naila..takut cair pulak..dia berjalan tinggalkan naila sorang-sorang kat situ..

Naila still tak bangun dari kerusi..muka dah macam orang nak menangis..buat-buat jer tu..khai patah balik bila tengok naila masih tak bangun..

“30 minit je..” khai bersuara dari belakang naila..naila kalih belakang..muka pun dah berseri-seri..

“really??tak tipu??” naila cuba nakkan kepastian..khai angguk dua tiga kali..

“satu lawan satu erk..” naila bagi tahu awal-awal..

“hukumannya?” khai tanya naila..naila diam sekejap untuk fikir..

“up la kepada orang yang menang tu..” naila buat keputusan..dia sendiri pun tak tahu nak bagi hukuman apa..khai mengangguk..


Perlawanan dimulakan…….

************************************************************************

Naila dikejarkan ke hospital..pernafasannya dah semakin lemah..khai yang berada di sisi naila dah cemas..dia dah agak pasti perkara ni akan berlaku tapi disebabkan naila benar-benar mahu bermain,jadi dia terpaksa benarkan juga..

Nazim yang sedang duduk di kerusi koridor hospital cuma melihat naila sedang diusung ke wad ICU..matanya langsung tak lepas dari pandang naila sehingga lah naila dimasukkan ke ICU..

“nazim!!” nazim kalih tepi..nurse yang merupakan pembantu abangnya berjalan laju ke arahnya..

“abang kamu panggil tu..” nurse tersebut memberitahu nazim..nazim cuma menggangguk kemudian mengatur langkah ke bilik abangnya..sejak dia disahkan menghidap barah otak,dia langsung tak mahu bersuara..cuma dengan ahli keluarganya saja yang dia bercakap..itu pun sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab..

Pintu bilik Dr.Nazrul diketuk..kedengaran suara dari dalam menyuruhnya masuk..nazim duduk di menghadap abangnya..

“macam mana kesihatan?” nazrul menyoal..

“biasa je..” 3 patah yang di tanya,2 patah yang di jawab..

“ni suppliment..makan ikut masa yang abang dah tulis..” nazrul menghulurkan bungkusan putih pada nazim..nazim membiarkan atas meja..

“ada apa-apa lagi ke nak cakap?nazim nak balik bilik ni..” nazim dah bangun dari kerusi..

“abang cuma nak pesan ubat tu makan ikut masa..kalau tak makan macam mana nak sembuh?” nazrul cuba bagi nasihat..nazim tak bersuara apa-apa..bungkusan putih atas meja diambilnya kemudian berlalu keluar dari bilik..nazrul hanya mengeluh..

---------------------------------------------------------------------------------------------

0 ulasan: